Wannura

Koleksi Tumbuhan

Pengenalan Disember 7, 2009

Saya amat berminat dalam mengumpul maklumat, mengenali dan mempelajari tentang pokok-pokok tumbuhan alamiah di sekitar kita serta yang tumbuh di tempat-tempat lain sebagai hobi peribadi serta boleh juga dikongsikan dengan sahabat-sahabat blogger yang mempunyai minat yang sama. Di bawah adalah sebahagian dari sudut koleksi orkid spesis dan herba wannura yang terletak di hadapan ‘teratak bahagia’ kami.

Koleksi Wannura

 

53 Responses to “Pengenalan”

  1. aburedza Berkata:

    Assalamualaikum.
    Semuga Allah melimpahkan rahmat dan redzaNya keatas saudara sekeluarga.
    Saya tumpang merujuk laman saudara dan menitipkan alamatnya di blog saya

    http://aburedza.wordpress.com/

    Terima kasih

  2. zainura66 Berkata:

    Assalamulaikum,

    Terima kasih kerana sudi mengunjungi ke laman saya ini. Segala koleksi yang saya ada seperti dalam gambar (sebahagiannya) adalah hasil kerja keras suami dan juga saya sendiri dalam ‘menghidupkan’ kembali suasana alamiah . Dalam bidang botani ni sebenarnya bukan hanya manafaat dari kecantikan bunga atau pokok itu sahaja yang kita perolehi tetapi juga dari segi khasiat serta kegunaan setiap tumbuhan yang dijadikan oleh Allah swt untuk kita semua.

    Wassalam. Terima kasih dan salam hormat.

  3. kakyong72 Berkata:

    salam,
    i just wondering, saper lah zainura66..
    lepas tanya dgn pn google.. akhirnya jumpa juga.. ;)
    kakyong link ya.. menarik & byk info.. terima kasih berkongsi…

  4. zainura66 Berkata:

    Assalamualaikum,

    Maaf sebab terus terjah masuk ke laman k.Yong tanpa memperkenalkan diri terlebih dahulu. Bukan apa, bila saya nampak didashboard wordpress k.yong di bawah tajuk ‘baru belajar menjual CD’, teringin saya nak tahu CD apa, tapi rupanya ‘cloth diaper’ dan terus saya beri semangat kepada kak yong dalam bidang perniagaan tersebut. Terima kasih kerana sudi nak link laman saya yang berkaitan dengan segala tumbuhan yang ada di muka bumi ini , insyaallah.

    Salam ceria selalu.

  5. jalanakhirat Berkata:

    Asalamualaikum

    Salam kenal

  6. zainura66 Berkata:

    Waalaikumsalam,

    Ahlan wa sahlan.

  7. YZ Berkata:

    Saya ada jual jus Markisa
    JUS BUAH MARKISA, membantu menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser , membersihkan kolon, membantu mencegah serangan jantung dan stroke, LAYARI …http://zakaria.rg-pro.com.hk/ 013-3351803

  8. zainura66 Berkata:

    Assalamualaikum,

    Terima kasih kerana sudi mengunjungi weblog saya. Saya akan mempromosikan produk tuan di sini nanti, insyaallah.

    Salam ceria selalu.

  9. ahmad syah Berkata:

    terimakasih atas kunjungan nya ke : ahmadsyahbio.blogspot.com
    salam….

  10. zainura66 Berkata:

    Sama-sama. Saya tertarik dengan koleksi herba saudara Ahmad. Boleh kah sekiranya saya berkongsi maklumat?

    Terima kasih, salam hormat.

  11. Ass wr wb, Sy sampaikan terima kasih banyak produk herbal sy tunjuk langit capsul dan tunjuk langit plus kuda laut capsul untuk laki2 dikenalkan disini. Salam persahabatan dan kekeluargaan dari sy di Indonesia.

  12. Ardiansyah Arpandie Berkata:

    Ass Wr Wb. Terima kasih banyak produk kami tunjuk langit capsul untuk laki2 dikenalkan disini. Sukses selalu dan salam persahabatan dari Indonesia

  13. zainura66 Berkata:

    Waalaikumsalam wbr,

    Ya, terima kasih kembali. Kita sebagai sesama insan haruslah tolong-menolong di antara satu sam lain, dong.

    Salam ceria selalu.

  14. cah Berkata:

    assalamualaikum..
    saya mohon jasa baik zainura66, dimana saya boleh dapatkan daun allspice?.. mohon balas ke emel saya secepat mungkin kerana saya amat memerlukan daun allspice bagi tujuan perubatan.. terima kasih.

  15. zainura66 Berkata:

    Assalaamualaikum wbr.,

    Kalau tak salah saya maksud anda (allspice) pokok bangun-bangun, ye! Boleh saya tahu anda memerlukan pokok ini untuk perubatan apa, ye ? Manalah tahu kalau saya boleh bantu dengan cara lain pula jika sukar untuk mendapatkan pokok ini. Walau macamanapun, cubalah hubungi syarikat yang menjual pokok ini seperti yang tertera di bawah :

    MELUR.COM
    (Deenor Enterprise)
    Lot No PT 47, Depan SMA(Sek. Men. Agama) Maahad Muhammadi, Kampung Sedar
    16200 Tumpat, kelantan
    Peta lokasi Tel : 019-4779004 , Email : support@melur.com

    Semoga anda berjaya mendapatkan pokok ini.

  16. Faizul Berkata:

    Assalamua’laikum WBT.

    Saya amat tertarik dgn info yg dipaparkan di ruangan ini..Semoga usaha wannura akan berterusan dan dapat memberikan ilmu kepada yg lain. Insya Allah.

    Saya juga mohon untuk publish webblog ini kepada kenalan saya di facebook & lain2.

    Terima Kasih…

    Teruskan usahakan usaha anda demi mencapai Ilmu Allah Yang Maha Luas.

  17. zainura66 Berkata:

    Assalamualaikum,

    Saya mengucapkan rbuan terima kasih kerana sudi mengunjungi weblog saya dan memberi semangat serta dorongan atas usaha ini. Bersamalah kita menghayati alam semesta ciptaanNya ini. Saudara boleh publish weblog ini ke facebook kenalan saudara…silakan..

    Salam ceria selalu

  18. mohd ali Berkata:

    assmulaikum ,
    saya ingin membeli pokok kunyit hitam untuk berubat , dimana saya boleh membelinya

  19. zainura66 Berkata:

    Waalaikumsalam,

    Cuba klik link ini untuk mendapatkan maklumat kunyit hitam dan boleh tanya samada mereka ada menjualnya atau tidak , okey :

    http://karimon.wordpress.com/2008/12/06/kunyit-hitam/
    http://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=100&cat=HERBA

    Selamat mencuba.

  20. salam , kalu nak info tentang limau tanyer lar pada tuan punyer web site yang awak ambil gambar. info tentang limau pagar adalah 100% salah. itu utk info limau kunci /kamkuat

    harap berhati hati lain kali

    salam

  21. zainura66 Berkata:

    Assalamualaikum,

    maaf, sekiranya saya telah terambil gambar dari web tuan tanpa kebenaran. Kadangkala bila saya taipkan nama buah/ pokok/ bunga/ tanaman di imej google, saya akan ambil gambar tersebut dan terlupa bahawa tuan punya gambar tersebut bukanlah google. Sebenarnya seperti yang tercatit di atas, oleh kerana minat dalam mengetahui, mengenali dan mengumpul maklumat tentang semua jenis tumbuhan di atas muka bumi ini, saya terpanggil untuk mengadakan laman seperti ini. Oleh kerana saya bukanlah peniaga nurseri pokok dan hanya mendapat maklumat dari majalah, buku herba, suratkhabar, media massa serta dari web sitei dan harap dapat sokongan atau komen dari sahabat-sahabat blogger untuk memperbetulkan kesalahan yang telah dibuat. Terima kasih atas teguran tuan itu.

    Salam ceria selalu.

  22. Norainis Berkata:

    Salam.. Banyak info boleh didapati dalam blog ini.. Saya memang suka ingin mengetahui tentang tumbuh-tumbuhan terutamanya kalau ada kena mengena dengan kesihatan. Terima Kasih!

  23. zainura66 Berkata:

    Waalaikumsalam wbr.,

    Terima kasih atas sokongan yang diberikan. Bolehlah berkongsi info sekiranya ada tumbuhan yang ingin dikongsikan bersama di sini jika sudi.

    Salam ceria selalu.

  24. Dila.13 Berkata:

    salam singgah.. aduh.. banyaknye koleksi flora kat hotspot ni! koleksi buah-buahan pun ada yang saya tak pernah dengar. thanks puan zainura66 sebab berkongsi info :)

  25. zainura66 Berkata:

    Dila.13,

    terima kasih sudi singgah di sini. Sememangnya di sini untuk berkongsi maklumat tentang tumbuh-tumbuhan. Kiranya ada sebarang tumbuhan yang ingin dikongsikan bersama, ayuh…boleh sumbangkan di sini jika sudi…ini untuk menyahut seruan kerajaan tentang ‘bumi hijau’ ! Salam ceria selalu.

  26. en_me Berkata:

    salam kak yong wannura itteww.. blog yg menarik.. keep it up

  27. zainura66 Berkata:

    Waalaikumsalam,

    terima kasih en_me sudi ke laman saya ni dan beri sokongan.

  28. madi Berkata:

    Laman ini dipenuhi dengan info yang padat dan menarik. saya tumpang gembira membacanya. Sesuai dengan minat saya tentang tumbuh-tumbuhan.

    Syabas diucapkan!

  29. zainura66 Berkata:

    Terima kasih sekali lagi kerana memberi semangat kepada saya untuk meneruskan berblogging berkenaan dengan tumbuh-tumbuhan.

  30. wani88 Berkata:

    Assalamualaikum…
    terima kasih sebab kongsikan blog ini dengan saya..(^_^)

  31. sit i Berkata:

    salam zainura, sbnrnye sy br mengambil pil2 herba sbgi mknn kesihatan tambahan.. dr sekadar makan membuatkn sy t’ingin mengetahui maklumat berkenaan herba yg diambil.. langsung sy terjumpa website ini.. tak sangka sungguh byk informasi.. trime kasih atas usahanye.. moga Allah berkati usaha zainura & moga Allah jua membalas usaha murni ini.. mntk izin utk sy linkkn ke website sy.. trime kasih..

  32. zainura66 Berkata:

    Salam Siti,

    terima kasih atas kunjungan siti ke weblog saya. Saya terpanggil untuk mengadakan laman seperti ini kerana ia adalah minat saya kepada tumbuhan dan juga berkaitan dengan bidang yang saya ceburi di sudut kesihatan. Maksud saya, contohnya seperti herba yang digunakan bagi merawat ibu-ibu selepas bersalin dalam penggunaan kunyit, halia, daun inai, manjakani dan sebagainya. Saya perlu tahu tentang maklumat-maklumat tumbuhan tersebut serba-sedikit untuk saya sendiri serta boleh berkongsi maklumat dengan pelayar-pelayar internet yang lain. Selain dari ilmu yang ditimba selama ini melalui daripada pengalaman masuh hutan mencari herba atau orkid hutan hinggalahpengalaman saya mendaki ke puncak Gunung Kinabalau pada suatu ketika dahulu, banyak tumbuhan yang saya pernah lihat dan jumpa tapi masa itu hampir kesemua nama pokok saya tidak tahu. Dengan itu saya mengambil peluang ini untuk mengenali kesemua pokok-pokok tumbuhan di muka bumi ini (jika boleh dan jika berkesempatan) selain dapat berkongsi dengan orang lain. Terima kasih juga atas sokongan dan dorongan siti atas apa yang saya lakukan ini. Orang yang macam siti inilah yang membakar semangat saya untuk meneruskan kerja-kerja ini. Siti bolehlah linkkan laman ini ke web siti. Sekian terima kasih dan salam hormat.

  33. rosnani Berkata:

    salam prkenalan,saya ada menanam sejenis cekur,tapi tak tau apa khasiatnye.bila saya cari dilaman web ni barulah saya tau ianya cekur hitam dan banyak kegunaannya terutama untuk wanita.trima kasih pada akak kerana sudi berkongsi maklumat dengan kami.

  34. amnah Berkata:

    salam, saya ingin tahu apakah Gymnema Sylvestre dalam bahasa malaysia. Sebab herba ini kononnya sangat berkesan untuk penyakit diabetes.

  35. zainura66 Berkata:

    Assalamualaikum,

    Setakat ini saya belum dapat memastikan nama Gymnema Sylvestre dalam Bahasa Malaysia lagi. Pokok ini adalah berasal dari negara India dan ianya dijadikan ubat tradisional bagi orang India untuk menurunkan kadar gula dalam darah. Ianya telah dibuat kajian oleh pakar perubatan India (Ayurveda) dan kebanyakannya telah diproses dalam bentuk tablet. Sebenarnya untuk penyakit diabetes, setiap kaum di negara Malaysia ini mempunyai herba tradisional sendiri. Contohnya , orang India guna herba ini, orang Cina guna herba yang dinamakan ‘lim fa yit’ (tumbuh liar dan agak mudah didapati) dan orang Melayu pula menggunakan herba daun misai kucing. Saudari dah cuba cara herba Melayu? Saya rasa pokok ini mudah didapati dan ditanam di Malaysia ini. Cubalah…

  36. azmi Berkata:

    salam dan selawat, harap yong sentiasa sihat dan bahagia bersama keluarga,saya azmi nak ucapkan tahniah dan terima kasih kerana mengujudkan laman web tentang herba dan tumbuhan ini. banyak manfaat dan ilmu yang ramai orang boleh pergunakan. Di sini saya ingin bertanya yong
    tumbuhan untuk sakit jantung tu mana nak dapat atau dimana senang dicari.

  37. zainura66 Berkata:

    Sakit jantung adalah kesan daripada saluran darah ke jantung telah tersumbat. Biasanya pokok halban fungsinya yang mencairkan darah boleh juga membantu. Saya sarankan saudara bertanya kepada yang lebih arif tentang ini.

  38. shamsul Berkata:

    Salam,

    Terimakasih atas website ini yang penuh dengan berbagai informasi tentang tumbuh-tumbuhan.

    Termiakasih juga atas kesudian berkongsi maklumat-maklumat.

    Saya nak bertanya, betulkah ader spesis orkid harimau yang mempunyai/berbunga lebih dari satu warna? Ada tak gambar2 spesis orkid harimau ini?

    Wassalam. Terimakasih.
    :)

  39. Fauz Berkata:

    Salam tuan rumah,

    Minta maaf banyak-banyak, saya masuk ikut pintu belakang, dah pegi ceruk sana, ceruk sini kemudian baru datang ke laman rumah menyapa tuan rumah….Saya lupa bagaimana saya te’terjah’ ke blog ini…dari search engine ke atau dari mana entah…
    Saya sangat-sangat suka blog ini, pernah mengimpikan memiliki blog/website seperti ini..kerana banyak tumbuhan-tumbuhan yg bernilai ini semakin hilang dari budaya perubatan dan kesihatan orang melayu…
    Pokok-pokok dan rumput-rumput yg dulu dianggap menyemakkan kebun dan persekitaran rumah ditebang dan diracun habis sehingga tak tinggal benih rupa-rupanya mempunyai nilai perubatan dan kesihatan yg tinggi..

  40. amira Berkata:

    assalamualaikum..saya ada jumpa pokok yang daunnya mcm pokok kopi, ada buah kecik warna merah tapi berakar rhizome. kalau boleh saya nak tau, tu pokok ape ye?

    • amira Berkata:

      kalau boleh saya nak mintak e-mail cik/puan..supaya senang saya nak tunjukkan gmbr pokok yang saya maksudka tu…tq

  41. fadzil Berkata:

    puan, nak tny la, boleh dapatkan benih biriba tak? nak try tanam. kalau dah matang nak buat alat musik pohon dia. :D

  42. Faizal Osman Berkata:

    Assalammualaikum.
    Setinggi terima kasih dan tahniah atas usaha Wannura dan suami mengujudkan laman ini. Semoga usaha ini Allah yang membalasnya. Sy juga mempunyai minat yang sama dan sedang mengumpul pengetahuan mengenai rawatan barah menggunakan herba. Harap sudi berkunjung ke http://perihalbarah.blogspot.com Mohon izin untuk saya buat pautan ke blog puan.
    Wassalam.

  43. Azri Zul Berkata:

    assalammuailaikum wbt….

    Gembira saya dapat jumpa website tuan ini lebih-lebih lagi terjumpa tentang Kenerak. Ada seorang sahabat kami telah membuat kan kenerak ini sebagai jus untuk rawatan kanser sebelum ini guna tumbuhan ini kami syorkan buat air rebusan untuk minum sahaja.

    Alhamdullilah ada beberapa patient datang ke center kami datang balik memberitahu mereka sudah sembuh dari kanser, ada testimoni nye.

    Saya di beritahu bahawa kenerak ini hanya boleh di perolehi di kelantan sebab di kelantan sahaja yang menanam nye. Adakah kenerak ini sukar untuk di tanam dan hanya tanah tertentu sahaja yang boleh di tanam kan.

    • zainura66 Berkata:

      Sebenarnya secara alamiah, tumbuhan herba boleh dijadikan penawar kepada penyakit dan juga racun kepada manusia.Terima kasih.

  44. cktott Berkata:

    Assalamualaikum wannura.
    Salam perkenalan.

    Saya juga sangat meminati alam botani dan taksub dengan kebesaran Ilahi. Sangat bersyukur kerana terjumpa blog anda tatkala mencari ‘buah kluwek’ (bahasa jawa). Saya google dlm BI tak ketemu. Lalu saya google ‘buah keluak’. Nah… rupanya inilah ‘buah kepayang’ yg dlm seloka Melayu; ‘sayang-sayang buah kepayang, ditelan pahit dibuang sayang’. Org jawa masak isi biji kepayang ini dlm gule ‘Rawon’, kaler kehitaman. Ayam masak keluak pulak ialah delikasi masakan nyonya (peranakan). Orang Melayu makan tak buah kepayang ni?

    p/s: Selamat berkenalan juga kepada semua yg mengunjungi blog wannura dan syabas kerana berbudi bahasa.

    yang korek itu kendi
    yang merah itu saga
    yang baik itu budi
    yang indah itu bahasa

    • zainura66 Berkata:

      Waalaikumsalam cktott,

      weblog ini khusus bagi mereka yang meminati bidang botani dan berkongsi maklumat. Semoga kita dapat mengumpul tumbuh-tumbuhan yang kini banyak hampir kepupusan. Harapan saya agar weblog ini menjadi sumber maklumat bagi generasi-generasi yang akan datang, insyaallah.

      Wassalam.

  45. durian belanda Berkata:

    buah durian belanda penyebab kanser ke pengubat kanser….sebab sy bca artikel menyatakan buah duriab belanda menrupakan salah satu pengubat kanser…..

    • zainura66 Berkata:

      Setiap tumbuhan yang dijadikan Allah swt boleh menjadi penawar dan juga racun. Ia akan menjadi penawar (ubat) jika diambil/makan sedikit dan akan menjadi racun pula jika dimakan secara berlebihan.

      Wallahualam..


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 33 other followers