Wannura

Koleksi Tumbuhan

PISANG : PISANG RAJA UDANG DAN LAGENDANYA Jun 19, 2010

Filed under: Buahan — zainura66 @ 11:23 pm
Tags: ,

. . . inilah pisang raja udang yang menjadi pantang larang masyarakat dan dilarang memakannya kerana menurut lagenda, roh jelmaan pohon pisang raja udang ini telah menolong seorang Putera Raja yang tercedera dalam medan peperangan . . .

Pada suatu masa silam sering berlaku peperangan untuk merebut kuasa dan meluaskan tanah jajahan. Mengikut ceritanya dalam satu peperangan serorang Putera Raja cedera parah dan berjaya menyelamatkan diri daripada musuhnya.

Putera Raja itu bersembunyi di sebuah hutan dan berteduh di bawah sepohon pisang. Oleh kerana lukanya yang parah Putera Raja itu pun jatuh pengsan.

Apabila Putera Raja itu sedar, baginda dapati lukanya telah dirawat oleh seorang gadis. Putera Raja itu berterima kasih kepadanya kemudian pulang ke istananya.

Putera Raja itu dimaklumkan bahawa gadis itu adalah roh jelmaan pohon pisang raja udang itu. Bila Putera Raja itu kembali ke pohon itu didapati pohon itu berbuahkan pisang berwarna merah kesan daripada darahnya.

Oleh kerana terhutang budi, Putera Raja itu mengisytiharkan kepada rakyatnya bahawa mereka tidak dibenarkan memakan pisang raja udang atau menebang pohonnya !!

Sumber : http://tamanbahasa.blogspot.com/

About these ads
 

14 Responses to “PISANG : PISANG RAJA UDANG DAN LAGENDANYA”

  1. aq bukan nak komen ape2..tp kturunan aq x boleh makan pisang raja udang ny..kalau makan..nanti muntah darah.mula2 aq pun x pcaye..tp lpas nenek aq crite dr awl smpai akhir..aq mule trfikir..bnde ny x mustahil.,tpulang la korang nk ckp ap..tp aq x tipu,.ny kisah benar..sebab ap kturunan kami dsumpah..biarlah jd rhsia..xnk aibkan sesape..yg idop ataupun yg dh mninggal dunia..

    • mym Says:

      sama je , keluarga saya pun tak boleh makan juga , kata nenek moyang saya . Ikan tapah pun tak boleh makan. Mulanya saya tak percaya. Selepas mak cik saya meninggal dunia kerana makan ikan tapah , dan badannya berdarah – darah , berkudis menurut kata ayah saya , saya pun percaya . sebabnya sekarangni ayah saya tinggal sorang je .

  2. zainura66 Says:

    Setiap apa yang tersurat pasti ada sejarahnya atau apa yang disebut lagenda yang tersirat di sebaliknya. Terima kasih berkongsi maklumat di sini.

  3. ana aisya Says:

    aq pown samer…
    cumer berbeza cerita…
    kalo aq makan pisang neyh keluaga aq dpt penyakit sopak…

    • Hafiz Says:

      Saya pernah dengar kisah ni dari emak saya yg diceritakan oleh arwah tuk lang mak saya..apa2 pon kita sedekahkan alfatihah kepada mereka..

    • sitinurain Says:

      Ibu sye pon baru bgi tau 5 minit yg lalu..bahawa kami pon xbole mkn , pisang raja udang dan kerbau balau…klau tidak akan mendapat penyakit sopak…betul atau tidak,yg pasti sye tak nk mkn benda2 tu sbb ade byk lgi mknn lain yg bole sye mkn… :D

  4. haqimi Says:

    dengar kata buah ni lemak dan sangat sedap…nak juga test,ada dijual di pasar tempatan..harap2 takde la ape2 yg terjadi…Inchallah(seram sejuk gak ni)..

  5. radziah azienas Says:

    as salam.. dlu mse kecik2 ckp kat arwah ayah blh x nk mkn pisang merah .. arwah ayah marah, klu nk mati mkn lh… smpi skrg klu npk pisang raja udang x berani nk makan.. kte arwah ini sumpah 7 keturunan.. bila baca cerita lagenda pisang ni, bru aku fhm…

  6. ain nazura Says:

    family kawan kite…pun tak boleh makan ni. kalau makan nanti mati. tapi family kite makan tak apa-apa punn.. tapi kita tak makan lagi . sebab takut…
    tapi kite takut khurafat pulak sebab percaye benda ni..

  7. siti rozana Says:

    ble wat pisang goreng atau cekodok x?

  8. kak tip latif Says:

    asmk,sy pernah diberitahu bahawa keturunan kami berpantang kepada 3 perkara;
    1. pisang udang 2. daging kerbau balau. 3. berbuai dalam buaian rotan.
    pernah terjadi seorang sepupu menaiki buaian rotan, akibatnya dia menjadi tidak siuman. wallahualam bissawab….wbgaimana pun kami masih tak berani nak menguji kebenaran perkara2 ni…x nak ambik risiko..


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 72 other followers

%d bloggers like this: