Wannura

Koleksi Tumbuhan

BUNGA TELUKI (Dianthus caryophyllus) indah menawan Disember 23, 2010

Filed under: Landskap — zainura66 @ 8:57 pm
Tags: , ,

Pokok bunga teluki dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai “Carnation”, mempunyai nama sains Dianthus caryophyllus. Pokok bunga teluki adalah sejenis bunga iklim sederhana yang berasal dari kawasan Mediteranean.
Penanaman bunga teluki di Malaysia adalah tertumpu di kawasan dataran tinggi seperti di Cameron Highland. Di Cameron Highland iklimnya menyerupai iklim hawa sederhana (suhu maksimum sekitar 21 °C) dan pokok bunga teluki boleh ditanam sepanjang tahun.
Oleh kerana pokok bunga teluki mempunyai bunga yang berwarna-warni dan terang, pokok bunga teluki menjadi kegemaran ramai. Pokok bunga teluki tergolong dalam famili Caryophllaceae. Terdapat dua jenis pokok bunga teluki iaitu jenis satu bunga bagi setiap tangkai dan jenis `spray’, banyak bunga bagi setiap tangkai.
Pokok Bunga Teluki boleh hidup selama 18-20 bulan. Pokok bunga bunga teluki boleh mencapai ketinggian sehingga 2 meter. Pokok bunga teluki tumbuh menegak menjadikan pokok bunga teluki perlu diikat kepada penyokong. Garis pusat batang pokok bunga teluki boleh mencapai sehingga 1 cm. dan biasanya membengkak pada buku/ruas.

Sumber : http://ms.wikipedia.org

About these ads
 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 76 other followers

%d bloggers like this: