Like this:
Be the first to like this post.
| syed iskandar on BONSAI DAN SEJARAHNYA | |
| zahari1973 on Limau Lelang Laut | |
| muhamad arif bin oth… on cendawan susu harimau | |
| muhamad arif bin oth… on cendawan susu harimau | |
| muhamad arif bin oth… on Cendawan susu harimau (Lignosu… | |
| nana ara on KAYU PUTIH (Melaleuca leucaden… | |
| nuzoul on Kayu manis (ceylon cinnam… | |
| Shukri on Belalai Gajah (Clinacanthus… | |
| zalaluddin bin yahya on Buluh Minyak (Bambusa vul… | |
| Saujana Agriculture … on Kunyit Hitam (black turmeric) … |

oh ini lah pokok kesumba. ada warna lain lagi ke? sbb kesumba untuk pewarna makanan ada berwarna kuning. saya tak pasti tu kesumba dari pokok atau pun tiruan.
Memang betul ianya digunakan sebagai pewarna dalam makanan, pakaian, kayu kayuan tetapi En. Zul kenalah berhati-hati sebab pokok ini mempunyai racun. Bahagian beracun ialah daun, buah, akar dimana bahan aktif yang terdapat pada tumbuhan ini ailah Bixin dan norbixin; menurut kajian yang telah dibuat kesan keracunan akibat dari tumbuhan ini boleh menyebabkan cirit birit dan keradangan pada kulit. Ujian keatas tikus mendapati ia meningkatkan paras glukos dalam darah.
Walaupun tumbuhan ini beracun Namun, setelah satu pemerosesan dibuat oleh pakar-pakar dalam industri makanan, baik bixin maupun norbixin merupakan golongan pigmen karotenoid; Bixin tidak dapat larut dalam air, tetapi larut dalam lemak. Sedangkan norbixin larut dalam air. Kedua sifat kelarutan inilah yang menjadi alasan mengapa pewarna alami dari tanaman ini tersedia dalam bentuk kristal (bixin, larut dalam lemak) dan serbuk (norbixin, larut dalam air).
Pada industri makanan, bixin biasanya diformulasikan untuk menampilkan warna pada kisaran kuning, orange ( jingga) sampai merah pada aneka makanan berbasis lemak (mentega, margarin, keju, yoghurt, krim) dan makanan ringan (kue, biskuit). Bixin juga digunakan sebagai pewarna minyak goreng, minyak jagung, dan salad.
Sedangkan norbixin dapat digunakan untuk menampilkan warna orange hingga kuning pada tepung beras, tepung jagung, tomat sos, kicap, minuman seperti sirup buah, selai buah dan betik manisan . Salah satu pengusaha makanan terkenal yang menggunakan kesumba sebagai pewarnanya adalah Kraft Inc. Sebagian besar produk mereka yang berbahan dasar susu menggunakan kesumba untuk memberikan warna yang menarik.
Ini adalah sebagai maklumat tambahan untuk saudara.
Terima kasih dan salam hormat.