Wannura

Koleksi Tumbuhan

ROTAN POKOK HUTAN YANG BERNILAI TINGGI Mac 14, 2010

Filed under: pokok hutan — zainura66 @ 10:25 am
Tags: ,


Sifat Umum Rotan
Mempunyai batang berduri dan memanjat tetapi terdapat juga jenis yang tidak memanjat.

Jenis
Terdapat 13 genus ritan di dunia dan hampir 600 jenis rotan dihasilkan daripadanya.

Taburan
Hanya tumbuh secara semulajadi di Asia dan Barat Afrika sahaja.Di Semenanjung, rotan boleh ditemui dipelbagai jenis ketinggian dari aras laut sehingga ke kemuncak gunung 3000 m.Bagaimanapun kebanyakkan kawasan rotan tertumpu di Asia Tenggara dan kawasan berdekatannya.Malaysia adalah negara yang kaya dengan pelbagai spesis rotan.Terdapat 79 jenis rotan di Sabah, 106 di Sarawak dan 107 di Semenanjung.

Ciri-ciri
Terdapat rotan yang tumbuh secara tunggal dan juga berkelompok. Kebanyakkan pokok rotan adalah jenis memanjat serta yang berbatang kerdil tidak memanjat.

Kewujudan Malaysia di kawasan hutan hujan tropika, iaitu hutan yang paling tua di dunia dan kaya dengan pelbagai spesies telah menyumbangkan banyak hasil hutan. Hasil hutan yang banyak ini telah memberikan sumbangan kepada peningkatan sumber ekonomi negara serta mewujudkan banyak peluang pekerjaan. Antara hasil hutan bukan kayu yang penting ialah rotan dan buluh.

Rotan berasal dari famili Palme dan dikelaskan dalam kumpulan yang terbesar iaitu parafamili calamoideae. Ia mempunyai batang berduri dan memanjat tetapi terdapat juga jenis yang tidak memanjat. Terdapat 13 genus rotan di dunia iaitu Calamus, Daemonorops, Karthalsia, Plectocomia, Plectocomiopsis, Myrialepis, Ceratolobus, Calospatha, Pogonotium, Retispatha, Laccosperma, Eremospatha, dan Onecocalamus. Hampir 600 jenis rotan dihasilkan daripada 13 genus ini

Daripada 107 jenis rotan yang ditemuai di Semenanjung Malaysia hanya 20 jenis sahaja yang dikenal pasti kegunaannya serta mempunyai nilai komesil. Antaranya ialah rotan manau ( Calamus manau ) , rotan matang atau dikenali juga sebagai rotan dok ( C. ornatus ), rotan manau tikus (C. tumidus), rotan semambu ( C. scipionum ), rotan dahan ( Karthalsia sp ) dan rotan sega ( C. caesius).

Rotan memberi sumbangan ekonomi melalui pemprosesan perabot dan kraftangan. Antara perabot yang dihasilkan ialah kerusi, meja, katil, serta perkakas dapur . Rotan jenis belah biasanya digunakan untuk mengayam tikar ataupun lapik.

Sumber : http://krafbuluh.blogspot.com/

About these ads
 

One Response to “ROTAN POKOK HUTAN YANG BERNILAI TINGGI”

  1. Jamal Says:

    Saya ada sedikit sudun.kira kira nye 4 ekar yang jarang di kunjungi,
    baru baru ini saya temui sebatang pokok yg saya tidak kenal sebesar telur
    ayam sepanjang 30 kaki di satas tanah kemudian memanjat agak agak
    30 kaki lagi .Apakah itu adalah rotan manau…?
    boleh kah di semai melalui ruas nya..t.kasih


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 77 other followers

%d bloggers like this: