Like this:
Be the first to like this post.
| syed iskandar on BONSAI DAN SEJARAHNYA | |
| zahari1973 on Limau Lelang Laut | |
| muhamad arif bin oth… on cendawan susu harimau | |
| muhamad arif bin oth… on cendawan susu harimau | |
| muhamad arif bin oth… on Cendawan susu harimau (Lignosu… | |
| nana ara on KAYU PUTIH (Melaleuca leucaden… | |
| nuzoul on Kayu manis (ceylon cinnam… | |
| Shukri on Belalai Gajah (Clinacanthus… | |
| zalaluddin bin yahya on Buluh Minyak (Bambusa vul… | |
| Saujana Agriculture … on Kunyit Hitam (black turmeric) … |

POKOK ATI ATI MERAH
Nama Saintifik :Coleus Blumei
Famili :Labiatae
Nama biasa : Ati Ati Merah
Nama Lain : pokok bara api,adang adang,si gresing(INDONESIA)
Taburan tumbuh: Iklim Tropika
Negara Asal:MALAYSIA
Katogari :Tumbuhan hiasan herba
KETERANGAN
Pokok ati ati merah di gunakan sebagai hiasan di sebab kan warna nya yang menarik. Antara warna nya unggu, merah, hijau dan campuran warna merah jambu dan hijau.Pokok ini juga biasa di tanam sebgai tutup bumi dan tanaman hiasan pagar.Pokok ini memerlukan air yang banyak dan pada musim kemarau memerlukan siraman 2 kali sehari.Walau pun begitu pokok ini tidak bolih air bertakung, ini akan menyebab kan akar nya reput dan mati.Kaedah pembiakan 2 cara iaitu melalui akar dan keratan batang.Dia akan membiak cepat jika mendapat cahaya matahari yang cukup.Daun ,akar, dan batang mengandungi saponin dan batang dan akar juga mengandungi flavanoid.Daun nya mengeluar pati minyak ati ati.
KHASIAT POKOK ATI ATI MERAH
Sangat berkhasiat untuk ubat luka dan melecur terkena api.Daun nya di tumbuk hancur dan campur kan air dan di gunakan untuk penawar untuk perempuan yang datang HAID tidak betul.Jus ini di minum untuk 3 hari.Sangat berguna untuk mengubat keputihan wanita.Demam Nifas,merawat sakit perut dan juga pedih ulu hati.
UNTUK MERAWAT PEDIH ULU HATI INI SAYA PERTURUN KAN PETUA DARI ALMARHUM BONDA SAYA…Ambil daun ati ati 7 helai yang paling segar dan besar, goreng kan tanpa minyak dengan sebiji telor ayam kampung, hingga masak tetapi jangan terlalu lecor daun nya, dan pesakit ulu hati makan ramuan ini. Insyaallah dalam masa 15 minit pesakit pedih ulu hati akan semboh….SELAMAT MENCUBA !!!!
Sumber : Komentar Tok Syeikh dari http://karimon.wordpress.com/
Do u know where i can find this plant,especially in Penang-Malaysia?
Thanks
Salam
Saya mohon untuk copy dan bagi pada kawan-kawan Kegunaan dan khasiat tumbuhan herba di blok tuan.
Terima kasih semoga Allah memberkati usha baik tuan dunia dan akhirat. Amin