Wannura

Koleksi Tumbuhan

PALEM KUNING @ Yellow Palm (Chrysalidocarpus lutescens) September 7, 2012

Filed under: Landskap — zainura66 @ 6:45 pm



Palem kuning

Palem kuning (Chrysalidocarpus lutescens syn. Dypsis lutescens) adalah tanaman hias popular yang biasa dijumpai di pekarangan rumah atau di taman. Tumbuhan anggota suku pinang-pinangan (Arecaceae) ini berasal dari Madagaskar namun di tempat asalnya sekarang terancam.

Tumbuhan ini boleh tumbuh hingga setinggi 6m, meskipun biasanya di perkarangan hanya setinggi 3m kerana alasan keindahan. Seperti palem lainnya, daun tersusun majemuk, menyirip. Warna helai daun hijau terang, cenderung kekuningan (sehingga disebut palem kuning).

Daun ini memiliki pelepah daun yang cukup panjang dan menutupi batang yang beruas-ruas. Jumlah anak daun sekitar 80 hingga 100 lembar.

Mayangnya dapat mencapai 1m dengan bunga berwarna kuning. Buah berdiameter hingga 2.5m dan berwarna kuning hingga ungu.

Perbanyakannya relatif mudah kerana dapat diperbanyak secara vegetatif.

Kemampuan berbagai jenis tanaman sebagai anti pencemaran

Palem Kuning
 
Setinggi 1.8 m dapat menghasilkan wap air 1 liter/ 24 jam dan menghisap zat beracun paling banyak jenis dan volumenya. Kemampuan menyerap Trikloroetilen-nya 16,520 microgram, sedangkan penyerapan benzena 34,073 microgram dan Formaldehida 76,707 microgram per 24 jam.  Tanaman ini tergolong lengkap, kerana juga mampu menyerap xylene mahupun amonia dalam jumlah besar

Berdasarkan penelitian Fakulti MIPA, Universitas Brawijaya, Malang, Indonesia pada ruangan dengan volume 100 m3 dapat ditempatkan Lidah Mertua dewasa sebanyak 5 helai dan Sri Rejeki sebanyak 14 helai daun. Kombinasi Lidah Mertua dan Sri Rejeki. dapat menjadi alternatif untuk menggantikan fungsi AC sebagai penyerap pencemaran udara dalam ruangan terutama yang disebabkan oleh asap rokok dan mikroorganisme. Setiap helai daun Sansevieria boleh menyerap 0.938 mikrogram per jam formaldehyde Satu Spatiphilum dewasa dapat menyerap racun secara maksima pada kawasan berukuran sekitar 10m².

About these ads
 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 76 other followers

%d bloggers like this: