Wannura

Koleksi Tumbuhan

Pokok Bakau Mac 3, 2010

Filed under: Uncategorized — zainura66 @ 10:31 am

Oleh NURUL HALAWATI MOHD. AZHARI

KIRA-KIRA 40 tahun lalu, dataran lumpur di pesisiran pantai Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam, Selangor dipenuhi dengan hutan bakau sejauh satu kilometer dari pantai.

Namun kesan hakisan dan kegiatan pembangunan yang berlaku telah menyebabkan kawasan hutan bakau itu semakin musnah dan kini berada dalam zon 1 iaitu zon kawasan hutan bakau yang mengalami kemusnahan serius.

Sungguhpun begitu, kemusnahan kawasan hutan bakau tidak begitu dirasai sehinggalah berlakunya tragedi tsunami pada 26 Disember 2004.

Kejadian itu membuktikan peranan hutan bakau atau paya laut sebagai pemecah ombak dan penstabil pesisiran pantai. Ini disebabkan kawasan pesisiran pantai negara-negara yang dilitupi pokok bakau menunjukkan kesan kemusnahan akibat ombak tsunami begitu minimum.

Pokok paya bakau boleh didapati di kawasan seluas 586,036 hektar dengan 57 peratus di Sabah, 26 peratus di Sarawak dan 17 peratus di Semenanjung Malaysia.

Oleh itu, kestabilan ekosistem kawasan pesisiran pantai perlu dipertingkat bagi memastikan hutan paya laut ini terpelihara.

Lapisan pelindung semula jadi

Sebagai lapisan pelindung semula jadi kepada ancaman hakisan dan bencana alam, masalah utama yang dihadapi dalam penanaman pokok bakau adalah faktor pukulan ombak dan arus laut yang kuat. Ia memusnahkan serta menghanyutkan anak-anak pokok bakau yang akarnya masih belum kukuh mencengkam dasar lumpur.

Menyedari masalah itu, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dengan bantuan kewangan kerajaan, secara aktif menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pemulihan hutan bakau.

Kajian berkenaan dijalankan oleh Dr. Shamsudin Ibrahim sebagai Ketua Koordinator, Dr. Ismail Harun sebagai Ketua Kepakaran Teknikal dan Dr. Raja Barizan Raja Sulaiman sebagai Ketua Penyelidik.

Kumpulan ini menjadikan kawasan pantai Sungai Haji Dorani sebagai lokasi penyelidikan dan memperkenalkan kaedah penanaman inovatif dan kos efektif yang boleh dilaksanakan di kawasan pesisiran pantai negara ini.

Menurut Shamsudin yang juga Pengarah Bahagian Perhutanan dan Alam Sekitar FRIM, projek yang dijalankan itu adalah lanjutan daripada percubaan penanaman spesies bakau di pantai Bukit Batu Puteh, Kuala Perlis, Kampung Pulau Sayak dan Kampung Sungai Yu, Kuala Muda, Kedah yang dimulakan pada 2007.

Bagaimanapun, projek penanaman bakau di lokasi berkenaan menggunakan kaedah penanaman biasa kerana tidak menghadapi masalah ombak dan arus yang kuat serta bukanlah dikategorikan sebagai zon serius.

“Pokok paya bakau tidak perlu menunggu sehingga tempoh matang untuk melindungi kawasan perairan. Asalkan ia kukuh, rapat sesama lain dan ketinggiannya boleh mencapai tinggi ombak, ia mampu menahan impak ombak dan menyelamatkan kawasan tersebut daripada hakisan,” jelasnya.

Bacaan seterusnya …..  klik di  sini

About these ads
 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 77 other followers

%d bloggers like this: