Wannura

Koleksi Tumbuhan

BIJI SAWI PUTIH (Sinapsis alba L. ) rempah ratus penawar penyakit Disember 12, 2010

Filed under: Rempah ratus — zainura66 @ 6:33 pm
Tags: , , , ,

BIJI SAWI PUTIH

Nama botani bagi biji sawi putih ialah sinapsis alba L. dan dari keluarga Cruciferae atau Brassicacea .

CIRI-CIRI

Pokok herba ; 30-60 sm tinggi (kadangkala 120 sm tinggi). Batangnya berjalur dan berbulu. Daunnya mempunyai bentuk dan saiz berbeza, berselang seli, daun yang paling besar biasanya terdapat di tengah pokok. Manakala bunganya kecil, jambak bunga pada hujung ranting dan juga pada ketiak daun. Petal bunga berwarna kuning; 4 petal pada satu bunga. Buah jenis silik; 2 – 4.5 sm panjang, bahagian antara biji tercerut.

TABURAN
Berasal dari kawasan Mediterranean Timur dan Timur Tengah. Masa kini ia ditanam dalam banyak negara; penghasil utama ialah Kanada dan Eropah.

PENANAMAN
Sawi putih ditanam dengan menggunakan biji. Bijinya cepat bercambah selepas disemai. Pokok boleh dituai antara 10 – 25 minggu selepas disemai mengikut jenisnya. Ia memerlukan suhu yang sederhana semasa bercambah; tetapi suhu yang lebih tinggi dan jangkamasa matahari yang lebih panjang diperlukan pada peringkat berbunga dan berbuah. Ia memerlukan banyak nitrogen dan tumbuh paling baik di atas tanah yang senang ditembusi air dan akar. Di kawasan tropika, ia hanya boleh ditanam di kawasan yang mempunyai musim sejuk dengan jangkamasa matahari yang panjang.

PENYAKIT / PEROSAK
Pokok boleh dijangkiti beberapa jenis penyakit kulat. Perosak yang dikhuatiri menyerang ialah afid dan kumbang.

KHASIAT MAKANAN

Biji : Bahan utama sos biji sawi yang boleh dibuat dengan campuran tepung biji sawi putih dengan tepung biji sawi hitam atau pahit dan cuka. Ia juga boleh dibuat dengan hanya biji sawi pahit dicampur cuka dan rasanya lebih pedas. Herba lain boleh juga dimasukkan mengikut cita rasa dan tradisi. Madu lebah, gula atau kanji boleh dicampur untuk membuat sos yang kurang pedas. Biji sawi digunakan dalam masakan sebagai perisa acar, daging, ikan, salad, snek dan sosej. Minyak sawi digunakan dalam sos mayonis. Benih yang bercambah dimakan mentah dalam salad dan sandwic.
Daun: dimakan sebagai sayur.

KANDUNGAN
Biji : 5% air, 26% protin, 36% minyak, 23% karbohidrat, 5% fiber, asid arakidik, asid erucik, asid ligoserik, asid linoleik, beta-karotena, fosfatas, glukosinolat, glikosida, isotiosianat, laktas, linamaras, mirosinas, riboflavin, sinalbin dan stiamin.

Nota : Dalam perdagangan dunia, biji sawi putih merangkumi 60% dan biji sawi pahit 40%; manakala biji sawi hitam begitu sedikit dikomersialkan.

KHASIAT UBATAN
Biji : Sebagai ubat untuk mengeluarkan angin dari perut dan usus, kahak, meransang peluh; digunakan sebagai diuretik, emetik, peradang dan stimulan. Infusi diminum untuk merawat bronkitis, batuk, reumatisme, sakit kerongkong dan bengkak anak tekak. Minyak dari bijinya digunakan sebagai ubat luaran dan dalaman untuk merawat tumor. Juga digunakan sebagai ubat luaran untuk merawat neuralgia.

KEGUNAAN LAIN
Minyak biji sawi putih digunakan sebagai minyak pelita dan minyak pelincir.

Rujukan : Rempah-ratus : Khasiat makanan dan ubatan oleh Hean Chooi Ong

About these ads
 

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 74 other followers

%d bloggers like this: