Wannura

Koleksi Tumbuhan

BUNGA TONGKENG (Telosma cordata) harum dan boleh dimakan November 15, 2012

Filed under: Uncategorized — zainura66 @ 1:35 pm
Tags: , ,



Pendahuluan

Pokok bunga  di kenali di Malaysia dengan nama bunga tongkeng ini berasal dari negara  China dan ia ia merupakan tumbuhan dari keluarga Asclepiadaceae. Sinonim bagi bunga ini ialah Cynanchum odoratissimum, Telosma minor, Pergularia minor, Oxystelma ovatum, Telosma odoratissima, Asclepias cordata, Pergularia odoratissima. Ia juga dikenali dengan nama-nama seperti Bunga Stokin, Chinese violet, Fragrant Telosma, Tonkin jasmine, pakalana wine,cowslip creeper,telosoma.

Ciri – Ciri Tumbuhan

Merupakan sejenis tumbuhan memanjat yang mempunyai bunga yang harum. Batangnya  yang berkayu  boleh memanjat sokongan boleh memanjang sehingga 6 meter. Daunnya berbentuk hati mempunyai tangkai daun yang panjang. Bunganya mengeluarkan bau harum yang  menyerupai bau harum oren.

Kelopak bunganya yang berwarna putih kekuningan manakala di tengahnya pula kuning keemasan tersusun dalam jambak bunga kira-kira 10 kuntum bunga atau lebih sepanjang batangnya. Bau harumnya boleh dinikmati siang dan malam selama seminggu sebelum ianya layu. Baunya menjadi lebih kuat di waktu malam.Di Hawaii bunga ini merupakan antara bunga yang digunakan untuk membuat kalungan bunga yang dipakai di leher .

Tabiat Tumbuhan

Pokok Bunga tongkeng ini agak sukar di tanam. Tetapi bila dah tumbuh melata, banyak pula anak-anak pokoknya. Habis menjalar memanjat semua pokok yang dikelilingnya. Adalah llebih sesuai jika dibuatkan para untuk pokok ini.

Apabila bunga tongkeng layu, kita dapat lihat ianya mengeluarkan buah, apabila buah itu telah tua dan matang ianya akan menyebarkan biji benih. Dengan itu agak mudah kelihatan anak-anak pokok di sekeliling pokok induknya.

Haruman tongkeng dikatakan seolah-olah campuran antara haruman mawar dan freesia  dengn sedikit bau halia. Menjelang senja harumannya menjadi semakin kuat dan harumannya yang paling kuat sekitar pukul 9 malam.

Satu kajian menunjukkan sebatian utamanya ialah geraniol yang juga boleh dijumpai dalam bunga mawar dan Beta-ionone yang boleh dijumpai dalam violet.Kajian itu juga menunjukkan sifat meruap Beta-ionone menyebabkan bau wangi bunga tongkeng mudah tersebar ke persekitaran.

Pembiakan

Ia boleh dibiakkan dengan menggunakan keratan batang. Walaupun bunganya juga menghasilkan biji benih, namun ia jarang-jarang dapat dibiakkan menggunakan biji benih.
Bahagian Yang Digunakan

Bunganya  dan pucuknya boleh dimakan. Putik bunga dan pucuknya  di goreng atau dijadikan sup. Bunganya rasa sedap dan kaya dengan karbohidrat, protein dan vitamin A. Amalan Tradisi Perawatan Bunga tongkeng boleh dibuat ulam atau di buat kerabu. Bunga ini biasanya digoreng dengan telur atau boleh dimasak sup. Ia juga digunakan untuk merawat sakit mata.

Lagenda Bunga Tongkeng

Terdapat cerita rakyat  China lama yang mengisahkan bunga ini. Pada suatu masa dahulu sekumpulan tentera telah menawan istana pihak musuh. Menjelang senja , mereka telah terhidu satu aroma yang begitu harum dan wangi dibawa angin. Perasaan marah dan semangat juang yang berkobar-kobar beransur hilang apabila mereka terhidu haruman ini.

Menjelang pagi pihak musuh telah berjaya menawan mereka dan mereka terpaksa berundur. Haruman yang dihidu itu ialah haruman bunga tongkeng yang berjaya menenangkan hati walaupun tentera yang ganas.

About these ads
 

4 Responses to “BUNGA TONGKENG (Telosma cordata) harum dan boleh dimakan”

  1. norhani binti mat seh Says:

    berminat dengan pokok ini dan inginkan benihnya

  2. Nad Says:

    Kat rumah saya banyak pokok tongkeng ni..bunganya boleh dibuat kerabu..melata dan merimbun..

  3. memumme Says:

    very informative…now terfikir bunga ni utk mengganti ros….bgmn pula harganya?availability?


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 72 other followers

%d bloggers like this: