Wannura

Koleksi Tumbuhan

KARAS (Aquilaria malaccensis Lamk.) POKOK BERNILAI TINGGI Julai 4, 2010

Filed under: pokok hutan — zainura66 @ 7:58 pm
Tags: , , , ,

PENGENALAN
Pokok Karas ialah salah satu daripada 15 spesis dalam genus Aquilaria mempunyai nilai komersil yang tinggi berasal dari Asia Tenggara, khususnya di hutan hujan Indonesia, Malaysia, Thailand, Kemboja, Laos, Vietnam, dan India utara. Tergolong dalam famili Thymelaeaceae, nama botaninya Aquilaria malaccensis Lamk. Malaysia sendiri mempunyai 5 spesis yang amat berkualiti iaitu Aquilaria Hirta, A. Malaccencis, A. Beccariana, A. Rostrata dan A. Microcarpa.

Pokok Karas tumbuh sehingga 6-20 meter tinggi. Daunnya yang berselang-seli mempunyai garisan tepi yang penuh dan hujung yang pendek dan tirus. Saiznya 5 – 11 sentimeter panjang, dan 2 – 4 sentimeter lebar. Bunga Pokok Karas berwarna hijau-kuning, dan dihasilkan dalam umbel; buahnya ialah sebiji kapsul berkayu sepanjang 2.5 – 3 sm.

Pokok Karas paling terkenal untuk kayunya yang diisi tepu dengan damar. Kayu Pokok Karas merupakan salah satu daripada kayu yang termahal di dunia, dan dihargai dalam banyak budaya disebabkan kewangiannya, dan digunakan secara meluas untuk dupa dan minyak wangi.Baca selanjutnya…

Pengurangan Pokok Karas yang liar yang diakibatkan oleh penebangan sembarangan telah menyebabkan pokok ini disenaraikan sebagai salah satu spesies terancam. Kini, projek-projek telah dilaksanakan di sebilangan negara Asia Tenggara untuk menanam Pokok Karas supaya dapat menghasilkan kayu dengan cara yang dapat dikekalkan.

Bila menyebut gaharu, ramai di antara kita yang membayangkan harganya yang begitu mahal sehingga ada yang mengatakan ia lebih bernilai dari emas. Harganya boleh mencecah sehingga RM14,000 – RM20,000 sekilogram untuk kepingan gaharu yang bermutu tinggi. Namun, semua hasil ini diambil dari hutan dan kini realitinya, pokok karas diancam kepupusan.

Pertamanya, pemilihan anak benih sering menjadi persoalan. Ada yang mengatakan spesis A lebih baik dari spesis B dan ada yang sebaliknya kerana ia lebih cepat membesar dan lebih mahal. Seharusnya kita meneliti semula beberapa kajian, pokok karas sebenarnya mempunyai method yang berbeza dengan pokok lain. Pokok yang sihat dan membesar dengan cepat menghasilkan resin gaharu yang sedikit berbanding pokok yang sakit dan diganggu.

Ia sebenarnya selari dengan kejadian semulajadi gaharu di dalam hutan, pokok yang berada di kawasan berbatu dan mengalami tindakbalas kecederaan yang teruk menghasilkan gaharu yang lebih bermutu. Kita juga harus melihat kepada permintaan pasaran, spesis manakah yang menjadi pilihan pembeli dan mempunyai harga yang tinggi. Spesis Aquilaria Malaccencis adalah merupakan salah satu spesis yang mempunyai nilai komersil yang tinggi.
Manakala kaedah penanaman, jarak penanaman 6’x6′ atau 10’x10′ menghasilkan jumlah tanaman pada 430 pokok atau 1,000 pokok seekar. Penanaman secara intergrasi adalah lebih meminimunkan risiko, malahan memberi pulangan jangka pendek yang boleh menampung kos keseluruhan. Sulaman boleh dilakukan dengan tanaman herba dan tanaman kontang. Penjarakkan yang sesuai harus dilihat. Selepas pokok karas mencapai usia 5 tahun, suntikan sejenis enzim dilakukan untuk penghasilan gaharu dan dibiarkan selama 2 tahun sebelum mendapat hasil. Perlu diingatkan, tanpa teknologi ini pokok karas tidak akan membentuk gaharu di dalamnya. Berbeza dengan semulajadi, gaharu terbentuk pada usia pokok 20 – 40 tahun melalui gangguan oleh fizikal atau microrganisme.
Banyak laporan di dada akhbar dan laman web, menyatakan setiap pokok menghasilkan gaharu bernilai sehingga RM14,000 – RM18,000. Tetapi, kita perlu menilai setiap aspek dan risiko. Mungkin tidak keterlaluan jika kita meletakkan RM1,000 sahaja untuk sepokok yang menghasilkan gaharu. Bayangkan anda menanam 1,000 pokok dan anda tentu dapat mengira angkanya. Malahan jika hanya 50% sahaja yang menjadi, jumlah pendapatannya masih tinggi!

FAKTA

# Berasal dari perkataan Sansekerit iaitu `agaru’ yang bererti kayu berat (tenggelam) – menghasilkan produk damar atau resin dengan aroma harum apabila dibakar. Di negara Asia terdapat lebih 15 spesies gaharu tetapi yang dikenali di pasaran ialah agar wood, aloes wood dan eagle wood.

# Analisis kimia mendapati gaharu mengandungi agarospiral, jinkohol-eremol yang menghasilkan aroma gaharu untuk kegunaan minyak wangi. Komponen methoxyphenylethyl chromone pula menghasilkan bauan yang harum apabila gaharu dibakar.

KEGUNAAN

# Gaharu digunakan untuk keagamaan Cina, Unanai, Ayuravedik dan Tibet. Di Timur Tengah gaharu dibakar untuk mengharumkan rumah.

# Daun, akar dan kulit gaharu digunakan sebagai ubat anti malaria sementara air sulingan penghasilan gaharu dimasukkan perubatan selepas bersalin, antibiotik, antikanser, penyakit kewanitaan, demam, sakit badan dan sakit perut.

FAKTA NOMBOR

40 sentimeter – Ukur lilit
20 tahun – Usia mengeluarkan hasil
36 meter – Ketinggian boleh dicapai

Rujukan : http://projekbalakhasri.blogspot.com/

About these ads
 

3 Responses to “KARAS (Aquilaria malaccensis Lamk.) POKOK BERNILAI TINGGI”

  1. ahmad Says:

    hempedu landak untuk di jual..0132281986

  2. willis darmi Says:

    saya punya hutan tua umur kurang lebih 150 thn d hutan saya itu banyak sekali jenis kaya yang saya sendiri kurang paham akan nama nya kayu tigginta rata2 mencapai20 meter kurang lebih dengan lilitan rata2 30 hingga 40.hutan saya dengan luas kurang lebih 2 hektar milik pribadi letak wilayah sekitar 5 kilo dari tempat tinggal saya.tempat saya ada d sumatera selatan


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 74 other followers

%d bloggers like this: