Wannura

Koleksi Tumbuhan

Katak puru berbagai khasiat Julai 22, 2012

Nama Tempatan:  Katak puru
Nama Saintifik:  Cynometra Cauliflora
Nama Lain:       Nam Nam, amphawa, nang-ai, hima,namu-namu, kopi anjing
Famili:         Ceasalpinioideae/Leguminosae
Asal: dipercayai berasal dari Asia Tenggara dan India

Pokok kecil Katak puru atau nam nam merupakan antara tumbuhan yang dijadikan hiasan laman dikampung-kampung di pantai timur dan kawasan utara di Malaysia. Ia memerlukan kawasan yang bersaliran baik dengan sinaran matahari yang cukup untuk tumbuh subur. Beberapa bahagian tanaman nam nam atau kopi anjing (Cynometra cauliflora) ini ternyata mempunyai manfaat sebagai ubat herbal.

Pokok Nam-nam atau nama saintifiknye Cynometra Cauliflora merupakan tumbuhan yang berbuah di pangkal pokok dan mempunyai  ketinggian kira-kira d iantara 2 hingga 6 meter. Batang pokok nam nam tegak, bulat, berwarna kelabu-coklat dan berbonggol-bonggol. Nam nam diketahui ditanam di seluruh Malaysia, seluruh Indonesia, Asia Tenggara dan India. Di sebelah pantai timur Malaysia seperti di Kelantan, memanggil buahnya sebagai buah katak puru kerana bentuk dan keadaan permukaan kulit buahnya yang berkerutu seakan katak puru. Manakala di sebelah pantai barat Malaysia pula kebanyakan memanggilnya nam nam.

Bunganya yang berwarna merah jambu pucat atau putih keluar dari pangkal pokok bersaiz kecil dan dalam bentuk gugusan. Buahnya pula mempunyai isi yang tebal, berukuran di antara 3-9 sm panjang dan 2-6 sm ketebalan itu rasa masam serta kelat ketika muda dan akan berubah warna menjadi coklat atau kekuningan serta berasa masam manis apabila ianya masak. Manakala terdapat sebutir biji berbentuk pipih di dalamnya. Buah nam nam ini dikatakan kaya dengan vitamin C juga boleh dijadikan jus.

Daun majmuk yang berpasangan, bertangkai 2-8 mm. Anak daun berbentuk lonjong atau bujur telur serta belahan daun yang tidak seimbang. Daun yang matang berwarna hijau tua berkilat manakala daun muda pula berwarna merah jambu terang atau putih.

Pokok dan buah katak puru ini tergolong dalam kumpulan nadir kerana ianya semakin sukar untuk dijumpai.

Dalam beberapa bahasa daerah dikenal juga sebagai namu-namu (Manado dan Maluku), namo-namo (Ternate), namet (Halmahera), namute, lamute, lamuta, klamute (Maluku bagian tengah), arepa (Bugis), dan puti anjeng (Makasar). Di Sunda buah namnam dikenal sebagai pukih. Juga sebagai kopi anjing, namnam (Sunda, Jawa, dan Madura), puci anggi (Bima), kuwanjo (Bali), aloma (Seram), dan kfamute (Buru).

Kegunaan

Buah – Boleh dimakan segar atau mentah, dicicah dengan garam atau dijadikan bahan rojak, jeruk atau manisan (halwa). Boleh juga digunakan sebagai campuran sambal.

Daun muda :- Rebusan daun muda nam nam sebanyak 5, 7 atau 9 helai ini berkhasiat
untuk :

– meringankan gejala cirit-birit atau ‘diare’ .
– melancarkan air mani
– mengubati penyakit kencing batu.
– penawar darah tinggi dan kencing manis
– kuruskan badan.

air herba dari rebusan daun ini warnanya seperti air teh, tidak pekat dan rasanya seperti air masak biasa.

About these ads
 

2 Responses to “Katak puru berbagai khasiat”

  1. faznira Berkata:

    ada pasal kelubi x


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 72 other followers

%d bloggers like this: