Wannura

Koleksi Tumbuhan

Meranti_pucuknya sedap dimasak lemak Ogos 18, 2012

Filed under: Sayur — zainura66 @ 9:44 pm
Tags: ,

Ini bukan pucuk meranti spesis kayu kayan tu ya ! Ada yang panggil tumbuhan ini sebagai pucuk ranti, meranti, terung ranti atau pun terung perat .

Nama saintifiknya bagi Meranti atau terung ranti/ perat ini ialah Solanum americanum Miller sinonim kepada Solanum nigrum L. Ia adalah dari famili Solanceae .

PUCUK atau daun muda terung ranti sudah lama dikenali sebagai sayuran, terutama di kalangan masyarakat desa di pesisir pantai yang bertanah gambut. Sayur ini biasanya dimasak lemak atau ditumis. Pucuknya dicelur dan dijadikan ramuan kerabu. Rasanya pahit sedikit dan tidak digemari sesetengah orang, terutama kanak-kanak. Sayur yang dimakan ini dianggap ubat. Ada catatan menyatakan sayur ini berfungsi sebagai laksatif dan diuretik. Ada juga pendapat menyatakan ia sebagai afrodisiak. Buahnya dikatakan mengandungi racun.

Terung ranti adalah herba saka, dipercayai berasal dari Selatan Amerika dan tersebar hingga ke Asia Tenggara. Herba saka ini ditanam secara tanaman semusim, kadangkala ditemui tumbuh liar di sekitar tanah terbiar, terutama di sekitar tanah gambut yang baru dibuka. Batangnya lembut, bersegi, licin, bercabang banyak, merimbun dan mencapai ketinggian 60 hingga 90 sentimeter (sm). Daunnya pelbagai saiz dan bentuk. Kebanyakannya berbentuk ovat-lanseolat, tepi daun bergerigi kasar, 3 hingga 6 sm panjang dan 2 hingga 4 sm lebar, berwarna hijau muda. Infloresen berjambak pada batang atau ranting di pucuk. Pada satu jambak terdapat beberapa bunga kecil, 3 hingga 4 milimeter (mm) diameter, berwarna putih. Buah beri, globos, 0.5 sm diameter, berwarna hijau ketika muda dan bertukar hitam keunguan apabila masak. Buah ini berjus hitam keunguan, berbiji banyak dan halus.
Sayur ini mengandungi khasiat yang tinggi. Dalam tiap 100 gram (g) bahagian yang boleh dimakan terung ranti mengandungi: Air 85 g, protein 4.7 g, lemak 0.5 g, karbohidrat 8.1 g, kalsium 210 mg, ferum 6.1 mg, karotena 1.9 mg, vitamin B1 0.14 mg dan vitamin C 40 mg. Terung ranti mudah dibiakkan dengan cara biji benih. Biji benihnya boleh dipungut daripada buah yang cukup masak dan dikeringkan di tempat yang teduh. Biji ini kemudian ditabur terus ke batas. Sebaiknya, biji ini digaul dalam pasir yang kering terlebih dulu sebelum ditabur. Selepas 5 hingga 6 minggu sayur ini boleh tuai. Terung ranti boleh juga dibiakkan dengan cara keratan batang atau keratan pucuk berdaun. Keratan ini boleh ditanam terus ke batas atau disemai terlebih dulu ke dalam pasir. Selepas berakar dipindahkan ke batas.

About these ads
 

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 74 other followers

%d bloggers like this: