Wannura

Koleksi Tumbuhan

Lengkuas Kecil untuk merawat bengkak badan Julai 1, 2012

Filed under: Herba — zainura66 @ 4:53 pm
Tags: , , , ,

Lengkuas Kecil ini dari keluarga Zingiberaceae ini nama saintifiknya ialah Alpinia conchigera Burkill mempunyai batang yang lembut dan berakar serabut.

Ketinggian pokok herba ini adalah 50 sm dan berdiameter di antara 1 – 2- sm. Buahnya berwarna kekuningan dan bunganya berwarna kuning. Daunnya lebar kelihatan seperti Lengkuas. Biasanya ditemui di kawasan hutan pamah dan sering juga menjadi tanaman oleh penduduk kampung.

Kegunaan

Akarnya direbus dan airnya diminum serta dijadikan mandian bagi wanita lepas bersalin.
Serbuk akarnya juga dijadikan ramuan ubat sapu pada perut. Sementara daunnya pula direbus dan airnya dijadikan mandian bagi merawat bengkak badan . Ia juga dibuat ubat pupuk bagi mengubati bisul dan ubat lepas bersalin.

Manakala ubat pupuk yang dibuat daripada rizomnya digunakan sebagai sapuan pada badan untuk sakit dalam tulang. Kemungkinan juga pernah digunakan untuk membasuh rambut sebagai ubat kutu.

 

SEMALAM HARI INI DAN ESOK (Brunfelsia calycina) indah dan harum Disember 15, 2010

Filed under: Landskap — zainura66 @ 12:44 am
Tags: , , , ,

 

Asal Usul Mandi Bunga Julai 12, 2010

Filed under: Artikel — zainura66 @ 5:58 am
Tags: , , ,

Oleh Hazman Ibn Hassan Al-Arawi

Mandi bunga memang merupakan ritual orang Melayu yang mempunyai unsur-unsur yang sudah tersinkretis antara kepercayaan Dinamisme, Hindu-Buddha dan ‘Popular Islam’.

Dinamisme ialah kepercayaan adanya ‘tenaga tak berperibadi’ dalam diri manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, benda-benda hidup, perkataan yang diucap atau ditulis, dalam tanda-tanda yang dirakamkan dan sebagainya (O.K Rahmant S.H,1983:8). Dalam bidang antropologi, tenaga ini juga biasa disebut sebagai ‘mana’ dengan meminjam istilah rumpun suku Polynesia. Ia dikenali sebagai ‘sahala’ oleh orang Batak dan ‘kesakten’(kesaktian) oleh orang Jawa. Untuk orang Melayu, ‘mana’ dikenali sebagai ‘semangat’ (rujuk konsep ‘lemah semangat’ dan ‘kus semangat’). Di kalangan orang Melayu, ‘mana’ bagi raja-raja dikenali sebagai ‘daulat’ dan ‘tulah’ sedangkan bagi orang-orang ‘agama” (mulanya pawang dan dukun, kemudian sami dan ‘Tok Ca’, akhirnya alim-ulama’) dipanggil dengan ‘berkat’ dan ‘keramat’. (more…)

 

BUNGA MELAYU : BUNGA KEMBOJA (Plumeria acuminata) Jun 18, 2010

Filed under: Landskap — zainura66 @ 8:41 pm
Tags: , , ,

Sila klik pautan ini untuk keterangan lanjuthttp://asalusulorangmelayu.wordpress.com/2010/06/13/bunga-kemboja-melayu/

 

BUNGA MELAYU: CEMPAKA HUTAN (Allamanda spp.) Jun 17, 2010

Pengenalan
Pokok Bunga Cempaka Hutan atau juga dikenali sebagai pokok Bunga Akar kuning adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama saintifiknya Allamanda spp.
Pokok Bunga Cempaka Hutan merupakan sejenis pokok beracun. Getahnya, terutama yang terdapat pada bunga dan tangkai daun mempunyai bahan kimia Allamandin. Ia menyebabkan tindak balas kimia dengan kulit dan menyebabkan keradangan kimia.

Khasiat bunga cempaka
Bunga cempaka sejenis tanaman hiasan yang mempunyai bunga berbau wangi. Baunya yang harum ini juga membuatkan bunga cempaka turut dijadikan sebagai salah satu ramuan untuk menyediakan pewangi dan minyak wangi. Bunga cempaka sememangnya cantik. Kecantikan tersebut tidak hanya pada bunganya tetapi juga tertumpu kepada namanya sendiri. Dengan kecantikan tersebut tidak hairanlah ia mampu menarik perhatian sebahagian besar daripada kita untuk dijadikan hiasan atau pohon teduhan di halaman rumah. Bahkan ia juga menarik perhatian masyarakat kita menjadikannya sebagai nama panggilan dan juga menggunakannya sebagai kata-kata dalam rangkap pantun, syair, sajak atau gurindam. Bunga cempaka turut mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Malah, bunga ini amat bernilai di kalangan penganut Hindu.  Ia dijadikan pilihan bagi penganut Hindu untuk digunakan dalam upacara keagamaan. Jadi tidak hairanlah jika banyak pokok cempaka ditanam di sekitar kawasan kuil.

Cempaka Kuning  ( Michelia Champaca L. )

Cempaka Putih ( Michelia Alba DC )

Terdapat dua jenis spesies bunga cempaka iaitu cempaka kuning atau nama botaninya Michelia Champaca L dan cempaka putih atau nama botaninya Michelia Alba DC. Cempaka kuning berasal dari India manakala cempaka putih pula tumbuh liar di Indonesia. Kini kedua-dua spesies ini banyak ditanam di serata kawasan tropika dan subtropika. Cempaka kuning dan cempaka putih boleh dikenali melalui pokoknya yang mempunyai daun jenis ringkas, berbentuk bujur, mata lembing atau bulat memanjang serta terletak dalam susunan berpilih. Apa yang membezakan kedua-dua spesis ini ialah warna bunganya sahaja. Bunga cempaka kuning akan bertukar kepada warna oren setelah matang. Bunganya lebat dan terdapat kerpel bebas yang berkembang menjadi buah. Bijinya hampir bulat dan tergantung keluar serta berwarna coklat kemerah-merahan. Bunga cempaka putih pula kekal berwarna putih apabila matang. Buahnya yang masak akan merekah sebelah dan mendedahkan biji. Ada jenis cempaka putih yang tidak berbuah.

Buah Cempaka

Khusus untuk ibu bersalin

Bunga cempaka ternyata turut mempunyai keistimewaan sebagai perubatan herba. Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Strategik, Alam Sekitar dan Sumber Semula Jadi MARDI, Serdang, Dr. Ahmad Zamzam Mohamed, ia mempunyai keistimewaan dari sudut penjagaan kesihatan diri. “Tidak kiralah sama ada bunga cempaka kuning (Michelia champaca) atau putih (Michelia alba) kedua-duanya mempunyai khasiat pada kesihatan diri,” katanya. Beliau yang ditemui di pejabatnya menyatakan bahawa bagi bunga cempaka kuning, khasiatnya adalah sesuai untuk wanita selepas bersalin, kencing tidak lawas dan demam selsema. Menurut Dr.Zamzam, kegunaan dan penyediaan bagi pokok cempaka kuning untuk wanita selepas bersalin adalah dengan cara mengambil beberapa helai daunnya dan bersihkannya terlebih dahulu. Kemudian rebuslah sehingga mendidih dan setelah airnya suam kuku barulah diminum. Bagi kencing tidak lawas beliau menambah ambil beberapa kuntum bunganya dan bersihkan terlebih dahulu. Selepas itu rebus sehingga mendidih dan kemudian tunggulah sehingga suam untuk diminum.

Rawatan gonorea

Kedua-dua spesies cempaka kuning dan cempaka putih ini turut mempunyai khasiat ubatannya yang tersendiri. Bunga cempaka kuning boleh dijadikan air rebusan dan digunakan sebagai ubat untuk merawat demam panas, kusta, nafas busuk, rasa loya, mual, dakit dada, sakit perut akibat pencernaan makanan yang kurang baik serta reumatisme.
Bunga cempaka putih yang direbus bersama madu lebah dikatakan boleh di jadikan air minum untuk merawat batuk kokol, bronchitis, pening, keputihan pada faraj, radang kelenjar prostat,  sesak dada serta strok akibat pendedahan melampau kepada matahari.
Kudup bunga cempaka kuning jika direndam ke dalam air mendidih boleh dijadikan air minum untuk merawat gonorea, manakala kudup bunga cempaka putih yang direbus dalam air mendidih dikatakan boleh diminum oleh ibu yang baru bersalin atau keguguran bayi untuk tujuan merawat jangkitan mikroorganisma dalam darah yang akan mengakibatkan racun dalam darah.

Rawatan penyakit kulit

Daun cempaka kuning dikatakan boleh direbus dan dijadikan air minum bagi merawat perut yang memulas. Daun cempaka putih yang dijadikan air rebusan pula dikatakan boleh diminum untuk merawat bronchitis, jangkitan pada salur kencing dan ubat meroyan untuk ibu lepas bersalin.
“Untuk cempaka putih pula, pokok ini berguna untuk merawat pitam, bisul dan bronchitis atau radang tengkok,” tambahnya. Kesesuaian ini adalah berdasarkan rujukan pihak MARDI pada buku-buku dan pengakuan pengamal perubatan tradisional tempatan.

Untuk demam selsema, ambil akarnya dititik atau pecah-pecahkannya. Kemudian direbus sehingga mendidih dan tunggulah ia suam dulu barulah diminum perlahan-lahan.
“Bagi pokok cempaka putih,” kata Dr.Zamzam, “ia biasanya digunakan untuk merawat pitam, iaitu dengan cara mengambil beberapa kuntum bunga untuk direbus.” Untuk merawat bronchitis sama juga caranya dalam merawat pitam. Cuma ia ditambah dengan madu sebelum diminum.
Daun cempaka kuning segar yang telah dihancurkan pula, boleh disapu kepada tubuh ibu yang baru lepas bersalin. Manakala daun cempaka putih segar pula boleh ditumbuk lumat dan ditampal pada bisul penyakit kulit dan sakit dada.
Selain mempunyai khasiat ubatan, pokok cempaka juga turut mempunyai khasiat makanan. Kayu pokok cempaka kuning dikatakan boleh digunakan seperti kulit kayu manis dan dimasukkan ke dalam masakan. Malah, kulit kayu cempaka kuning ini juga boleh dicampurkan bersama kulit kayu manis dan dijual sebagai kayu manis. Kudup bunga cempaka putih yang telah dikeringkan pula boleh dicampurkan bersama serbuk teh yang dibancuh untuk diminum.
Sungguhpun terdapat banyak khasiat cempaka, namun begitu pengambilannya perlu mendapatkan nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudharatan di kemudian hari kelak. Biji cempaka boleh memberi kesan radang dan pengambilannya pada dos yang terlalu tinggi boleh memberi kesan toksik

Sumber :  http://laman-seri.blogspot.com/2009/07/khasiat-bunga-cempaka.html

 

BUNGA MELAYU : CEMPAKA PUTIH (Michelia alba Dc) UNTUK PEMBESARAN PROSTAT Jun 16, 2010

Habitat :
Ditanam dipekarangan rumah sebagai tanaman hias dan tumbuh liar dialam bebas.

Deskripsi :
Tumbuhan berupa pohon, tinggi sampai 30 meter. Batang berkayu; daun tunggal, bulat telur, warna hijau. Bunga berwarna putih, bau harum. Tidak pernah berbuah. Diperbanyak secara vegetatif. Bagian yang Digunakan Bunga, daun, dan akar. Bunga cempaka putih selama ini dikenal sebagai bahan campuran pembuatan minyak wangi parfum dan wangi-wangian lainnya. Tanaman cempaka putih merupakan habitus pohon,

Kandungan Cempaka Putih:

Alkaloid mikelarbina dan liriodenina.

Khasiat Cempaka Putih :
Bunga : -Bronkhitis. -Batuk. -Demam. -Keputihan. -Radang -prostata.

Daun : -Bronkhitis. -Infeksi saluran kemih. -Kencing sedikit.

Akar -Infeksi saluran kemih.

Resep Tradisional Cempaka Putih:

1.   Untuk pemakaian luar, bunga direbus dengan airnya dipakai untuk mandi. Sedangkan pemakaian dalam: 15-30 gram daun atau bunga kering, direbus lalu airnya diminum. Khasiat bunga cempaka untuk mengatasi masalah bau badan dan ketiak, caranya ambil bunga cempaka putih, daun sirih masing-masing secukupnya direbus dengan air secukupnya lalu airnya digunakan untuk mandi setelah airnya hangat.

2.   Mengatasi sinusitis dengan menggunakan 30 gram bunga cempaka putih kering, 30 gram daun mint/menthol, 15 gram jahe, 2 batang daun bawang putih direbus dengan 800 cc air hingga tersisa 400 cc air, lalu airnya diminum untuk 2 kali sehari masing-masing 200 cc.

3.   Mengobati masalah vertigo (kepala pusing) dengan menggunakan 5-7 kuntum bunga cempaka putih kering direbus dengan 500 cc air hingga tersisa 200 cc, kemudian airnya diminum selagi hangat.

4.   Masalah perut kembung dengan menggunakan 5 kuntum bunga cempaka putih, 5 gram kulit jeruk keprok atau jeruk mandarin kering, 3 butir kapulaga, 15 gram jahe direbus dengan 700 cc air hingga tersisa 300 cc, kemudian disaring dan diminum selagi hangat.

5.   Masalah keputihan dengan menggunakan 30 gram bunga cempaka putih kering, 60 gram jali (direndam dahulu hingga lembut), 15 gram kulit delima kering direbus dengan air secukupnya dan air rebusannya diminum selagi hangat sedangkan jalinya dimakan.

6.   Atasi masalah radang Saluran pernapasan dengan menggunakan 15 gram daun cempaka putih, 15 gram pahap (umbi bunga lili), 5 gram kulit jeruk mandarin kering direbus dengan 500 cc air hingga tersisa 200 cc lalu airnya diminum selagi hangat; atau 15 gram bunga cempaka putih kering ditambahkan air secukupnya lalu ditim, kemudian airnya ditambahkan madu secukupnya dan diminum selagi hangat. Lakukan secara teratur.

7.  Bila dada terasa penuh/begah, ambil 15 gram bunga cempaka putih kering direbus dengan 500 cc air hingga tersisa 300 cc, lalu airnya diminum selagi hangat.

8.   Untuk pembesaran prostat. gunakan 30 gram daun cempaka putih kering, 30 gram daun kumis kucing segar, dan 30 gram daun sendok segar direbus dengan air 700 cc hingga tersisa 300 cc, lalu airnya diminum selagi hangat.

9.   Masalah bau badan dengan menggunakan 30 gram cempaka putih, gula batu secukupnya direbus dengan air secukupnya, airnya diminum.

10. Mengobati batuk rejan, batuk berdahak: 5-7 kuntum bunga cempaka putih, 10 gram jahe, 10 gram kulit jeruk mandarin kering direbus dengan 600 cc air hingga tersisa 300 cc, tambahkan madu secukupnya dan diminum. Lakukan dua kali sehari masing-masing 150 cc.

Catatan : Jali dapat dibeli di supermarket atau pasar tradisional; Pahap/umbi bunga lili dapat dibeli di toko obat Tionghoa atau supermarket. Lakukan pengobatan secara teratur sesuai yang dianjurkan, dan untuk penyakit yang serius tetap konsultasi ke dokter.

Sumber : http://lenterahati.web.id/khasiat-cempaka-putih.html#more-728

 

BUNGA MELAYU:BUNGA KENANGA (Canangium odoratum)

Buah kenanga tidak boleh dimakan.

Pengenalan

Pokok bunga Kenanga (Canangium odoratum, famili Annonaceae)  boleh membesar dan  mencapai ketinggian 30-35m. Batangnya berwarna kelabu asap. Daun tumbuhan ini berwarna hijau dan tersusun berselang seli  serta berbentuk bujur  berukuran 7-23 cm panjang dan  4-10 cm lebar. Pokok ini merupakan sejenis pokok saka hutan malar hijau yang besar.

Bagaimanapun pokok kenanga kawin (hibrid) mampu berbunga walaupun mencapai ketinggian kurang dari 2  meter. Pokok kenanga kawin biasanya kurang kuat keharumannya berbanding pokok kenanga tradisional asal.

Tumbuhan ini  juga mempunyai bunga berwarna kuning kehijauan yang wangi serta mempunyai 6 kelopak. Bunga Kenanga merupakan bunga tradisional yang amat digemari di Malaysia pada suatu masa dahulu kerana baunya yang harum semerbak. Bunganya sering dipetik dan disimpan dalam lipatan kain bagi mengharumkan baju dan rumah; ada juga yang menggunakan untuk  membuat bunga rampai atau dipakai semasa upacara adat tertentu.

Baunya lebih kuat pada waktu senja, kemungkinannya disebabkan faktor bagi menarik serangga pendebungaan yang aktif pada waktu tersebut.

Selain dari itu, ia sangat sesuai ditanam di halaman rumah kerana ianya dapat menolak `black magic` seperti terkena buatan orang.

Informasi tambahan

Kenanga diduga berasal dari Asia Tenggara . Bunganya banyak diperdagangkan sejak zaman dulu di Jawa, terutama untuk membuat minyak cem-ceman yang sering digunakan para wanita. Selain menyuburkan dan menghitamkan rambut, aromanya juga mengundang daya tarik. Karena itulah kenanga dikenal sebagai pohon parfum. Bagian tanaman yang dapat digunakan dalam kosmetika dan terapi herbal adalah bunganya. Bunga kenanga dapat diambil minyak atsirinya. Kandungan kimia dalam bunga kenanga adalah benzoic, farnesol, geraniol, linalool, benzyl acetate, eugenol, safrol, cadinene dan pinene. Bahan-bahan kimia tersebut mudah menguap dan sangat baik untuk aromaterapi. Minyaknya juga digunakan untuk campuran masker dan lulur.

BERDASAR pengalaman empirik nenek moyang, kenanga dapat digunakan untuk menyembuhkan panas badan, hati nyeri, bronkhitis, sesak napas, limpa bengkak dan malaria. Banyak herba dapat digunakan untuk menyembuhkan bronkhitis. Selama ini, herba-herba yang kita ketahui sering digunakan adalah patikan kerbau, kembang sepatu, pegagan, lengkuas, bayam duri dan bidara upas. Hanya sedikit yang tahu bahwa kenanga sebenarnya juga dapat digunakan untuk melawan bronkhitis. Cara meraciknya amat gampang, ambil 2 kuntum bunga kenanga, rebus dengan 1 gelas air sampai mendidih hingga tersisa setengah gelas. Setelah dingin disaring, hasilnya diminum sekaligus. Lakukan cara ini 2 kali sehari secara teratur hingga sakitnya sembuh.

Di Philipina, kenanga juga digunakan untuk membuat minyak rambut dan hair tonic. Bahkan dibuat salep yang digosokkan ke seluruh tubuh untuk menangkis serangan penyakit di musim hujan. Setidaknya dapat menangkal gigitan nyamuk dan serangga berbisa termasuk ular.

DALAM famili annonaceae terdapat varietas kenanga lainnya yang juga menghasilkan minyak kenanga yang disebut dengan ylang-ylang. Varietas inilah yang banyak dibudidayakan di Philipina. Sementara varietas lainnya tumbuh di Madagaskar dan pulau Comores. Berbeda dengan tanaman keras lainnya, pohon kenanga berbunga sepanjang tahun. Dalam perdagangan herbal, minyak kenanga dikenal dengan nama cananga oil. Dihasilkan dari penyulingan bunganya. Dibanding sekitar 70 macam minyak atsiri lainnya, cananga oil tak mudah menguap karena mengandung unsur terpene dan sesquiterpene. Minyak kenanga digunakan untuk memroduksi wewangian bahan-bahan kosmetik di Eropa dan Amerika. Di Jawa, aromanya sering menebar dalam setiap upacara tradisional, karena kenanga dan melati memang merupakan bunga yang menghasilkan aroma yang khas. Bahkan dalam kepercayaan Jawa, kenanga dikenal sebagai bunga yang dapat menangkal black magic. Karena itulah di zaman dulu pohon kenanga mudah kita jumpai di setiap pekarangan rumah. Sayang sekarang sudah jarang atau sangat langka ditemui di pekarangan penduduk. Di pedesaan sekalipun. Mungkin karena tampilan bunganya yang out of date.

Sumber : http://keluargamustafa.wordpress.com/

 

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 74 other followers