Wannura

Koleksi Tumbuhan

Artikel : BIOGEOGRAFI HUTAN PAYA LAUT DAN HUTAN GUNUNG Mei 19, 2010

Filed under: Artikel — zainura66 @ 7:33 pm

PENGENALAN

Hutan paya laut yang kebiasannya terdapat di kawasan persisiran pantai dan muara-muara sungai mempunyai ekologi yang unik. Kawasan hutan paya laut merupakan salah satu ekosistem yang produktif tetapi amat sensitif kepada apa jua bentuk gangguan, baik yang datang dari persekitarannya sendiri atau di kawasan yang berhampiran. Hutan paya laut ini juga menghasilkan berbagai-bagai faedah kepada manusia.
      Negeri Kedah Darul Aman meliputi kawasan seluas 3,390 km dan 81 km dari keluasan ini adalah hutan simpan paya laut dan Hutan Tanah Kerajaan (State Land Mangroves) .Keluasan kawasan hutan simpan paya laut di Kedah adalah seluas 8,034 hektar. Sebahagian besar daripada kawasan hutan simpan paya laut ini terletak di tanah besar Negeri Kedah dan selebihnya terdapat di Langkawi.
      Hutan Simpan Merbok terletak di Daerah Sivil Kuala Muda (Sg. Petani) yang sedang pesat membangun. Hutan simpan ini meliputi kawasan seluas 4,037 hektar dan lebih kurang 1,000 hektar “waterways” diwartakan sebagai kawasan hutan simpan dalam tahun 1951.
           Hutan ini memainkan peranan yang penting bagi pemeliharaan pasir pantai dengan memberi perlindungan pada kawasan pinggir pantai dari tiupan angin kencang. Di samping itu hutan Paya Laut juga menstabilkan kawasan pinggir pantai serta menggalakkan proses pembentukkannya.
      Manakala Hutan Simpan Gunung Jerai meliputi kawasan seluas 8,676.36 hektar di mana ia adalah jenis hutan utama di Negeri Kedah. Menurut kajian yang telah kami lakukan, hutan ini merupakan khazanah bemilai disebabkan tumbuhan yang extensif. Hutan ini juga menyediakan suatu pandangan panorama Lembah Yan dan Merbok di Kedah. Ketinggian maksimum adalah lebih kurang 1220 a.m.1.
      
      Bagi Gunung Jerai pula, terdapat 4 jenis hutan yang utama iaitu Lowland Dipterocarp Forest yang terletak di kawasan yang kurang dari 305 m. kedua, Hill Dipterocarp Forest yang terletak pada ketinggian 305 m. Lapisan ketiga ialah Upper Hill Dipterocarp yang terletak pada ketinggian 672 m hingga 1067 m dan keempat Eracaceous Forest yang terletak pada ketinggian 1067 m hingga 1217 m.


PERSEKTTARAN ANTARA HUTAN PAYA LAUT PAN HUTAN GUNUNG.

Hutan paya laut adalah kawasan yang sukar umtuk dimasuki. Kawasan air pasang surut yang didiami oleh pokok bakau mempunyai air dan tanah yang mengandungi kuantiti garam yang tinggi. Di samping itu, tanah di sini juga mempunyai kandungan oksigen yang rendah dan tidak begitu stabil bagi menyokong pokok-pokok yang besar.
      Masalah ini dihadapi oleh pokok bakau dengan cara yang tersendiri. Walaupun berada dalam keadaan cuaca yang tidak sesuai semasa perkembangan biji benih, pokok bakau mempunyai adaptasi khusus bagi menyesuaikan diri di habitat sebegitu.
      Walaupun habitat ini mempunyai kandungan air yang banyak tetapi kuantiti garam yang tinggi menyukar-
kan pokok bakau untuk menggunakannya. Pada amnya kadar kemasinan air bergantung kepada jumlah hujan dan air tawar yang memasuki kawasan ini. Kebiasannya kawasan lebih kering mempunyai kadar kemasinan yang tinggi dan ianya berbeza mengikut jenis struktur tanah, pengairan dan kandungan nutrien. Selain itu, kadar kemasinan juga turut bergantung kepada suhu, frekuensi dan tempoh pasang surut dan juga aras tertinggi air ketika pasang.
      Keadaan tanah yang lembut , berlumpur dan cetek beserta dengan air yang sentiasa mengalir menyebab-
kan tumbuhan berkembang di sini. Air terutamanya kawasan yang berhampiran dengan paras terendah air ketika surut, menenggelamkan hutan bakau sekurang-kurangnya dua kali sehari. Tumbuhan di paya laut dapat mengadaptasikan diri dengan memiliki akar udara atau akar sokong dan batang yang berbanir untuk sokongan.
      Sementara itu, bagi mengatasi masalah penyusupan akar, pokok bakau mempunyai sistem akar yang pendek tetapi berkembang jauh serta kompleks. Keadaan tanah yang diduduki oleh pokok bakau adalah tanah yang terendam dan mempunyai kandungan oksigen yang rendah. Pokok bakau biasanya mengatasi masalah pernafasan dalam keadaan kekurangan oksigen atau anaerob dengan sejenis akar khas yang dikenali sebagai pneumatofor. Akar-akar pneumatofor berkembang secara menegak daripada akar-akar dasar dan apabila terdedah kepada udara, ianya akan menyerap oksigen.
      Keadaan di kawasan pasang surut tidak sesuai bagi perkembangan tumbuhan di peringkat awal. Untuk tidak mendedahkan biji benih muda kepada keadaan yang sedemikian, pokok bakau memiliki teknik percambahan yang dikenali sebagai vivipariti. Tumbuh-tumbuhan yang mempunyai teknik percambahan seperti ini, membolehkan biji benihnya mencapai peringkat juvenil seperti memiliki akar atau pucuk semasa berada bersama pokok induk. Apabila biji benih bersedia untuk bersentuh dengan tanah, ianya akan jatuh ke bawah dan akan tetap di situ atau doman sehinggalah di bawa arus ke tempat yang lebih sesuai untuk membesar.
      Pokok bakau mempunyai adaptasi yang berbeza bagi setiap cerun persekitaran yang berlainan dari kawasan darat sehinggalah menuju ke laut. Sekiranya kita bergerak dari laut atau pinggir sungai ke kawasan darat, kita akan dapat melihat perbezaan jalur-jalur pokok bakau atau zon ini kelihatan lebih jenis di kawasan bercerun yang biasanya mengalami perubahan drastik pada ciri-ciri fizikal seperti jumlah pancaran matahari, jenis tanah, kemasinan, pH dan kekerapan ditenggelami air. Penzonan yang dipengaruhi oleh keupayaan untuk bertindak pada naungan, corak taburan biji benih dan juga corak pemakanan biji benih oleh ketam.
      Hutan Simpan Gunung Jerai yang meliputi kawasan seluas 8,676.36 hektar mewarisi keunikan hutan di mana ianya memliki kesemua jenis hutan utama negara di dalam satu hutan simpan. Ketinggian maksima Gunung Jerai ialah lebih kurang 1,220 meter a.m.1.
      Hutan Simpan Gunung Jerai terdiri daripada hutan jenis Dipeterokop. Hutan ini ialah hutan terbesar yang meliputi kawasan Hutan Gunung Jerai. Nama Diperterokop diambil dari spesis familinya iaitu Dipterolarpaceae. Hutan ini mempunyai ketinggian yang lebih berbanding dengan Hutan Hujan Tropika yang lain dan dari segi nilai dagangannya ia berada pada tahap yang tinggi berbanding dengan beberapa hutan yang lain di Malaysia.
Banir ialah gambaran yang biasa kita lihat pada pokok jenis hutan ini yang biasanya terdapat di hutan tanah rendah yang mengeluarkan bunga dan buah di dahannya. Lazimya hutan Dipeterakop ini tumbuh pada ketinggian 900 atas paras laut dan boleh dibahagikan kepada 8 jenis yang berbeza dengan pelbagai cirinya yang tersendiri. Spesis Dipeterokop mempunyai kualiti yang tinggi, susunan urat kayu yang teratur dan kecacatan kayu pada tahap yang minima yang amat sesuai dijadikan papan lapis. Hutan Simpan Gunung Jerai dapat dibahagikan kepada 4 jenis hutan utama iaitu:-

1. Hutan Dipterokarpa Tanah Rendah
2. Hutan Dipterokap Bukit
3. Hutan Dipterokap Pergunungan
4. Hutan Gunung Ericaceous

1. Hutan Dipterokarpa Tanah Rendah /Lowland Dipterocorp Forest
- Banyak hutan yang dieksploitasi di Malaysia terdiri daripada kategori ini. la meliputi semua hutan asli yang tanahnya bersaliran baik di kawasan dataran, beralun dan kaki bukit. Hutan ini terletak di kawasan yang kurang dari 305 m aras laut yang meliputi sebahagian besar jenis kayu bermutu dan berpasaran dipterokap dan bukan dipterokap. Di Gunung Jerai, hutan ini telah membentuk bahagian yang tinggi bagi emergen dan strata dominan hutan dan hutan ini adalah hutan tebal. Walaubagaimanapun, secara relatif pergerakan di tanah dalam hutan masih bebas.
- Hutan ini mengandungi beribu-ribu spesis pokok berperepang sepanjang satu kaki atau lebih, diukur pada aras dada. Adalah didapati bahawa biasanya terdapat 100 spesis yang berbeza dalam satu-satu ekar, termasuklah herba, pokok renik dan pokok pemanjat.
- Kebanyakkan kawasan tanah rendah, kumpulan dipterokap terdiri daripada kumpulan Meranti (shorea). Meranti merupakan jenis kayu kayan yang paling menyerlah dalam hutan. Antara jenis Meranti yang terdapat di Hutan Dipterokap Tanah Rendah Gunung Jerai ialah Meranti Melantai (Shroea Macroptera), Meranti Pa’ang (Shroea Bradeolata), Meranti Tembaga (Shroea Leprosula) dan lain-lain.
- Selain dari spesis meranti, terdapat juga spesis Dipterocarpous (keruing) yang wujud dengan banyaknya di Hutan Gunung Jerai. Jenis keruing ialah seperti keruing bulu (Dipterocarpous baudii), keruing mempelos (dipterocorpous criniuts), keruing, belimbing dan lain-lain.
- Hutan ini juga ditumbuhi oleh jenis mersawa (anisoptera), jenis merawan, Giam (Hopea) dan jenis Gerutu (Parashorea), Manakala hutan Dipterokap merangkumi Jelutong (Dyera Costulata), Rengas (Gluta) dan lain-lain.

2. Hutan Dipterokap Bukit /Bill Dipterocwrp Forest
- Hutan ini terletak pada ketinggian 305 m – 762 m
- Hutan ini masih tergolong dalam pembentukan Hutan Hujan Malar Hijau tanah rendah tetapi ia terdiri daripada tumbuhan klimaks bagi zon altitud di atas daripada Dipterokap tanah rendah.
- Aspek dan tapak merupakan dua faktor penting yang mempengaruhi taburan hutan jenis ini. Oleh itu hutan-hutan jenis ini boleh didapati di kawasan rendah di kawasan rabung terbuka dan di altitud lebih tinggi di kawasan lembah yang terlindung.
- Kawasan hutan ini juga didiami oleh spesis kayu kayan yang amat bemilai harganya. Antara kayu kayan jenis dipterokap yang terdapat di kawasan hutan ini ialah Meranti Seraya (Shroea Curtisii), Balau Bumus (Shroea Laevis), Meranti Sarang Punai Bukit (Shroea Ouata) dan jenis keruing.
- Sementara jenis bukan dipterokap meliputi Mengkulang (Heritiera Spp), Kedondong (Nyatoh) dan lain-lain.
- Hutan utama di antara hutan Dipterokap tanah rendah dan bukit ialah komposisi pokok-pokok dominan pada lapisan sebelah atas. Masih banyak spesis utama hutan tanah rendah masih terdapat di hutan dipterokap bukit (tetapi tidak sekerap di kawasan tanah rendah), manakala spesis yang tidak terdapat di kawasan hutan tanah rendah dapat ditemui di kawasan hutan dipterokap bukit di Gunung Jerai.
- Contoh spesis yang menjadi petunjuk Hutan Dipterokap Bukit ialah jenis Seraya (Shroea Custisii) yang merupakan salah satu daripada kumpulan Meranti Merah.
- Perbezaan juga wujud di antara tumbuhan di kawasan rabung, tepi kaki bukit dan lembah kecuali Seraya, pokok terbesar di hutan bukit lazimnya kecil sedikit daripada hutan tanah rendah.
- Flora pada lantai hutan bukit lazimnya sangat sedikit, kawasan bukit, terutamanya cerun curam lazimnya mengandungi spesis berkayu. Di dasar lembah, spesis yang besar-besar secara bandingannya juga didapati sedikit sahaja.

3. Hutan Dipterokap Pergunungan / Upper Bill Dipterocarp Forest
- Hutan Dipterokap Pergunungan terletak diketinggian 672 m aras laut hingga 1067 m a.m.l.
- Komposisi flora dan tumbuh-tumbuhan di dalam hutan ini berbeza daripada hutan Dipterokap Bukit dan Hutan Dipterokap Tanah Rendah dengan hampir keseluruhan spesis yang terdapat di bahagian ini. Walau
bagaimanapun, kadangkala terdapat sedikit spesis daripada keluarga dipterokap dalam hutan ini yang mempunyai pandangan ketinggian yang nyata.
- Di kawasan hutan ini tidak banyak ditumbuhi oleh jenis-jenis bermutu dan berpasaran kecuali Damar Minyak (Agathis Borneesis) jenis conifess yang cukup bermutu dan berpasaran tinggi.
- Taburan jenis Damak Minyak dikatakan bermula pada ketinggian 762 m a.m.l.
- Di antara spesis jenis dipterokap yang menguasai hutan jenis ini di Gunung Jerai ialah Meranti Bukit (Shroea Platyclados), Balau Gunung (Shroea Astylosa).

Sementara spesis bukan dipterokap pula meliputi jenis Bintangor (Calophyllum spp), Derum Bukit (Cratoxylum maingay), China Maid (Leptospesmum Flasescens), Delawan (Tristania Spp) dan lain-lain.

4. Hutan Gunung Ericaceous /Eracaceous Forest
- Hutan Gunung Ericaceous terletak pada ketinggian 1,067 m a.m.l hingga 1,217 m aras min laut.
- Walaubagaimanapun, kadangkala hutan jenis ini juga terdapat pada ketinggian yang lebih rendah di bahagian puncak-puncak gunung yang terpencil.
- Hutan Gunung Ericaceous berbeza daripada segi komposisi spesifik berbanding dengan hutan gunung yang lain. Ini termasuklah daripada segi ketinggian pokok yang kebanyakkannya hanya kira-kira 30 kaki sahaja dan bentuk pokok yang tidak seragam. 
- Hutan Gunung Ericaceous di Gunung Jerai ditumbuhi pokok-pokok bukan dipterokap yang terdiri daripada pokok Mendong (Elaeocarpus spp), Kelat (Eugenia spp), Kandir (Garcinia spp), Setumpol (Hydrocarpus spp), Medang, Keruntum (Tristanis spp), Mempening (Lithocarpus spp) dan lain-lain.

JENIS HAIWAN YANG TINGGAL DI KAWASAN HUTAN PAYA LAUT DAN HUTAN GUNUNG

  Hutan paya laut seperti yang lain-lain jenis hutan tropika kaya dengan kepelbagaian dan keindahannya. Habitat Hutan Paya Laut ini merupakan tempat tinggal berbagai-bagai jenis haiwan yang terdiri dari organisma laut yang berpindah atau yang mempunyai kulit keras sehinggalah kepada monyet Probasa’s (Nasalis Larvatus) dan buaya kuala sungai (Crocodylus Porosus).
      Pada amnya haiwan-haiwan yang tinggal di hutan paya laut berada mengikut zon-zon sepertimana yang berlaku pada tumbuh-tumbuhan. Spesis-spesis haiwan yang hidup di laut dan di air payau boleh dijumpai di kawasan yang berhampiran dengan laut sementara di kawasan substrat yang kaya dengan nutrien dan air yang terdapat di kawasan ini. Terdapat 3 jenis keadaan yang berlainan di hutan paya laut iaitu air laut yang masin, dataran yang berlumpur dan tumbuhan hijau. Ini menjadikan Hutan Paya Laut sebagai satu ekosistem yang diduduki oleh pelabagai jenis haiwan. Terdapat haiwan-haiwan yang menggunakan lebih dari satu habitat dalam kehidupan harian mereka.
      Ada haiwan yang mendiami kawasan ini sepanjang hayatnya dan terdapat juga yang menjadikan hutan bakau ini sebagai tempat persinggahan. Komuniti haiwan di sini merangkumi haiwan-haiwan yang tinggal di bawah tanah seperti ketam dan cacing yang hidup di pokok seperti siput, tiram dan teritip dan juga serangga, burung dan kelawar.
      Semasa air pasang, ikan-ikan dan krustasea akan berkeliaran di permukaan air di hutan paya laut untuk mencari makanan dan juga bertelur. Amnya, daun pokok bakau yang luruh, air dan tebing lumpur merupakan tempat mencari makanan, bertelur dan membiak. Sementara itu, dedaun, batang dan buah yang ada pada pokok bakau merupakan sumber makanan bagi komuniti haiwan di sini.      
      Burung ,serangga dan kelawar turut membantu pembiakan dan pertumbuhan pokok bakau dengan bertindak sebagai agen pendebungaan dan penyebaran biji benih. Haiwan dan tumbuhan yang hidup di kawasan itu bergantung di antara satu sama lain untuk pemindahan nutrien dan juga saiz populasi.
      Ketam memainkan peranan yang penting dalam ekosistem ini dengan mengitar dan mengawal aturan nutrien bagi penjagaan rantaian makanan. Antara jenis ketam yang terdapat di kawasan ini ialah ketam rebab dan ketam lumpur. Ketam rebab jantan menggunakan penyepitnya yang besar untuk menarik perhatian ketam betina dan menjaga kawasan mereka dari dicerobohi musuh. Ketam ini memiliki mata di bahagian atas objek yang berbentuk tangkai yang tegak dan membolehkannya melihat musuh dengan mudah. Ketam lumpur boleh dijumpai di hutan paya laut terutamanya pada waktu air pasang. lanya merupakan satu sumber makanan dan membekalkan protein tambahan pada komuniti setempat.
      Terdapat sejenis haiwan amfibia yang kelihatan sentiasa bergerak di dataran berlumpur dan juga muara sungai iaitu ikan belacak: Dean belacak mempunyai insang yang boleh di isi dengan air yang mempunyai kandungan oksigen dan ini membolehkannya bernafas di darat. Selain berupaya berenang dengan baik, ikan belacak juga boleh melompat di atas permukaan air. Dengan bantuan strip ventral dan pektoralnya ia boleh memanjat pokok. Walaupun ikan-ikan ini benafas dalam air dengaan menggunakan insang, kulitnya juga digunakan untuk pertukaran gas.
      Udang karang lumpur yang dilihat di muara-muara sungai dan di sepanjang sungai yang berada di kawasan pasang surut. Spesis udang ini tinggal di dalam lubang atau timbunan-timbunan tanah sehingga 15 kaki panjang, 6 kaki tinggi dan 30 kaki lebar. Udang-udang ini memakan lumpur, detritus dan sisa-sisa tumbuhan. Selain daripada itu ia aktif pada waktu malam dan ianya juga aktif selepas hujan.
      Ular dari jenis cerebus rhyn chops hidup di dataran berlumpur memakan ikan belacak, ketam dan lain-lain lagi. Ular ini boleh dijumpai di sungai yang berada di kawasan pasang surut, anak-anak sungai dan muara sungai yang berhampiran dengan laut. Kebiasaannya ular ini akan melilitkan bahagian ekomya pada tumbuh-tumbuhan dan pada masa air surut ianya boleh dijumpai terdampar. Ular ini mudah berasa takut, berbau busuk dan akan mematuk dengan ganas apabila diganggu. 
Sejenis lagi ular dari jenis Bioga dendrophila melanota boleh dijumpai melingkari ranting-ranting pokok bakau. Ular ini hanya aktif pada waktu senja dan makanan utamanya ialah burung,telur dan haiwan seperti tikus dan tupai. Panjangnya boleh mencapai 2 meter dan akan mematuk apabila diganggu.
     Sejenis kera (presbytis crristata ) mempunyai jambul di atas kepala dan biasanya tinggal di kawasan hutan pinggir laut atau sungai. Kera yang dewasa mempunyai rambut yang berwama kelabu kegelapan dan di bahagian hujungnya berwama perak. Sementara itu, anak kera dari jenis ini memiliki rambut yang kuning kemerahan. Kera ini boleh kelihatan melompat dari satu pokok ke pokok yang lain sambil bermain-main di atas ranting dan mengunyah daun terutamanya daun pokok api-api (Avicennia Sp)
     Terdapat juga burung air. Burung ini memakan makanan seperti cacing, ikan, ulat krustasea, moluska , tumbuhan air dan juga plankton. Bentuk dan saiz yang berbeza bagi paruh, badan dan kaki menggambarkan cara pengambilan makanan yang sesuai oleh burung-burung ini.
      Burung-burung air yang besar seperti bangau dan pucung dikenali sebagai penghuni hutan paya laut. Di antara burung ini Leptoptilos Javanicus dan Mycteria Cinerea termasuk dalam kategori haiwan yang meng-
hadapi bahaya kepupusan. Burung Lang Merah (Haliastur Indus) berterbangan kerana sentiasa meninjau mangsanya iaitu ikan di permukaan air. Deria lihat yang lebih sepuluh kali ganda sensitif dari mata manusia.
      Di antara bulan Ogos dan Oktober pada setiap tahun, iaitu sebelum tibanya musim sejuk yang bersalji, burung-burung ini akan terbang dari tempat pembiakan mereka di Utara ke kawasan lebih panas di bahagian Hemisfera Selatan. Bulan Mac hingga April tahun yang berikutnya akan terbang pulang ke utara.
      Selain dari menjadi tempat tinggal bagi burung-burung yang merupakan penghuni tetap hutan paya laut, kawasan ini yang dikunjungi oleh burung-burung yang tinggal di kawasan penempatan manusia. Burung-burung ini telah menyesuaikan diri mereka dengan kawasan pinggir bandar atau kawasan bandar dengan terhapusnya habitat semulajadi mereka.
Hutan Simpan Kekal Gunung Jerai merupakan habitat kepada pelbagai jenis haiwan. Kebanyakkan haiwan yang terdapat di kawasan ini adalah berasal daripada Bukit Bendera, Pulau Pinang di mana in dipindahkan kerana aktiviti pembangunan yang dijalankan di kawasan tersebut.

Antara jenis haiwan yang terdapat di situ ialah :

1. Rusa (peliharaan).
2. Monyet.
3. Pelbagai jenis burung.
4. Spesis ular.
5. Spesis serangga.
6. Ayam hutan.

JENIS-JENIS TUMBUHAN YANG TERDAPAT DI KAWASAN HUTAN PAYA LAUT DAN HUTAN GUNUNG.

Hutan Simpan Merbok boleh diiktiraf sebagai salah satu dari “the most species diverse mangroves in the world”- Asian Wetland Bureau.
      Kawasan hutan simpan ini mengandungi tidak kurang dari “30 species of the mangroves”. Di antara tumbuh-tumbuhan yang dominan adalah Bakau Minyak (Rhizapora Apiculata), Bakau Kurap (Rhzapora Mucronata) dan Lenggadai (Bruguiera Parviflora).
      Pokok bakau adalah sejenis tumbuhan yang boleh hidup dalam keadaan air masin dan mengeluarkan biji benih atau sejenis pokok renek yang hidup subur atau sejenis pokok renek yang hidup subur di zon pasang surut. Tumbuhan di darat jenis ini, selepas beberapa waktu telah memiliki ciri-ciri yang unik untuk terus hidup di kawasan pasang surut, muara sungai, terumbu birih dan juga paya rawang
      Pokok bakau membentuk asas kepada ekosistem hutan bakau. lanya memelihara kepelbagaian biologi dan juga kestabilan ekologi bagi ekosistem ini. Di samping memegang tanah-tanah yang mudah berkecai, pokok bakau merupakan habitat dan menyediakan sumber makanan untuk beberapa jenis haiwan. Dedaun pokok bakau menyediakan ruang bagi beberapa jenis hidupan untuk hidup dan menjadi jalan utama perpindahan nutrien dari kawasan darat ke laut. Detritus yang terhasil dari pemecahan tisu tumbuh-tumbuhan yang mati terutamanya daun-daun yang gugur merupakan asas bagi rangkaian makanan di kawasan pinggir-pinggir laut Tropika.      
     Empat generasi utama pokok bakau yang mempunyai adaptasi luar biasa ialah Api-Api (Avicennia sp), Berus/Tumu (Bruguiera sp), Bakau (Rhizaphora sp) dan Perapat (Sonneratia sp) yang bersama-sama membentuk dan menyumbang kepada perkembangan ekosistem hutan paya laut.
     Dari aspek tumbuh-tumbuhan di kawasan hutan Gunung Jerai dapat dibahagikan kepada beberapa ciri tertentu seperti jenis-jenis tumbuhan, struktur tumbuhan termasuk saiz pokok dan jenis akar pokok tersebut. Terdapat empat jenis hutan yang utama terdapat di kawasan ini.
     Pertama, Lowland Dipterocarp Forest yang terietak di kawasan yang kurang dari 305m. di antara jenis-jenis tumbuhan yang terdapat pada aras ini ialah Meranti (Shorea), Keruing (Dipterocarpus), Mersawah (Anisoptera), Merawan, Gelam (Hopea) dan Gerutu-Gerutu (Parashovea).
     Kedua, Hil Dipterocarp Forest yang terletak pada ketinggian 305m. Pokok-pokoknya terdiri daripada Meranti Seraya (Shorea Clirtisii), Balau Kumus (Shroea Laevis), Meranti Sarang Punai Bukit (Shroea Ovata) dan jenis Keruing.
     Ketiga, Upper Hill Dipterocarp Forest yang terletak pada ketinggian 672m hingga 1067m. jenis-jenis pokok yang terdapat di kawasan ini ialah Ekor Kuda (Dacrydium Elatum), Podo Cucur Atap (Podo Curpusimbricaros), Podo Bukit (Podocarpus Neviifolius), Balau Gunung (Shroea Astylosa), China Maki (Laptospermumflarescens) dan lain-lain.
     Keempat, Eracaceous Forest yang terletak pada ketinggian 1067m hingga 1217m. Di antara jenis-jenis pokok ialah Mendong (Elaeocarpus sp), Kelat (Eugenia Sp), Kandis (Garcinia Sp), Setempol (Hydrocarpus Sp), Medang, Kerumtum (Tristanis Sp), Mempening dan sebagainya lagi.
     Bagi aspek saiz pokok bagi kawasan ini pokoknya lebih besar serta berkayu keras malah ketinggianya boleh mencapai 25 hingga 36m. Jenis akar di kawasan Hutan Gunung Jerai pula puratanya ialah berakar tunjang.

BAGAIMANA TUMBUHAN HUTAN PAYA LAUT DAN HUTAN GUNUNG JERAI MENYESUA1KAN DIRI DENGAN KAWASAN PERSEKITARANNYA (ADAPTASI).

#Iklim
      Secara umumnya dalam skala yang besar terdapat pelbagai jenis tumbuhan semulajadi di kawasan iklim yang beriainan. Unsur-unsur iklim seperti suhu, hujan, cahaya matahari, kelembapan dan keadaan cuaca mempengaruhi tumbuh-tumbuhan semulajadi dari segi pertumbuhan, perkembangan dan pembiakannya.
      Di kawasan ikiim Tropika Lembap yang mendapat hujan yang lebat, suhu yang tinggi dengan cahaya matahari yang mencukupi terdapat tumbuh-tumbuhan semulajadi seperti di Gunung Jean yang padat dan kaya dengan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yang berlainan begitu juga dengan Hutan Paya Laut.

#Air
      Jumlah bekalan air hujan yang diterima di sesuatu kawasan secara umumya menentukan kepadatan dan jenis-jenis tumbuhan semulajadi yang wujud. Biasanya kawasan-kawasan yang menerima hujan yang lebat terdapat hutan yang tebal dan terdiri daripada pelbagai jenis tumbuhan. Keadaan ini boleh dibahagikan kepada dua kelas yang beriainan berdasarkan keperluan dan penyesuaiannya terhadap bekalan air iaitu :

1. Kumpulan tumbuhan-tumbuhan air (HydroFit)
Semua jenis tumbuhan yang boleh hidup dalam air atau tanah yang ditakungi air. Antara jenis tumbuh-tumbuhan yang terapung dan terendam dalam air seperti pokok-pokok bakau (air tawar atau air masin).

2. Kumpulan tumbuh-tumbuhan Lembap (Higrofit)
Tumbuh-tumbuhan yang memerlukan bekalan air yang banyak untuk hidup seperti Hutan Gunung Jerai.

#Suhu
      Setiap jenis tumbuh-tumbuhan memerlukan suhu minimum dan maksimum tertentu untuk tumbuh dan hidup dalam keadaan normal.

#Geomorflk
     Meliputi aspek fizikal yang penting seperti bentuk muka bumi, keadaan cerun dan saliran akan mem-
pengaruhi tumbuh-tumbuhan semulajadi yang terdapat di sesuatu kawasan.
     Di kawasan Hutan Gunung Jerai misalnya bukan sahaja terdapat tumbuhan semulajadi yang utama tetapi juga jenis tumbuhan yang lain kerana pengaruh Geomorfik tersebut.
     Manakala Hutan Paya Laut ia sinonim dengan persekitaran pinggir pantai terlindung dan kadang-kadang mengunjur jauh ke pendalaman di sepanjang muara sungai.

#Edafik
     berkaitan dengan keadaan tanah seperti jenis tanah, kealkian, keasidan, kualiti, kandungan garam galian, keporosan, dan tekstur tanah itu sendiri.
     Di bahagian muara sungai dan dataran pantai yang terdiri daripada tanah lanar, liat dan lumpur yang bertakung terdapat hutan paya laut.

#Biotik
     Meliputi pengaruh manusia dan organisma hidup seperti binatang, serangga dan hidupan sent. Manusia merupakan agen biotik yang paling berpengaruh terhadap tumbuhan semulajadi kerana aktiviti yang dijalankan memberi kesan langsung terhadap perkembangan hutan paya laut dan hutan gunung.
     Aktiviti manusia seperti pembukaan tanah untuk pertanian , pembinaan petempatan, pembalakan mempunyai kesan yang besar terhadap kemusnahan hutan paya laut dan hutan gunung.
     Faktor-faktor di atas bukanlah lengkap dan kesan terhadap tumbuh-tumbuhan bukanlah semata-mata di sebabkan oleh faktor-faktor ini. Ini kerana untuk memungkinkan tumbuh-tumbuhan hidup subur dalam keadaan semulajadi mengambil masa agak lama ( dikenali sebagai Optimum Enologi).

PERANAN DAN FAEDAH HUTAN PAYA LAUT DAN HUTAN GUNUNG.

Hutan paya laut bertindak sebagai penampan semulajadi dengan mengurangkan kelajuan ombak dan angin yang sampai ke kawasan pinggir pantai. Hutan paya laut juga menghalang kemasukan air masin terutamanya pada masa angin kencang. Akar pokok bakau juga berfungsi memerangkap sedimen-sedimen untuk memberi kestabilan kepada kawasan pinggir pantai dan bencana alam.
      Hutan paya laut menyimpan , mengumpul dan mengitar semula bahan-bahan nutrien sejajar dengan pasang surutnya air. Di samping itu, pokok bakau boleh mengeluarkan bahan-bahan toksid melalui proses penapisan semulajadi.
      Bahan-bahan nutrien digunakan oleh pokok bakau untuk membina tisu-tisu semasa ia membesar. Keadaaan persekitaran pokok bakau dapat menukarkan nutrien ini kepada bahan organik yang kompleks. Nutrien yang berlebihan akan dikeluarkan daripada air dan ini mempertingkatkan kualiti air yang mengaliri kawasan hutan bakau dan memasuki kawasan laut Bahan-bahan organik yang kompleks sama ada dalam bentuk daun atau kayu menjadi sumber makanan penting bagi serangga, haiwan-haiwan yang hidup di hutan bakau.
      Pokok bakau juga boleh memerangkap sedimen dan bahan-bahan toksid. Memerangkap melalui akamya terutama pada masa berlakunya ombak. Akar-akar ini memerangkap sedimen dan memendapkannya. Dengan itu, jumlah sedimen yang meninggalkan kawasan hutan bakau adalah berkurangan jika dibandingkan dengan sedimen yang memasuki kawasan ini.
      Tumbuhan hijau pengeluaran utama bahan makanan. Demikian juga dengan pokok bakau yang mempunyai peranan penting dalam kitaran makanan di kawasan ini. Pokok bakau yang mempunyai keupayaan untuk menyerap cahaya matahari dan membina tiso, menyediakan bahan makanan untuk lain-lain penghuni hutan paya laut. Penghasilan biojisim merupakan penggerak kepada perpindahan tenaga dari satu tahap hidupan kepada tahap yang lain. Contohnya, organisma yang mulanya memakan tumbuhan, kemudiannya di makan oleh hidupan-hidupan lain. Sumber makanan lain seperti alga dan kaparan yang terkumpul menjadi makanan utama bagi beberapa jenis organisma invertebrata dan vertebrata.
     Hutan paya laut merupakan satu ekosistem yang dinamik dan didiami oleh pelbagai jenis haiwan yang bergantung kepada perubahan pasang surut dan musim. Hutan paya laut yang kaya dengan bahan nutrien dan plankton menjadikannya kawasan yang sesuai untuk ikan, udang dan ketam hidup. Struktur akar di atas tanah dan pneumatofor yang ada pada pokok bakau memberi perlindungan pada ikan-ikan kecil, udang dan ketam daripada pemangsa dan pergerakan arus air serta ombak. Struktur ini juga menyediakan sub-strata untuk siput, tiram dan teritip.
     Dataran berlumpur di tepi pantai juga mempunyai pertalian penting dengan ekosistem hutan paya laut. Kawasan ini biasanya amat kaya dengan bahan-bahan nutrien, mikroorganisma, vertebrata dan juga inverterbrata. Struktur rangkaian makanan tidaklah begitu kompleks di sini. lanya berada dalam bentuk tumbuhan air, fungi, alga, moluska, ikan, ulat, cacing serta kurstasea dan terdedah kepada pemangsa. Dengan ciri-ciri ini, pemangsa boleh mendapatkan makanan dengan mudah, menjadikan kawasan ini sesuai untuk burung-burung air.
     Hutan paya laut memainkan peranan penting dalam perkembangan hidup beberapa spesis ikan, udang.dan juga ketam yang bernilai komersial tinggi. Adalah dianggarkan, hasil dari sektor perikanan yang berkait dengan hutan paya laut adalah beriumlah beijuta-juta ringgit setahun dan kebanyakkannya dieksport ke luar negara.
     Sejak berabad-abad dahulu, manusia telah mengeksploitasi hutan paya laut untuk mendapatkan kayu. Kayu bakau dari jenis Bakau, Berus / Tumu dan Api-Api digunakan untuk membuat alang-alang dan tiang dalam pembinaan rumah. Kayu bakau juga digunakan dalam pembuatan perabut dan pemegang alatan di dapur. Kayu bakau terutamanya dari spesis Rhizaphora dan Aveccenia merupakan bakau utama untuk kegunaan di rumah dan juga kegiatan perindustrian. Arang dihasilkan oleh Rhizaphora terkenal kerana mempunyai kualiti yang tinggi.
       Kulit dari bebarapa jenis spesis kayu bakau digunakan untuk penghasilan tanin dan bahan pelekat untuk pembuatan plastik. Tanin yang dihasilkan daripada spesis Rhizophora dan Tengal (Ceriops Tagal) digunakan untuk mencelup jaring dan kain layar bagi meningkatkan ketahanannya.

Sejak dahulu lagi, komuniti yang tinggal di sekitar paya laut bergantung kepada pokok tersebut untuk mendapatkan hasil yang boleh dimakan dan herba-herba ubat. Pucuk daun pokok bakau Rhizophora boleh dimakan sebagai sayur sementara kekacang pokok Api-Api Hitam (Avicennia Alba) direbus untuk mendapatkan kacang yang boleh dimakan. Buah dan pokok Perapat (Sonneratia) digunakan dalarn pembuatan bahan minuman sementara bahagian sub pokok nipah (Nypa Fruticans) digunakan dalam penghasilan cuka dan nira.
      Kulit pokok Rhizophora boleh digunakan untuk merawat keretakan tulang, mengubati cirit-birit dan boleh juga memberhentikan pendarahan. Kulit pokok Tumu/Berus biasanya dihancurkan menyembuhkan bahagian luka. Cecair dari buah pokok perapat juga boleh digunakan untuk mengubati pendarahan akibat dari buasir. Batang Avicennia Alba dan Avicennia Offrcianalis juga diketahui boleh mengubati beberapa jenis penyakit. Minyak yang di abstrak dari biji benih pokok-pokok bakau seperti pokok Nyireh boleh digunakan sebagai bahan perubatan, bahan bakar dan juga ramuan minyak rambut.
      Daun-daun nipah yang bersaiz besar dan mudah dilentur yang digunakan dalam penganyaman tikar, atap, bakul dan juga rokok daun. Pneumatofor pokok perapat yang telap air dan juga lembut digunakan dalam pembuatan gabus penudung botol, pelampung dan hasil ukiran kayu.
      Cacing polikat terutama dari jenis Marphysa Boradellei biasa di ambil dari dalam tanah untuk dijadikan umpan memancing. Lapisan-lapisan kulit cengkerang bagi Telescopium telescopium telah dikenal pasti sebagai sumber bahan kapur.
      Hutan paya laut merupakan contoh kawasan yang menunjukkan perkembangan aktiviti manusia terutamanya yang berkaitan dengan kaedah pengumpulan sumber hasil yang terdapat di situ. Antara aktiviti yang jelas berkaitan dengan kawasan hutan bakau ialah teknik menangkap ikan, pengumpulan resin dan lain-lain hasil hutan serta kaedah untuk menggunakan tanah yang tidak produktif. Kegiatan ini merupakan contoh aktiviti terbaik yang dapat memastikan penghasilan yang berterusan sumber-sumber yang berharga. Memandangkan hutan paya laut adalah satu ekosistem pinggir pertanian dan muara sungai di kawasan tropika yang telah berkembang dari dahulu lagi, maka ianya boleh dijadikan sumber rujukan dan perkembangan geografi serta ekologi pada masa dahulu dan juga sekarang.
     Keadaan unik, nyaman dan indah dipersekitaran hutan paya laut merupakan satu pilihan yang baik pada mereka yang ingin menghilangkan rasa ketegangan akibat kesibukan di bandar-bandar besar. Kawasan ini amat sesuai dijadikan kawasan pelancongan.
     Hutan Simpan Gunung Jerai meliputi kawasan seluas 8676.36 hektar dan ketinggian lebih kurang 1,220 aras meter laut merupakan habitat pelbagai spesis flora dan fauna. Hutan simpan ini mewarisi keunikan hutan di mana ia memiliki kesemua jenis hutan utama negara di dalam satu hutan simpan. Misalnya terdapat pelbagai spesis tumbuhan sama ada dari jenis kayu keras seperti spesis meranti, keruing, merawan, mersawah dan lain-lain. Manakala dan jenis tumbuh-tumbuhan herba pula seperti spesis Cucur Atap, China Maki, Tongkat Ali dan sebagainya. Di samping itu, terdapat Juga pelbagai spesis haiwan yang menghuni hutan simpan ini. Antaranya termasuklah pelbagai spesis burung, kera dan sebagainya.
     Hutan Simpan ini juga memainkan peranan yang penting sebagai kawasan rekreasi atau pelancongan. Kepelbagaian spesis tumbuhan dan haiwan serta keadaan fisiografi yang berbeza-beza, kewujudan sungai dan sebagainya menarik minat orang ramai yang mana mengganggapnya sebagai sesuatu yang cantik yang boleh memberikan perkhidmatan rekreasi. Malah hutan simpan ini merupakan satu destinasi pelancongan tanah tinggi yang mashyur di Kedah khasnya dan Malaysia amnya.
     Di mana di atas puncak Gunung Jerai ini para pengunjung boleh menikmati keindahan semulajadi, menghirup udara yang nyaman serta dapat menyaksikan pemandangan yang menarik atau indah Dataran Kedah-Perlis. Sebagai salah satu destinasi pelancongan di atas Gunung Jerai ini terdapat sebuah muzium perhutanan yang dikelolakan sepenuhnya oleh Jabatan Perhutanan. Di dalam muzium ini dipamerkan pelbagai spesis flora dan fauna yang menjadi penghuni hutan simpan ini.
     Peranan penting hutan simpan ini juga ialah sebagai kawasan tadahan. Di mana jikalau ditinjau secara keseluruhan negeri Kedah, hampir majoriti kawasan tanahnya sudah diterokai untuk aktiviti pembangunan, cuma terdapat beberapa kawasan sahaja yang masih dikekalkan dengan keaslian hutan semulajadinya termasuklah Hutan Simpan Merbok dan Hutan Simpan Gunung Jerai ini. Secara tidak langsung, hutan-hutan inilah yang mengambil peranan sebagai kawasan tadahan bagi pembekalan sumber air yang berterusan di negeri Kedah ini.
      Hutan Simpan Gunung Jerai memiliki pelbagai khazanah yang amat bemilai kepada negara. Di antara pelbagaian spesis kehidupan yang menghuninya, terdapat beberapa spesis tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan. Spesis-spesis ini terdiri daripada pokok-pokok herba dan semak samun misalnya di Hutan Simpan Gunung Jerai terdapat spesis pokok China Maki yang mempunyai khasiat dalam perubatan untuk wanita. Manakala pokok Tongkat Ali dalam perubatan tradisional untuk kaum lelaki.
      Kepelbagaian spesis Hutan Simpan Gunung Jerai bukan sahaja menarik minat orang ramai (awam) untuk menjalankan pelbagai aktiviti tetapi juga telah berjaya menarik minat ramai pengkaji untuk melakukan penyelidikan mereka. Ini secara tidak langsung akan memberikan satu penemuan baru yang amat penting serta dapat menyumbang kepada pendidikan di negara ini.
      Peranan hutan yang penting ialah dalam proses pengekalan perseimbangan alam. Sepertimana yang kita maklum, hutan merupakan satu elemen penting dalam pengekalan gas oksigen di udara. Di mana tumbuh-tumbuhan telah bertindak dalam menghasilkan gas oksigen dengan menjalankan proses fotosintesis yang menggunakan karbon dioksida, cahaya matahari dan juga bantuan air. Gas oksigen ini amat penting kerana untuk keterusan hidup manusia dan organisma-organisma yang lain. Malah ini secara tidak langsung dapat mengawal pencemaran yang wujud di udara. Pencemaran ini mungkin disebabkan kadar gas karbon dioksida yang banyak di udara hasil dari pelbagai aktiviti manusia.
      Selain itu, peranan hutan ini juga penting diam mengurangkan kelajuan angin. Ciri ini dapat dilapisi di bawah lapisan hutan yang mana terdapat udara yang nyaman. Malah dikebanyakkan hutan hujan tropika angin sepoi-sepoi bahasa sentiasa bertiup di atas kanopi yang tertinggi. Beberapa pengukuran kelajuan angin dalam hutan ini telah dilakukan oleh Soepadma 1984, dalam kajiannya menunjukkan bahawa purata had laju angin di aras lantai hutan ialah 0.21 m persaat di aras 25m, nilainya ialah 0.31m persaat dan di aras 53m nilainya 1.58 m persaat. Umumnya kelajuan angin adalah lebih rendah dalam hutan terutamanya apabila ia melibatkan hutan di kawasan tanah tinggi.
      
CADANGAN UNTUK PENGURUSAN DAN PEMULIHARAAN HUTAN PAYA LAUT DAN HUTAN GUNUNG.

     Bagi mengurus dan memelihara sumber pantai yang berharga dengan bijak, satu garis panduan untuk penggunaan berterusan ke atas sumber-sumber di hutan paya laut harus diwujudkan.
     Hutan paya laut di kawasan sepanjang pantai boleh bertindak sebagai penampungan bagi menghalang hakisan jika dibandingkan dengan pembinaan konkrit dan dinding batu bagi tujuan menstabilkan pinggir pantai, penanaman pokok bakau di sepanjang kawasan ini adalah lebih praktikal setelah diambil kira faktor kos dan alam sekitar.
     Kegiatan pembalakan di hutan paya laut mestilah dijalankan mengikut konsep penghasilan yang berterusan. Dalam hal ini, kaedah penebangan mengikut jalur-jalur boleh digunakan. Baris-baris pokok bakau di anatara pokok-pokok yang ditebang akan memastikan hutan bakau yang mengalami proses pembalakan akan terus hidup. Pokok-pokok yang tidak ditebang ini sedikit sebanyak akan mengekalkan kepelbagaian spesis pokok yang ada dan boleh melakukan proses regenerasi hutan terus berlaku. Jalur-jalur pokok bakau yang tinggal juga dapat menyediakan tempat berlindung untuk haiwan-haiwan yang dahulunya tinggal di jalur-jalur yang telah ditebang, di samping memastikan pengekalan ciri-ciri ekologi bagi hutan paya laut. Jalur-jalur pokok bakau yang tinggal juga bertindak sebagai pembekal biji benih dalam usaha penanaman pokok-pokok secara semulajadi.
     Hutan paya laut boleh dilindungi dengan menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan taman negara atau taman hidupan liar.
     Hutan paya laut juga boleh diuruskan sebagai kawasan rizab ikan. Ini akan memudahkan pengurusan stok ikan-ikan dan udang. Di kawasan ini, kegiatan akuakultur yang tidak mementingkan pemuliharaan alam sekitar dan juga perangkap ikan-ikan yang berleluasa dapat dikawal. Dengan cara ini gangguan atau perubahan pada habitat hutan paya laut boleh dikekalkan.
     Penguatkuasaan ke atas peruntukkan yang terkandung dalam Akta Perhutanan Negara-Negara perlulah dipertingkatkan. Permit adalah perlu untuk mengeluarkan kayu balak atau sumber-sumber lain di kawasan hutan paya laut. Sebelum sesuatu permit dijalankan pemerhatian yang teliti perlulah dibuat ke atas beberapa faktor seperti alasan untuk pemgambilan kayu bakau, kesan daripada penebangan dan faedah yang diperolehi oleh penduduk sekitar.
      Dalam hal-hal tertentu, tanah yang telah diterokai dan kemudian tinggal terbiar atau tidak digunakan sepenuhnya perlu dipergunakan kembali. Dengan cara ini, jumlah kawasan baru yang perlu diterokai akan berkurangan dan kawasan hutan paya laut akan terpelihara. Kawasan-kawasan pertanian sawah padi yang tidak produktif bolehlah dimajukan semula tanpa mengganggu atau memusnahkan kawasan semulajadi yang ada.
      Manakala bagi pengurusan dan pemuliharaan hutan gunung pula adalah bersamaan dengan hutan paya laut. Di mana tanah hutan yang akan dibuka untuk sebarang projek pertanian hendaklah dirancang dengan teliti agar pengeluaran balak dapat dikawal serta menjamin penggunaan yang maksimum. Sebarang peraturan untuk tebang habis sesuatu kawasan di dalam hutan hendaklah dipatuhi sepenuhnya. Selain itu, tanah berhutan yang tidak terlibat dengan projek-projek pertanian dan sebagainya akan dijadikan “Hutan Sumber Kerajaan” yang akan diurus supaya mendatangkan hasil yang maksimum di samping memelihara kualiti alam sekitar.
      Satu sistem yang melibatkan inventori hutan yang lebih intensif adalah penting iaitu dengan intensiti sekurang-kurangnya 10 peratus akan dijalankan sebelum penebangan, terutamanya bagi hutan dara, sebagai satu asas untuk menentukan sistem pengurusan hutan dan silvikultur yang paling efektif. Keutamaan pula akan diberikan kepada pemulihan hutan semulajadi melalui pengekalan tinggal untuk giliran akan datang. Seterusnya cadangan membuat bancian ke atas anak-anak pokok akan dipergiatkan ke atas hutan yang telah diusahahasilkan untuk menentukan status, kandungan dan kelasnya serta rawatan silvikultur yang akan dijalankan.
      Untuk meneruskan pengurusan dan pemuliharaan hutan gunung juga boleh membuat kajian tanah yang lengkap bagi menentukan kawasan tanaman dan pemilihan spesis-spesis yang bersesuaian dengan keadaan sekelliling. Bagi kawasan hutan yang sesuai akan ditentukan untuk dipelbagaigunakan selaras dengan tujuan untuk meningkatkan keperluan beriadah, pemeliharaan tanah dan air dan juga pemeliharaan flora dan fauna.

Hutan gunung mempunyai peranan yang penting dalam keseimbangan alam sekitar di mana tumbuhan dan haiwan di dalamnya memainkan peranan penting dalam siratan makanan dan keseimbangan ekosistem. Tumbuhan hijau menolong mengekalkan kandungan gas oksigen dalam atmosfera yang perlu untuk haiwan dan manusia bernafas. Sebaliknya haiwan dan manusia membebaskan gas karbon dioksida yang diperlukan oleh tumbuhan dalam proses fotosintesis. Selain itu, tumbuhan juga menapis kebanyakaan debu dalam udara serta menyerap gas karbon dioksida dengan itu ia dapat membantu mengawal pencemaran udara. Tumbuhan juga memperlahankan aliran air hujan dengan itu menggelakkan banjir, hakisan tanah dan tanah runtuh daripada berlaku semasa hujan turun. la juga melindungi permukaan bumi daripada sinaran langsung cahaya matahari, langsung mengurangkan penyejatan air dan membantu menyejukkan permukaan bumi.

KESIMPULAN 

     Hasil dari kajian yang telah kami lakukan dan sedikit sebanyak penerangan yang diberikan oleh Encik Amir dari Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, dapatlah dirumuskan secara keseluruhannya bahawa hutan adalah satu ekosistem yang unik, kompleks dan saling bergantungan di antara satu sama lain di mana di dalamnya terdapat pelbagai jenis flora dan fauna yang menjalankan fungsi masing-masing. Jikalau terdapatnya gangguan salah satu ekosistem ini , maka ia boleh menjejaskan pelbagai proses berlaku contohnya seperti proses fotosintesis dan lain-lain.
     Pengekalan hutan ini penting dan perlu diteruskan kerana ia memberi pelbagai faedah kepada benda hidupan seperti manusia dan haiwan. Hutan mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dan juga memberi pelbagai sumbangan. Hutan adalah kurniaan semulajadi dari Illahi. Apa yang nyata, hutan penting dalam pemuliharaan dan pemeliharaan yang bertujuan untuk mendapatkan sumber makanan, ubat-ubatan, bahan mentah, sumber air, rekreasi dan ekonomi. Pengekalan yang berterusan adalah bertujuan untuk dinikmati oleh generasi yang akan datang khasnya dan juga sebagai aset terpenting bagi sesebuah negara amnya.

Sumber Rujukan
: Hasil kajian dan penyelidikan serta pembentangan lapuran oleh mahasiswa/mahasiswi di bawah bimbingan :

PENSYARAH: DR. AZIZAN ABU SAMAH
       ENCIK V.SOORYANARAYANA
TUTOR: ENCIK MAZLAN MAJID

About these ads
 

2 Responses to “Artikel : BIOGEOGRAFI HUTAN PAYA LAUT DAN HUTAN GUNUNG”

  1. nisya Says:

    terima kasih atas info yang diberikan, sangat membantu ! =))

  2. Aqil Aliuddin Says:

    THANK YOU…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 76 other followers

%d bloggers like this: