Wannura

Koleksi Tumbuhan

EKSPEDISI HUTAN 1 : PERSEDIAAN MASUK HUTAN Mei 5, 2010

Filed under: Uncategorized — zainura66 @ 12:27 am

1. Adab dan peraturan masuk hutan (Rujuk komentar pakcikli00 di weblog karimon seperti tercatit dibawah :

Bila cerita pasal kayu tentu teringat pasal hutan, kerana kayu yang berharga biasanya terdapat dalam hutan belentara. Jika cerita kayu kayan ni jika boleh kita serahkan kepada saudara waliqudus kerana beliau lebih arif. Oleh itu izinkanlah saya memuatkan artikal mengenai petua masuk hutan di ruang komentar ini, nak beri komentar bab ugama pun saudara Karimun maseh tidak memberi laluan seperti yang di janjikan dan saya harap saudara Pendekar sabar menanti. Petua masuk hutan ini cumalah cerita warisan datuk nenek kita bagaimana mereka masuk hutan, untuk pengetahuan generasi sekarang dan akan datang.

MASYARAKAT Melayu pada zaman dahulu merupakan peneroka hutan yang gigih. Kegigihan dalam meneroka hutan belantara adalah satu perkara yang patut dibanggakan. Hutan belantara yang begitu tebal bertukar menjadi kampung halaman dan ladang.

Tradisi meneroka hutan untuk kegunaan manusia, tidak dapat dielakkan kerana ia mempunyai hubung kait yang rapat dengan kepentingan manusia. Selain daripada penerokaan hutan untuk dijadikan kampung halaman, masyarakat dahulu juga begitu gigih meneroka hutan bagi mencari bahan-bahan hutan untuk dijual atau digunakan sendiri.

Pada masa dahulu kepercayaan terhadap semangat hutan begitu tebal di kalangan orang Melayu. Masyarakat Melayu menganggap bahawa hutan mempunyai semangat yang keras. Selain didiami oleh binatang-binatang buas, hutan juga didiami oleh berbagai jenis jembalang, pari-pari dan mambang.

Kumpulan syaitan ini dipercayai mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan boleh menyebabkan bencana kepada manusia. Lantaran kepercayaan tersebut, maka masyarakat Melayu pada zaman dahulu beranggapan perlu mengadakan upacara khas bagi mereka yang akan pergi ke hutan untuk mencari rotan, damar, kayu, buluh, akar kayu dan sebagainya atau untuk membuka tanah baru.

Adat ini menjadi semacam kemestian yang patut dilaksanakan demi menjamin keselamatan seseorang semasa berada di dalam hutan. Melalui proses ini dipercayai bahawa gangguan daripada kuasa-kuasa ghaib akan berkurangan atau tiada sama sekali.

HUBUNGAN MANUSIA DENGAN HUTAN

Hutan merupakan tumbuhan semula jadi yang begitu bernilai dari segi ekonominya. Hutan adalah harta atau khazanah bagi sesebuah negara. Keperluan manusia terhadap hutan juga begitu penting dari banyak aspek.

Manusia memerlukan kayu-kayan dari hutan untuk mendirikan rumah, membuat perabot dan sebagainya. Umumnya tumbuh-tumbuhan di hutan adalah sangat penting kepada manusia.

Penerokaan hutan telah lama dilakukan dan sehingga kini masih berterusan dilakukan oleh manusia. Terdapat beberapa sebab dan kepentingan masyarakat Melayu dahulu masuk ke hutan. Penerokaan atau penebangan balak tidaklah merupakan perkara yang penting pada masa lampau. Namun demikian terdapat juga orang berusaha ke arah itu, hanya sekadar untuk kegunaan membina rumah, tetapi apa yang lebih penting dalam penerokaan hutan ialah untuk mencan damar, rotan, buluh serta akar-akar kayu dan menangkap ikan juga berburu binatang.

Umumnya tujuan manusia ke hutan pada masa dahulu adalah sekadar untuk memenuhi keperluan asas sahaja. Usaha mencari damar yang dilakukan adalah bertujuan untuk mendapatkan cahaya dari damar tersebut. Selain itu bahan tersebut juga boleh dijual untuk kegunaan pembuatan sarung peluru. Semasa zaman penjajahan British dahulu damar dibeli untuk dieksport ke luar negeri.

Selain mencari damar, masyarakat dahulu juga memasuki hutan untuk mencari rotan serta buluh. Rotan pada masa itu bukanlah untuk tujuan industri. Rotan digunakan bagi membuat alat-alat perumahan dan alat-alat lain untuk kegunaan umum. Buluh pula digunakan untuk membuat bubu atau lukah dan sebagainya.

Masyarakat Melayu pada zaman dahulu juga ke hutan untuk mencari petai, jering, umbut, keladi dan sebagainya. Kesemua bahan ini menjadi makanan kepada manusia. Masyarakat dahulu juga menganggap hutan sebagai punca untuk mendapatkan bahan-bahan perubatan. Akar-akar kayu dan lain-lain mudah diperoleh dari hutan rimba tempatan. Bahan yang diperoleh dari hutan ini adalah penting kepada manusia untuk ramuan membuat ubat.

Penerokaan manusia ke dalam hutan juga dilakukan bertujuan menjerat atau memburu binatang. Berbagai-bagai ikhtiar dilakukan oleh manusia untuk memperolehi sesuatu daripada hutan.

Dengan kata Iain manusia memang tidak dapat mengelakkan dirinya daripada hutan. Di dalam meneroka hutan belantara ini, manusia haruslah mempunyai berbagai petua yang patut dipatuhi demi menjaga kesejahteraan mereka ketika berada di dalam hutan.

KEPERCAYAAN BERHUBUNG DENGAN HUTAN

Umumnya manusia menganggap hutan sebagai tempat tinggal berbagai-bagai jenis binatang liar, jin dan jembalang. Warisan pemikiran masyarakat Melayu dikuatkan dengan beberapa dakwaan yang kononnya jika tidak mengikut adat atau tertib ke hutan, seseorang yang meneroka hutan akan ditimpa kesulitan seperti sesat di dalam hutan atau diresapi kuasa ghaib dan sebagainya.

Selain daripada menjadi tempat tinggal kumpulan syaitan, hutan juga merupakan daerah tempat pemasungan hantu. Dalam masyarakat Melayu, pawang adalah orang yang disegani. Kawasan hutan yang belum diterokai juga dianggap keras dan mempunyai berbagal-bagai rahsia dan kerenah yang tersendiri. Oleh itu kawasan-kawasan ini jika hendak diterokal haruslah melalui adat-adat yang tertentu. Maka atas anggapan dan kepercayaan ini, masyarakat Melayu pada masa dahulu telah membuat beberapa peraturan yang dikenali sebagai adat ketika berada di hutan.

Seperti disebutkan tadi, hutan rimba merupakan daerah atau tempat tinggal berbagai jenis binatang yang berbahaya kepada manusia. Binatang-binatang seperti ayam hutan, kambing gurun, badak sumbu dan sebagainya dikatakan mempunyai badi. Sekiranya seseorang cuba menembak binatang tersebut, maka dipercayai ‘badi’ binatang itu akan menghinggapinya. Manusia yang terkena badi biasanya akan ditimpa kesulitan seperti sakit meracau, gila dan sebagainya.

Sebagai jalan untuk mengelakkan manusia yang pergi ke hutan daripada terkena badi tersebut, maka beberapa peraturan tertentu diwujudkan. Peraturan inilah yang dikenali sebagai adat ke hutan.

PERATURAN UPACARA

Bahan-bahan tempatan diperlukan bagi tujuan melaksanakan adat atau petua ke hutan ini. Bahan-bahan kegunaan harian seperti Iimau nipis, daun kelapa, bertih adalah keperluan asas yang penting.

Di dalam perlaksanaan adat ini bahan-bahan seperti limau nipis, telur, bertih, sirih sekapur, kemenyan dan penunggal diperlukan. Bahan-bahan tersebut perlu disediakan untuk upacara sajian pada peringkat permulaan melaksanakan adat ini.

Kegunaan terhadap bahan-bahan ini ditentukan oleh pawang.

ADAT PERMULAAN KE HUTAN

Masyarakat Melayu mengamalkan adat dan petua tertentu untuk menjamin kesejahteraan manusia sejagat. Mereka percaya ia adalah suatu perkara yang baik dan patut diamalkan. Terdapat beberapa adat yang masih terus kekal hingga ke hari ini.

Bagi adat permulaan ke hutan, beberapa peringkat harus dilakukan demi mendapat kesejahteraan yang sewajarnya. Adat ini boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian tertentu. Pengenalan adat atau permulaan ke hutan ini akan dilakukan oleh mereka yang akan ke hutan.

PEMILIHAN HARI

Masyarakat Melayu masih lagi mempercayai kelebihan sesuatu hari bagi melakukan sesuatu upacara. Bulan atau hari yang dikira dalam hal ini ialah mengikut tahun Hijrah. Hari yang kurang baik untuk masuk ke hutan ialah hari Selasa akhir bulan Melayu, dan tujuan berkenaan haruslah dielakkan.

Hari yang baik untuk melakukan upacara seumpama ini ialah hari Rabu, Khamis dan Jumaat. Hari-hari tersebut dipercayai mendatangkan manfaat yang lebih. Waktu yang baik bagi melaksanakan adat ini ialah pada sebelah pagi.

Pada peringkat permulaan jika seseorang itu hendak ke hutan, dia perlu menjemput pawang untuk melaksanakan adat sajian itu.

Upacara adat sajian ini diadakan sebagai suatu persembahan kepada penunggu hutan. Sebuah dulang yang telah dilsikan dengan segala peralatan yang berkaitan perlu disediakan.

Apabila segala peralatan tersebut telah disediakan, maka pawang akan menjampinya. Ini bertujuan menghalau atau menjauhkan hantu dan segala bahaya yang ada di dalam hutan. Upacara ini dilakukan di atas rumah.

Setelah sajian itu dijampi oleh pawang, dia akan melakukan upacara pancak penunggal pula dan semua peralatan dibawa ke halaman rumah. Orang yang akan meneroka atau yang akan masuk ke hutan pula akan diberi pinang sepiak, iaitu pinang yang telah dijampi. Segala peralatan tersebut kemudiannya diletakkan pada suatu tempat khas, iaitu pada pangkal pokok atau sebagainya, kecuali sebiji limau nipis yang akan diambil oleh pawang.

Limau yang telah diambil oleh pawang tersebut akan diberikan kepada orang yang akan ke hutan sebagai ‘pengeras semangat’. Kononnya syaitan takut kepada bau limau itu.

PANTANG LARANG SEMASA DI HUTAN

Terdapat beberapa petua yang patut menjadi ingatan kepada mereka yang akan ke hutan. Di antara pantang larang tersebut adalah seperti petua semasa mula turun ke hutan, bersiul semasa dalam perjalanan, melaung ketika berada di hutan, berburu binatang dan tidur di atas pokok.


PERMULAAN TURUN KE HUTAN

Andainya seseorang yang baru turun dari rumah untuk ke hutan tiba-tiba dilintasi ular dalam perjalanannya, maka dipercayai ini merupakan suatu petanda yang tidak baik. Orang tersebut haruslah naik semula ke atas rumah dan mengambil pinang sepiak dan memakannya kemudian barulah turun semula untuk meneruskan perjalanan.

Turun tangga haruslah dengan langkah kaki kanan. Sebelum turun didahului dengan bacaan Bismillahirrahmanirrahim. Mereka juga tidak boleh berpatah balik.

Bersiul Semasa Dalam Perjalanan

Bersiul semasa dalam perjalanan adalah ditegah. la dipercayai menjemput kedatangan ular. Bersiul di dalam hutan pula dilarang sama sekali kerana ini akan menarik perhatian berbagai jenis binatang buas. Apabila kehadiran orang yang memasuki hutan itu diketahui oleh binatang buas, dirinya berada dalam keadaan bahaya.

Melaung Semasa di Hutan

Perbuatan melaung di hutan juga ditegah. Melaung atau bercakap dengan kuat dipercayai akan menarik perhatian berbagai-bagai jenis jembalang serta binatang buas yang ada di dalam hutan.

Sekiranya orang yang masuk hutan itu melaung, maka laungan itu dipercayai akan disahut oleh jembalang dan andainya perkara seumpama ini terjadi, maka kejadian seperti sesat di hutan akan berlaku.

Berburu Binatang

Sekiranya tujuan seseorang ke hutan adalah untuk berburu, dia tidak boleh berpecah daripada kumpulan kawan-kawannya. Sekiranya dia berpecah juga, maka akan terjadi sesuatu yang tidak baik, misalnya tertembak rakan sendiri atau sebagainya. Mengikut kepercayaan, jembalang akan menyerupai wajah rakan seseorang dan wajah rakan itu pula akan menyerupai binatang yang hendak diburu. Sekiranya hal ini terjadi, maka malanglah bagi mereka yang pergi berburu di hutan itu.

Tidur di Atas Pokok

Mereka yang pergi ke hutan dilarang tidur di atas pokok. Jika berbuat demikian dipercayai mereka akan diganggu oleh jembalang terbang. Tujuan sebenarnya jika seseorang tidur di atas pokok, sukar baginya melarikan diri apabila berlaku sebarang musibah.

Wallahualam

Komentar oleh pakcikli00 pada 27 April 2010 di weblog http://karimon.wordpress.com/2010/04/25/tas-penunduk/#comments

CERITA MASUK HUTAN

Sahabat kita yang pakar masuk hutan ni sudah tentulah ToK Syeih, kerana beliau bukan sekadar masuk hutan malah tempat tidur baringnya suatu masa dulu. Kepakaran saya masuk hutan jika nak dibandingkan dengan isteri saya wannura pun tak boleh kerana beliau memiliki latihan kesasteriawan ketika di institusi pengajiannya dan pernah beberapa kali menawan puncak Gunung kinabalu.

Sebelum Tok Syeikh menyambung komentar ini biarlah saya mulakan dulu cerita masuk hutan ni. Saya lebih suka menggunakan kereta pacuan empat roda masuk hutan berbanding berjalan kaki, kerana biasanya terlalu banyak alat yang perlu saya bawa ke dalam hutan untuk membuat penyelidikan menambah ilmu pengetahuan.

kalau boleh buat solat sunat musafir terlebih dahulu, niatnya:

Usyalli Sunnatan Safari rakaataini lilLahi Taala

kemudian sediakan bekalan makanan secukupnya,jika perjalanan 40 hingga 50km selama 7-8 hari bawalah beras 2 hingga 3 kilogram seorang, pastikan bekalan beras mencukupi, kalau ada stove gas memasak lebih baik, pakai stove yang sistem injap sebab tabung gasnya boleh dicabut dari stove bila nak disimpan ketika meneruskan perjalanan meredah hutan.jika buleh cuba baca al Qur’an masa rehat di hutan, Buleh baca Surah Yaasiin, serta al Mulk.

Bawalah Global Positioning System , GPS, peta topo skala 1:50000. bawa kompas, jika berkemampuan bawa telephone setelit, penting jika ditengah hutan jika berlaku kemalangan senang hubungi helicopter pihak keselamatan.

Pakai kasut jungle boot kain hijau tapak getah yang cap goldez, jenis ini adalah yang baik sebab tapaknya lembut. jika boleh mesti tahu berenang, kerana ada ketika terpaksa seberang sungai yang berarus laju yang banyak terdapat dalam hutan negara ini. perlu tahu ekologi hutan.
Tahu nama pokok yang mahal nilainya seperti pokok Chengal , Meranti, Keruing, Nyatoh, Damar minyak, ramin dan sebagainya, supaya tidak dimusnahkan.

Herbanya pula tentulah Tongkat Ali dan herba Kacip Fatimah. jika jumpa kayu gaharu, jangan tebuk isi nya jika belum matang kerana cuma membazir. Mengikut akta perhutanan tak boleh ambil kayu gaharu. harga gaharu sekilo buleh cecah RM 15,000 hingga RM 20,000 di pasaran Timur Tengah untuk buat minyak athar.

Semasa di hutan jangan bercakap celupar, Di hutan bukan kita sahaja ada di dalamnya makhluk Jin dan hantu syaitan pun banyak. Langit dan Bumi tidak pernah berpisah, Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.

Tujuan kita mengenal pokok dihutan seperti Chengal, meranti damar minyak, kerana khuatir kita tertebang pokok yang bernilai tinggi ini jika ianya membesar nanti.jika buleh kita kurangkan menebang pokok masa berada dalam hutan.

Di ketika malam, jika boleh sediakan unggun api, supaya khemah kita tidak didatangi haiwan buas. Banyakkan berdoa ketika dalam hutan yang melibatkan perjalan sehingga 7 hari yang jaraknya lebih kurang 35 kilometer. Setiap kali memulakan perjalanan, ketua pasukan ekuklah berdoa, minta selamat dalam perjalan. Bangun pagi solat Subuh, selepas serapan pagi pada pukul 9 pagi eluklah mulakanlah kembali perjalanan.

Lihat peta topo skala 1:50000 setiap kali nak mulakan perjalan, pandu arah, tentukan bearing arah nak tuju.Lihat GPS untuk tahu gred reference kedudukan kita sebenar dan tandakan di atas peta topo, seeluknya menggunakan peta genuine.

Sungai, bukit serta tanda di atas peta perlu diamati selalu, bila sudah bergerak dalam 3 kilometer eluklah disemak semula kedudukan kita dibumi dan di atas peta. Biasa perkiraan berjalan di hutan, adalah bergantung kepada bentuk muka bumi, samada beralun atau mendatar, atau mendaki bukit.jika mendatar kita buleh capai 16 kilometer sehari perjalanan. Jika naik bukit turun bukit, mungkin kita hanya dapat capai 2 hingga 3 kilometer sahaja sehari perjalanan bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang.

wasalam

Komentar oleh pakcikli00 pada 28 April 2010 di weblog http://karimon.wordpress.com/2010/04/25/tas-penunduk/#comments

2. Perubatan (First Aid ), Penghalau serangga, Losyen penghindar serangga.

3. Senjata (seperti parang, bannet dan lain-lain)

4. Pakaian yang sesuai (seperti kasut, topi, beg dan sebagainya)

5. Alat kelengkapan yang lain seperti tali yang kuat, Safety Harness.

6. Juma , sarung tangan dan lain-lain.

About these ads
 

One Response to “EKSPEDISI HUTAN 1 : PERSEDIAAN MASUK HUTAN”

  1. badlishah Says:

    TAK MASOK AKAL MACAM BOMOH VIP


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 77 other followers

%d bloggers like this: