Wannura

Koleksi Tumbuhan

KELUAK (Pangium edule Reinw): BUAH KEPAYANG ENAK DIMAKAN Jun 27, 2010

Filed under: pokok hutan — zainura66 @ 4:00 pm
Tags: , , , ,

Pengenalan
Pokok kecil hingga sederhana besar, setinggi 26 m; silara padat, bentuk kon, batang berjuntai; beralun dan berbanir; kulitnya kelabu perang dan licin. Daun pada pokok muda sepanjang 60 sm dan lebar, 3-5 cuping; lai daun pada pokok matang 9 – 23 sm panjang dan 12.5 – 20 sm lebar, bentuk jantung atau bujur telur, permukaan atas hijau tua berkilau, permukaan bawah ada serbuk kasar terutamanya pada urat daun, berwarna besi karat dan tangkai 7.5 – 20 sm panjang.
Bunga 3.7 – 5 sm lebar; bunga jantan di jambak sepanjang 10 sm di ketiak daun; bunga betina lebih besar dan tunggal di tangkai bunga sepanjang 7.5 sm; ada pokok yang menghasilkan 1 bunga betina di hujung jambak bunga jantan dan bunga betina ini menghasilkan buah; kudup bunga ada serbuk berwarna besi karat; kelopak petal warna hijau pucat. Buahnya pula berukuran 15-30 sm panjang dan 7.5-12.5 sm ukuran garipusat, berwarna perang , kasar, ada serbuk, buah di ranting, dinding buah 0.8 sm tebal, buah muda keras tetapi lembut setelah masak. Biji berwarna putih kelabu , setelah kering bertukar kelabu perang, bentuk segi tiga, kulit keras dan bertekstur kasar.

Taburan
Keluak/ Kepayang mempunyai taburan semulajadi di Malaysia, Indonesia, Filipina, Papua New Guiea, Melanesia dan Mikronesia.

Penanaman
Keluak/ Kepayang boleh ditanam dengan menggunakan biji yang belum direbus sebagai makanan yang diperolehi daripada pokok. Kadar untuk percambahannya boleh dibaikii jika bahagian kulit bijinya yang keras dibuang sedikit. Bijinya ssederhana besar dan mudah untuk dikendalikan dalam proses semaian. Anak benihnya perlukan naungan tetapi pokok kepayang yang dewasa gemarkan cahaya matahari. Ia akan berbuah setelah berusia 15 tahun dan boleh terus hidup untuk jangka masa yang panjang.

Ekologi
Keluak/ Kepayang tumbuh liar di sekitar hutan pamah, hutan sekunder dan tanah terbuka. Di Semenanjung Malaysia, ia dianggap sebagai “pokok kampung” tetapi di Sabah, Sarawak dan Indonesia, ia lebih banyak di dapati dalam hutan. Bijinya cukup mudah terapung lalu dihanyutkan air, hinggalah ia tumbuh di tebing sungai, tetapi ia tidak boleh hidup di tepi pantai (laut).

Kandungan
Seluruh bahagian : racun jenis glukosid ginokardin yang menghasilkan asid prusik (dikenali asid hidrosianik.)
Biji segar : 14.8 % minyak kuning yang wangi
Biji kering : 44.7 % minyak kuning yang wangi.
Isi buah
: tanin

Khasiat ubatan
Biji : Dihancurkan dan dibuat ubat pupuk pada bisul.
Daun segar : Direndam pada suhu bilik lalu air ini dijadikan ubat luaran untuk mencuci luka , kudis, menghalang dan membunuh jangkitan mikrob serta parasit. Daunnya dipetik pada waktu pagi semasa masih ada embun, disapu sedikit garam dan air limau nipis lalu ditampal pada kulit yang gatal kerana parasit. Daunnya ditumbuk lumat sebelum ditampal pada kulit yang gatal atau luka yang lambat sembuh.

Kegunaan
Ekstrak daun dan kulit pokoknya membunuh cacing parasit. Asid hidrosianik boleh membunuh manusia dan haiwan. Tanin mengecutkan tisu dan protin pada kulit dan lendir.

Kegunaan lain
Biji (isi), Pokok (kulit) dan Daun : Dihancurkan dan disapu pada bahagian dalam dan luar ikan supaya ikan tidak busuk. Minyak diekstrak daripada biji (yang telah dinyahkan racunnya) untuk dimasak. Penyediaan yang kurang sempurna menyebabkan si pemakan cirit-birit. Antara cara untuk menawar racun di dalam bijinya adalah dengan merebus biji, direndam dalam air dan dikambus dengan abu atau dalam pasir di tepi pantai. Biji yang tidak disediakan denganbaik boleh membawa maut kepada orang yang memakan isi biji kepayang.
Isi biji, kulit pokok atau daun yang telah dihancurkan digunakan untuk menuba ikan dan udang. Daunnya untuk membungkus daging supaya tidak cepat busuk. Daunnya yang tua dijadikan lauk (pahit) melalui kaedah yang tertentu untuk mengenyahkan racun. Daun muda pula dijadikan ramuan racun sumpit. Daun dan dan biji kepayang boleh dijadikan makanan setelah segala racunnya dikeluarkan. Daun muda dan buah muda lebih beracun daripada buah masak atau daun matang. Oleh itu, buah yang dipetik sebelum cukup masak lebih berbahaya daripada biji yang diambil daripada buah masak atau yang gugur daripada pokok induk.

 

SETEBAL RENDAH (Hoya ridleyi King) DIGUNAKAN SEBAGAI UBAT BIUS Jun 10, 2010

Filed under: pokok hutan — zainura66 @ 8:27 am
Tags: , , , ,

 

PENGKELASAN HUTAN Jun 8, 2010

Filed under: Artikel — zainura66 @ 2:09 am
Tags: , ,

Pengelasan hutan ini juga boleh dikategorikan mengikut perubahan ciri-ciri altitud, komposisi flora, habitat, iklim, tanah dan biotik. Pengelasan yang ditetapkan adalah seperti berikut:-

  1. Hutan Paya Laut
    Hutan ini terletak di persisiran laut yang berlumpur bercampur pasir laut yang mengalami air pasang dan surut. 150M dari paras laut.  Spesies utama ialah Bakau.
  2. Hutan Paya Gambut
    Hutan ini terletak di belakang hutan paya laut menghala ke darat dengan tanah gambut dan airnya yang kurang masin.  Spesies yang terdapat di kawasan ini ialah Meranti.
  3. Hutan Dipterokarp Pamah
    Hutan ini terletak di ketinggian 300 meter a.p.l. yang mempunyai bilangan pokok yang padat dan berbagai jenis. Spesies utama ialah Meranti, Balau dan Kapur.
  4. Hutan Dipterokarp Bukit
    Hutan ini terletak di ketinggian antara 300 – 750 meter a.p.l. yang merupakan kelas hutan yang terluas di Semenanjung Malaysia.  Spesies utama ialah Seraya, Keruing dan Meranti.
  5. Hutan Dipterokarp Atas
    Hutan ini terletak di ketinggian 750 – 1,200 meter a.p.l. yang mengandungi terutamanya spesies Meranti bukit Dan Damar minyak.
  6. Hutan Montane – Oak
    Hutan ini terletak di ketinggian 1,200 – 1,500 meter a.p.l. yang kebanyakan spesiesnya bersaiz sederhana seperti Mempening, Berangan, Damar minyak dan Podo.
  7. Hutan Ericaceous – Gunung
    Hutan ini terletak di ketinggian melebihi 1,500 meter a.p.l. yang mengandungi spesies pokok bersaiz kecil, bengkok dan rendah seperti Kelat, Periuk kera dan berbagai jenis belukar, buluh, resam, paku pakis dan lumut.
 

CENUAI GUNUNG : BAHAN MINYAK PENGASIH Jun 2, 2010

Filed under: pokok hutan — zainura66 @ 7:54 pm
Tags: ,

Salah satu spesies yang jarang didapati dan dilarang untuk memetiknya, Seperti biasa cenuai sering dikaitkan dengan minyak pengasihan. Bunganya jika dimakan dipercayai baik untuk awet muda dan boleh juga di campurkan di dalam minyak cenuai bagi menambahkan khasiat minyak cenuai. Info Tok Sheikh di Karimon’s blog.

 

CENUAI MERAH : BAHAN MINYAK PENGASIH

Filed under: pokok hutan — zainura66 @ 7:46 pm
Tags: ,

Salah satu spesies yang jarang dapati dan dilarang untuk memetiknya, Seperti biasa cenuai sering dikaitkan dengan minyak pengasihan. Info Tok Sheikh di Karimon’s blog.

 

CENUAI KUNING : BAHAN MINYAK PENGASH

Filed under: pokok hutan — zainura66 @ 7:39 pm
Tags: ,

Di antara spesies cenuai yang sukar didapati . Ianya sering berada di celah semak. Sejenis pohon renek dengan ranting yang  menjulai dengan daun yang kecil.Info Tok Sheikh di Karimon’s blog.

 

CENUAI PUTIH : BAHAN MINYAK PENGASIH

Filed under: pokok hutan — zainura66 @ 7:29 pm
Tags: ,

Salah satu spesies yang jarang dapati dan dilarang untuk memetiknya, Seperti biasa cenuai sering dikaitkan dengan minyak pengasihan. Gambar kurang jelas,bunga cenuai putih rupanya seperti bunga cenuai merah hanya warnanya sahaja yang putih,ciri-ciri daun dan buahnya juga menyerupainya cenuai merah. Info Tok Sheikh di karimon’s blog.

 

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 77 other followers