Wannura

Koleksi Tumbuhan

BUNGA MELAYU : BUNGA SEROJA (Nelumbo nucifera) Jun 13, 2010

Filed under: Pokok liar — zainura66 @ 7:33 pm
Tags: , , , ,

Seroja atau lotus (Nelumbo nucifera Gaertn.) adalah spesies tumbuhan air tahunan dari genus Nelumbo yang berasal dari India. Di Malaysia dan Indonesia , tanaman ini sering kali disebut teratai (Nymphaea) walaupun sebenarnya kedua-duanya tidak berkerabat. Seroja memiliki tangkai bunga tegak dan bunganya tidak mengapung di permukaan air, sebagaimana pada teratai. Seroja pernah dikenal dengan nama binomial Nelumbium speciosum (Willd.) atau Nymphaea nelumbo.

Tangkai berbentuk tabung yang kosong di tengahnya untuk jalan lewat udara. Daun terdapat di permukaan air, keluar dari tangkai yang berasal dari rimpang yang berada di dalam lumpur pada dasar kolam, sungai, atau rawa. Tinggi tanaman sekitar satu meter hingga satu setengah meter.

Daun tumbuh ke atas, tinggi di atas permukaan air. Daun berbentuk bundaran penuh tanpa potongan, bergelombang di bagian tepi, dengan urat daun berkumpul ke tengah daun. Diameter daun dapat mencapai 60 cm. Permukaan daun mengandung lapisan lilin sehingga air yang jatuh ke permukaan daun membentuk butiran air.

Bunga dengan diameter sampai 20 cm. berwarna putih bersih, kuning atau merah jambu, keluar dari tangkai yang kuat menjulang di atas permukaan air. Bunga mekar di bulan Julai hingga Ogos.

Ada beberapa kultivar seroja dengan bentuk dan warna bunga yang beragam. Lotus (genus Nelumbo) merupakan lambang negara India.

Kegunaan
Bunga Seroja indah dipandang sehingga banyak digunakan sebagai penghias kolam di taman-taman. Rimpangnya enak dimakan dan banyak digunakan dalam masakan Jepun, masakan Tionghoa dan masakan India. Rimpang yang dimakan mentah dapat menjadi sumber penularan parasit Trematoda.

Biji kaya dengan tepung sehingga boleh dimakan atau diolah menjadi bahan makanan. Biji yang direbus, dihaluskan dan dicampur gula menjadi isi ‘Kuih bulan’ yang dimakan pada Festival Pertengahan Musim Gugur (Mooncake festival). Di Tiongkok, biji yang masih muda diminum sebagai pengganti teh. Bongkol yang berlubang-lubang seperti sarang lebah dijual dalam bentuk kering sebagai pelengkap dalam seni merangkai bunga kering.

Daunnya lebar sehingga sering digunakan sebagai pembungkus, terutama pembungkus ikan di pasar tradisional sebelum penggunaan beg plastik menjadi popular.

Kaedah penanaman
Tanaman dapat berkembang biak dari biji yang sudah tua atau rimpang. Seroja dapat ditanam di pasu berisi tanah berlumpur yang berair.

Sejarah
Di zaman Mesir kuno, seroja dijumpai tumbuh bersama-sama dengan Teratai spesies Nymphaea caerulea di pinggiran sungai Nil. Bangsa Mesir zaman Firaun sangat memuliakan seroja, sehingga bunga, buah, dan daun kelopak dijadikan motif dalam arsitektur kuil. Dari Mesir, seroja dibawa ke Assiria dan menyebar ke Persia, India dan Tiongkok. Pada tahun 1787, Sir Joseph Banks membawa seroja ke Eropah Barat untuk ditanam di dalam rumah kaca di kebun raya. (Rujukan : http://id.wikipedia.org/wiki/Seroja)

Lirik lagu seroja di http://asalusulorangmelayu.wordpress.com/

About these ads
 

4 Responses to “BUNGA MELAYU : BUNGA SEROJA (Nelumbo nucifera)”

  1. irina muis Says:

    Saya amat menghargai usaha anda ini sesangat2nya. Saya mengajar seni reka grafik di UNISEL dan sgt sedih bila anak2 murid saya merujuk kepada pelbagai unsur asing dlm hasil karya mereka kerana mereka download dari internet. Cth, bila lukis rumah, mereka lukis rumah batu ada chimney, bila lukis buah, mrk lukis epal, bila lukis bunga mereka lukis bunga ros (okay la tu, bt they can do better). Dengan ada website ini, bolehlah mereka jadikan rujukan ilmu berkaitan tempatan.

    Tapi bagi saya sendiri saya masih mencari2 ilmu2 berkaitan dgn negara kita, flora, fauna, budaya, seni dan sebagainya. Terutama sekali kerana kamu turut sertakan gambar/visual. Thank you for this very valuable knowledge, Moga Allah berkati kamu.

    Saya ingin mengetahui jenis jenis pisang yang kita ada. Saya hanya tahu namanya sahaja without knowing how it looks like? Boleh anda bantu saya?

  2. zainura66 Says:

    Terima kasih saudari Irina kerana sudi mengunjungi ke weblog saya. Koleksi saya haruslah merangkumi semua jenis tumbuhan tanpa mengira samada tumbuhan tempatan mahupun yang luar negeri sebab semua ini adalah kejadianNya dan saya cuba untuk mengumpulkan (selagi daya saya termampu untuk berbuat demikian) semua jenis tumbuhan di muka bumi ini , insyaallah . Saya amat berminat menikmati keindahan tumbuhan yang di ciptakan oleh Allah swt tidak kira di mana saya pernah mengunjunginya atau melihatnya di laut, bukit, gunung, hutan sungai serta walaupun di sekitar rumah sahaja dan berkongsi maklumat dengan orang lain.
    Sebenarnya banyak lagi tumbuhan yang masih belum saya masukkan ke dalam entry ini dan saya akan membuat posting dari semasa ke semasa mengikut kemampuan waktu dan tenaga yang saya ada.
    Sememangnya tanaman pisang akan saya hantarkan posting dalam masa terdekat nanti kerana banyak spesis pisang sebenarnya tetapi apa yang menyedihkan ialah (saya setuju dengan pendapat saudari) imej buahan tempatan agak sukar diperolehi (di google) dan sekiranya perlu, sy kenalah ambil sedikit usaha untuk mengambil imej sendiri dan ini memerlukan usaha yang lebih gigih lagi. Insyaallah saya akan cuba untuk menghantar entry tentang pokok/buah pisang pula.
    Saya sangat tertarik dengan koleksi orkid hutan yang saya ada walaupun tidak banyak; tentang keunikan rupabentuk bunganya di mana saya pernah bercita-cita untuk belajar melukis bunga2 orkid tersebut, namun belum lagi dapat melukisnya secara grafik.

    Terima kasih dan salam hormat.

  3. norhainon binti saiman Says:

    salam..

    saya ainon dari port klang, malaysia. nak tanya ade jual biji benih lotus tak? ainon nak beli tapi xtau dari mane nak order. Kalau ade mintak tolong email saya atau mungkin saya boleh beli secara online.

    Terima kasih banyak-banyak.

    ainon

    • zainura66 Says:

      Waalaikumsalam Ainon, benih lotus boleh dibeli di nurseri yang menjual pokok atau mudah di temui di kolam atau bekas lombong. Hanya berhati-hati jika ingin mengambil benih lotus ini sendirian.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 77 other followers

%d bloggers like this: