Wannura

Koleksi Tumbuhan

PISANG : PISANG EMAS YANG SANGAT LAZAT Jun 20, 2010

Filed under: Buahan — zainura66 @ 2:26 pm
Tags: , ,

Pisang Mas
Saiz buah pisang ini adalah kecil tetapi rasanya lazat berbanding dengan pisang jenis lain . Berat lebih kurang 12 kg, mempunyai 5 – 9 sisir setandan dan 14 – 18 jejari bagi setiap sisir dengan bilangan 100 hingga 150 biji buah pisang.  Panjang jejari ialah 8-12 cm dan 2-3 cm garis pusat.  Apabila ianya ranum, buah serta isinya berwarna kuning keemasan . Kulit nipis dan berwarna kuning keemasan.  Isi pejal, berwarna kuning keemasan, berbau harum kewangian dan sangat manis. Buah pisang ini mudah lebam dan bertukar menjadi kehitaman.

Pokok Pisang Mas (Pmas) boleh ditanam dengan cara mengubah anaknya. Jarak tanaman anak Pmas yang ideal ialah 10 kaki X 10 kaki.Ditanam dalam bentuk barisan. Apabila ia menjadi perdu, maka perdu yang ideal ialah dengan menyimpan 3 hingga 4 pokok seperdu, termasuk anak. Anak Pmas yang kurang subur hendaklah di pangkas. Ini akan memaksimumkan kualiti buah pisang yang akan diperolehi. Ia juga bertujuan untuk mengelakan dari pokok yang tidak berkualiti memakan baja. Untuk tanaman komersil, saliran air hujan hendaklah lancar dan tidak bertakung. Pmas alah kepada air bertakung. Jika anda dapati daun pisang yang belum matang kelihatan seperti terbakar, itu adalah petanda bahawa dibawah tanah ada takungan air. Jika air bertakung lebih dari dua malam, daunnya akan jadi layu kekuningan dan akhirnya kecut kelihatan seperti terbakar.

Petua tradisional untuk kecantikan :

KULIT PISANG UNTUK HILANGKAN  PARUT : samada akibat luka atau jerawat amat buruk, lebih-lebih lagi apabila parut hitam. Tidak kira apa jenis, asalkan hitam (termasuk parut campak) ambil kulit pisang emas dan sapukan padanya. Lakukan setiap hari hingga kesan itu hilang. Insya-Allah, hasilnya memuaskan. Selain itu, kulit menjadi licin jika anda rajin mengamalkannya.

 

PISANG : PISANG LEMAK MANIS

Filed under: Buahan — zainura66 @ 2:20 pm
Tags: , , ,

 

PISANG : PISANG RASTALI RASANYA MASAM MANIS

Filed under: Buahan — zainura66 @ 12:48 am
Tags: , ,

 

PISANG : PISANG ABU (Musa acuminata balbisiana) ENAK DIGORENG

Filed under: Buahan — zainura66 @ 12:38 am
Tags: , ,

 

PISANG : PISANG AWAK YANG SEDAP DIMAKAN

Filed under: Buahan — zainura66 @ 12:32 am
Tags: , ,

 

PISANG : PISANG BUNGA LAZAT DIMAKAN MENTAH

Filed under: Buahan — zainura66 @ 12:26 am
Tags: , ,

 

PISANG : PISANG RAJA ISINYA BERTEKSTUR KASAR

Filed under: Buahan — zainura66 @ 12:15 am
Tags: , ,

 

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 76 other followers