Wannura

Koleksi Tumbuhan

Setawar kampung melegakan serangan tibi Julai 22, 2012

Filed under: Pokok liar — zainura66 @ 7:15 pm
Tags: , , , , ,

Pengenalan

Setawar kampung ialah tumbuhan asli di kawasan bukit di India. Kini pokok ini ditanam di serata dunia tanpa mengira jenis iklim kerana ia boleh hidup jika ditanam di dalam bangunan di kawasan yang beriklim sejuk.

Pokok herba yang mengandungi banyak air dalam tisu ini, tumbuh secara tunggal setinggi 0.75 m.

Daun berukuran 8-15 sm panjang, terbahagi antara 3-5 bahagian, setiap satu berbentuk mata lembing; setiap bahagian pula mungkin terbahagi lagi dengan bentuk gerigi atau cuping, susunan daun secara bertentangan tetapi daun di pucuk tersusun secara berpusar dan tidak terbahagi.

Bunga pada jambak yang besar di pucuk pokok, berbentuk tiub sepanjang hampir 2 sm dan 2.5 sm lebar; berwarna kuning, oren atau merah.

Kandungan

Daun ~ asid organan berwarna kuning, asid malik, asid tartarik, kalsium oksalat, kalsium sulfat, klorofil, krim tartar, lemak dan musilaj.

Cecair atau isi daun ini boleh menyebabkan gatal-gatal atau radang kulit, terutamanya jenis kulit yang sensitif kerana dicalar hablur kalsium oksalat.

Penanaman

Setawar kampung lazim ditanam menggunakan cabangnya yang tumbuh di sekitar pangkal pokok. Cabang ini dipisahkan dari pokok induk lalu dipindah tanam di tempat lain. Pokok ini juga sesuai ditanam di dalam pasu atau di atas tanah. Pokok ini biasanya tidak menghadapi masalah penyakit atau perosak. Tanah yang bertakung air boleh melemaskan akar pokok dan dijangkiti kulat lalu mati.

Khasiat ubatan

Daun : Ditumbuk lumat-lumat dan ditampal pada kulit yang bengkak, gigitan atau sengatan serangga, kulit kasar, luka, kudis dan ulser; pada pelipis untuk merawat sakit kepala; dan pada tengkuk untuk merawat sakit kerongkong dan selsema.

Cecairnya diperah dan ditelan untuk menghentikan cirit, disenteri , menyingkirkan batu karang dan melegakan serangan tibi.

Daunnya dibuat losyen untuk disapu pada tempat cacar.

Air rebusan daun bersama rantingnya diminum atau cecairnya diperah dan ditelan untuk merawat kecederaan, lecur, luka, pendarahan, penyakit kulit, bisa patukan ular, salah urat dan terseliuh. Pada masa yang sama tumbuhan ini dibuat ubat pupuk pada tempat tersebut.

Kegunaan lain

Ranting yang berdaun daripada pokok setawar kampung digunakan untuk memanggil makhluk halus yang baik dan menjauhi makhluk halus yang jahat. Ia digunakan dalam upacara penyembuhan dan mandian bayi.

Rujukan : Tanaman hiasan : khasiat makanan & ubatan oleh Hean Chooi Ong

 

Lemba Batu menambah selera dan air mani Julai 1, 2012

Filed under: Pokok liar — zainura66 @ 1:16 pm
Tags: , , , ,

Lemba Batu dari keluarga Acanthaceae ini nama saintifiknya ialah Staurogyne merguensis merupakan tumbuhan liar yang biasa ditemui merakap di bumi.

Ketinggian pokok herba ini adalah 10 sm. Ia mempunyai batang berkayu yang lembut, dengan diameter di antara 1 – 2 sm. Berdaun panjang di antara 10 – 15 sm dan berwarna hijau kebiruan. Ia mempunya bunga kecil berwarna merah hati. Pokok ini sering dijumpai tumbuh di kawasan hutan, perkampungan , kebun getah dan kadang kala di sekitar rumah terutama di tempat yang teduh dan agak lembab.

Kegunaan

Seluruh pokok ini direbus dan diminum airnya, bertujuan untuk menambahkan selera makan dan air mani.

 

Misai Adam pengubat lemah syahwat lelaki

Filed under: Pokok liar — zainura66 @ 12:37 pm
Tags: , , , ,

Misai Adam atau Janggut Adam atau Misai Ali (nama saintifiknya ialah Gramineae themeda arguens Hack/Schizaea digitata / Actinostachys digitata) merupakan sejenis rumput rumpai yang mempunyai bentuk yang agak unik, biasa dijumpai dikawasan yang agak redup dan mempunyai tanah yang lembab seperti di kebun getah dan kawasan belukar serta kawasan hutan hujan tropika. Ia juga boleh hidup di kawasan yang tidak begitu subur. Di Malaysia, ia boleh didapati di padang yang terbiar, di tepi-tepi jalan atau di kawasan yang baru di buka. Nama lain tumbuhan ini ialah curlygrass fern, grass fern, paku rimba, fern of the virgin fores. Ia adalah dalam keluarga Schizaeaceae.

Ia tumbuh dalam rumpun, mempunyai batang yang kecil, beruas panjang dan berwarna merah kehitaman. Ia mempunyai rizom yang lebih pendek dari paku pakis.

Daunnya panjang menyerupai daun rumput dan agak kerinting , berbulu dan runcing. Buahnya mempunyai ekor seperti helaian misai atau janggut yang kasar dan pangkalnya mempunyai umbi. Pangkal umbi berbulu dan tajam. Apabila masak atau kering, buah yang tajam itu boleh terpacak ke tanah apabila gugur lalu tumbuh di situ.

Kegunaan

~ Tumbuhan ini boleh dihancurkan menjadi pulpa. Pulpa ini digunakan bagi merawat “lumbago”.

~ Akarnya pula digunakan sebagai ramuan ubat periuk bagi kaum lelaki. Ramuan yang dicadangkan ialah Janggut Adam, Tongkat Ali, Tapak Merpati, Selayar Hitam dan Serai Gunung. Ia dikatakan dapat mencuci darah dan juga menambahkan ketahanan !!!

 

STYRAX AMERICANUS kemenyan Amerika Februari 4, 2011

Pengenalan

Styrax americanus adalah merupakan pokok saka kecil atau besar yang mempunyai banyak cabang dahan. Ia tumbuh hingga mencapai 8 – 10 kaki tinggi dan lebar. Ratusan bunga yang berwarna putih berbentuk loceng akan dihasilkan pada musim bunga.

Oleh kerana ciri-ciri pokok ini dari segi saiz, ketahanan dan menghasilkan bunga yang menarik, ianya ditanam di taman-taman bunga dan dijadikan pokok lanskap. Ia hidup subur di tempat panas atau sedikit teduhan yang tanahnya lembap atau pun basah. Lebah suka menghinggap pada bunganya untuk pendebungaan.

 

STYRAX OFFICINALIS – Kemenyan bagi upacara keagamaan Februari 1, 2011

Styrax officinalis L.

Styrax offinalis adalah merupakan pokok yang rendah dan tumbuh semulajadi di Eropah Selatan dan Timur Tengah. Spesis yang sama ini juga dikatakan boleh didapati di California (Amerika Tengah). Variati yang didapati di California mempunyai 2 jenis iaitu :

Styrax officinalis sub-spesis. Redidivus (Torrey) H. Howard
Styrax officinalis sub-spesis. Fulvescens

Secara umumnya kedua-dua jenis spesis di atas adalah dianggap sama, tetapi daripada kajian yang telah dibuat oleh penganalisis molekul telah mencadangkan bahawa kedua-dua spesis ini adalah berbeza .

Tumbuhan ini adalah berbentuk ringkas dan sesuai dijadikan pokok teduhan; saiz daun 5 – 10 sm panjang dan 3.5 – 5.5 sm lebar ini berbentuk bujur lonjong (elliptical), susunan bersilang dan tumbuh lebat di atas ranting , dahan yang kemerahan dan padat itu. Kudup bunga berwarna hijau muda dan kecil keluar dari setiap pangkal daun. Masa perbungaannya adalah singkat dan berbunga jarang. Pokok ini adalah merupakan sumber ‘resmi’ getah kemenyan (styrax), salah satu perubatan tradisional sejak dari zaman dahulu kala lagi.

Ia merupakan salah satu bahan yang digunakan bersama frankincense (setanggi) , galbanum, dan onycha bagi upacara keugamaan .

 

Anda tahu dan pernah lihat pokok MOLAR ? Januari 17, 2011

Filed under: Pokok liar — zainura66 @ 4:23 pm
Tags: , ,

Pernahkah anda melihat pokok molar atau mengenali pokok molar ? Di sini diterangkan serba ringkas mengenai pokok molar. Sesiapa yang tahu dan pernah jumpa pokok ini bolehlah berkongsi maklumat di sini.

Di Perak, tumbuhan ini digelar pokok Molar dan biasanya boleh ditemui di kampung-kampung. Pokok ini boleh tumbuh sehingga ketinggiannya mencapai 30 kaki.

Pucuk mudanya berwarna hijau cair ; biasanya dimakan sebagai ulam dan rasanya enak, lemak dan rangup. Daun yang telah matang berwarna hijau tua dan bertukar ke kuning akan gugur bersama dahannya dan dahan tersebut kelihatan seperti “tulang manusia” adalah keras dan sukar untuk dipatahkan. Setiap dahan daun mempunyai ranting yang membawa daun yang berbentuk seperti tapak itik.

Setelah berbunga, ia akan mengeluarkan lengai di mana terdapat biji benih yang tersusun rapi didalamnya. Biji benihnya nipis dan bersayap; berukuran 3 inci (7 sm) lebar dan 1.5 inci (3.5 sm) tinggi dan berwarna krim. Dengan itu, penyebaran pokok molar adalah melalui biji benihnya yang dibawa oleh angin.

 

MORHABSHI (Commiphora myrrha) @ Kemenyan Bunian Januari 7, 2011

Filed under: Pokok liar — zainura66 @ 11:21 pm
Tags: , , , ,

Morhabshi -Mur – Myrrh

Morhabshi (juga dieja Morhabsyi) atau Morha atau Maruha, bahasa Inggeris Myrrh adalah bahan resin merah keperangan, getah kering pokok Commiphora myrrha, tempatan di Somalia dan bahagian timur Ethiopia. Getah beberapa spesies Commiphora dan Balsamodendron lain turut dikenali sebagai Morhabshi (myrrh), termasuk dari C. erythraea (kadang kala dikenali sebagai Morhabshi India Timur (East Indian myrrh)), C. opobalsamum dan Balsamodendron kua. Namanya memasuki bahasa Inggeris melalui bahasa Yunani (Ancient Greek), μύρρα, yang kemungkinannya berasal dari Semitic. Myrrh turut digunakan pada potherb Myrrhis odorata atau turut dikenali sebagai “Cicely” atau “Sweet Cicely”.

Morhabshi juga dipanggil Kemenyan Bunian oleh masyarakat Melayu.

Myrrh merupakan resin yang berwarna coklat-kemerah-kemerahan atau getah kering dari pohon Commiphora myrrha yang berasal dari Somalia, Etiopia dan Arabia. Myrrh diekstraksi dengan cara serupa dengan luban. Myrrh mempunyai nilai yang tinggi serupa dengan kemenyan dan parfum dan juga digunakan sebagai ubat salap. Myrrh serupa dengan Balm of Gilead atau Mecca Myrrh yang diperoleh dari jenis pohon myrrh.

Kualiti Morhabshi dapat dikenali melalui kegelapan dan jernih resin. Bagaimanapun, kaedah terbaik menilai kualiti resin adalah merasakan kelekitan bahagian yang baru dipatahkan untuk menentukan secara langsung kandungan minyak harum resin myrrh. Bau resin myrrh mentah dan minyak pentingnya yang baru adalah menusuk, seperti pahit dan secara kasar boleh digambarkan sebagai “stereotypically resinous”. Apabila dibakar, ia menghasilkan asap yang berat, pahit dan agak phenolic baunya, yang mungkin bercampur sedikit keharuman vanila. Tidak seperti resin lain, myrrh mengembang dan “berkembang” apabila dibakar dan tidak cair atau lembik.

Myrrh merupakan asas minyak wangi dan incense (setanggi) dan amat dihargai pada zaman kuno klassik, dan sering kali bernilai lebih dari emas yang sama berat. Pada zaman Rom Kuno, myrrh dinilai lima kali ganda berbanding frankincense, sungguhpun yang terkemudian lebih popular. Myrrh dibakar pada pengkuburan Rom Kuno bagi menutup bau yang dihasilkan dari mayat hangus. Ia dikatakan bahawa Nero, Maharaja Rom membakar setahun nilai myrrh pada pengkuburan isterinya, Poppaea.

FAKTA LAIN

1. Kegunaannya dalam kebudayaan Melayu

Dalam kebudayaan Melayu, bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk halus. Di Malaysia khasiat morhabshi lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India berbanding Melayu. Dalam masyarakat Melayu getah daripada pohon morhabshi ini dikenali sebagai ‘kemenyan bunian’.

2. Nama lain

Latin: Commiphora myrrha, Commiphora molmol Sanskrit: Daindhava Cina: Mo yao

3. Penyelidikan

• Dalam usaha memastikan punca keberkesanannya, penyelidik telah memeriksa bahan individual bagi formula yang digunakan secara tradisional di Kuwait bagi mengurangkan glukos dalam darah bagi pesakit kencing manis. Hasilnya mendapati myrrh dan susu getah aloe berkesan meningkatkan ketahanan glukos dalam tikus normal dan tikus kencing manis.

• Mencampur getah myrrh bersama cuka meningkatkan keupayaannya menyingkirkan sekatan darah beku dan menghilangkan penyakit

4. Perubatan Tradisional

Morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dsb dapat menyembuhkan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah (luar), kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit birit dsb. Campuran ini juga dikatakan dapat menghentikan pendarahan luar.

 

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 74 other followers