Wannura

Koleksi Tumbuhan

Kuku Geruda sedap dijadikan ulam Ogos 18, 2012

Filed under: Landskap — Wannura @ 10:10 pm
Tags: , , ,

Pengenalan

Pokok kuku garuda juga dikenali dengan nama pokok siku keluang ini dipercayai berasal dari Indonesia. Nama saintufiknya ialah Polyscias filicifolia / fruticosa (L.) Harms. dari famili Araliaceae.

Pokok renek ini mempunyai banyak variasi yang boleh dibezakan dengan bentuk daun. Daun pokok kuku garuda ini mepunyai bentuk tajam dan bergerigi di bahagian tepi daun. Pokok ini banyak ditanam sebagai pokok hiasan. Ia boleh dibiak melalui keratan batang. (more…)

 

Katak puru berbagai khasiat Julai 22, 2012

Nama Tempatan:  Katak puru
Nama Saintifik:  Cynometra Cauliflora
Nama Lain:       Nam Nam, amphawa, nang-ai, hima,namu-namu, kopi anjing
Famili:         Ceasalpinioideae/Leguminosae
Asal: dipercayai berasal dari Asia Tenggara dan India

Pokok kecil Katak puru atau nam nam merupakan antara tumbuhan yang dijadikan hiasan laman dikampung-kampung di pantai timur dan kawasan utara di Malaysia. Ia memerlukan kawasan yang bersaliran baik dengan sinaran matahari yang cukup untuk tumbuh subur. Beberapa bahagian tanaman nam nam atau kopi anjing (Cynometra cauliflora) ini ternyata mempunyai manfaat sebagai ubat herbal. (more…)