Wannura

Koleksi Tumbuhan

Mohon kemaafan dan terima kasih ……. April 5, 2011

Filed under: Uncategorized — zainura66 @ 3:53 am

Kepada kesemua pengunjung-pengunjung weblog wannura yang dihormati ;

  • Saya memohon ampun dan maaf kerana tidak membalas komentar serta menghantar entri (post) yang baru buat masa yang terdekat ini oleh sebab kesibukan tugas-tugas harian serta penglibatan saya dengan aktiviti dan penyelidikan persilatan . Walaubagaimana pun , saya akan cuba membalas segala komentar anda dari semasa ke semasa jika masa mengizinkan saya untuk berbuat demikian dan saya berharap anda boleh bersabar menunggu.
  • Khususnya pengunjung-pengunjung weblog wannura yang setia serta sentiasa memberi sokongan dan berkongsi informasi, pengetahuan melalui pengalaman dan sudi memberi nombor talipon untuk mudah dihubungi sekiranya ada yang memerlukan pokok-pokok atau herba-herba yang anda perolehi ,saya sangat menghargai usaha dan keikhlasan anda untuk berkongsi pengalaman di sini.
  • Saya akan cuba untuk menghantar entri baru tentang tumbuh-tumbuhan dari masa ke masa jika ada masa yang terluang
  • Kepada yang ingin berhubung menerusi e-mail : zainura66@gmail.com

Sekian , terima kasih.

 

STYRAX AMERICANUS kemenyan Amerika Februari 4, 2011

Pengenalan

Styrax americanus adalah merupakan pokok saka kecil atau besar yang mempunyai banyak cabang dahan. Ia tumbuh hingga mencapai 8 – 10 kaki tinggi dan lebar. Ratusan bunga yang berwarna putih berbentuk loceng akan dihasilkan pada musim bunga.

Oleh kerana ciri-ciri pokok ini dari segi saiz, ketahanan dan menghasilkan bunga yang menarik, ianya ditanam di taman-taman bunga dan dijadikan pokok lanskap. Ia hidup subur di tempat panas atau sedikit teduhan yang tanahnya lembap atau pun basah. Lebah suka menghinggap pada bunganya untuk pendebungaan.

 

STYRAX OFFICINALIS – Kemenyan bagi upacara keagamaan Februari 1, 2011

Styrax officinalis L.

Styrax offinalis adalah merupakan pokok yang rendah dan tumbuh semulajadi di Eropah Selatan dan Timur Tengah. Spesis yang sama ini juga dikatakan boleh didapati di California (Amerika Tengah). Variati yang didapati di California mempunyai 2 jenis iaitu :

Styrax officinalis sub-spesis. Redidivus (Torrey) H. Howard
Styrax officinalis sub-spesis. Fulvescens

Secara umumnya kedua-dua jenis spesis di atas adalah dianggap sama, tetapi daripada kajian yang telah dibuat oleh penganalisis molekul telah mencadangkan bahawa kedua-dua spesis ini adalah berbeza .

Tumbuhan ini adalah berbentuk ringkas dan sesuai dijadikan pokok teduhan; saiz daun 5 – 10 sm panjang dan 3.5 – 5.5 sm lebar ini berbentuk bujur lonjong (elliptical), susunan bersilang dan tumbuh lebat di atas ranting , dahan yang kemerahan dan padat itu. Kudup bunga berwarna hijau muda dan kecil keluar dari setiap pangkal daun. Masa perbungaannya adalah singkat dan berbunga jarang. Pokok ini adalah merupakan sumber ‘resmi’ getah kemenyan (styrax), salah satu perubatan tradisional sejak dari zaman dahulu kala lagi.

Ia merupakan salah satu bahan yang digunakan bersama frankincense (setanggi) , galbanum, dan onycha bagi upacara keugamaan .

 

KAKTUS BOLA EMAS (Echinocactus grusonii) Januari 27, 2011

Filed under: Kaktus — zainura66 @ 1:00 am
Tags: , ,

Keunikan Kaktus Bola Emas (Echinocactus grusonii) ialah ukurannya mampu mencapai sebesar ‘tong drum’ atau gentong. Bentuknya bundar seperti bola, dilengkapi duri-duri kuning emas atau putih , besar, kuat dan tajam. Kaktus ini dapat jolokan ‘golden barrel’ . Barrel bermaksud tong kayu (drum) dan golden bermaksud emas . Walau di mana saja tempatnya, kaktus ini nampak lebih menonjol penampilannya berbanding kaktus lain.

Oleh kerana pertumbuhan pokok kaktus ini adalah sangat lambat dan juga bentuknya yang unik, harga golden barrel ini adalah agak mahal .

Kaktus bola emas ini berasal dari mexico dengan kawasan yang berpasir dan berbatuan. Cara untuk memperbanyakkan kaktus ini adalah dengan membelah tanaman yang cukup matang secara melintang (horizontal). Pemberian zat peransang tumbuh akan mempercepat tumbuhnya tunas-tunas baru di bekas potongan yang di bawah. Manakala potongan bahagian atasnya pula boleh disambungkan kepada kaktus lain. Selain daripada ini, dapat juga diperbanyak secara biji. Namun, memerlukan masa yang agak lama dan cara ini jarang digunakan. Bunga akan muncul setelah kaktus berumur sekurang kurangnya 10 tahun selepas dilakukan perbanyakkan biji.
Kaktus ini banyak ditanam di Indonesia , walaupun ianya beriklim tropika dengan curah hujan tinggi namun jika penanamannya dengan menggunakan rumah kaca maka kaktus ini boleh bertumbuh dengan baik.

 

KAKTUS NENEK TUA (Cephalocereus senilis) Januari 27, 2011

Filed under: Kaktus — zainura66 @ 12:07 am
Tags: , ,

Kaktus ini mendapat nama jolokan sebagai “nenek tua yang gila” kerana penampilannya yang unik. Batang pokoknya yang hijau hampir tertutup rapat oleh bulu-bulu yang panjang terurai. Bulunya putih bersih dan agak lembut, seperti uban yang tidak terurus. Bentuk pokok kaktus Cephalocereus senilis ini adalah bentuk batang memanjang dengan bahagian atas membulat seperti kepala manusia.

 

KAKTUS NATAL (Schlumbergera truncata) Januari 26, 2011

Filed under: Kaktus — zainura66 @ 11:29 pm
Tags: , ,

Schlumbergera

Kaktus ini lebih dikenali dengan istilah kaktus kepiting dan sering juga dipanggil sebagai “christmast cactus” . Kaktus ini memiliki sosok yang tidak sangar, menghasilkan banyak bunga yang bersaiz besar dan warnanya yang menarik . Pokok kaktus ini tidak berduri dan batangnya kelihatan seperti daun dan memberi kesan bahwa kaktus Schlumbergera merupakan tanaman sukulen yang bertingkat-tingkat. Ramai orang sering menyamakannya dengan bunga wijayakusuma.

Bunganya kelihatan seperti bertingkat dua dan bersaiz besar ; 6 – 7 sm panjang dan 4 – 6 sm lebar. Bahagian bawahnya terdapat 4 – 5 lembar daun dan bahagian atasnya pula terdapat 6 – 8 lembar bunga.

Kaktus Schlumbergera dibezakan berdasarkan kepada warna bunganya iaitu :

Schlumbergera Bunga Kuning Mekar ke belakang.
Schlumbergera Bunga Merah-Pink Mekar Datar.
Schlumbergera Bunga Pink Mekar ke belakang
Schlumbergera Bunga Jingga (Orange) Mekar ke belakang

 

SCHLUMBERGERA BUNGA KUNING Januari 26, 2011

Filed under: Kaktus — zainura66 @ 10:49 pm
Tags: , ,

Schlumbergera Bunga Kuning Mekar ke Belakang

Bunga berwarna kuning keemasan pada bahagian tepi dan putih pada bahagian tengahnya. Bunga mekar penuh ke belakang, dengan diameter 5 – 6 sm. Keadaan batang pokoknya paling besar jika dibandingkan denganj jenis Schlumbergera lainnya. Batang kaku sehingga tumbuh tegak. Jenis ini dapat dijadikan tanaman gantung atau sebagai bunga meja.

 

SCHLUMBERGERA BUNGA MERAH-PINK Januari 24, 2011

Filed under: Kaktus — zainura66 @ 1:35 pm
Tags: , ,

Schlumbergera Bunga Merah – Pink Mekar Datar

Keadaan tumbuhan ini agak ‘lemas’ sehingga tanaman ini akan menggantung. Memiliki ruas batang 2-3 sm. Kaktus ini sesuai untuk dijadikan tanaman gantung. Bunganya berwarna merah dan bertingkat dengan susunan datar dan membulat yang berukuran 4-5 sm juga menggantung .

 

SCHLUMBERGERA BUNGA PINK Januari 24, 2011

Filed under: Kaktus — zainura66 @ 1:32 pm
Tags: , ,

Schlumbergera Bunga Pink Mekar ke belakang

Bunganya berdiameter 6 – 8 sm dan ruas batang 3 – 4 sm. Batang lebih kaku tetapi tetap menggantung sehingga bunganya pun ikut menunduk. Warna bunga sangat menarik iaitu merah pink di tepi dan putih di bahagian tengahnya. Bunga akan mekar sepenuhnya pada keesokan hari setelah bahagian depannya mekar pada waktu malam tetapi bahagian belakang belum mekar lagi.

 

SCHLUMBERGERA BUNGA JINGGA Januari 24, 2011

Filed under: Kaktus — zainura66 @ 1:22 pm
Tags: , ,

Schlumbergera Bunga Jingga (Orange) Mekar ke Belakang

Keadaan pokok ini hampir sama dengan Schlumbergera bunga pink. Namun, bahagian tepi bunga berwarna jingga (orange) dan berdiameter lebih kecil. Bunga akan mekar penuh ke belakang. Batang pokok lebih kaku dan cenderung tumbuh tegak, tapi bunganya tetap mengarah ke bawah.

 

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 25 other followers