Wannura

Koleksi Tumbuhan

Gandarusa (Justicia Gendarussa linn) untuk mengempiskan perut Ogos 27, 2012

Filed under: Herba — zainura66 @ 10:31 am



Gandarusa
atau nama saintifiknya Justicia Gendarussa linn adalah dari keluarga Acanthaceae . Nama lain bagi pokok ini ialah Daun rusa, bogudan(Cina), gendarussa(English).

Gandarusa dikatakan berasal dari negara China dan biasanya ia boleh ditemui di Asia Tenggara.Di Malaysia, ia selalunya ditanam di kampung, kebun dan taman rekreasi. Tumbuhan ini boleh dijumpai tumbuh liar di kawasan semak pada ketinggian 1-500 meter dari aras laut. Ia hidup subur di kawasan teduhan di tepi parit atau sungai.

Ia tumbuh tegak dan boleh mencapai ketinggian hingga 2 meter. Panjang daunnya lebih kurang 5-20 cm dan 1.5-3.5 sm lebar serta daunnya dari jenis daun tunggal.

Terdapat dua jenis gandarusa biasa dijumpai dan dibezakan oleh warna batangnya. Gandarusa hitam (berbatang ungu) dan Gandarusa putih (berbatang hijau). Pokok berbatang hitam lebih popular sebagai ubat di kalangan pengamal perubatan tradisional berbanding dari yang berbatang hijau.

Kegunaan

1. Ulaman – Pucuk muda yang segar dicicahkan dengan sambal belacan dimakan sebagai ulam.

2. Perut – Daunnya yang dicincang dan dicampurkan dengan jadam untuk dijadikan barut perut bagi membuang lemak atau pun wanita selepas bersalin serta dijadikan bahan mandian. Akarnya pula untuk merawat cirit birit.

3. Tulang – Daunnya yang segar atau kering dikisar hingga lumat dan dicampur cuka untuk ditampal pada bahagian yang luka dengan syarat tulang telah berada pada kedudukannya yang betul.

4. Reumatik – Untuk rheumatik, 15-30 g daunnya yang segar direbus hingga mendidih dan airnya diminum.

5. Lebam – Ia biasa digunakan untuk mengubat lebam akibat pukulan. Daun dilayurkan atas api hingga layu dan ditampal pada bahagian yang lebam.

6. Demam – Ia juga boleh digunakan untuk menurunkan panas badan

7. Lumpuh – menyembuhkan lumpuh yang tidak kronik seperti contoh : otot muka (selalunya disebabkan oleh minor stroke),

8. Penawar – Dapat menyembuhkan bisul, jaundis, sakit kepala, mata dan telinga dan juga jika dipatuk ular.

Amaran: Wanita yang sedang hamil dilarang menggunakan daun ini.

About these ads
 

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 74 other followers

%d bloggers like this: