Wannura

Koleksi Tumbuhan

JELAWAI KETAPANG (Terminalia catappa L.) YANG PELBAGAI GUNA Mei 22, 2010

Filed under: Landskap — zainura66 @ 2:26 pm
Tags: ,



Terminalia catappa
(Tropical almond ) adalah dalam keluarga Combretaceae

Nama biasa:
False kamani, almendras, badamier, Java almond, amandier de Cayenne, tropical almond, wild almond, Indian almond, myrobalan, Malabar almond, Singapore almond, ketapang, Huu kwang, Sea almond, kobateishi, West Indian almond, amandel huu kwang.

Keterangan
Pokok ini biasanya ditanam sebagai pokok hiasan atau landskap di kebanyakan negara tropika di seluruh dunia . Ketapang dikatakan berasal dari India adalah merupakan pokok yang bersaiz besar hingga mencapai ketinggian sehingga 90 kaki. Daunnya berbentuk bujur lonjong itu berwarna merah-jambu akan bertukar ke merah-kuning sebelum gugur.

Menurut kajian yang telah dibuat, daunnya mengandungi tanin (punicalin, punicalagin dan tercatein).
Bunganya berwarna hijau-keputihan di mana bunga jantan dan betina adalah dari pokok yang sama serta tidak menyerlah.

Ia memiliki buah bersaiz agak besar (2-3 inci) yang dikatakan mempunyai rasa seakan-akan buah badam. Buah yang berbentuk oval/bujur ini warnanya hijau, kuning atau merah.
Di Taiwan, daun yang telah gugur digunakan dalam perubatan untuk merawat penyakit yang berkaitan dengan hati.

Melalui penyelidikan yang telah dibuat, daunnya dikatakan mengandungi agen untuk nyah kanser dan besar kemungkinan berpotensi sebagai ubat anti kanser.

Isirongnya (sabut biji) pula telah membuktikan sebagai afrodisiak (ubat penggalak nafsu syahwat); berkemungkinan boleh digunakan dalam rawatan ejakulasi pra-matang.

Ethanol yang diekstrak dari daunnya pula berpotensi untuk merawat masalah ketidaktentuan sel .
Selain dari itu, pokok ini juga digunakan oleh penternak ikan kolam untuk menyihatkan ikan peliharaan mereka seperti ikan keli.

Ubat tradisional :
Teh yang dibuat dari daunnya digunakan untuk menyembuh disentri dan diarrhea(cirit-birit).

Sumber : http://www.tropilab.com/

About these ads
 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 77 other followers

%d bloggers like this: