Wannura

Koleksi Tumbuhan

BUAH KERAS (Aleurites moluccana) REMPAH MERAWAT PENYAKIT Julai 12, 2010

Filed under: Rempah ratus — zainura66 @ 7:23 am
Tags: , , ,


POKOK BUAH KERAS

PENGENALAN
Buah Keras (bahasa Inggeris: Candlenut, Candleberry, Indian walnut, Varnish tree atau Kukui nut tree), juga dikenali sebagai Kemiri di Indonesia, ialah salah satu spesies tumbuhan dalam famili Euphorbiaceae. Nama saintifiknya Aleurites moluccana.

Taburan aslinya tidak dapat ditentukan dengan tepat kerana pokok ini awal-awal lagi telah disebarkan oleh manusia. Pokok ini kini ditemukan secara meluas di kawasan-kawasan tropika Dunia Baru dan Dunia Lama.
Pokok Buah Keras tumbuh sehingga 15-25 meter tingginya, dengan dahan-dahan yang merampak. Daunnya sederhana dan berbentuk telur, dengan tiga lobus (kekadang lima, tetapi jarang) dan hujung yang tajam. Panjangnya 10-20 sentimeter, dengan warna yang hijau pucat.

Buahnya berbentuk kekeras bulat, dengan diameter 4 – 6 sentimeter. Bijinya mempunyai kulit yang keras yang membolehkannya dijadikan lilin. Nama bahasa Inggeris untuk Pokok Buah Keras ini berasal daripada ciri bijinya ini.

KEGUNAAN (more…)

 

SEHELAI SETAHUN BALDU (Nervilia discolor) UNTUK MENAMBAH TENAGA LELAKI Julai 11, 2010

Filed under: Herba — zainura66 @ 5:55 pm
Tags: , , ,

 

BAOBAB (Adansonia) POKOK MASA DEPAN ?

Filed under: Buahan — zainura66 @ 4:36 am
Tags: , , , , , ,

POKOK BAOBAB

POKOK gergasi baobab yang berbentuk seperti botol dan mempunyai dahan bercabang ini turut membawa identiti mistik tersendiri.

PENGENALAN
Adansonia yang biasa dikenali sebagai pokok baobab adalah satu genus yang mempunyai lapan spesis; 6 pokok semulajadi di Madagascar, 1 di Afrika dan 1 di Australia. Nama lainnya termasuklah boab, boaboa, bottle tree, upside-down tree dan monkey bread tree.

Pokok dari spesis ini boleh mencapai ketinggian sehingga 5 – 30 meter dan dahannya berdiameter 7 – 11 meter. Glencoe Baobab, contoh Baobab Afrika di Limpopo Province, Africa Selatan adalah merupakan pokok baobab terbesar yang masih hidup dikatakan 47 meter tingginya (154 kaki) dan purata diameternya pula 15.9 meter (52 kaki). Pokok baobab dikatakan boleh hidup beribu tahun lamanya, namun sukar untuk dibuktikan fakta ini.

Pada awal tahun 2008, peningkatan untuk memajukan baobab ; produk yang kaya dengan nutrien itu bagi bahan mentah untuk produk pengguna.

KEGUNAAN POKOK BAOBAB:

  • SEBAGAI PENYIMPAN AIR

Pokok Baobab menyimpan air dalam batang pokoknya yang kelihatan seperti membengkak itu (sehingga 120,000 liter!) untuk membantu memberi kelembapan kepada kawasan persekitarannya . Ini berlaku pada waktu musim terutama musim kering kontang dengan meluruhkan daun-daunnya.

  • MAKANAN

Daun Baobab biasanya digunakan dalam masakan sebagai sayuran di Afrika. Ianya boleh dimakan segar atau pun setelah dikeringkan; digelar kuka dan selalunya dibuat sup.

Buahnya pula berkhasiat mungkin terdapat lebih vitamin C berbanding buah limau dan dikatakan juga melebihi kandungan kalsium daripada dalam susu lembu. Isi buahnya yang dikeringkan dan telah diasingkan dari bijinya dimakan begitu sahaja atau dicampurkan ke dalam bubur nasi atau susu. Di Malawi, isi buahnya digunakan untuk membuat jus yang berkhasiat. Di Zimbabwe pula, buahnya yang digelar mawuyu itu adalah buahan tempatan dan digunakan untuk membuat krim tartar . Di sebahagian tempat di Afrika Timur pula, isi buah yang dikeringkan disaluti dengan gula (selalunya berwarna merah) dan dijual dalam bungkusan sebagai candy yang dipanggil “ubuyu”. Biji baobab kebanyakannya digunakan untuk memekatkan kuah sup tetapi ada juga yang menjadikannya bahan perap dalam masakan, atau dibakar untuk terus digunakan atau pun dikisar untuk diekstrak minyak sayuran.

Pokok Baobab juga adalah merupakan sumber fiber, dye (pewarna) dan minyak mentah. Di Tanzania, bahan dari pokok ini dicampur ke dalam air tebu bagi membantu proses penapaian untuk membuat arak. Isi buah baobab boleh disimpan lama untuk digunakan dalam proses pengeluaran minuman ringan tetapi mestilah disimpan dalam bekas kedap udara.

MAKLUMAT TAMBAHAN

Sejak berabad lamanya, penduduk di seluruh benua Afrika telah menikmati keenakan dan kesegaran buah baobab. Ia dipercayai mampu mengubati demam panas atau cirit-birit dan kaya dengan kalsium.

Nama baobab dipercayai berasal daripada bahasa Arab, bu hibab yang bermaksud buah dengan beberapa biji.
Buahnya mempunyai rasa masam seperti kulit limau. Ada pula yang mengatakan ia seperti jus buah-buahan.

Ia kaya dengan khasiat. Itulah buah pokok baobab yang merupakan sejenis pokok berbatang besar yang terdapat di Afrika. Buahnya boleh dimakan. Namun, ia tidak kelihatan menyelerakan.

Bagaimanapun, firma-firma Eropah tidak lama lagi mungkin akan menggunakan pulpa atau isi buah tersebut sebagai perasa bagi coklat bijirin atau minuman selepas berjaya memperoleh kelulusan Suruhanjaya Eropah sebagai makanan.

Keputusan pada Julai lalu telah meletakkan buah tersebut pada radar pembangunan produk terhadap pengeluar makanan.

Pakar perniagaan dan pembangunan berharap perkara itu akan turut memberi faedah kepada jutaan rakyat Afrika yang hidup dalam kemiskinan kepada satu kehidupan yang lebih baik.

Laporan pada 2007 oleh Institut Sumber Semula Jadi Britain menganggarkan bahawa di bahagian selatan Afrika sahaja, penuaian pokok boabab boleh menjana pendapatan bernilai lebih AS$1 bilion (RM3.52 bilion) setahun dan menggaji hampir 2.5 juta pekerja.

“Potensinya amat besar. Kami yakin bahawa ia akan membawa satu keuntungan kepada semua terutamanya pengeluar,” kata Dr. Lucy Welford selaku pengurus pemasaran PhytoTrade Africa, sebuah organisasi perniagaan yang berkempen untuk kebergantungan kepada penggunaan produk asli Afrika.

Sejak berabad lamanya, penduduk di seluruh benua Afrika telah menikmati keenakan dan kesegaran buah baobab. Ia dipercayai mampu mengubati demam panas atau cirit-birit dan kaya dengan kalsium.

Adakalanya, kanak-kanak yang kelaparan akan menghisap isi buah baobab seperti snek.

“Saya boleh katakan ia seperti buah anggur dan asam jawa sebagai sejenis bahan perasa,” kata Welford yang menjangka buah baobab akan digunakan buat kali pertamanya sebagai perasa jus buah dan coklat bijirin.

Selain itu, buah baobab juga boleh digunakan untuk membuat aiskrim, jem atau produk berasaskan roti dan kek.

PhytoTrade mula memohon kelulusan untuk menjadikan isi buah baobab sebagai bahan perasa pada tahun 2006.

Welford berkata, kelulusan tersebut telah meningkatkan minat media dan syarikat tertentu dan PhytoTrade telah bertemu dengan pengeluar dan pengilang produk makanan di Britain untuk membincangkan potensi pasaran buah tersebut.

PhytoTrade bekerja dengan sebuah firma di Afrika Selatan, Afriplex yang membekalkan isi dan ekstrak buah baobab.

Pakar mengatakan pokok gergasi baobab yang berbentuk seperti botol dan mempunyai dahan bercabang membawa identiti mistik tersendiri dan sejarah yang bakal melariskan jualan produknya.

“Rasanya yang masam, berkhasiat dan kaya dengan vitamin serta cerita menarik di sebalik pokok baobab akan memberi nilai tambah terhadap produk yang dihasilkan daripada buahnya kelak,” kata pakar ekonomi, Ben Bennet yang menulis laporan untuk Institut Sumber Semula Jadi pada tahun 2007.

Mempunyai pelbagai nama seperti Upside-down tree kerana bentuknya yang ganjil, Bottle tree kerana kemampuannya menakung air atau Tree of life, pokok baobab telah melalui satu proses semula jadi yang lama dan mengagumkan.

Nama baobab dipercayai berasal daripada bahasa Arab, bu hibab yang bermaksud buah dengan beberapa biji. Buah baobab telah dijual di pasar-pasar sekitar Afrika Utara sejak abad ke-16.

Pokok itu biasanya boleh hidup sehingga 500 tahun. Malah, ada juga yang dikatakan hidup sehingga 5,000 tahun dan menjadi simbol kebanggaan warga Afrika.

Di Senegal contohnya, mayat ketua atau pemimpin sesuatu kaum akan ditanam di pangkal pokok baobab sebagai penghormatan kepada mereka.

BUAH BAOBAB

Sebelum lampu hijau diberi oleh Kesatuan Eropah terhadap penggunaan buah baobab untuk dijadikan makanan atau bahan perasa, beberapa orang luar telah pun mengetahui nilai istimewanya.

Sebuah syarikat di Itali, Baobab Fruit Company Senegal (BFCS) telah menghasilkan rangkaian produk daripada buah baobab di Senegal sejak beberapa tahun lalu termasuk isi buah, biji dan minyak untuk dijual di Eropah sebagai makanan tambahan dan produk kosmetik.

“Bagi kami, ia adalah buah masa depan. Ia mampu memberi kesan besar di Afrika,” kata Laudana Zorzella dari BFCS di Dakar yang telah mengkaji potensi buah baobab sejak sedekad lalu. – Reuters

 

KAYU PUTIH (Melaleuca leucadendra L.) POKOK PELBAGAI GUNA Julai 10, 2010

Filed under: pokok hutan — zainura66 @ 3:46 pm
Tags: , , , , ,

PENGENALAN

Gelam atau Kayu putih (Melaleuca leucadendra syn. M. leucadendron) merupakan pohon anggota suku jambu-jambuan (Myrtaceae) yang dimanfaatkan sebagai sumber minyak kayu putih (cajuput oil). Minyak diekstrak (biasanya disuling dengan wap) terutama dari daun dan rantingnya. Namanya diambil dari warna batangnya yang memang putih.

Tumbuhan ini terutama tumbuh baik di Indonesia bahagian timur dan Australia bahagian utara, namun demikian dapat pula diusahakan di daerah-daerah lain yang memiliki musim kemarau yang jelas.
Minyak kayu putih mudah meruap. Pada hari yang panas orang yang berdekatan dengan pohon ini akan dapat membauinya dari jarak yang cukup jauh.

Sebagai tumbuhan industri, kayu putih dapat diusahakan dalam bentuk hutan usaha (agroforestri). Perhutanan memiliki beberapa hutan kayu putih untuk memproduksinya. Minyak kayu putih yang diambil dari penyulingan biasa dipakai sebagai minyak balur atau campuran minyak pengubatan lain (seperti minyak telon) atau campuran parfum serta produk rumah tangga lain. (Rujukan: Wikipedia)

Kayu putih dapat tumbuh di tanah tandus, tahan panas dan dapat bertunas kembali setelah terjadi kebakaran. Tanaman ini dapat ditemukan dari dataran rendah sampai 400 m dpl, dapat tumbuh  dekat pantai di belakang hutan bakau, di tanah berawa atau membentuk hutan kecil di tanah kering sampai basah. Pohon, tinggi 10 – 20 m, kulit batangnya berlapis-lapis, berwarna putih keabu-abuan dengan permukaan kulit yang terkelupas tidak beraturan. Batang pohonnya tidak terlalu besar, dengan percabangan yang menggantung ke bawah. Daun tunggal, agak tebal seperti kulit, bertangkai pendek, letak berseling. Helaian daun berbentuk jorong atau lanset, panjang 4.5-15 cm, lebar 0.75-4 cm, hujung dan pangkalnya runcing, tepi rata, tulang daun hampir sejajar. Permukaan daun berambut, warna hijau kelabu sampai hijau kecoklatan, Daun bila diremas atau dimemarkan berbau minyak kayu putih.

Perbungaan majemuk bentuk bulir, bunga berbentuk seperti lonceng, daun mahkota warna putih, kepala putik berwarna putih kekuningan, keluar di hujung percabangan. Buah panjang 2,5-3 mm, lebar 3-4 mm, warnanya coklat muda sampai coklat tua. Bijinya halus, sangat ringan seperti sekam, berwarna kuning.

Buahnya sebagai obat tradisional disebut merica bolong.

Ada beberapa varietas pohon kayu putih. Ada yang kayunya berwarna merah, dan ada yang kayunya berwarna putih. Rumphius membedakan kayu putih dalam varietas daun besar dan varietas daun kecil. Varietas yang berdaun kecil, yang digunakan untuk membuat minyak kayu putih. Daunnya, melalui proses penyulingan, akan menghasilkan minyak atsiri yang disebut minyak kayu putih, yang warnanya kekuning-kuningan sampai kehijau-hijauan. Perbanyakan dengan biji atau tunas akar.

Penyakit Yang Dapat Diobati :

  • Reumatik
  • Radang usus
  • Diare
  • Radang kulit
  • Batuk
  • Demam, flu
  • Sakit kepala
  • sakit gigi
  • Ekzema
  • Nyeri pada tulang dan saraf
  • Lemah tidak bersemangat (neurasthenia)
  • Susah tidur
  • Asma

BAHAGIAN YANG DIPAKAI:

Kulit pohon, daun, ranting, buah.

KEGUNAAN :

Daun:

  • Rematik.
  • Nyeri pada tulang dan syaraf (neuralgia).
  • Radang usus, diare, perut kembung.
  • Radang kulit.
  • Ekzema, sakit kulit karena alergi.
  • Batuk, demam, flu.
  • Sakit kepala, sakit gigi.
  • Sesak nafas (asma)

Kulit kayu : Lemah tidak bersemangat (neurasthenia). Susah tidur.

PEMAKAIAN :
Untuk minum: Daun: 10-15 g, direbus.
Pemakaian luar: Kulit atau daun secukupnya digiling halus, untuk pemakaian setempat seperti alergik dermatitis, ekzema, luka bernanah atau daun segar secukupnya direbus, airnya untuk cuci.

CARA PEMAKAIAN :

1. Rasa lesu dan lemah, insomnia:

Kulit kering sebanyak 6-10 g dipotong-potong seperlunya, direbus dengan 3 gelas air sampai tersisa 1 gelas.  Setelah dingin disaring. minum.

2. Rematik, nyeri syaraf, radang usus, diare:

Daun kering sebanyak 6-10 g direbus dengan 2 gelas air sampai tersisa 1 gelas.  Setelah dingin disaring, minum.

3. Radang kulit, ekzema:

Daun segar sebanyak 1 genggam dicuci bersih, rebus dengan 3 gelas air air bersih sampai mendidih. Hangat-hangat dipakai untuk mencuci bagian kulit yang sakit.

4. Luka bernanah:

Kulit muda, sedikit jahe dan asam, dikunyah, lalu ditempelkan pada luka terbuka yang bernanah. Ramuan ini akan menghisap nanah dari luka tersebut dan membersihkannya.

CATATAN :

- Sulingan minyak dari daun dan ranting dinamakan minyak kayu putih (cajeput oil), yang berkhasiat sebagai obat gosok pada bagian tubuh yang sakit atau nyeri, seperti sakit gigi, sakil telinga, sakit kepala, pegal-pegal dan encok, kejang pada kaki atau menghilangkan perut  kembung, gatal digigit serangga, luka baru, luka bakar, kadang sebagai obat batuk.

MAKLUMAT  TAMBAHAN

  • Minyak kayu putih yang murni, bila dikocok didalam botol, maka gelembung-gelembung yang terbentuk dipermukaan akan cepat  menghilang. Bila minyak kayu putih dipalsukan, yaitu dicampur dengan minyak tanah atau bensin, maka gelembung-gelembung yang  terbentuk setelah dikocok, tidak akan cepat menghilang.

Komposisi :

SIFAT KIMIAWI DAN EFEK FARMAKOLOGIS:

KULIT POHON : Tawar, netral – Penenang.

DAUN : Pedas, kelat, hangat – Menghilangkan sakit (analgetik), peluruh keringat (diaforetik), anti rheumatik, peluruh kentut (karminatif, pereda kolik (spasmolitik).

BUAH: Berbau aromatis dan pedas – Meningkatkan napsu makan (stomakik), karminatif, dan obat sakit perut.

KANDUNGAN KIMIA:

Kulit pohon : Lignin, melaleucin.

Daun : Minyak atsiri, terdiri dari sineol 50%-65%, Alfa-terpineol, valeraldehida dan benzaldehida.

Sumber rujukan : http://www.iptek.net.id/ind

 

POKOK KAMBING (Epimedium sagittatum) PERANGSANG BERAHI LELAKI DAN WANITA Julai 8, 2010

Filed under: Herba — zainura66 @ 2:46 pm
Tags: , , , , , , , ,

PENGENALAN
Epimedium mempunyai sejarah yang lama di China, yang mana khasiat perubatan pertama dicatatkan pada 2,000 tahun lalu di Shen Nong Canon of Herbs. Orang Cina merujuk herba ini sebagai perangsang nafsu berahi yang berkesan untuk lelaki dan wanita.

Dalam ilmu perubatan Cina, Epimedium juga digunakan untuk merawat masalah buah pinggang, sendi, limpa dan sakit belakang tetapi ianya lebih mempunyai nilai kepada tahap berahi yang tinggi. Sebahagian kandungan yang terdapat di dalamnya adalah flavoid, polisakarida, icariin, sesquiterpenes, fenolik dan penythylol glycosides, ionones, sterols dan alkoloid yang dipanggil magnaflorin.

Kegunaan Epimedium
Epimedium dipercayai mempunyai nilai perangsang berahi yang paling tinggi bagi kegunaan lelaki dan wanita. Kandungan flavoid dikatakan berupaya meningkatkan stimulasi kepada deria rasa, terutamanya di bahagian kelamin dan kegunaannya dikatakan membantu meningkatkan kemahuan seksual selain bertindak untuk aktiviti “copulation” dan tahap hormon testeron. Testeron merangsang bahagian tengah minda yang menggalakkan tingkah laku seksual kepada lelaki dan wanita. Beberapa kajian yang dijalankan telah membuktikan tindakbalas yang dilakukan oleh Epimedium, malahan dilihat dapat membantu kualiti seks individu dan disarankan kepada wanita yang mengalami keadaan dingin seks. Ianya juga dipercayai meningkatkan tahap prestasi seksual kepada pesakit yang menjalani hemodialisis akibat kegagalan fungsi ginjal. Walaupun tidak dapat difahami bagaimana Epimedium ini bertindak secara khusus, ianya mungkin disebabkan enzim yang dipanggil acetylcholinesterase yang membantu penghantaran sel neuro cholinergic yang dikaitkan dengan keinginan seksual dan semestinya tumbuhan ini digunakan sejak berzaman untuk mengembalikan keinginan seksual kepada lelaki dan wanita.

PENGGUNAAN

Kajian mendapati untuk hasil yang lebih baik hendaklah mengamalkan (2-4 cawan) untuk berberapa hari berturut-turut (4-5 hari). Epimedium berfungsi untuk melancarkan salur darah, seterusnya meningkatkan perjalanan darah, meningkatkan fungsi saraf dan membantu keadaan ereksi yang lebih baik, melewatkan penuaan dan menguatkan ingatan.
KESAN SAMPINGAN

Pengambilan yang berlebihan (lebih dari 10 cawan sehari) akan mengakibatkan rangsangan berlebihan seterusnya memberi kesan kepada keadaan jantung. Elakkan pengambilan Epimedium berserta dengan ubat darah tinggi dan jantung.

SIAPA YANG PATUT AMBIL

Golongan dewasa, lelaki dan perempuan, kecuali wanita hamil. Semakin berusia anda, lagi sesuai ianya untuk anda. Sangat digalakkan kepada mereka yang kurang keinginan terhadap seks.

KEBAIKAN EPIMEDIUM

· tonik untuk lelaki dan wanita
· merangsang berahi dan keinginan seksual
· meningkatkan tahap testeron
· meningkatkan kandungan sperma
· bronchitis
· membantu fungsi buah pinggang
· mengurangkan keletihan
· melambatkan penuaan
· meningkatkan fungsi minda
· sakit belakang, kerapuhan tulang
· tekanan darah rendah
· membantu pengedaran darah
· sejuk dada, kebas
· mengawal menopause dan PMS
· menggalakkan pembinaan sel tulang (osteoporosis)
· menghalang virus herpes simplex
· antioksida
· meningkatkan sistem imunisasi
· meningkatkan metabolisma – mengawal berat badan.

Sumber : http://www.simbaza.com/

 

CENDANA (Santalum album Linn) SEBAGAI AROMATERAPI

Pengenalan

Pokok Cendana ialah sejenis pokok dari keluarga Santalaceae yang kayunya berbau harum dan berwarna kuning. Pokok parasit malar hijau Santalum album ini berasal dari Asia Tenggara, Kepulauan Pasifik dan Australasia.

Cendana (digelar juga cendana wangi) merupakan pokok penghasil kayu cendana dan minyak cendana. Kayunya digunakan sebagai rempah-rempah, bahan dupa, aromaterapi, campuran parfum serta sarung keris . Ia adalah dari jenis kayu yang baik; boleh menyimpan aromanya selama berabad-abad.

Kononnya di Sri Lanka, kayu ini digunakan untuk mengawet jenazah putri-putri raja sejak abad ke-9. Di Indonesia, kayu ini banyak ditemukan di Nusa Tenggara Timur, khususnya di Pulau Timor, meskipun sekarang ditemukan pula di Pulau Jawa dan pulau-pulau Nusa Tenggara lainnya.

Cendana adalah tumbuhan parasit pada awal kehidupannya. Kecambahnya memerlukan pohon inang untuk memberi sokongan pertumbuhannya, kerana perakarannya sendiri tidak sanggup mendukung kehidupannya. Oleh itu, prasyarat inilah cendana sukar dikembangbiakkan atau dibudidayakan.

Kayu cendana wangi ( Santalum album ) kini sangat kurang dan harganya sangat mahal. Kayu yang berasal dari daerah Mysoram di India selatan biasanya dianggap yang paling bagus kualitinya. Di Indonesia, kayu cendana dari Timor juga sangat dihargai. Sebagai gantinya sejumlah pakar aromaterapi dan minyak wangi menggunakan kayu cendana jenggi (Santalum spicatum). Kedua jenis kayu ini berbeza kepekatan bahan kimia yang dikandungnya dan oleh kerana itu kadar harumnya pun berbeza.

Kayu cendana dianggap sebagai obat alternatif untuk membawa orang lebih dekat kepada Tuhan. Minyak dasar kayu cendana, yang sangat mahal dalam bentuknya yang murni, digunakan terutama untuk penyembuhan cara Ayurveda dan untuk menghilangkan rasa cemas.

Di Indonesia, perkataan “cendana” sering digunakan untuk menyebut sesuatu yang unggul biasanya berkaitan dengan pemerintah mereka seperti Presiden Soeharto. (Rujukan : wikipedia)
Sifat Kimiawi : Tumbuhan ini kaya dengan kandungan kimia yang sudah diketahui antara lain – minyak meruap
Efek Farmakologis : Sifat – berbau harum, anti radang, anti disentri, emenagogum. Bahagian tanaman yang digunakan : Kayu, kulit dan minyaknya.
Pembiakan: Perbanyak tanaman dengan biji, cangkokan dan okulasi, pemeliharaannya mudah, pangkal pokoknya dibaja dan cukup air serta sinar matahari.

Ubat tradisional:

1. Gonore Virulenta : Kayu digiling dan ditambah air atau campur dengan minyak cendana dan tempelkan ketempat yang sakit
2. Emenagogum (pembersih haid) : kulir ditambah air, digiling, disaring dan minum airnya.
(Sumber : http://www.kaskus.us/)

CARA MENANAM BIJI POKOK CENDANA

Langkah-langkah:-

1.  Rendam biji selama 2 malam / 48jam di dalam baldi yang berisi air setengah baldi.

- selepas 2 hari perhatikan keadaan biji. Asingkan biji yang tenggelam dan yang terapung kerana biji yang tenggelam adalah yang berkualiti tinggi manakala yang terapung adalah kurang berkualiti.

2.  Sediakan tapak semaian menggunakan tanah hitam yang telah digembur.

3.  Taburkan biji yang telah direndam 2malam keatas tapak semaian yang telah disiram(Basah)dengan rata kemudian taburkan sedikit tanah hitam keatas biji. Pastikan tanah tidak menutupi keseluruhkan biji tadi.

4.  Siram 2 kali sehari iaitu pagi dan petang, ini untuk mempercepatkan proses percambahan.

5.  Sediakan Polibag kecil dengan menggunakan media tanah hitam.

6.  Perhatikan tapak semaian setiap hari, sekiranya ada biji yang pecah dan keluar sedikit tunas, cepat-cepat pindahkan ke dalam polibag dengan cara mengorek biji bersama dengan tanah dan masukkan ke dalam polibag yang telah disiram(basah). Ulangi ini sehingga kesemua biji yang pecah habis dipindahkan ke polibag.

7.  Selepas dipindahkan ke dalam polibag, siraman Cuma perlu 2hari sekali, dan tempatkan polibag di tempat yang terlindung dari cahaya matahari yang terik.

8.  Benih boleh ditanam ke tanah selepas 6 inci tinggi atau lebih.

Anak pokok Cendana tidak memerlukan kawasan yang terlalu bersih, ia lebih gemar pada sekeliling yang semak atau ia tumbuh subur dibawah lindungan pokok2 tinggi. Seperti di dalam kebun getah/ kebun buah-buahan.

9.  selepas tinggi pokok Cendana mencapai 10 kaki, bahagian pucuk perlu dicantas/dipotong terus, ini adalah bertujuan pokok tidak tumbuh terlalu tinggi dan kualiti/ Gred pokok dapat diperlihara.

10.  Pokok cendana matang pada tahun ke-8.

 

LONGAN (Dimocarpus longan): BUAHAN PENAWAR PENYAKIT Julai 7, 2010

Filed under: Buahan — zainura66 @ 6:21 pm
Tags: , , , , , ,

Pengenalan
Longan adalah sejenis pokok berbuah. Nama saintifiknya ialah Dimocarpus longan dari keluarga Sapindaceae. Pokok longan berasal dari Asia Tenggara. Buah longan boleh dimakan atau dijadikan ubatan dalam tradisi orang Cina.

BUAH LONGAN PEMBERI TENAGA
Buah longan digemari kerana rasanya yang manis dan sedap di makan begitu sahaja. Jika tidak disebabkan imigran dari China yang membawanya ke negara ini mungkin kita tidak dapat menikmati keenakan buah ini. Buah longan dikatakan adik kepada buah laici kerana ia lebih kecil saiznya. Dalam masyarakat cina, buah longan jarang di makan begitu sahaja; biasanya mereka menggunakan buah ini dalam perubatan.

Terdapat pelbagai vitamin dan mineral yang terkandung dalam buah longan. Antaranya zat besi , magnesium, fosforus, potassium dan sejumlah besar vitamin A dan C. Buah longan juga di katakan mempunyai sebatian fenolik di dalam buahnya seperti asid gallik, corilagin dan asid ellagik. Ini menunjukkan buah longan mempunyai bahan anti-oksidan pelindung hati.

KHASIAT LONGAN

Bahagian tanaman longan yang paling menonjol manfaatnya adalah bahagian buah. Namun begitu bahagian yang lain seperti akar, biji, daun dan pokoknya juga mempunyai manfaatnya tersendiri .

  • Akar dan daunnya mempunyai quertin dan quercitrin .  Akarnya boleh membersihkan saluran air kencing dan melancarkan peredaran darah . Daunnya pula boleh digunakan untuk ubat anti radang dan meredakan demam.
  • Bijinya walaupun keras tetapi mempunyai khasiat antaranya untuk menghilangkan rasa sakit . Bahagian biji juga mempunyai khasiat lain antaranya bermanfaat sebagai bahan pembuat syampu rambut kerana kandungan saponin yang dapat menghasilkan buih yang banyak.
  • Isi buah longan dikatakan boleh bertindak sebagai stomatik (agen yang merangsang aktiviti rembesan digaster dan digunakan sebagai tonik untuk meningkatkan selera makan ),  febrifuge (rawatan atau ubat yang mengurangkan atau mencegah demam ) dan vermifuj ( sebarang ubat atau agen kimia yang digunakan untuk singkirkan cacing dari usus). Air rebusan buah yang telah dikeringkan boleh digunakan sebagai tonik dari rawatan imsonia . Buah longan juga boleh meningkatkan stamina kerana mempunyai sukrosa, protein, lemak, glukosa, dan asid tartaric. Bagi ibu hamil yang lemah atau selepas bersalin dikatakan baik untuk mendapatkan kembali tenaga yang hilang. Namun perlulah meminta nasihat doktor terlebih dahulu. Manfaat lain apabila memakan buah longan secara teratur dapat mengurangi demam, menambah nafsu makan, mencegah anemia dan rambut beruban.

Selepas ini kita bolehlah menikmati keenakan buah longan ini dengan mendapat khasiatnya sekali. Namun, harus diingat jangan terlalu berlebihan kerana dikhuatiri memberi kemudaratan lain pula.

(Sumber : http://syawanamisni.blogspot.com/)

MAKLUMAT TAMBAHAN

Anda jangan terkeliru di antara Pokok Mata Kucing dan Pokok Longan . Pokok mata kucing merupakan sejenis sub-spesies pokok Longan. Buah mata kucing ini dikenali sedemikian kerana rupa dan saiz buahnya yang seperti mata kucing. Buah mata kucing kecil sedikit dari buah longan.
Tanaman buah Longan ada 4 jenis iaitu Edaw, Chompoo, Biew Khiew dan Klon Diamond/Belian di mana yang di tanam di Malaysia  hanya dua klon yang popular ialah Klon Edaw dan Klon Belian. Tanaman longan di Malaysia merupakan komoditi baru dan Malaysia merupakan negara pengimpot buah longan segar dan longan proses yang terbesar dari Thailand bernilai lebih 7,650 metrik tan dengan nilai lebih RM 12.4 juta pada tahun 2007.  Seluas 60 – 80 hektar tanaman longan di tanam di Malaysia terutama di Johor, Melaka, Selangor, Kedah, Perak dan Negeri Sembilan.

LONGAN ADA BAHAN PENGAWET

KOTA BHARU – Bagi penggemar buah longan, anda diingatkan supaya berhati-hati ketika memakannya kerana dikatakan mengandungi bahan kimia pengawet ‘Sulfur Dioxida’ yang meninggal kesan negatif terutama kepada pesakit asma. Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Dr. Lila P. Mohamed Meeran berkata, mereka yang memakannya boleh mengalami pening dan sakit kepala, berpeluh, hidung berair dan kegatalan kulit.
Katanya, sulfur dioksida yang merupakan sejenis bahan pengawet digunakan secara meluas bagi mengekalkan warna dan tekstur buah termasuk buah longan.
“Peraturan-peraturan makanan 1985 yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Kesihatan hanya membenarkan penggunaan bahan berkenaan sebagai bahan pengawet tetapi tidak melebihi 30 miligram (mg) bagi setiap kilogram buah berkenaan, “Tetapi penggunaan bahan berkenaan melebihi had yang dibenarkan dan sering dikesan dilakukan oleh pihak-pihak terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.(Sumber : http://www.ehoza.com/v4/forum/isu-semasa-2008/19411-longan-ada-bahan-pengawet.html)

 

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 77 other followers