Wannura

Koleksi Tumbuhan

GENGGAM FATIMAH (Selaginella lepidophylla) MENAMBAH TENAGA Mei 16, 2010

Filed under: Pokok liar — zainura66 @ 4:57 pm
Tags: ,

Pokok Genggam Fatimah atau nama sainsnya Selaginella lepidophylla adalah tumbuhan herba gurun dalam keluarga spikemoss. Pokok Genggam Fatimah terkenal kerana keupayaannya untuk hidup hampir kekeringan sepenuhnya; semasa musim panas di habitat tempatannya, rantingnya merengkok menjadi bebola ketat dan kembali kembang apabila terdedah kepada kelembapan (Lebkuecher 1993). Ia tumbuhan tempatan bagi padang pasir Chihuahuan.

Dalam perubatan tradisional Melayu, Genggam Fatimah digunakan bagi menambah tenaga.

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Genggam_Fatimah

KEGUNAAN LAIN :

1. Mengecutkan, merapatkan dan mengetatkan otot rahim menerusi pengambilan yang betul dan secara konsisten.
2. Senggugut, keputihan dan ketidakkesuburan
3. Membetulkan kitaran haid, merawat luka dalaman dan mengempiskan perut
4. Melangsingkan badan.
5. Gout : genggam fatimah mampu menyingkirkan toksin dalam badan
6. Melancarkan perjalanan darah
7. Menghilangkan kebas kaki dan tangan
8. Membuang angin dalam badan
9. Melawaskan air kencing dan besar
10. Membuang lemak dalam badan

PERINGATAN :

1. “Setengah orang mungkin berasa pening ketika baru mengambil air rebusan genggam fatimah. Ini mungkin kerana bahan berkenaan sedang membetulkan atau menyingkirkan toksin dalam badan” Kata Syed Ali Zuhari Syed Mohammad Noor Alam Shah dari Pulau Pinang.

2. Wanita yang sedang hamil dilarang mengambil herba ini.

3. Jangan minum terlalu banyak air rebusan genggam fatimah kerana boleh menyebabkan kesukaran untuk tidur.

About these ads
 

17 Responses to “GENGGAM FATIMAH (Selaginella lepidophylla) MENAMBAH TENAGA”

  1. idris Says:

    Salam.. Di sini saya ingin bertanya tentang Khasiat Genggam Fatimah.
    Terdapat dalam web dan nasihat daripada orang tua mengenai kebaikan Genggam Fatima, di katakan harus diminum sebelum bersalin.

    Di sini persoalan saya.

    1. Adakah air rebusan Genggam Fatimah boleh di minum oleh wanita yang sarat ingin bersalin bagi memudahkan proses bersalin?

    2. Air rebusan Genggam Fatimah tidak boleh diminum oleh perempuan mengandung dan bagaimana pula bagi perempuan yang sudah sarat dan sedang menunggu masa bersalin?

    Saya berharap persoalan ini terjawab memandangkan isteri saya dalam tempoh 2 minggu sebelum due bersalin dan di manakah dapat saya cari genggam fatimah di sekitar Kota Bharu, Kelantan.

    Terima kasih

    • zainura66 Says:

      Idris,

      yang terpenting sekali saudara jangan panik semasa isteri sedang sakit bersalin. Banyakkan istighfar dan nasihatkan isteri untuk berbuat demikian juga. Jika isteri saudari minum apa jua pun air selusuh untuk memudahkan proses bersalin serta mudah bersalin, itu mungkin hanya kebetulan sahaja.

      Yang penting sekali ialah ketenangan kerana kekuatan itu adalah dari jiwa yang tenang.

      Salam ceria selalu.

    • siti Says:

      salam,

      disini ingin saya perbetulkan sedikit kekeliruan..sebenarnya genggam fatimah ini adalah berbeza dengan akar fatimah yang kita dapatkan dari makkah dan khasiatnya kita ketahui bahawa dipermudahkan untuk bersalin..dan genggam fatimah ini pula kita minum airnya selepas bersalin untuk khasiat2 yang dinyatakan di atas…

  2. zainura66 Says:

    Idris,

    yang terpenting sekali saudara jangan panik semasa isteri sedang sakit bersalin. Banyakkan istighfar dan nasihatkan isteri untuk berbuat demikian juga. Jika isteri saudari minum apa jua pun air selusuh untuk memudahkan proses bersalin serta mudah bersalin, itu mungkin hanya kebetulan sahaja.

    Yang penting sekali ialah ketenangan kerana kekuatan itu adalah dari jiwa yang tenang.

    Salam ceria selalu.

  3. zura Says:

    Saya sedang ambil air rebusan genggam fatimah untuk menurunkan berat badan. Berat badan saya turun 6kg dalam masa 4 minggu. Saya dalam perancangan untuk hamil. Boleh ke saya minum air rebusan sehingga saya disahkan hamil oleh doktor?

  4. siti Says:

    salam

    saya rasa yang idris maksudkan adalah akar fatimah yang ibu2 mengandung gunakan untuk senang bersalin apabila sampai masanya…untuk makluman awak akar fatimah ini berbeza dengan genggam fatimah…akar fatimah hanya terdapat di makkah.. dan saya juga ambil akar fatimah ni ketika hendak melahirkan anak..saya kirim dekat mak su saya yang nak pergi umrah ketika itu…dan sekarang saya ambil genggam fatimah plak selepas bersalin…hehe

    • ct Says:

      siti… betul ker siti minum genggam fatimah tu selepas bersalin…
      ok tak.. berat badan turun tak… anak kembong tak….

  5. Noja Says:

    saya telah mengamalkan air rebusan genggam fatimah ini selepas disyorkan untuk melegakan serangan resdung.alhamdulillah sejak 2 minggu mengamalkannya pagi dan malam sebelum tidur, skrg sy tidak mengalami masalah bersin dan selsema ketika bgn awal pagi.lebih menakjubkan, asma saya juga sudah berkurangan.

  6. Siti Mahanum Mohd Noor Says:

    salam saya tiada darah tinggi tiada kencing manis dan telah minum ggm fatimah emas 1 uncang 1 hari selama 20 hari adakah ini baik untuk saya n didapati setelah minum kepala sya pening n rasa tegang hingga ke tengkok buang air
    kecil n besar lawas n saya lebih bertenaga resdunong pulih saya minum banyak air suam adakah hreba ini bebas drp dadah atau steroid n tidak merbahaya kepada kesihatan

    • zainura66 Says:

      Waalaikumsalam,

      Sebarang herba yang dimakan atau diminum diambil sedikit akan menjadi penawar dan jika diambil berlebihan akan menjadi racun.

  7. siti Says:

    bolehkah genggam fatimah diminum bagi ibu yang sedang menyusukan bayinya…
    banyak yang kata tidak bolhe bagi ibu yang hamil saja….
    jika tidak boleh minum bagi ibu yang menyusu nape boleh minum lepas bersalin…
    konfiussssssssssss………….
    tolong saya cari jawapan

    • zainura66 Says:

      Jawapannya ada pada saudari Siti sendiri. Cuba dulu dan baru ketemui jawapannya…..jangan konfiusssss….

  8. boleh tak nak beli dari online

  9. ruby Says:

    saya nak cuba minum…mana nak beli yg masih ori? yg peket tu campur lln ke?

    • zainura66 Says:

      Ruby boleh beli di gedung-gedung jamu dan cuba tanya penjual jika ada campur bahan lain di dalam peket. Saya rasa jika Ruby berjaya dapat membeli genggam fatimah ini, ia tidak di campur dengan bahan lain.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 77 other followers

%d bloggers like this: