Wannura

Koleksi Tumbuhan

BELURU (Entada rheedii spreng) MENGHARUMKAN TUBUH BADAN Mac 14, 2010

 

BUNGA KEBANGSAAN MALAYSIA (Hibiscus rosa-sinensis)

Filed under: Landskap — zainura66 @ 11:24 am
Tags: , , , ,


BUNGA RAYA

Di sebalik warna yang cantik, berseri dan berbau harum sebenarnya bunga mempunyai banyak kegunaannya, antaranya ialah bunga raya atau nama sainsnya ialah Hibiscus rosa sinensis.Tumbuhan ini amat mujarab untuk menghilangkan batuk kerana ia mengandungi sejenis lendir atau mucin yang memberikan rasa sejuk pada kerongkong dan rongga paru-paru. Selain itu, bunga raya juga mengandungi hebiscetin, satu bahan yang amat berkesan untuk meredakan batuk dan menghilangkan kahak. Penghidap akan mendapati lendir yang mengganggu saluran pernafasannya akan dikeluarkan dalam jumlah yang banyak ketika batuk.

Hibiscus boleh mengurangkan kolesterol

Dipetik dari suatu artikel, penyelidik ada menyatakan bahawa ekstrak dari bunga raya mempunyai faedah kesihatan yang serupa seperti meminum teh . Bunganya mengandungi antioksidan yang membantu mengawal tahap kolesterol dalam badan. Kajian terhadap haiwan menunjukkan ekstrak bunga raya boleh mengurangkan kolesterol pada haiwan, dan ia juga boleh membantu manusia.

Sumber : http://fazlisyam.com/

Khasiat lain :

  1. Menumbuhkan sel baru sesudah bersalin :  Daun dan bunganya secekak dicampur bawang putih 3 ulas, lada 3 butir, isi bonglai 3 kerat dan isi lempoyang 3 kerat; kesemuanya dilumatkan dan diminum setiap 4 jam.
  2. Lelah (Asma) :  bunga raya putih 2 kelopak diramas, diperah dan ditapis. Campurkan 3 sudu madu dan segelas air kosong; diminum 2 sudu besar, 3 kali sehari.
  3. Demam biasa :  akar, daun dan bunganya direbus 1/2 jam , diminum.
  4. Demam selepas bersalin/ keguguran  :  daunnya direbus dan diminum pada setiap 4 jam.
  5. Batuk kering dan membersihkan kahak :  daunnya direbus dan diminum.
  6. Melancarkan haid  :  bunganya direbus dan diminum.
  7. Penawar racun :  akarnya direbus dan diminum.
  8. Bengkak di luar : daunnya ditumbuk dan ditempel ke tempat bengkak.
  9. Bengkak di dalam(paru-paru dan lain-lain)  :  daun dan bunganya direbus dan diminum menurut keperluan.
  10. Sakit kepala :  pucuknya dicampur 1 biji limau dan sebiji buah pinang dilumatkan dipupuk (dijaram) di kepala.
  11. Rambut gugur : daunnya yang hijau 7 helai, dibersih dan diramas hingga keluar air hijaunya, digunakan untuk membasuh rambut; biarkan selama 5 minit, baru dibilas.
  12. Kencing bernanah :  daun dan bunganya direbus, dicampur sedikit gula, diembun semalaman dan diminum.
  13. Gatal-gatal hidung :  akarnya yang besar 1 kerat ketuk dan direndam dalam air kira-kira 1/2 jam, sehingga cairannya keluar. Titiskan cairan ini ke lubang hidung beberapa kali.
 

BUNGA RAYA : SITI HASMAH “RED SHINE” – SPESIS 2

Filed under: Landskap — zainura66 @ 10:49 am
Tags: , ,

 

BUNGA RAYA : SITI HASMAH “PINK BEAUTY” – SPESIS 3

Filed under: Landskap — zainura66 @ 10:43 am
Tags: , ,

 

BUNGA RAYA : JEANNE ABDULLAH DAN SPESIS – 4

Filed under: Landskap — zainura66 @ 10:38 am
Tags: , ,

 

KAPUR (Dryobalanops sematrensis) UNTUK MENGAWET MAYAT

Filed under: pokok hutan — zainura66 @ 3:38 am
Tags: , , , ,

 

GELAM (Melaleuca cajuputi powell) MERAWAT PENYAKIT BUSUNG

 

PERIA (Momordica charantia) SAYUR YANG BERKHASIAT

Filed under: Sayur — zainura66 @ 2:06 am
Tags: , , , ,

 

PERIA KATAK (Momordica charantia (L.) BERKESAN BAGI DIABETES Mac 13, 2010

Filed under: Sayur — zainura66 @ 4:32 pm
Tags: , , , , ,

 

PORTULACA (Portulaca oleracea) MERAWAT PELBAGAI PENYAKIT

Filed under: Herba — zainura66 @ 1:02 pm
Tags: , , , , ,

 

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 72 other followers