Wannura

Koleksi Tumbuhan

BUAH KERAS (Aleurites moluccana) REMPAH MERAWAT PENYAKIT Julai 12, 2010

Filed under: Rempah ratus — zainura66 @ 7:23 am
Tags: , , ,


POKOK BUAH KERAS

PENGENALAN
Buah Keras (bahasa Inggeris: Candlenut, Candleberry, Indian walnut, Varnish tree atau Kukui nut tree), juga dikenali sebagai Kemiri di Indonesia, ialah salah satu spesies tumbuhan dalam famili Euphorbiaceae. Nama saintifiknya Aleurites moluccana.

Taburan aslinya tidak dapat ditentukan dengan tepat kerana pokok ini awal-awal lagi telah disebarkan oleh manusia. Pokok ini kini ditemukan secara meluas di kawasan-kawasan tropika Dunia Baru dan Dunia Lama.
Pokok Buah Keras tumbuh sehingga 15-25 meter tingginya, dengan dahan-dahan yang merampak. Daunnya sederhana dan berbentuk telur, dengan tiga lobus (kekadang lima, tetapi jarang) dan hujung yang tajam. Panjangnya 10-20 sentimeter, dengan warna yang hijau pucat.

Buahnya berbentuk kekeras bulat, dengan diameter 4 – 6 sentimeter. Bijinya mempunyai kulit yang keras yang membolehkannya dijadikan lilin. Nama bahasa Inggeris untuk Pokok Buah Keras ini berasal daripada ciri bijinya ini.

KEGUNAANBaca selanjutnya

  • MAKANAN

Rasa dan tekstur buah keras adalah lebih kurang sama dengan kacang macadamia (rasanya lebih “kasar”), dengan kandungan minyak yang serupa tinggi. Ia sedikit beracun ketika mentah, dan sering dipergunakan dalam masakan Melayu dan Indonesia.

Di Pulau Jawa, buah keras digunakan untuk membuat kuah yang pekat dan dimakan bersama-sama sayur dan nasi.

Di Hawaii, buah keras juga dipanggang dan dicampurkan dengan pes bergaram untuk menjadi perasa yang dikenali sebagai inamona. Inamona ialah ramuan utama dalam poke, makanan tradisional Hawaii. Pokok ini juga merupakan pokok rasmi Hawaii.

  • PERUBATAN

Banyak bahagian Pokok Buah Keras telah digunakan sebagai ubat tradisional di kebanyakan kawasan yang ia merupakan pokok asli.

Minyaknya merupakan perengsa dan pencahar, dan kekadangnya digunakan seperti minyak jarak. Ia juga dipergunakan sebagai peransang rambut atau penambah kepada sistem-sistem rawatan rambut.

Isirungnya boleh digunakan sebagai ubat julap .

Di Jepun, kulit batangnya telah dipergunakan untuk merawat tumor.

Di Sumatera, biji-bijinya ditumbuk lalu dibakar dengan arang untuk disapu pada bahagian pusat badan supaya dapat merawat cirit-birit .

Di Pulau Jawa pula, kulit batangnya dipergunakan untuk merawat cirit-birit dan disentri.

Isirung yang dijadikan pulpa atau daun-daun yang direbus digunakan di Malaysia sebagai tuam untuk merawat sakit kepala, demam, ulser, sendi bengkak, dan gonorea.

KEGUNAAN LAIN
Di Tonga sehingga hari ini, buah keras yang masak yang dipanggil oleh mereka sebagai tuitui dipukul sehingga menjadi pes tukilamulamu  dan dipergunakan sebagai sabun atau syampu.
Pada zaman kuno di Hawaii, buah keras dibakar untuk dijadikan lampu. Buah-buah keras dicucuk pada tulang daun kelapa, dan dibakar satu persatu pada setiap lebih kurang 15 minit. Ini menyebabkannya digunakan untuk mengukur masa. Seseorang boleh mengarahkan orang lain supaya kembali sebelum buah keras kedua habis dibakar.
Pada hari ini, Pokok Buah Keras ditanam kerana minyaknya. Di ladang-ladang, setiap pokok boleh menghasilkan 30–80 kilogram buah keras, dengan buah keras menghasilkan 15 – 20% minyak dari segi berat. Kebanyakan minyak digunakan dalam negeri dan tidak didagang di pasaran antarabangsa.

MITOS
Di Hawaii, Pokok Buah Keras ialah lambang kesedaran, perlindungan dan keamanan. Pokok ini dianggap sebagai bentuk tubuh Kamapua’a, dewa babi. Salah satu legenda menceritakan tentang seorang wanita yang walaupun mencuba dengan sedaya upayanya untuk menyenangkan hati suami, selalu dipukul olehnya. Akhirnya, suami wanita itu membunuh dan mengebumikannya di bawah sebatang pokok buah keras. Sebagai seorang wanita yang baik hati dan adil, beliau diberikan hidup baru, sedangkan suaminya akhirnya dibunuh.

Rujukan : http://ms.wikipedia.org/

About these ads
 

3 Responses to “BUAH KERAS (Aleurites moluccana) REMPAH MERAWAT PENYAKIT”

  1. jack Says:

    tq, byk maklumat,

  2. SarahAdnan Says:

    how to make the minyak?
    and also the detail use and benefit of the oil?
    tq


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 76 other followers

%d bloggers like this: