Wannura

Koleksi Tumbuhan

LONGAN (Dimocarpus longan): BUAHAN PENAWAR PENYAKIT Julai 7, 2010

Filed under: Buahan — zainura66 @ 6:21 pm
Tags: , , , , , ,

Pengenalan
Longan adalah sejenis pokok berbuah. Nama saintifiknya ialah Dimocarpus longan dari keluarga Sapindaceae. Pokok longan berasal dari Asia Tenggara. Buah longan boleh dimakan atau dijadikan ubatan dalam tradisi orang Cina.

BUAH LONGAN PEMBERI TENAGA
Buah longan digemari kerana rasanya yang manis dan sedap di makan begitu sahaja. Jika tidak disebabkan imigran dari China yang membawanya ke negara ini mungkin kita tidak dapat menikmati keenakan buah ini. Buah longan dikatakan adik kepada buah laici kerana ia lebih kecil saiznya. Dalam masyarakat cina, buah longan jarang di makan begitu sahaja; biasanya mereka menggunakan buah ini dalam perubatan.

Terdapat pelbagai vitamin dan mineral yang terkandung dalam buah longan. Antaranya zat besi , magnesium, fosforus, potassium dan sejumlah besar vitamin A dan C. Buah longan juga di katakan mempunyai sebatian fenolik di dalam buahnya seperti asid gallik, corilagin dan asid ellagik. Ini menunjukkan buah longan mempunyai bahan anti-oksidan pelindung hati.

KHASIAT LONGAN

Bahagian tanaman longan yang paling menonjol manfaatnya adalah bahagian buah. Namun begitu bahagian yang lain seperti akar, biji, daun dan pokoknya juga mempunyai manfaatnya tersendiri .

  • Akar dan daunnya mempunyai quertin dan quercitrin .  Akarnya boleh membersihkan saluran air kencing dan melancarkan peredaran darah . Daunnya pula boleh digunakan untuk ubat anti radang dan meredakan demam.
  • Bijinya walaupun keras tetapi mempunyai khasiat antaranya untuk menghilangkan rasa sakit . Bahagian biji juga mempunyai khasiat lain antaranya bermanfaat sebagai bahan pembuat syampu rambut kerana kandungan saponin yang dapat menghasilkan buih yang banyak.
  • Isi buah longan dikatakan boleh bertindak sebagai stomatik (agen yang merangsang aktiviti rembesan digaster dan digunakan sebagai tonik untuk meningkatkan selera makan ),  febrifuge (rawatan atau ubat yang mengurangkan atau mencegah demam ) dan vermifuj ( sebarang ubat atau agen kimia yang digunakan untuk singkirkan cacing dari usus). Air rebusan buah yang telah dikeringkan boleh digunakan sebagai tonik dari rawatan imsonia . Buah longan juga boleh meningkatkan stamina kerana mempunyai sukrosa, protein, lemak, glukosa, dan asid tartaric. Bagi ibu hamil yang lemah atau selepas bersalin dikatakan baik untuk mendapatkan kembali tenaga yang hilang. Namun perlulah meminta nasihat doktor terlebih dahulu. Manfaat lain apabila memakan buah longan secara teratur dapat mengurangi demam, menambah nafsu makan, mencegah anemia dan rambut beruban.

Selepas ini kita bolehlah menikmati keenakan buah longan ini dengan mendapat khasiatnya sekali. Namun, harus diingat jangan terlalu berlebihan kerana dikhuatiri memberi kemudaratan lain pula.

(Sumber : http://syawanamisni.blogspot.com/)

MAKLUMAT TAMBAHAN

Anda jangan terkeliru di antara Pokok Mata Kucing dan Pokok Longan . Pokok mata kucing merupakan sejenis sub-spesies pokok Longan. Buah mata kucing ini dikenali sedemikian kerana rupa dan saiz buahnya yang seperti mata kucing. Buah mata kucing kecil sedikit dari buah longan.
Tanaman buah Longan ada 4 jenis iaitu Edaw, Chompoo, Biew Khiew dan Klon Diamond/Belian di mana yang di tanam di Malaysia  hanya dua klon yang popular ialah Klon Edaw dan Klon Belian. Tanaman longan di Malaysia merupakan komoditi baru dan Malaysia merupakan negara pengimpot buah longan segar dan longan proses yang terbesar dari Thailand bernilai lebih 7,650 metrik tan dengan nilai lebih RM 12.4 juta pada tahun 2007.  Seluas 60 – 80 hektar tanaman longan di tanam di Malaysia terutama di Johor, Melaka, Selangor, Kedah, Perak dan Negeri Sembilan.

LONGAN ADA BAHAN PENGAWET

KOTA BHARU – Bagi penggemar buah longan, anda diingatkan supaya berhati-hati ketika memakannya kerana dikatakan mengandungi bahan kimia pengawet ‘Sulfur Dioxida’ yang meninggal kesan negatif terutama kepada pesakit asma. Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Dr. Lila P. Mohamed Meeran berkata, mereka yang memakannya boleh mengalami pening dan sakit kepala, berpeluh, hidung berair dan kegatalan kulit.
Katanya, sulfur dioksida yang merupakan sejenis bahan pengawet digunakan secara meluas bagi mengekalkan warna dan tekstur buah termasuk buah longan.
“Peraturan-peraturan makanan 1985 yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Kesihatan hanya membenarkan penggunaan bahan berkenaan sebagai bahan pengawet tetapi tidak melebihi 30 miligram (mg) bagi setiap kilogram buah berkenaan, “Tetapi penggunaan bahan berkenaan melebihi had yang dibenarkan dan sering dikesan dilakukan oleh pihak-pihak terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.(Sumber : http://www.ehoza.com/v4/forum/isu-semasa-2008/19411-longan-ada-bahan-pengawet.html)

About these ads
 

5 Responses to “LONGAN (Dimocarpus longan): BUAHAN PENAWAR PENYAKIT”

  1. Abd Jalil Says:

    Terimakasih kepada anda diatas maklumat yg sungguh berguna.Selama ini saya tak terfikir buah longan mempunyai nilai kesihatan.aRupanya ia sangat baik untuk kesihatan kita.

  2. saharuddin ab.rahman Says:

    apakah klon longan yg terbaik?. saya ada tanam brapa poahn longan spt. bola pingpong dan brazil tapa mghadapi masalah tumbesarnya lambat. boleh bagi nasihat?

  3. zainura66 Says:

    anda bolehlah merujuk kepada pautan di bawah untuk mendapatkan sebarang nasihat serta panduan :

    http://www.pertanianperak.gov.my/jpp/index.php?option=com_content&view=article&id=675:panduan-menanam-longan&catid=68:manual-tanaman&Itemid=455

    Salam hormat.

  4. siti ummikalthom ismail Says:

    salam. saya menanam sepokok longan pingpong lebat buahnya ,sentiasa berbuah,manis dan besar macam bola pingpong. Tetapi isinya nipis dan bijinya besar. bagaimana cara nak buat supaya isinya tebal?

  5. khairil amirul Says:

    salam.saya ada tnam pokok longan pingpong,baru 6 bulan dah berbunga tapi tumbesarannya lambat.macam mana nk cpatkan tumbesarannya?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 76 other followers

%d bloggers like this: