Styrax officinalis L.
Styrax offinalis adalah merupakan pokok yang rendah dan tumbuh semulajadi di Eropah Selatan dan Timur Tengah. Spesis yang sama ini juga dikatakan boleh didapati di California (Amerika Tengah). Variati yang didapati di California mempunyai 2 jenis iaitu :
Styrax officinalis sub-spesis. Redidivus (Torrey) H. Howard
Styrax officinalis sub-spesis. Fulvescens
Secara umumnya kedua-dua jenis spesis di atas adalah dianggap sama, tetapi daripada kajian yang telah dibuat oleh penganalisis molekul telah mencadangkan bahawa kedua-dua spesis ini adalah berbeza .
Tumbuhan ini adalah berbentuk ringkas dan sesuai dijadikan pokok teduhan; saiz daun 5 – 10 sm panjang dan 3.5 – 5.5 sm lebar ini berbentuk bujur lonjong (elliptical), susunan bersilang dan tumbuh lebat di atas ranting , dahan yang kemerahan dan padat itu. Kudup bunga berwarna hijau muda dan kecil keluar dari setiap pangkal daun. Masa perbungaannya adalah singkat dan berbunga jarang. Pokok ini adalah merupakan sumber ‘resmi’ getah kemenyan (styrax), salah satu perubatan tradisional sejak dari zaman dahulu kala lagi.
Ia merupakan salah satu bahan yang digunakan bersama frankincense (setanggi) , galbanum, dan onycha bagi upacara keugamaan .













Apa kata teman hari ni ?