Wannura

Koleksi Tumbuhan

BAKAWALI (Epiphyllum Anguliger) MEMBAWA TUAH Julai 12, 2010

Filed under: Kaktus — zainura66 @ 6:34 am
Tags: , , , ,

Pokok Bunga Bakawali kenali nama saintifiknya Epiphyllum Anguliger. Nama lain bagi Bunga Bakawali ini juga ialah Ric Rac Cactus, Moon Cactus dan Queen Of The Night.  Ia merupakan spesis kaktus dan tumbuhan semulajadi di Mexico.

Pokok spesis ini biasanya ditanam sebagai pokok hiasan kerana bunganya yang menawan serta beraroma wangi. Baunya memang semerbak wangi dan akan kembang pada waktu malam, dalam pukul 10.00pm ia kembang. Bau menjadi lebih wangi pada pukul 12.00am iaitu bila ia kembang penuh. Bunganya akan layu bila sudah pagi. Sekali sahaja ia kembang, kemudian ia akan layu.

Menurut kepercayaan orang-orang Cina bahawa Pokok Bakawali boleh mendatangkan tuah dan rezeki sekiranya berbunga. Selalunya ditanam berhampiran dengan tempat mereka berniaga dan diikat dengan reben merah pada tiap-taip dahan. Mereka juga percaya sekiranya pokok Bakawali itu mati atau layu bermakna mereka akan mendapat musibah atau suwey.

Orang-orang Melayu percaya ada orang Bunian akan berada berhampiran pokok bakawali semasa bunganya hendak kembang. Ada juga yang percaya bahawa terdapat seorang dewa dari kayangan yang menjaga bunga ini semasa ia kembang.

Ada juga yang percaya bahawa pokok bakawali ini mempunyai hubungan yang rapat dengan orang yang menanamnya dan percaya sekiranya tuan punya pokok meninggal dunia, pokok bakawali yang ditanamnya turut akan mati.

Walau apa pun, semuanya adalah kepercayaan semata-mata. Namun rezeki, malapetaka, jodoh dan ajal sudah pun ditentukan oleh Allah SWT. Jangan terlalu percaya kepada perkara yang karut kerana ia boleh merosakkan akidah. Lebih baik manfaatkan saja khasiat yang ada pada pokok ini.

About these ads
 

5 Responses to “BAKAWALI (Epiphyllum Anguliger) MEMBAWA TUAH”

  1. cantik sekali………….

  2. salleh dolah Says:

    arwah nenek saya beritahu namanya gul bakawali atau nama lainya bunga puteri…..jika sesiapa yg inginkan bunganya ( telah dikeringkan) bolihlah menghubungi saya. untuk perubatan…..bila musim berbunga nenek saya akan memetik bunganya dan dicelup kedalam mangkuk yg berisi air hujan lalu dititiskan pada kedua matanya……sebab itulah nenek saya semasa hidupnya walaupun ketika itu berumur 82thn. masih bolih menjahit dan memasukkan benang kedalam jarum tanpa cermin mata………..

  3. buang ni cantik dan wangi… berkembang waktu malam….saya pernah melihatnya dan mencium baunya..wangi..


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 72 other followers

%d bloggers like this: