Wannura

Koleksi Tumbuhan

Sepetir tonik bagi wanita selepas bersalin Julai 27, 2012

Pengenalan
Sepetir atau nama saintifiknya Sindora miq. adalah dari keluarga Leguminosae. Semua spesis Sindora dipanggil sepetir sebagai nama umum tetapi setiap spesis ada rangkai nama yang membezakan spesis. Dua spesis Sindora yang digunakan sebagai ubat herba di Malaysia iaitu :

Sindora siamensis Teijsm ex Miq. (Sindora cochinchinensis baillon ) – sepetir mempelas
Sindora velutina J.G. Baker (Sindora parvifolia backer ex K. Heyne ) – sepetir beludu besar atau sepetir beludu kecil ( Semenanjung ) dan ensunut ( Sarawak ) (more…)

 

Setawar kampung melegakan serangan tibi Julai 22, 2012

Filed under: Pokok liar — zainura66 @ 7:15 pm
Tags: , , , , ,

Pengenalan

Setawar kampung ialah tumbuhan asli di kawasan bukit di India. Kini pokok ini ditanam di serata dunia tanpa mengira jenis iklim kerana ia boleh hidup jika ditanam di dalam bangunan di kawasan yang beriklim sejuk.

Pokok herba yang mengandungi banyak air dalam tisu ini, tumbuh secara tunggal setinggi 0.75 m.

Daun berukuran 8-15 sm panjang, terbahagi antara 3-5 bahagian, setiap satu berbentuk mata lembing; setiap bahagian pula mungkin terbahagi lagi dengan bentuk gerigi atau cuping, susunan daun secara bertentangan tetapi daun di pucuk tersusun secara berpusar dan tidak terbahagi.

Bunga pada jambak yang besar di pucuk pokok, berbentuk tiub sepanjang hampir 2 sm dan 2.5 sm lebar; berwarna kuning, oren atau merah.

Kandungan

Daun ~ asid organan berwarna kuning, asid malik, asid tartarik, kalsium oksalat, kalsium sulfat, klorofil, krim tartar, lemak dan musilaj.

Cecair atau isi daun ini boleh menyebabkan gatal-gatal atau radang kulit, terutamanya jenis kulit yang sensitif kerana dicalar hablur kalsium oksalat.

Penanaman

Setawar kampung lazim ditanam menggunakan cabangnya yang tumbuh di sekitar pangkal pokok. Cabang ini dipisahkan dari pokok induk lalu dipindah tanam di tempat lain. Pokok ini juga sesuai ditanam di dalam pasu atau di atas tanah. Pokok ini biasanya tidak menghadapi masalah penyakit atau perosak. Tanah yang bertakung air boleh melemaskan akar pokok dan dijangkiti kulat lalu mati.

Khasiat ubatan

Daun : Ditumbuk lumat-lumat dan ditampal pada kulit yang bengkak, gigitan atau sengatan serangga, kulit kasar, luka, kudis dan ulser; pada pelipis untuk merawat sakit kepala; dan pada tengkuk untuk merawat sakit kerongkong dan selsema.

Cecairnya diperah dan ditelan untuk menghentikan cirit, disenteri , menyingkirkan batu karang dan melegakan serangan tibi.

Daunnya dibuat losyen untuk disapu pada tempat cacar.

Air rebusan daun bersama rantingnya diminum atau cecairnya diperah dan ditelan untuk merawat kecederaan, lecur, luka, pendarahan, penyakit kulit, bisa patukan ular, salah urat dan terseliuh. Pada masa yang sama tumbuhan ini dibuat ubat pupuk pada tempat tersebut.

Kegunaan lain

Ranting yang berdaun daripada pokok setawar kampung digunakan untuk memanggil makhluk halus yang baik dan menjauhi makhluk halus yang jahat. Ia digunakan dalam upacara penyembuhan dan mandian bayi.

Rujukan : Tanaman hiasan : khasiat makanan & ubatan oleh Hean Chooi Ong

 

KUCING GALAK menguatkan tenaga batin Julai 1, 2012

Filed under: Herba — zainura66 @ 9:29 am
Tags: , , , , , ,

Pokok Kucing Galak atau nama saintifiknya ‘Acalypha Indica‘ yang tumbuh liar ini berasal dari India dan di negara-negara sebelah sini. Pokok ini adalah dari jenis berbatang lembut dan berdaun dan berbuah hijau.

Ia menjadi salah satu kegemaran kucing memakannya untuk menambah tenaga terutama kucing jantan yang mampu melayan berapa banyak kucing betina. Kucing betina pula memakan daun dan buahnya terutama selepas melahirkan bagi mengembalikan kekuatannya.

Keseluruhan pokok kucnig galak bermula dari daun, buah dan akarnya amat berguna dalam perubatan Homeopathy yang boleh digunakan bagi merawat asma, batuk dan bronkaitis. Jika diamalkan memakan pucuknya, ia dikatakan boleh menambah ‘tenaga’.

Buahnya yang hijau dan lembut mengandungi biji yang lembut juga. Walau apapun, berjumpa dan meminta nasihat doktor adalah langkah yang terbaik.

Pokok kucing galak boleh dibiakkan melalui biji benih. Buahnya akan mencambahkan biji apabila telah matang iaitu apabila matang, buah itu akan meletus dengan sendiri.

Tapi apa pula khasiatnya kepada manusia? (more…)

 

Betik Sekaki (Carica papaya) Jun 25, 2012

Filed under: Buahan — zainura66 @ 9:43 pm
Tags: , , , ,

Betik (Carica papaya) merupakan sejenis tanaman buah-buahan yang popular di Malaysia. Betik juga dipanggil sebagai Papaya, Gandul dan pelbagai nama di seluruh dunia. Pada tahun 2010 dianggarkan seluas 3,125 hektar tanaman betik di usahakan di Malaysia dengan anggaran pengeluaran sebanyak 49,500 mt. Antara kawasan utama tanaman betik ialah di Pahang (Daerah Rompin seluas 688 ha), Negeri Kedah (Daerah Padang Terap – 395 ha) dan Daerah Muar , Johor (182 ha) pada tahun 2009. Dengan jarak penanaman betik disyorkan pada 1.8 meter x 2.7 meter (Eksotika dan Subang memberikan sebanyak 2,000 pokok sehektar. Anggaran hasil pula antara 8 mt/ha (Tahun ke 2 dan Ke 3) dan 32 mt/ha (pada tahun ke 4-5). Betik Sekaki (dikenali juga sebagai Betik Hong Kong) merupakan sejenis betik yang sangat popular ditanam oleh petani komersial. Nama Betik Sekaki diberi atas alasan panjang betik sehingga mencapai 1 kaki dan pasaran utamanya adalah Negara Hong Kong. Ada yang mengatakan disebut sekaki kerana pokok yang rendah dan mampu berbuah sekaki dari aras tanah. Penanaman betik sekaki bermula tahun 1990-1991 di Batang Padang Perak dan terus merebak keseluruh negara. (more…)

 

Keembung (Impatiens balsamina) Jun 17, 2012

Pengenalan
Keembung atau nama botaninya Impatiens balsamina adalah sejenis pokok tanaman hiasan yang banyak dijumpai di serata negara, sama ada beriklim tropika atau pun sederhana. Dikenali juga dengan nama bunga Tabo, Inai Air (melayu) dan Garden Balsam (Inggeris), keembung adalah tumbuhan semulajadi di negara India dan Myanmar.
(more…)

 

Pulasari (Tetracera Indica Merr. ) Jun 10, 2012

Pokok Pulasari atau lebih dikenali sebagai Mempelas (nama saintifiknya Tetracera Indica Merr. )adalah sejenis pokok berakar rendah, jenis menjalar/ memanjat dan batang pokoknya berkayu serta terasa kesat dan boleh menyebabkan luka jika tersagat pada kulit. Daunnya berkembar, bersaiz sederhana , urat daun yang jelas kelihatan serta permukaan daunnya agak kesat juga. . Bunga mempelas berwarna putih dengan kelopak kecil berwarna merah jambu dan berbau sangat wangi. Buah mempelas berbentuk seakan beri dan rasanya masam. Ia berwarna hijau ketika muda dan apabila masak ia berubah menjadi merah.
Ia mudah ditemui di kampung , kawasan semak dan hutan di Asia Tenggara. Pokok ini juga boleh menghasilkan salap untuk meredakan selesema. Ia juga merupakan pokok serba guna seperti berikut :

Daun
a) digunakan untuk memelas/ melicinkan kayu seperti ukiran kayu dan perabot.
penawar penyakit bagi gatal kulit, kejang dalam perut , cirit-birit
mengilatkan kuku
erbuk yang dihasilkan dari daun mempelas kering boleh digunakan untuk merawat radang.
daunnya yang dilumatkan pula digunakan untuk merawat sengatan serangga berbisa.
Air rebusan daripada daun mempelas yang matang/tua boleh merawat darah tinggi.

Akar -
Mengubati penyakit darah tinggi

Buah -
Buah mempelas yang masam boleh dijadikan cuka untuk masakan.

Batang -
Batangnya yang panjang dan agak kuat juga boleh dijadikan tali. Pada era sebelum adanya dapur gas, kayu api dari dahan pokok getah yang kering sering diikat menggunakan tali daripada pokok mempelas ini kerana kekuatannya.

Ada juga pengamal perubatan tradisional mengatakan, akar pokok ini walaupun agak sering menyusahkan orang tetapi ianya sangat perlu oleh mereka yang mempunyai penyakit seperti ovary cist, fibriod, penyakit dalam perut dan masalah perbidanan.

Caranya, ambil 10 akar tunjang, bersihkan, rebus akar itu. Apabila ia suam, boleh campurkan gula merah (jika mahu) dan minum . Cuba amalkan selama sebulan untuk melihat kesannya disamping berpantang makan makanan berdarah seperti daging, ayam, kerang, hati…InsyaAllah

 

Beruas (Garcinia hombroniana) merawat penyakit gatal Disember 21, 2010

Filed under: pokok hutan — zainura66 @ 9:05 pm
Tags: , , , ,

PENGENALAN
Pokok Beruas merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Garcinia hombroniana. Nama pekan Beruas yang terletak di Perak di ambil dari nama pokok ini .
Pokok Beruas atau dikenali juga manggis hutan ini adalah bersaiz kecil, mencapai ketinggian 15 – 20 kaki (4.6 – 6 meter) . Batang pokok ini lurus tegak dengan dahan yang bercabang banyak. Ranting muda adalah licin dan berwarna hijau, tetapi akan bertukar coklat tua dan kasar apabila tela matang. Ia mempunyai getah yang berwarna putih.
Daunnya tersusun secara berpasangan, hijau cerah berukuran 6-10 inci (15-25 sm) panjang dan 2-5 inci (5-13 sm) lebar. Bunganya berwarna putih dalam bentuk jambakan 1-3 kuntum. Buahnya yang telah matang kelihatan seperti buah manggis kampung kecuali isinya berwarna kuning, nipis serta berasa masam, namun rasanya sedap dimakan. Setiap isi buah ini mengandungi biji yang leper di dalamnya.
Menurut wapedia,  Pekan Beruas ini berasal daripada satu kawasan yang bernama Belukar Sambang. Belukar Sambang adalah terdiri daripada satu kawasan yang dinamakan Kampung Kilang. Disebabkan pembinaan Pekan Beruas, Kampung Kilang telah terbahagi dua, satu adalah menghala ke Jalan Taiping dan satu lagi kawasan yang menuju Ulu Beruas. (Info : http://fazlisyam.com/2009/03/23/pokok-beruas)

KEGUNAAN
Selain dari sedap dimakan segar isinya yang nipis, beraroma serta rasa masam itu, ia juga boleh diproses dan dijadikan jus dan agar-agar. Buah Beruas juga mempunyai nilai perubatan tradisional yang tersendiri. Akar dan daunya digunakan untuk meredakan gatal.

 

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 77 other followers