Wannura

Koleksi Tumbuhan

Herba dari Pulau 9 untuk tenaga batin Januari 11, 2011

Filed under: Herba — zainura66 @ 2:43 pm
Tags: , , , , , ,

Tahukah anda nama pokok ini ? Lit Tong Ling adalah nama yang diberikan dalam bahasa Kantonis. Ini adalah pokok tumbuhan saka renek yang biasanya tumbuh liar di pulau. Bunganya berwarna ungu muda dan kelihatan seperti bunga ‘periwinkle’. Keunikan pokok ini ialah pada bunganya iaitu apabila mekar, wanrnanya ialah ungu muda dan bila layu akan bertukar ke putih. Ia menghasilkan buah yang kecil berukuran 1 sm lebar dan panjang; berwarna hijau ketika muda dan bertukar pula ke warna violet bila telah matang. Rasa buahnya sedap seakan-akan rasa buah jambu dan ia mengandungi beberapa biji yang berwarna hitam dan keras di dalamnya.

Menurut Uncle, pokok ini telah dijumpainya ketika pergi memancing di Pulau Sembilan. Ia mengatakan bahawa ini adalah pokok ubat di mana buahnya yang telah masak direndamkan ke dalam arak selama 100 hari kemudian diminum bagi membuang toksin badan (mencuci darah) manakala bagi wanita pula, akarnya di rebus untuk merawat penyakit keputihan. Uncle telah lama mengamalkan memakan herba ini dan lihat buktinya beliau kelihatan muda dan segak walau pun telah mencapai 60an.

Sekiranya sesiapa yang mengetahui serta mempunyai sebarang maklumat tentang pokok ini, silalah beri sedikit penerangan di bahagian komentar di bawah. Segala informasi serta kerjasama dari pihak tuan-tuan dan puan-puan didahului dengan ribuan terima kasih.

About these ads
 

12 Responses to “Herba dari Pulau 9 untuk tenaga batin”

  1. azmi bin md deros Says:

    Salam, terlebih dulu saya ucapkan terima kasih kerana banyak maklumat yang anda kongsikan melalui blog ini. Ia amat berguna kepada saya yang juga mempunyai hobi sama.
    Di Melaka pokok yang ditunjukkan dalam gambar itu dipanggil kemunting. Rasanya memang seakan-akan buah jambu batu, manis-manis kelat. Ia makin pupus dan biasanya hidup dalam belukar dan sedikit berpaya.

    • zainura66 Says:

      Terima kasih saudara Azmi kerana sudi berkongsi maklumat di sini. Saya akan ubah entri kepada maklumat yang lebih tepat setelah saya berjaya mengumpul seberapa banyak maklumat perihal pokok ini nanti.

      Salam hormat.

  2. fadhil kuantan Says:

    salam.. inilah pokok kemunting/karamunting/kelemunting.-Rhodomyrtus tomentosa (nama saintifik). di pantai timur byk sgt2.. kalau ambik 1 lori pun tak habis..melambak lambak lagi..tanah berpasir berhampiran pantai adalah habitat yg sesuai..boleh ditanam dlm pasu,tp tumbesaran nya lambat.ada juga yg membuat ‘bonzai’.
    pucuk muda dan putik muda adalah ubat sakit perut.buah yg masak sgt sedap di mkn begitu saja atau di mkn dgn santan.. setengah org kata akarnya utk penawar keracunan.kami yg selalu mkn buah kemunting
    tak ada pulak kesan pd tenaga batin,biasa saja..
    kepada yg berminat,dtg lah ke pantai timur pokok ini memang banyak.

    • zainura66 Says:

      Assalamualaikum,

      terima kasih atas informasi yang diberikan. Cukup membantu saya untuk melengkapkan entri ini. Insyaallah saya akan edit dan tukar kepada entri yang terkini nanti.

      Apa yang maklumat saya dapat dari uncle tulah yang menyatakan ini ubat untuk tenaga batin. Tapi hati-hati, hanya untuk orang yang telah berumahtangga sahaja yang boleh makan buah ini dan itu pun kena ikut dos yang betul, barulah mujarab….katanya !!!

      Salam ceria selalu.

  3. fadhil kuantan Says:

    salam.maklumat uncle tu tak tepat,kami warga pantai timur ni,kecik besar,tua muda,lelaki perempuan memang makan buah kemunting dlm kuantiti yg banyak pun,tak ada apa kesan cuma rasa kenyang laa..
    tidak memudarat kan. sambil kami berjalan di tepi2 pokok,sambil petik dan makan.kalau musim berbuah, boleh dapat 1 bakul yg d gunakan utk ke pasar setiap kali kami pergi mencari(mengutip) buah nya.
    kalau betul apa yg di katakan uncle tu,jenuh membiak la kami warga pantai timur ni..(sekadar bergurau)..

    • zainura66 Says:

      Assalamualaikum wbt,

      saudara Fadhil, saya telah hantar satu entri baru khusus buat anda dan saudara Azmi tentang pokok kemunting ini dan saya cuba ringkaskan informasi yang telah anda berdua berikan.
      Uncle tu memberi kita maklumat baru tentang pengalamannya memakan buah ini. Kekuatan tenaga batin bukan hanya untuk ‘membiak’kan zuriat sahaja, maksud ini juga untuk menyatakan kekuatan tenaga zahir atau pun disebut fizikal (raga). Tenaga zahir dan batin yang seimbang adalah penting dalam kehidupan kerana ia saling melengkapi di antara satu sama lain . Semakin kuat raganya, maka semakin kuatlah jiwanya…Salam ceria selalu.

      Wassalam.

  4. zuraida Says:

    Nama pokok ni pokok kemunting. Masa kecik-kecik saya dan kawan-kawan suka pungut buah ni, sedap. Yang paling sedap bila buah ni berwarna merah gelap. Sekarang ni pokok ini sukar nak jumpa kat kampung, tapi di nurseri ada menjualnya, mahal pulak tu.

  5. amirudin Says:

    Maklumat tentang pokok ini:
    Nama saintifik: Rhodomyrtus tomentosa (Ait.) Hassk
    Nama tempatan: Kemunting
    Kegunaan: Akar, daun dan buah boleh dijadikan ubat. Akarnya: Guna 15-30g; Buah dan daun: Gunakan 9-15 g.
    Rasanya kelat, boleh mengubati radang usus, radang hati, cirit-bitir, haid berlebihan, berak berdarah, muntah berdarah, prolapse of anus, luka, anaemia, lemah badan selepas sakit.

  6. rosnah shafii Says:

    Saya tanam di taman tepi rumah..sedap buah nya

  7. aminallah Says:

    kelantan namakan pokok kemunting- ada batang puteh dan merah membiak ditanah beris @tanah halus

  8. siti mariyam Says:

    salam nama pokok tu pokok kemuntiung dulu masa kecil-kecil suka kutip buah ni..mungkin benar pokok ini ada khasiatnya kerana setiap benda yang ada di bumi ini ada menafaatnya,,, mungkin tu la sebabnya orang kampung susah nak sakit sebab makan byk benda dari sumur asli, tanpa racun


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 72 other followers

%d bloggers like this: