Wannura

Koleksi Tumbuhan

BUNGA PUKUL LAPAN (Portulaca grandiflora Hook) UNTUK EKZEMA Mac 18, 2010

Filed under: Landskap — zainura66 @ 1:53 am
Tags: , , , , ,

Tumbuhan semusim yang berbatang basah ini tumbuh menjalar atau tegak ke atas, panjang 15-30 cm, sering bercabang mulai dari pangkalnya, pada ruasnya terdapat  rambut halus dan warnanya merah atau hijau. Daun tunggal, letak tersebar, tidak bertangkai, di hujung batang bersusun rapat, ke bahagian pangkal daunnya lebih jarang. Helaian daun tebal berdaging, berair, bentuk jarum, bulat silinder, hujungnya tumpul, panjang 1-3.5 sm, warnanya hijau.

Bunga berkumpul berkelompok 2-8 di hujung batang, mekar pada pukul lapan pagi dan layu menjelang petang, warnanya merah, dadu, putih, jingga atau kuning. Buah bentuknya bujur telur, permukaan berambut, panjang 5-8 mm. biji bulat, jumlah banyak, kecil dan berwarna cokelat muda. Pembiakan dengan stek batang atau biji yang sudah tua.

Sifat dan Khasiat
Herba ini rasanya pahit, sifatnya sejuk. Berkhasiat menghilangkan bengkak, penghilang nyeri (analgesic), antiradang, dan menghilangkan bekuan darah.

Kandungan Kimia
Seluruh herba mengandungi portulal. Batang dan bunga mengandung betacyanin, beranin, dan betanidin.

Bahagian yang Digunakan
Bahagian yang digunakan sebagai ubat adalah seluruh herba dalam bentuk segar.

Indikasi
Herba digunakan untuk mengatasi :

  • Sakit tekak, sakit kepala,
  • Radang hati (hepatitis), dan
  • Bengkak akibat terhantuk (memar).

Cara Pemakaian
Rebus seluruh herba (15-30g) dan minum setelah suam. Boleh juga herba segar dibuat jus, lalu minum.

Untuk pemakaian luar, cuci herba segar secukupnya, lalu giling sampai halus. Tempelkan pada bahagian yang sakit, seperti gigitan serangga, bisul, koreng  atau memar, kemudian dibalut. Air perasan gilingan herba segar juga boleh digunakan untuk mencuci dan merawat ekzema, luka bakar atau tersiram air panas.

Contoh Pemakaian

Sakit Tekak
Cuci herba portulaka segar, lalu giling sampai halus dan perah  sampai airnya terkumpul satu cawan. Tambahkan sedikit boraks, lalu gunakan untuk kumur-kumur.

Sakit kepala
Cuci seluruh bagian portulaka segar, kecuali akar, (+/- 30 gram). tambahkan dua gelas air, rebus sampai mendidih selama 15 minit. Setelah suam, tapis dan minum sekaligus. Jika sakit berulang, lakukan 2-3 kali dalam sehari.

Hepatitis
Cuci herba partulaka segar (30 gram), lalu giling sampai halus. Perah dengan sepotong kain, lalu minum air yang terkumpul sekaligus. Lakukan 2-3 kali sehari sampai sembuh.

Ekzema pada bayi
Cuci herba segar secukupnya, lalu giling sampai halus. Gunakan air perahannya untuk merawat ekzema.

Bisul, Koreng
Cuci tangkai segar sampai bersih, lalu giling halus. Bubuhkan ke tempat yang sakit, lalu balut. Ganti 2-3 kali dalam sehari.

Catatan:
Ibu hamil dilarang minum rebusan herba ini.

About these ads
 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 76 other followers

%d bloggers like this: