Wannura

Koleksi Tumbuhan

Sepenuh untuk merawat sakit sendi jenis reumatisme. Julai 31, 2012

Filed under: Herba — zainura66 @ 2:48 pm
Tags: , , , , , , ,

Pengenalan

Sepenuh atau nama saintifiknya Proiphys amboinensis (L.) Herbert adalah dari keluarga Amaryllidaceae. Nama lainnya ialah Si kenyang, Si kudip.

Pokok jenis herba yang mempunyai bebawang di dalam tanah.

Daun berbentuk jantung tetapi lebar bulat, tajam di hujung daun, 12-28 sm panjang dan 13-23 sm lebar, tangkai daun 23-28 sm panjang.

Bunga berwarna putih pada jambak bunga jenis umbel, satu jambak mempunyai 10 atau lebih kuntuman bunga, bunga pada satu jambak akan kembang satu demi satu dalam tempoh 2 minggu.

Kandungan

Semua bahagian – likorin, karbohidrat, mineral dan serabut.

Taburan

Sepenuh berasal dari Malaysia, Indonesia, Filipina hingga ke negara Australia. Ia tumbuh samada secara meliar ataupun ditanam di beberapa kawasan di sekitar Asia Tenggara.

Penanaman

Sepenuh lazimnya ditanam dengan menggunakan bebawang dari dalam tanah ataupun bijinya disemai. Ia boleh ditanam di dalam pasu atau di atas tanah secara barisan ataupun secara berkelompok. Ia amat sesuai ditanam di kawasan yang separuh teduh. Penanaman secara biji mengambil masa yang terlalu panjang untuk memperoleh bunganya.

Penyakit/ Perosak

Sepenuh biasanya tidak menghadapi masalah penyakit ataupun perosak yang serius.

Khasiat ubatan

Bebawang : Cecair bebawangnya digunakan untuk meransang muntah dan sebagai penawar racun anak panah atau sumpitan, racun haiwan serta penawar racun dalam makanan. Sekeping bebawang dikunyah sebagai penawar racun ikan ataupun udang.

Daun : Ditumbuk lumat dan dibuat ubat pupuk untuk merawat sakit sendi jenis reumatisme.

Kegunaan lain

Sepenuh digunakan untuk menghalau dan menghalang hantu memasuki rumah. Ia juga ditanam bersama padi untuk menjamin hasil yang lumayan. Daunnya digunakan sebagai pengebas dalam upacara seperti menuai padi, menangkap ikan dan perkahwinan.

Penggunaan sepenuh sebagai ubat herba dalaman boleh menghasilkan muntah yang teruk dan memberi kesan toksik. Ia berbahaya jikalau terlebih digunakan terutamanya kepada orang yang alah atau sensitif.

Rujukan :Tumbuhan liar: Khasiat ubatan & kegunaan lain oleh Hean Chooi Ong.

 

MORHABSHI (Commiphora myrrha) @ Kemenyan Bunian Januari 7, 2011

Filed under: Pokok liar — zainura66 @ 11:21 pm
Tags: , , , ,

Morhabshi -Mur – Myrrh

Morhabshi (juga dieja Morhabsyi) atau Morha atau Maruha, bahasa Inggeris Myrrh adalah bahan resin merah keperangan, getah kering pokok Commiphora myrrha, tempatan di Somalia dan bahagian timur Ethiopia. Getah beberapa spesies Commiphora dan Balsamodendron lain turut dikenali sebagai Morhabshi (myrrh), termasuk dari C. erythraea (kadang kala dikenali sebagai Morhabshi India Timur (East Indian myrrh)), C. opobalsamum dan Balsamodendron kua. Namanya memasuki bahasa Inggeris melalui bahasa Yunani (Ancient Greek), μύρρα, yang kemungkinannya berasal dari Semitic. Myrrh turut digunakan pada potherb Myrrhis odorata atau turut dikenali sebagai “Cicely” atau “Sweet Cicely”.

Morhabshi juga dipanggil Kemenyan Bunian oleh masyarakat Melayu.

Myrrh merupakan resin yang berwarna coklat-kemerah-kemerahan atau getah kering dari pohon Commiphora myrrha yang berasal dari Somalia, Etiopia dan Arabia. Myrrh diekstraksi dengan cara serupa dengan luban. Myrrh mempunyai nilai yang tinggi serupa dengan kemenyan dan parfum dan juga digunakan sebagai ubat salap. Myrrh serupa dengan Balm of Gilead atau Mecca Myrrh yang diperoleh dari jenis pohon myrrh.

Kualiti Morhabshi dapat dikenali melalui kegelapan dan jernih resin. Bagaimanapun, kaedah terbaik menilai kualiti resin adalah merasakan kelekitan bahagian yang baru dipatahkan untuk menentukan secara langsung kandungan minyak harum resin myrrh. Bau resin myrrh mentah dan minyak pentingnya yang baru adalah menusuk, seperti pahit dan secara kasar boleh digambarkan sebagai “stereotypically resinous”. Apabila dibakar, ia menghasilkan asap yang berat, pahit dan agak phenolic baunya, yang mungkin bercampur sedikit keharuman vanila. Tidak seperti resin lain, myrrh mengembang dan “berkembang” apabila dibakar dan tidak cair atau lembik.

Myrrh merupakan asas minyak wangi dan incense (setanggi) dan amat dihargai pada zaman kuno klassik, dan sering kali bernilai lebih dari emas yang sama berat. Pada zaman Rom Kuno, myrrh dinilai lima kali ganda berbanding frankincense, sungguhpun yang terkemudian lebih popular. Myrrh dibakar pada pengkuburan Rom Kuno bagi menutup bau yang dihasilkan dari mayat hangus. Ia dikatakan bahawa Nero, Maharaja Rom membakar setahun nilai myrrh pada pengkuburan isterinya, Poppaea.

FAKTA LAIN

1. Kegunaannya dalam kebudayaan Melayu

Dalam kebudayaan Melayu, bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk halus. Di Malaysia khasiat morhabshi lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India berbanding Melayu. Dalam masyarakat Melayu getah daripada pohon morhabshi ini dikenali sebagai ‘kemenyan bunian’.

2. Nama lain

Latin: Commiphora myrrha, Commiphora molmol Sanskrit: Daindhava Cina: Mo yao

3. Penyelidikan

• Dalam usaha memastikan punca keberkesanannya, penyelidik telah memeriksa bahan individual bagi formula yang digunakan secara tradisional di Kuwait bagi mengurangkan glukos dalam darah bagi pesakit kencing manis. Hasilnya mendapati myrrh dan susu getah aloe berkesan meningkatkan ketahanan glukos dalam tikus normal dan tikus kencing manis.

• Mencampur getah myrrh bersama cuka meningkatkan keupayaannya menyingkirkan sekatan darah beku dan menghilangkan penyakit

4. Perubatan Tradisional

Morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dsb dapat menyembuhkan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah (luar), kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit birit dsb. Campuran ini juga dikatakan dapat menghentikan pendarahan luar.

 

LUBAN @ Frankincense (Boswellia Thurifera) kemenyan Arab

Filed under: Pokok liar — zainura66 @ 9:05 pm
Tags: , , ,

LUBAN (Frankincense)

PENGENALAN
Luban atau kemenyan arab (Frankincense) merupakan resin yang beraroma diperoleh dari berbagai jenis pohon hijau atau semak belukar yang berasal dari Oman, Yaman dan Somalia. Resin merupakan getah yang mengeras bila terkena angin atau merupakan sebuah sekresi Hydrocarbon dari tanaman. Luban disebut juga Frankincense dikenalkan kembali ke Eropah oleh tentera pengikut perang salib dari Perancis.

Untuk mendapatkan luban, kulit kayu pohon tersebut disayat kemudian keluar getahnya dan getah tersebut dikumpulkan. Ia menghasilkan resin jernih/lutsinar kekuningan dari mana aroma esen diekstrak. Resin tersebut dikeringkan dan dipecah menjadi beberapa buah seukuran sendok.  

Di sesetengah tempat di dunia, luban atau frankincense dikenali sebagai ‘olibanum’ berasal dari perkataan Arab bermaksud “susu” al-lubán. Ini juga merujuk kepada warna getahnya yang putih seakan-akan susu yang mengeras untuk dijadikan resin luban.

SEJARAH
Luban disebut juga sebagai kundur zikri. Luban dikenali umum oleh orang Arab sejak dahulu kala sebagai makanan kecerdasan minda. Banyak riwayat di antaranya menyebut dari Ibnu Abbas r.d. Anas r.a. dan Saiyidina Ali k.w. Maksudnya : “Diriwayatkan dari Saiyidina Ali k.w. bahawa dia menyatakan kepada seorang lelaki yang mengadu kepadanya tentang masalah penyakit lupa. Lalu Saiyidina Ali k.w. menyuruh ia menggunakan luban, kerana luban dapat menguatkan hati serta menghilangkan masalah kelupaan.”

Luban (Frankincense) menjadi masyhur apabila menyingkap sejarah dari kitab Injil yang menyatakan bahawa Nabi Isa a.s yang baru dilahirkan telah mendapat hadiah iaitu emas, luban dan myrrh. Sungguhpun ramai yang tahu akan sejarah luban, tapi amat sedikit yang mengetahui dan boleh memberi penerangan apakah luban sebenarnya. Dalam kitab Injil (Bible): dalam Exodus 30:34 ia merujuk kepada levonah yang bermaksud “Lebanese” atau “putih” dalam bahasa Ibrani (Hebrew).

Manakala bagi dunia Barat pula, nama “frankincense” adalah lebih umum. Nama ini mungkin bedasarkan kepada aroma kemenyan atau setanggi Franks di mana ia tiba di Eropah melalui tentera pengikut perang salib dari Perancis.

Frankincense, seperti myrrh adalah getah pokok yang telah kering atau disebut resin, terutamanya digunakan untuk membuat kemenyan. Pokok ini menghasilkan resin yang bermutu tinggi. Proses pengambilan resin ini ialah 2 – 3 kali setahun. Pokok yang muda akan menghasilkan resin berkualiti tinggi berbanding pokok yang telah tua.

KEGUNAAN
Bau dari getah tersebut dibuat minyak yang mudah menguap yang menyebarkan bau harum yang kuat bila dibakar. Luban bingga saat ini masih dipakai untuk upacara keagamaan. Minyak luban di Eropah abad pertengahan dipakai sebagai ubat untuk membersihkan luka-luka.  

 

Bunga sulung buluh perindu Disember 16, 2010

Filed under: pokok hutan — zainura66 @ 1:31 pm
Tags:

 

Limau Lelang Gunung : UNTUK BUAT MINYAK PENGASIH Julai 30, 2010

Ini adalah di antara penjelasan Tok Sheikh dan Neo Iskandar di weblog Karimon’s Blog mengenai khasiat Limau Lelang Gunong :

Tok Sheikh :


  1. (27 Julai 2010) – Limau Lelang Gunong ini sangat berkhasiat untuk ubat kanser dan Pengasih. Dan untuk kanser ada ramuan lain yang mesti di campor dengan limau ini. Limau ini hanya ada sebatang saja di Puncak Gunong,mungkin saya tak jumpa di kawasan yang lain…maklum saja Kawasan Taman Negara Ledang…sangat luas !!!.
  2. (29 Julai 2010) – Di seluroh bahagian Limau ini. Samada daun,batang,dahan,duri,bunga,akar dan paling berkhasiat buah nya !!!.Tapi semua bahagian pokok ini bolih guna kan.Memang ada perbezaan ;Limau Lelang biasa tiada nilai Pengaseh. Dan buah nya kecil sedikit !!!.Biasa nya Pokok Limau Lelang Gunong ini tumboh di gunong….

Neo Iskandar :

  1. (27 Julai 21010) – limau sedemikian adalah dalam kategori rare di mana mempunyai fadilatnya tersendiri . ya mmg benar di spt dikatakan oleh tok sheikh . izinkan saya memberikan penerangan jika bisa . limau berspesis @ kategori ini bukan ditanam di alam ini . ia sering ditanam oleh org di alam saner .wallahualam . ia bisa digunakan seperti yg diterangkan oleh tok sheikh . jika kita berniat mengmbil dgn niat buruk ia xkan jd kenyataan . hanya mempunyai niat suci murni macam minyak seri aji je bisa menemuinya. ada kalanya limau ini digunakan dlm proses menangkap benda² halus yg mengacau manusia . sebilangan org yg tahu menggunakan nya . pabila memnggunakan buah yg rare fadlatnya berlainan drp buah limau nipis / purut / kasturi . ia kadang kala digunakan dalam proses menarik duit @ harta karun dr ghgaib ke nyata . antara barang terpenting dalam proses tersebut . wallahualam . mungkin saudara pengasas boleh mendapatkan gambar limau kuku rimau yg boleh mengubati sihir yg dpt meneutralkan pesakit yg menderita disihir . di mana pesakit diseksa menderita sebelum mati utk suatu jangka masa yg lama . wallahualam .jika salah informasi , ku pohon sepuluh jari memohon kemaafan . tq n wassalam .

Sumber : http://karimon.wordpress.com/

 

BAKAWALI (Epiphyllum Anguliger) MEMBAWA TUAH Julai 12, 2010

Filed under: Kaktus — zainura66 @ 6:34 am
Tags: , , , ,

Pokok Bunga Bakawali kenali nama saintifiknya Epiphyllum Anguliger. Nama lain bagi Bunga Bakawali ini juga ialah Ric Rac Cactus, Moon Cactus dan Queen Of The Night.  Ia merupakan spesis kaktus dan tumbuhan semulajadi di Mexico.

Pokok spesis ini biasanya ditanam sebagai pokok hiasan kerana bunganya yang menawan serta beraroma wangi. Baunya memang semerbak wangi dan akan kembang pada waktu malam, dalam pukul 10.00pm ia kembang. Bau menjadi lebih wangi pada pukul 12.00am iaitu bila ia kembang penuh. Bunganya akan layu bila sudah pagi. Sekali sahaja ia kembang, kemudian ia akan layu.

Menurut kepercayaan orang-orang Cina bahawa Pokok Bakawali boleh mendatangkan tuah dan rezeki sekiranya berbunga. Selalunya ditanam berhampiran dengan tempat mereka berniaga dan diikat dengan reben merah pada tiap-taip dahan. Mereka juga percaya sekiranya pokok Bakawali itu mati atau layu bermakna mereka akan mendapat musibah atau suwey.

Orang-orang Melayu percaya ada orang Bunian akan berada berhampiran pokok bakawali semasa bunganya hendak kembang. Ada juga yang percaya bahawa terdapat seorang dewa dari kayangan yang menjaga bunga ini semasa ia kembang.

Ada juga yang percaya bahawa pokok bakawali ini mempunyai hubungan yang rapat dengan orang yang menanamnya dan percaya sekiranya tuan punya pokok meninggal dunia, pokok bakawali yang ditanamnya turut akan mati.

Walau apa pun, semuanya adalah kepercayaan semata-mata. Namun rezeki, malapetaka, jodoh dan ajal sudah pun ditentukan oleh Allah SWT. Jangan terlalu percaya kepada perkara yang karut kerana ia boleh merosakkan akidah. Lebih baik manfaatkan saja khasiat yang ada pada pokok ini.

 

Asal Usul Mandi Bunga

Filed under: Artikel — zainura66 @ 5:58 am
Tags: , , ,

Oleh Hazman Ibn Hassan Al-Arawi

Mandi bunga memang merupakan ritual orang Melayu yang mempunyai unsur-unsur yang sudah tersinkretis antara kepercayaan Dinamisme, Hindu-Buddha dan ‘Popular Islam’.

Dinamisme ialah kepercayaan adanya ‘tenaga tak berperibadi’ dalam diri manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, benda-benda hidup, perkataan yang diucap atau ditulis, dalam tanda-tanda yang dirakamkan dan sebagainya (O.K Rahmant S.H,1983:8). Dalam bidang antropologi, tenaga ini juga biasa disebut sebagai ‘mana’ dengan meminjam istilah rumpun suku Polynesia. Ia dikenali sebagai ‘sahala’ oleh orang Batak dan ‘kesakten’(kesaktian) oleh orang Jawa. Untuk orang Melayu, ‘mana’ dikenali sebagai ‘semangat’ (rujuk konsep ‘lemah semangat’ dan ‘kus semangat’). Di kalangan orang Melayu, ‘mana’ bagi raja-raja dikenali sebagai ‘daulat’ dan ‘tulah’ sedangkan bagi orang-orang ‘agama” (mulanya pawang dan dukun, kemudian sami dan ‘Tok Ca’, akhirnya alim-ulama’) dipanggil dengan ‘berkat’ dan ‘keramat’. (lagi…)

 

CENUAI JANTAN PULAU UNTUK MINYAK PENGASIH Julai 5, 2010

Filed under: Herba,pokok hutan — zainura66 @ 1:23 am
Tags:

Foto ini telah dirakamkan oleh Tuan Rahim di Pulau Besar di mana beliau dan rakan-rakannya baru sahaja kembali dari ekspedisi Pulau Besar, Melaka .
Catitan beliau di Weblognya yang berbunyi : “Khas untuk Pakcikli dan Wannura dari perserta xpdc Pulau besar. Buah cenuai jantan Pulau dikatakan salah satu daripada bahan yang digunakan untuk mebuat minyak pengasih.Cuma malangnya kami tidak dapat menemui jenis yang betina,”

Walau bagaimanapun, Wannura ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Rahim atas jasa baik beliau untuk merakam foto ini untuk diabadikan di weblog ini dan syabas atas kejayaan beliau dan peserta-peserta xpdc ke Pulau Besar.

 

BUNGA MELAYU:BUNGA KENANGA (Canangium odoratum) Jun 16, 2010

Buah kenanga tidak boleh dimakan.

Pengenalan

Pokok bunga Kenanga (Canangium odoratum, famili Annonaceae)  boleh membesar dan  mencapai ketinggian 30-35m. Batangnya berwarna kelabu asap. Daun tumbuhan ini berwarna hijau dan tersusun berselang seli  serta berbentuk bujur  berukuran 7-23 cm panjang dan  4-10 cm lebar. Pokok ini merupakan sejenis pokok saka hutan malar hijau yang besar.

Bagaimanapun pokok kenanga kawin (hibrid) mampu berbunga walaupun mencapai ketinggian kurang dari 2  meter. Pokok kenanga kawin biasanya kurang kuat keharumannya berbanding pokok kenanga tradisional asal.

Tumbuhan ini  juga mempunyai bunga berwarna kuning kehijauan yang wangi serta mempunyai 6 kelopak. Bunga Kenanga merupakan bunga tradisional yang amat digemari di Malaysia pada suatu masa dahulu kerana baunya yang harum semerbak. Bunganya sering dipetik dan disimpan dalam lipatan kain bagi mengharumkan baju dan rumah; ada juga yang menggunakan untuk  membuat bunga rampai atau dipakai semasa upacara adat tertentu.

Baunya lebih kuat pada waktu senja, kemungkinannya disebabkan faktor bagi menarik serangga pendebungaan yang aktif pada waktu tersebut.

Selain dari itu, ia sangat sesuai ditanam di halaman rumah kerana ianya dapat menolak `black magic` seperti terkena buatan orang.

Informasi tambahan

Kenanga diduga berasal dari Asia Tenggara . Bunganya banyak diperdagangkan sejak zaman dulu di Jawa, terutama untuk membuat minyak cem-ceman yang sering digunakan para wanita. Selain menyuburkan dan menghitamkan rambut, aromanya juga mengundang daya tarik. Karena itulah kenanga dikenal sebagai pohon parfum. Bagian tanaman yang dapat digunakan dalam kosmetika dan terapi herbal adalah bunganya. Bunga kenanga dapat diambil minyak atsirinya. Kandungan kimia dalam bunga kenanga adalah benzoic, farnesol, geraniol, linalool, benzyl acetate, eugenol, safrol, cadinene dan pinene. Bahan-bahan kimia tersebut mudah menguap dan sangat baik untuk aromaterapi. Minyaknya juga digunakan untuk campuran masker dan lulur.

BERDASAR pengalaman empirik nenek moyang, kenanga dapat digunakan untuk menyembuhkan panas badan, hati nyeri, bronkhitis, sesak napas, limpa bengkak dan malaria. Banyak herba dapat digunakan untuk menyembuhkan bronkhitis. Selama ini, herba-herba yang kita ketahui sering digunakan adalah patikan kerbau, kembang sepatu, pegagan, lengkuas, bayam duri dan bidara upas. Hanya sedikit yang tahu bahwa kenanga sebenarnya juga dapat digunakan untuk melawan bronkhitis. Cara meraciknya amat gampang, ambil 2 kuntum bunga kenanga, rebus dengan 1 gelas air sampai mendidih hingga tersisa setengah gelas. Setelah dingin disaring, hasilnya diminum sekaligus. Lakukan cara ini 2 kali sehari secara teratur hingga sakitnya sembuh.

Di Philipina, kenanga juga digunakan untuk membuat minyak rambut dan hair tonic. Bahkan dibuat salep yang digosokkan ke seluruh tubuh untuk menangkis serangan penyakit di musim hujan. Setidaknya dapat menangkal gigitan nyamuk dan serangga berbisa termasuk ular.

DALAM famili annonaceae terdapat varietas kenanga lainnya yang juga menghasilkan minyak kenanga yang disebut dengan ylang-ylang. Varietas inilah yang banyak dibudidayakan di Philipina. Sementara varietas lainnya tumbuh di Madagaskar dan pulau Comores. Berbeda dengan tanaman keras lainnya, pohon kenanga berbunga sepanjang tahun. Dalam perdagangan herbal, minyak kenanga dikenal dengan nama cananga oil. Dihasilkan dari penyulingan bunganya. Dibanding sekitar 70 macam minyak atsiri lainnya, cananga oil tak mudah menguap karena mengandung unsur terpene dan sesquiterpene. Minyak kenanga digunakan untuk memroduksi wewangian bahan-bahan kosmetik di Eropa dan Amerika. Di Jawa, aromanya sering menebar dalam setiap upacara tradisional, karena kenanga dan melati memang merupakan bunga yang menghasilkan aroma yang khas. Bahkan dalam kepercayaan Jawa, kenanga dikenal sebagai bunga yang dapat menangkal black magic. Karena itulah di zaman dulu pohon kenanga mudah kita jumpai di setiap pekarangan rumah. Sayang sekarang sudah jarang atau sangat langka ditemui di pekarangan penduduk. Di pedesaan sekalipun. Mungkin karena tampilan bunganya yang out of date.

Sumber : http://keluargamustafa.wordpress.com/

 

CENUAI GUNUNG : BAHAN MINYAK PENGASIH Jun 2, 2010

Filed under: pokok hutan — zainura66 @ 7:54 pm
Tags: ,

Salah satu spesies yang jarang didapati dan dilarang untuk memetiknya, Seperti biasa cenuai sering dikaitkan dengan minyak pengasihan. Bunganya jika dimakan dipercayai baik untuk awet muda dan boleh juga di campurkan di dalam minyak cenuai bagi menambahkan khasiat minyak cenuai. Info Tok Sheikh di Karimon’s blog.

 

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 72 other followers