Wannura

Koleksi Tumbuhan

Sepetir tonik bagi wanita selepas bersalin Julai 27, 2012

Pengenalan
Sepetir atau nama saintifiknya Sindora miq. adalah dari keluarga Leguminosae. Semua spesis Sindora dipanggil sepetir sebagai nama umum tetapi setiap spesis ada rangkai nama yang membezakan spesis. Dua spesis Sindora yang digunakan sebagai ubat herba di Malaysia iaitu :

Sindora siamensis Teijsm ex Miq. (Sindora cochinchinensis baillon ) – sepetir mempelas
Sindora velutina J.G. Baker (Sindora parvifolia backer ex K. Heyne ) – sepetir beludu besar atau sepetir beludu kecil ( Semenanjung ) dan ensunut ( Sarawak ) (more…)

 

CENGAL (Neobalanocarpus heimii) Jun 15, 2012

Filed under: pokok hutan — zainura66 @ 10:25 pm
Tags: , ,

Pokok Cengal

Pokok Cengal (Neobalanocarpus heimii) ialah sejenis pokok kayu keras yang sangat popular. Kawasan taburan semula jadi pokok ini terhad kepada Semenanjung Malaysia, Singapura dan selatan Thailand.

Pokok cengal menghasilkan kayu terbaik dan mencapai harga tertinggi di pasaran jika dibandingkan dengan jenis kayu lain dan tergolong dalam keluarga ‘Dipterocarpacease’ iaitu sejenis pokok menghasilkan buah yang mempunyai sepasang sayap serta mengeluarkan resin atau damar.

Kayu cengal adalah kayu keras yang tahan lama dan mempunyai ketumpatan antara 915 hingga 980 kilogram per meter padu yang kebiasaannya digunakan dalam kerja pembinaan berat terutama pembinaan bot, selain dijadikan tiang, serta jambatan tanpa perlu diawet kerana ia tahan dari serangan anai-anai. Ketahanan kayu itu disebabkan terdapat sejenis bahan awet semula jadi yang melindungi teras kayu. Kayu gubal, teras serta kulit pokok cengal mempunyai sejenis damar yang dikenali sebagai damar penak dan boleh digunakan dalam pembuatan varnis.

Di Malaysia, pokok cengal tumbuh di kawasan hutan tanah pamah yang mempunyai ketinggian kurang dari 1,000 meter terutama di kawasan yang mempunyai saliran air yang baik. Kebiasaannya pokok cengal hidup dengan baik di kawasan yang menerima hujan lebih dari 2,000 milimeter setahun dan tiada musim kemarau yang panjang.

Pokok Cengal terbesar dan tertua di Malaysia dijumpai di gunung Mandi Angin, Kompartmen 5, Hutan Simpan Pasir Raja, Hulu Dungun pada 1999 oleh Pegawai Renjer Durian Mas II, Encik Omar Mohamad. Pokok Cengal tersebut setinggi 65 meter dengan ukur lilitnya 16.75 meter, atau kira-kira 13 pemeluk, serta bergaris pusat 5.32 meter memerlukan 27 buah lori bagi mengangkut kayunya jika ditebang. Isipadu pokok cengal ini dianggarkan 220m3 dengan keberatan 120 tan metrik. Usia pokok tertua ini dianggarkan 1,300 tahun iatu berdasarkan kaedah pengiraan pokok di kawasan tropika mengikut pertumbuhan gegelang (growth ring) pada kadar 0.4sm setahun. Pokok cengal itu setinggi 16.5m dengan ukur lilit 16.75 meter membolehkan 13 memeluk batangnya yang besar. Pokok Cengal itu dijumpai di pada tahun 1999 oleh pekarja Jabatan Hutan, Omar Mohamad. Pokok yang terletak lebih kurang 200 meter dari sempadan Taman Negara dan 390 meter dari paras laut di kawasan Kompartmen 5 hutan ini, telah menerima pengiktirafan The Malaysia Book of Records sebagai pokok terbesar di Semenanjung Malaysia dan didokumenkan dalam keluaran edisi ketiga pada tahun 2001. ~ wikipedia

“Cengal adalah hasil dari satu spesies sahaja yaitu Neobalanocarpus heiumii. Terdapat di Semenanjung Malaysia. Pengeringan kayu ini perlahan dengan retak-retak hujung yang sederhana dan retak permukaan yang merupakan cacat utama kerendahan mutunya. Satu kecacatan kayu ini ialah terdapatnya banyak lubang-lubang penggerak halus yang merupakan sarang-sarang kumbang ambrosia yang telah mati. Kumbang-kumbang ini menyerang hampir kesemua pokok-pokok cengal semasa hidup. Kehadiran lubang halus ini sama sekali tidak menjejaskan kekuatan kayu kecuali dari segi aestetik. Kayu ini mungkin ditolak.”

Keterangan umum berkenaan kayu:

Kayu gubal jelas berbeza. Bila baru-baru digergaji teras kayu berwarna coklat kuning muda dengan bintik-bintik hijau jelas kelihatan. Apabila terdedah warna menjadi lebih gelap ke coklat ungu atau merah karat. Ia mempunyai tanda riak yang jelas. Iranya bersimpul, tatalnya halus dan seragam.

~ ejiputriramadhani.blogspot.com

 

Callicarpa longifolia @ CALLICARPA BERDAUN PANJANG Januari 21, 2011

Filed under: pokok hutan — zainura66 @ 4:15 pm
Tags:

Callicarpa longifolia adalah satu spesis dari beatyberry. Ia boleh ditemui dari Himalaya, Jepun hingga Australia. Ia biasanya ditanam di kebun sebagai pokok hiasan. Akarnya dikatakan boleh digunakan dalam perubatan secara tradisional untuk merawat cirit-birit.

Long Leaved Beauty Berry atau Beauty Berry berdaun panjang ini merupakan tumbuhan semak yang boleh tumbuh sehingga 2 – 3 m tingginya.

Tangkai daunnya berbentuk tirus dan ramping, 0.5 – 1.5 mm panjang yang membawa daun bujur lonjong 8 – 20 sm panjang dan 2 – 6 sm lebar. Permukaan daunnya adalah lebih halus.

Bunganya pula dalam bentuk jambak yang berjarak di antara 2 -3 sm yang terhasil di hujung ranting, 0.5 – 1.5 sm panjang di mana ‘cawan sepal’ yang berbentuk seperti cawan itu berukuran 1 mm. Warna bunganya ialah ungu pucat kira-kira 2 mm manakala stamennya adalah 2 – 3 kali panjang daripada corong bunganya. Buahnya yang berwarna ungu beri itu berdiameter 1.5 mm dan terhasil dalam bentuk jambakan yang keluar dari celahan daun (axil). Musim bunga adalah dari Mei hingga Ogos.

 

CALLICARPA GLABRIFOLIA

Filed under: pokok hutan — zainura66 @ 3:46 pm
Tags:

Callicarpa glabrifolia dari perkataan latin bermaksud ‘ glabrous leaves’, merujuk kepada daunnya yang tidak mempunyai bulu.

Ia merupakan tumbuhan semak yang boleh mencapai ketinggian sehingga 10 m. Daunnya yang keluar bertentangan, ringkas , urat daun yang jelas kelihatan, tiada berbulu. Bunga yang dihasilkan bersaiz kira-kira 2 mm , berwarna putih , dalam bentuk jambakan manakala buahnya berukuran 4 mm.

Ia tumbuh liar di tempat terbuka dan hidup subur di kawasan dipterokap dan separa hutan yang berbukit sehingga ketinggian 1600 m altitud. Biasanya di kawasan cerun bukkit. Taburan bagi pokok ini ialah di kawasan Borneo ( Sarawak, Brunei, Kalimantan Timur).

 

KEMUNTING (Rhodomyrtus tomentosa) banyak terdapat di pantai timur Malaysia Januari 15, 2011

Filed under: pokok hutan — zainura66 @ 1:41 am
Tags: , , ,

Sebagai penghormatan dan tanda terima kasih kepada dua orang pengunjung Wannura iaitu saudara Azmi bin Md Deros dan saudara Fadhil kuantan yang telah sudi menyumbangkan informasi tentang pokok Kemunting ini atas dasar pengalaman mereka, saya sengaja mengadakan satu entri baru yang lebih informatif sebagai rujukan di masa hadapan. Saya berharap ada lagi pengunjung-pengunjung yang sudi memberikan maklumat di sini.

FAKTA KEMUNTING

Pengenalan
Pokok Kemunting nama saintifiknya Rhodomyrtus tomentosa (Ait.) Hassk. merupakan tumbuhan yang biasa tumbuh sebagai semak samun di Hawaii dan Malaysia. Namanya yang lain ialah karamunting, kelemunting, Dunduok (kadazan dusun), Gangrenzi (cina), Downy rose myrtle, downy myrtle, hill gooseberry, hill guava, Isenberg bush, myrte-groseille, rose myrtle.

Ia juga menjadi tumbuhan yang biasa menguasai kawasan lapang dan terbiar di Thailand. Ia merupakan tumbuhan renek yang boleh mencapai ketinggian hingga 2 meter.

Batangnya yang muda mempunyai bulu-bulu pendek yang halus dan padat. Daunnya tersusun secara bertentangan, berbentuk ringkas dan berbentuk bujur. Permukaan daun berkilat dengan warna hijau gelap manakala bahagian bawah daunnya mempunyai bulu-bulu halus dan berwarna hijau pudar. Bunganya berwarna merah jambu atau ungu muda, dengan lima kelopak. Ia mempunyai banyak stamen dengan 5 filamen berwarna merah jambu dan saiznya berukuran (garis rentas) 2.5 cm. Satu atau lebih bunga tersusun pada tangkai bunga. Buahnya kecil (beri) dengan ukuran garis rentas lebih kurang 1.3 cm, berwarna ungu gelap dengan rasa buahnya seakan-akan buah jambu batu, manis-manis kelat dan berbau harum.

Habitat
Kemunting hidup subur di kawasan yang tanahnya mempunyai kelembapan yang tinggi terutamanya berhampiran dengan paya atau sungai. Namun ia juga boleh beradaptasi dengan pelbagai jenis tanah seperti tanah pasir dan tanah yang agak masin. Di Malaysia dan Thailand kemunting biasa di jumpai hidup di kawasan tanah pasir dan juga kawasan yang berpaya.

Ia makin pupus dan biasanya hidup dalam belukar dan sedikit berpaya. tanah berpasir berhampiran pantai adalah habitat yang sesuai. Ia juga boleh ditanam di dalam pasu; akan tetapi tumbesarannya lambat. Ada juga yang membuat ‘bonzai’.

Khasiat dan Kegunaannya.

  • pucuk muda dan putik muda adalah ubat sakit perut.
  • buah yang masak sangat sedap di makan begitu saja atau di makan dengan santan bagi membersihkan darah
  • akarnya untuk penawar keracunan, penyakit keputihan bagi wanita, muntah berdarah. Caranya rebus akar dengan air (lebih kurang 150 ml) dan diminum tiga kali sehari selama tiga hari.
  • Buahnya yang manis boleh digunakan untuk membuat pai dan juga jem
  • Di kawasan selatan Thailand buah kemunting yang masak ranum dan manis rasanya dimakan bersama santan yang dicampur dengan sedikit garam
 

ROTAN PALMA (Calamus rotang) Disember 31, 2010

Filed under: pokok hutan — zainura66 @ 9:44 pm
Tags: , ,

PENGENALAN
Rotan adalah sekelompok palma dari puak (tribus) Calameae yang memiliki habitus memanjat, terutama Calamus, Daemonorops, dan Oncocalamus. Puak Calameae sendiri terdiri dari sekitar enam ratus anggota, dengan daerah persebaran di bagian tropis Afrika, Asia dan Australasia. Ke dalam puak ini termasuk pula marga Salacca ( misalnya salak), Metroxylon (misalnya rumbia/sagu), serta Pigafetta yang tidak memanjat, dan secara tradisional tidak digolongkan sebagai rotan.

Batang rotan biasanya langsing dengan diameter 2-5cm, beruas-ruas panjang, tidak berongga, dan banyak yang dilindungi oleh duri-duri panjang, keras, dan tajam. Duri ini berfungsi sebagai alat pertahanan diri dari herbivora, sekaligus membantu pemanjatan, karena rotan tidak dilengkapi dengan sulur. Suatu batang rotan dapat mencapai panjang ratusan meter. Batang rotan mengeluarkan air jika ditebas dan dapat digunakan sebagai cara bertahan hidup di alam bebas. Badak jawa diketahui juga menjadikan rotan sebagai salah satu menunya.

Sebagian besar rotan berasal dari hutan di Malesia, seperti Sumatra, Jawa, Borneo, Sulawesi, dan Nusa Tenggara. Indonesia memasok 70% kebutuhan rotan dunia. Sisa pasar diisi dari Malaysia, Filipina, Sri Lanka, dan Bangladesh.

Rotan cepat tumbuh dan relatif mudah dipanen serta ditransprotasi. Ini dianggap membantu menjaga kelestarian hutan, kaerna orang lebih suka memanen rotan daripada kayu.

KEGUNAAN
Rotan yang umum dipergunakan dalam industri tidaklah terlalu banyak. Beberapa yang paling umum diperdagangkan adalah Manau, Batang, Tohiti, Mandola, Tabu-Tabu, Suti, Sega, Lambang, Blubuk, Jawa, Pahit, Kubu, Lacak, Slimit, Cacing, Semambu, serta Pulut.

Setelah dibersihkan dari pelepah yang berduri, rotan asalan harus diperlakukan untuk pengawetan dan terlindung dari jamur Blue Stain. Secara garis besar terdapat dua proses pengolahan bahan baku rotan: Pemasakan dengan minyak tanah untuk rotan berukuran sedang /besar dan Pengasapan dengan belerang untuk rotan berukuran kecil.

Selanjutnya rotan dapat diolah menjadi berbagai macam bahan baku, misalnya dibuat Peel (kupasan)/Sanded Peel, dipoles /semi-poles, dibuat core, fitrit atau star core. Adapun sentra industri kerajinan dan mebel rotan terbesar di indonesia terletak di Cirebon.

Pemanfaatan rotan terutama adalah sebagai bahan baku mebel, misalnya kursi, meja tamu, serta rak buku. Rotan memiliki beberapa keunggulan daripada kayu, seperti ringan, kuat, elastis / mudah dibentuk, serta murah. Kelemahan utama rotan adalah gampang terkena kutu bubuk “Pin Hole”.

Batang rotan juga dapat dibuat sebagai tongkat penyangga berjalan dan senjata. Berbagai perguruan pencak silat mengajarkan cara bertarung menggunakan batang rotan. Di beberapa tempat di Asia Tenggara, rotan dipakai sebagai alat pemukul dalam hukuman cambuk rotan bagi pelaku tindakan kriminal tertentu.

Beberapa rotan mengeluarkan getah (resin) dari tangkai bunganya. Getah ini berwarna merah dan dikenal di perdagangan sebagai dragon’s blood (“darah naga”). Resin ini dipakai untuk mewarnai biola atau sebagai meni.
Masyarakat suku Dayak di Kalimantan Tengah memanfaatkan batang rotan muda sebagai komponen sayuran

 

ROTAN BAKAU (Calamus erinaceus)

Filed under: pokok hutan — zainura66 @ 9:22 pm
Tags: , ,

Rotan bakau merupakan sejenis pokok dalam kategori pokok Rotan. Ia merangkumi beberapa spesies seperti:- Calamus erinaceus, Daemonorops erinaceus Becc.

Rotan ialah nama untuk sebilangan pokok palma panjat Asia tropika daripada famili Arecaceae dan terdiri daripada genus-genus Calamus, Daemonorops, dan Korthalsia.

Pada pertengahan 1980-an kerajaan Malaysia telah menggalakkan penubuhan ladang hutan dan dengan itu ladang rotan telah dibuka di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak oleh pelbagai Jabatan Perhutanan Negeri. Sehingga hari ini, perladangan rotan ini membantu ia daripada pupus dan menggalakkan industri perabut rotan di Malaysia.

Berbeza dengan kebanyakan pokok palma, daun-daun pokok rotan tidak tumbuh berumpun menjadi silara; daun-daunnya mempunyai cangkuk yang panjang supaya memudahkan pokok-pokok rotan untuk memanjat ke silara pokok yang lain yang mempunyai panjang yang luar biasa (sering beberapa ratus kaki).

 

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 76 other followers