Timun tikus banyak khasiat dan senang dijaga. Biarkan hidup menjalar di pagar, tidak perlu baja dan tanpa kawalan serangga. Boleh dimasak sayur tumis, campur dalam gulai, dijeruk atau makan begiru sahaja. Di antara khasiat timun tikus ialah :
Kesan Antibacterial, ekstrak dari daun dan batang tanaman ini sangat efektik untuk bakteri-bakteri gram positive (seperti bakteri Bacillus cereues, corynebacterium diphtheria, staphylococcus aureus dan staphylococcus pyogenes) maupun bakteri gram negative (Salmonella typhi, Eschericia coli, klebsiella pneumonia, pseudomonas aeruginosa, proteus myrabillis, dan shigella bodyii).
Kesan Antidiabetik – penurun gula darah, Juice dari daun sampai ke akar banyak digunakan untuk pengubatan Diabetes, daunnya juga di gunakan untuk mengatasi luka pada kulit, sangat baik juga di gunakan untuk pengubatan Gonorrhea.
Anti pryetik – atau tanaman ini juga di gunakan untuk mengubati demam.
Antelmenthic dan lanvicidal (ubat cacing dan perawatan terhadap larva cacing).
KHASIAT BAWANG DAYAK: nama saintifik eleutherine bulbosa
MERAWAT KANSER Antioksidan yang terdapat pada bawang ini dapat merawat barah dalam tubuh seseorang. Hasil kajian yang dilakukan oleh beberapa pakar. Penggunaan antioksidan dari bahan semula jadi lebih selamat daripada yang diperoleh daripada bahan kimia.
MERAWAT PENYAKIT JANTUNG Penyakit kronik lain yang boleh ditangani oleh bawang adalah penyakit jantung.
MENURUNKAN TEKANAN DARAH Salah satu cara untuk menurunkan tekanan darah tinggi adalah dengan mengambil bawang ini. Kerana di dalamnya terdapat alisin yang dapat menurunkan tekanan darah.
MENGATASI ASID URIK tanaman ini mengandungi sebatian semula jadi yang kuat untuk mengatasi asid urik.
MELEGAKAN ASMA Ini adalah berita baik bagi penghidap asma. selain mengambil ubat yang telah diresepkan oleh doktor. Bawang Dayak ini dapat menghilangkan asma secara semula jadi.
MERAWAT BRONKITIS Kaedah penyembuhan yang boleh digunakan sebagai alternatif ubat daripada doktor adalah dengan mengkonsumsi eleutherine bulbosa.
BAIK UNTUK BUAH PINGGANG Bawang Dayak telah lama terkenal dengan khasiatnya yang hebat. Salah satu khasiat bawang ini banyak digunakan oleh masyarakat sekitar adalah menjaga kesihatan buah pinggang.
MENGATASI SAWAN Epilepsi atau sawan juga dapat diatasi dengan mengonsumsi bawang dayak secara berterusan.
MENGATASI INSOMNIA Masalah insomnia ini dapat diatasi dengan cara semula jadi, dengan menggunakan bawang Dayak
MERAWAT CYST Cyst bukan sahaja dapat dirawat dengan pembedahan sahaja. Tetapi cyst juga dapat diatasi dengan memakan bawang ini secara berterusan.
Terminalia catappa (Tropical almond ) adalah dalam keluarga Combretaceae
Nama biasa:
False kamani, almendras, badamier, Java almond, amandier de Cayenne, tropical almond, wild almond, Indian almond, myrobalan, Malabar almond, Singapore almond, ketapang, Huu kwang, Sea almond, kobateishi, West Indian almond, amandel huu kwang.
Keterangan
Pokok ini biasa ditanam sebagai pokok hiasan atau landskap di kebanyakan negara tropika di seluruh dunia . Ketapang dikatakan berasal dari India adalah merupakan pokok yang bersaiz besar hingga mencapai ketinggian sehingga 90 kaki. Daunnya berbentuk bujur lonjong itu berwarna merah-jambu akan bertukar ke merah-kuning sebelum gugur.
Menurut kajian yang telah dibuat, daunnya mengandungi tanin (punicalin, punicalagin dan tercatein).
Bunganya berwarna hijau-keputihan di mana bunga jantan dan betina adalah dari pokok yang sama serta tidak menyerlah.
Ia memiliki buah bersaiz agak besar (2-3 inci) yang dikatakan mempunyai rasa seakan-akan buah badam. Buah yang berbentuk oval/bujur ini warnanya hijau, kuning atau merah.
Di Taiwan, daun yang telah gugur digunakan dalam perubatan untuk merawat penyakit yang berkaitan dengan hati.
Melalui penyelidikan yang telah dibuat, daunnya dikatakan mengandungi agen untuk nyah kanser dan besar kemungkinan berpotensi sebagai ubat anti kanser.
Isirongnya (sabut biji) pula telah membuktikan sebagai afrodisiak (ubat penggalak nafsu syahwat); berkemungkinan boleh digunakan dalam rawatan ejakulasi pra-matang.
Ethanol yang diekstrak dari daunnya pula berpotensi untuk merawat masalah ketidaktentuan sel .
Selain dari itu, pokok ini juga digunakan oleh penternak ikan kolam untuk menyihatkan ikan peliharaan mereka seperti ikan keli.
Ubat tradisional :
Teh yang dibuat dari daunnya digunakan untuk menyembuh disentri dan diarrhea(cirit-birit).
Mungkin tidak ramai yang tahu atau pernah rasa buah sukun goreng. Buah yang kebanyakkan dari kita membiarkan sahaja ia busuk di atas pokok ini sebenarnya mengandungi pelbagai kandungan nutrisi di samping boleh dijadikan snek ringan.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan khasiat buah sukun, dan beberapa resepi menarik untuk anda jadikan hidangan minum petang.
Buah sukun (Artocarpus altilis) tergolong dalam keluarga Moraceae iaitu sama dengan pokok ara dan nangka.
Di Malaysia, pokok sukun mempunyai dua musim pengeluaran di waktu puncak sepanjang tahun.
Biasanya pokok akan berbunga pada bulan Februari / Mac / Julai dan Ogos. Manakala berbuah pula pada bulan April / Jun / Oktober dan November.
Buahnya seakan-akan buah nangka. Ia berbentuk bulat dan sedikit lonjong, berwarna hijau terang dan berubah kuning kecokelatan apabila matang.
Sukun digemari oleh banyak orang kerana ia boleh diolah dan dijadikan snek lazat di waktu petang seperti sukun goreng, kerepek, bubur, kuih-muih, biskut dan sebagainya.
Fakta kandungan nutrisi
Setiap 100 gram buah sukun mengandungi nutrisi seperti berikut:
Air: 70.6 g
Tenaga: 103 kcal
Protein: 1.07 g
Jumlah lemak: 0.23 g
Karbohidrat: 27.1 g
Serat: 4.9 g
Jumlah gula: 11 g
Kalsium: 17 mg
Zat besi: 0.54 g
Magnesium: 25 mg
Fosforus: 30 mg
Kalium: 490 mg
Natrium: 2 mg
Zink: 0.12 mg
Kuprum: 0.084 mg
Mangan: 0.06 mg
Selenium: 0.6 µg
Vitamin C: 29 mg
Thiamin: 0.11 mg
Riboflavin: 0.03 mg
Niasin: 0.9 mg
Kolin: 9.8 mg
Khasiat dan manfaat
Antara khasiatnya dalam kesihatan adalah seperti berikut:
1. Meningkatkan imuniti
Memandangkan buah sukun mengandungi bioflavonoid antiradang, memakannya boleh membantu mengurangkan risiko penyakit.
Tiamin yang terkandung di dalamnya akan meningkatkan pertahanan tubuh badan kerana ia menguatkan otot di sepanjang saluran penghadaman di mana paling banyak sistem imun manusia berada di sana.
2. Boleh membantu mengawal diabetes
Serat dalam buah sukun berfungsi untuk menghalang glukosa dalam darah yang mana sangat berguna kepada pesakit diabetes.
Satu kajian yang dilakukan oleh Trends in Food Science & Technology, mencadangkan pengambilan sukun kerana potensinya untuk mengurangkan diabetes jenis 2.
3. Racun serangga yang berkesan
Kajian yang dilakukan oleh USDA Agricultural Research Service mendapati bahawa bunga sukun mengandungi tiga jenis bahan kimia yang mampu menghalau serangga terbang seperti nyamuk.
Malah sejak dulu lagi, masyarakat Hawaii sudah menggunakan teknik membakar bunga sukun sebagai penghalau semula jadi serangga.
4. Baik untuk penjagaan rambut
Health Beckon mengesyorkan orang ramai untuk makan buah sukun bagi mendapatkan rambut sihat dan kuat.
Asid lemak omega 3 dan omega 6 dalam buah ini dikatakan mampu merapikan dan menguatkan rambut serta menggalakkan rambut tanpa kelemumur yang gatal.
Bukan itu sahaja, zat besi dalam buah sukun juga boleh meningkatkan peredaran darah di kulit kepala dan kemudiannya merangsang pula pertumbuhan folikel.
5. Boleh membantu kesihatan jantung
Sifat antioksidan buah sukun mungkin memberi kesan positif untuk kesihatan jantung pada umumnya. Kalium misalnya boleh membantu dalam mengurangkan tekanan darah seseorang.
Memandangkan ia mengurangkan kesan natrium, ia juga boleh menggalakkan degupan jantung lebih teratur.
6. Membekalkan sumber tenaga yang berpanjangan
Karbohidrat kompleks dalam buah sukun memberikan sumber tenaga berpanjangan. Itu fakta yang perlu kita ketahui!
Kerana setiap 100 gram buah sukun mengandungi sekitar 27.1 gram karbohidrat yang mana ia setara dengan 10% keperluan karbohidrat sehari ditambah dengan kandungan serat dan proteinnya.
Tips beli buah sukun
Sukun agak jarang dijual di bandar. Biasanya anda boleh temukannya di kampung atau ditanam sendiri di rumah.
Tetapi jika anda jumpa dan ingin membelinya, berikut adalah antara tips yang boleh dicuba:
1. Pilih sukun dengan durinya masih mekar
Jika anda ingin memilih sukun yang sudah masak, boleh perhatikan dulu duri dan teksturnya.
Tanda sukun yang telah masak boleh dilihat dari kulitnya yang mula mekar. Bila dipukul dengan pisau, ianya masih empuk dan tidak keras.
Sebaliknya buah yang masih mentah, teksturnya lebih keras dari biasa.
2. Jenis sukun yang sesuai untuk buat kerepek
Untuk membuat kerepek, pilih sukun yang sudah masak tetapi bukan terlalu masak.
Kerana buah yang terlalu masak akan lembik dan sukar untuk mendapatkan tekstur ranggup kerepek tersebut.
3. Cara hilangkan getah sukun
Sukun memiliki getah putih yang boleh membuatkan rasanya pahit apabila tidak dibersihkan dengan betul.
Jadi anda boleh cuba merendam sukun di dalam air garam selama 10-15 minit sebelum dihiris dan digoreng.
Boleh juga direndam menggunakan air yang dicampur bawang putih untuk memberi rasa ranggup ketika digoreng menjadi kerepek.
Resepi sukun goreng tepung & sambal kicap
Sukun goreng tepung memang enak dijadikan hidangan minum petang. Beli sukun goreng diluar semestinya tidak sama dengan masakan sendiri.
Selain menjimatkan duit, anda pun boleh olah resepi mengikut citarasa sendiri.
1. Sukun goreng tepung
Bahan-bahan:
1 biji buah sukun (saiz kecil)
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 1/2 cawan air
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
3 cawan minyak masak (untuk menggoreng)
Cara penyediaannya:
Potong nipis isi buah sukun.
Masukkan tepung beras, tepung gandum, telur, garam, gula, serbuk kunyit, dan air ke dalam mangkuk. Kemudian kacau sehingga sebati.
Panaskan minyak dalam kuali.
Celupkan sukun dalam bancuhan tepung lalu masukkan ke dalam minyak yang panas.
Goreng sukun hingga kekuningan dan garing kedua-dua bahagian.
Toskan minyak dan hidangkan di dalam piring.
2. Sambal kicap pedas
Bahan-bahan:
30 tangkai cili padi hijau (digoreng)
3 ulas bawang putih (digoreng)
Jus limau nipis
Kicap manis
Sedikit garam
1 sudu besar gula
Cara penyediaannya:
Goreng cili dan bawang putih seketika.
Kisar semua bahan dan tambah garam gula secukup rasa
Tuangkan sambal kicap ke dalam bekas dan sedia untuk dihidangkan.
Untuk tahan lebih lama, anda boleh simpan sambal kicap dalam peti sejuk.
Assalamualaikum sahabat semua. Agak lama admin tak hantar posting. Kali ini admin berkongsi info tentang Pokok Peria Bulan.
Pokok liar yang tumbuh dalam semak ini kini sukar untuk ditemui sekarang. Pokok nya boleh membesar dan menjalar sehingga ketinggian 3 meter. Ia tumbuh subur di tempat panas (cahaya marahari penuh atau separa) di tanah lembab seperti tepi sungai atau longkang. Pembiakannya melalui biji benih, keratan dahan lembut dan teknik lenturan.
Ramai yang tidak menyedari bahawa pokok liar ini mempunyai banyak khasiat dan kegunaannya bagi merawat urat saraf dan sendi yang bermasalah.
Bijinya berwarna hitam dan bentuknya bulat , ada kelihatan bentuk ‘Love’ yang berwarna putih serta kantung bijinya kembung macam belon, nipis seperti kertas . Benih masak dari bulan Ogos – Oktober.
Bunganya halus berwarna putih. Setiap tangkai mempunyai dua (2) bunga besar dan dua bunga kecil. Musim bunganya dari bulan Julai hingga Ogos.
Khasiat dan cara penggunaan ;
Biji : digunakan sebagai ubat kencing manis.
Digunakan dalam merawat penyakit sendi, saraf dan mengembalikan kekuatan anggota badan.
Daun : dihancurkan dan dijadikan teh.
Membantu menghilangkan kegatalan kulit.
Daunnya yang muda boleh dimasak sebagai sayuran.
Jus daunnya digunakan bagi merawat masalah telinga.
Juga alternatif melegakan migrain.
Mandian bagi bayi yang mengalami jaundis ( demam kuning) . Rebus daunnya, setelah suam, mandikan bayi dengan air rebusan ini.
Menurunkan suhu panas kanak-kanak yang mengalami demam panas . Ramaskan daun dengan air dalam baldi, tapiskan air ramasan tersebut, Dan mandikannya dari leher hingga ke kaki di antara pukul 10 pagi hingga 2 petang.
Buah : Ambil buahnya dan jemur hingga kering dan simpan dalam bekas yang kering. Setiap pagi, sebelum sarapan, ambil 3 atau 5 atau 7 biji (bilangan ganjil) letak dalam gelas, masukkan air panas kemudian biarkan dalam setengah jam, baru diminum. Minum pada waktu pagi 1 kali dan sebelum tidur 1 kali. Sangat baik bagi mereka yang mengalami masalah urat saraf dan sendi serta pesakit diabetis (kencing manis) yang kronik .
Digunakan oleh ramai tok bomoh untuk merawat masalah mata…di indonesia ada setengahnya menggunakan dalam kaedah Gurah Mata Bayu Bajrah dengan cara mengenakan sedikit getah yg diambik dari bunganya pada dua2 ibu jari tangan kemudian meletakkan pada dalam kelopak bawah mata pesakit sambil membaca ayat atau jampi tertentu (ayat dan jampi ni syarat je utk mengaburi tanggapan pesakit)….rasanya sangat pedih
Kita kenali pokok kitolod dulu:
Tanaman yang berasal dari Hindi Barat ini tumbuh liar di pinggir saluran air atau sungai, sawah, sekitar pagar dan tempat-tempat lainnya yang lembab dan terbuka. Ki tolod dapat ditemukan dari dataran rendah sampai 1,100m dpl. Tinggi mencapai 60 cm, bercabang dari pangkalnya, bergetah putih yang rasanya tajam dan mengandungi racun. Daun tunggal, permukaan kasar, ujung runcing, pangkal menyempit, tepi melekuk ke dalam, bergigi melekuk. Panjang daun 5-17 cm, lebar 2-3 cm, warnanya hijau.
Bunganya tegak, tunggal, keluar dari bawah daun, bertangkai panjang, berbentuk bintang berwarna putih.
Daun: Sakit gigi, Asma, Bronkhitis, radang tenggorok, Obat luka
Lidahbuaya atau nama botaninya Aloevera ialah spesies tumbuhan dalam genus Aloe. Nama saintifiknya pups ialah Aloe vera (L.) Burm.f. Tumbuhan malar hijau saka ini asli di Semenanjung Arab, tetapi ia meliar sebagai spesies ceroboh di iklim-iklim tropika, separa tropika dan kering seluruh dunia Ia juga telah membiak dengan baik di lembangan Mediterranean dengan merentasi Algeria, Maghribi, Tunisia di utara Afrika serta kepulauan Canaria dan Madeira.
Morfologi
Lidah buaya ialah tumbuhan saka, sukulen separa-tropika, dengan akar serabut yang kuat dan daun hijau ke kelabu-hijau yang banyak, berisi tebal, dan berduri pada tepinya. Pangkal daunnya tersusun berbentuk sarung. Bahagian yang digunakan dalam perubatan ialah jus dan gel daun. Pokok lidah buaya boleh menerima cahaya matahari penuh atau separa penuh untuk hidup.
Lebar pokok boleh mencecah 60-120 sm manakala panjang pokok ialah sehingga 80 sm pada peringkat matang. Tingginya boleh mencapai 40-60 sm.
Pokok Lidah Buaya @ Aloe Vera
Bunga pokok pula ialah kuning 30 mm panjang pada beberapa batang jambak bunga.
Lidah buaya adalah antara tumbuhan yang membebaskan oksigen dan menyerap karbon dioksida walaupun berada dalam keadaan gelap, membuatkan ia sesuai diletakkan dalam bilik tidur.[perlu rujukan]
Bunga Lidah Buaya berwarna kuning.
Penanaman
Pokok lidah buaya mempunyai sejarah penanaman yang panjang di seluruh kawasan tropika dan subtropika yang lebih kering di dunia, baik sebagai pokok hiasan mahupun sebagai perubatan herba. Kajian penanaman lidah buaya di tanah bekas lombong yang diklasifikasikan sebagai tanah bermasalah telah dilaksanakan di Stesen MARDI Kundang, Selangor. Hasil kajian menunjukkan lidah buaya amat berpotensi ditanam di tanah bekas lombong kerana ia hanya memerlukan lembapan tanah yang amat minimum.
Pokok lidah buaya yang ditanam secara komersial dituai setiap enam hingga lapan minggu dengan mengambil tiga hingga empat helai daun per pokok.
Sejarah perubatan
Batu bersurat Sumeria bertarikh 2200 SM, yang dijumpai di kota Nippur menunjukkan bahawa daun lidah buaya telah digunakan sebagai julap. Pada 1550 SM, orang Mesir Ebers Papyrus menunjukkan bahawa daun lidah buaya dikisar, dicampur dengan komponen perubatan lain dan direbus, kemudian digunakan dalam 12 formula perubatan, untuk kegunaan dalaman dan luaran. Sekitar 400 SM, sap lidah buaya telah direbus untuk kegunaan domestik dan dieksport melalui pedagang Arab sepanjang barat Asia. Selaras itu, pokok ini telah dikenali sebagai ‘penyembuh senyap’ oleh penganut agama Hindu dan ‘ramuan harmonik’ oleh pakar perubatan Cina kuno. Ia telah (dan masih) ditanam dan digunakan di India sebagai agen penyembuhan dalaman dan luaran.
Khasiat :
Penyelidik-penyelidik di Universiti Miguel Hernandez di Alicante, Sepanyol, telah mengembangkan sejenis gel berasaskan Aloe vera yang memanjangkan pemuliharaan keluaran-keluaran segar, seperti buah-buahan dan kekacang segar. Gel ini hambar, tidak berwarna dan tidak berbau. Produk semula jadi ini merupakan alternatif yang selamat dan tidak menjejaskan persekitaran, berbanding dengan bahan-bahan awet tiruan seperti sulfur dioksida. Kajian menunjukkan bahawa anggur-anggur pada 1 °C yang disapu dengan gel ini dapat dipeliharakan selama 35 hari, berbanding dengan hanya 7 hari untuk anggur-anggur yang tidak diolah. Menurut penyelidik-penyelidik itu, gel ini bertindak melalui satu gabungan mekanik (Serrano et al., 2006) dan membentuk satu lapisan pelindung terhadap oksigen dan kelembapan udara dan, melalui berbagai-bagai sebatian antibiotik dan antikulat, menghalang tindakan mikroorganisma yang mengakibatkan penyakit-penyakit bawaan makanan.
1) Perubatan
Lidah Buaya biasa dipergunakan sebagai kegunaan luar untuk merawat berbagai-bagai keadaan kulit, seperti luka, luka terbakar dan ekzema. Sap daripada Lidah Buaya dikatakan dapat melegakan kesakitan dan mengurangkan keradangan. Bukti-bukti saintifik mengenai kesan-kesan sap Lidah Buaya terhadap penyembuhan luka kelihatan bercanggah (Vogler dan Ernst, 1999). Satu kajian yang dijalankan pada dekad 1990-an menunjukkan bahawa penyembuhan luka terbakar yang sederhana hingga teruk telah dicepatkan sehingga enam hari apabila luka selalu disapu dengan gel Lidah Buaya, berbanding dengan luka yang hanya dibalut oleh pembalut kasa (Farrar, 2005). Sebaliknya, lagi satu kajian menunjukkan bahawa luka-luka yang disapu dengan gel Lidah Buaya mengambil lebih banyak masa untuk sembuh (Schmidt dan Greenspoon, 1991).
Banyak syarikat kosmetik memasukkan sap dan bahan-bahan terbitan Lidah Buaya yang lain ke dalam produk-produk mereka seperti alat solek, pelembap kulit, sabun, pelindung cahaya matahari, syampu, dan losen. Gel Lidah Buaya dikatakan berguna untuk keadaan-keadaan kulit yang kering, khususnya ekzema di sekeliling mata serta kulit muka yang peka. Selain itu, gel Lidah Buaya telah digunakan untuk merawat jangkitan-jangkitan kulat, seperti kurap.
Sebuah makalah yang diterbitkan oleh Jurnal Amalan Umum British menunjukkan bahawa Lidah Buaya adalah amat baik untuk merawat pesakit-pesakit yang telah lama menghidap kurap air. Bagaimanapun, pembubuhan topikal Lidah Buaya tidaklah berkesan terhadap pencegahan kecederaan berkait sinaran. Fungsi Lidah Buaya yang dikatakan dapat menyembuhkan luka juga masih tidak jelas walaupun terdapat sesetengah hasil kajian yang mengeluarkan keputusan yang menggalakkan. Keberkesanan ujian klinikal terhadap penggunaan Lidah Buaya secara topikal atau melalui mulut juga masih tidak jelas pada masa kini.
2)Makanan
Hebahan cerita tentang banyaknya manfaat daripada penggunaan Lidah Buaya yang semakin popular telah menjadikan para pengeluar makanan tertarik untuk mengolahnya sebagai bahan makanan baharu. Hal ini terbukti dengan beragamnya produk makanan daripada ekstrak Lidah Buaya yang dijual dalam pasaran. Ada antaranya yang dijual segar atau dibuat manisan, jus, serbuk sehinggalah kepada gel aloe vera.
Selain sebagai bahan utama dalam kecantikan, Lidah Buaya juga dikatakan bermanfaat untuk kesihatan seperti mampu melambatkan serangan virus HIV kepada sel sihat, memperbaiki sistem pencernaan, bersifat antiseptik dan antibiotik semula jadi.
Negara-negara Dunia Ketiga dilihat agak ketinggalan, berbanding negara-negara membangun di sekitar lautan Pasifik seperti Hong Kong, Taiwan dan China, di mana mereka sentiasa menggunakan Lidah Buaya sebagai suatu makanan budaya. Mereka menggunakannya dalam bentuk jus, manisan bahkan dicampur dengan teh.[perlu rujukan]
Dalam bidang masakan, isi Lidah Buaya sebenarnya amat lazat untuk diadukkan dalam beraneka masakan. Teksturnya yang kenyal dengan rasanya menyegarkan sangat sesuai untuk dicampur dengan salad, tumisan, jus mahupun manisan.
Bagi pengguna yang ingin mengolah Lidah Buaya, berikut merupakan petua bagi mengurangkan bau langu, rasa pahit dan lendirnya:
Sentiasa memilih Lidah Buaya berisi tebal. Kupas kulit sedikit tebal sehingga tersisa isi buah yang berwarna putih lut sinar. Potong menjadi bentuk yang lebih kecil. Rendam di dalam air matang yang telah ditambah dengan 0.025% garam dan 0.025% asam sitrat. Biarkan selama 2 jam, cuci bersih dan tiriskan. Cara lain: Setelah dikupas, cuci dan ramas-ramas potongan isi Lidah Buaya di dalam air garam. Setelah lendirnya hilang, rendam dalam air kapur sirih atau tawas agar untuk memperoleh tekstur gel yang lebih kukuh dan kenyal. Cuci bersih dan gel siap digunakan.
Lidah buaya telah digunakan sebagai ubatan tradisional untuk melegakan luka, ruam, demam, gatal-gatal, kulit dan banyak lagi.[perlu tahu caranya] Selain itu, pokok herba ini juga sangat terkenal dalam industri kosmetik dan produk kesihatan. Walau bagaimanapun, ia masih kurang ditanam secara komersial di Malaysia. Spesies ini juga menarik sebagai tanaman hiasan.
Pucuk Ketumbar Jawa boleh dimakan sebagai ulaman. Rasa dan baunya sama seperti ketumbar. Boleh juga dimasukkan ke dalam masakan seperti tomyam, paprik atau kari kurma.
Sila layari http://wannuraorkid.wordpress.com/ untuk rujukan orkid spesis dan hibrid atau anda boleh klik pada widget yang tertera wannuraorkid dibawah tajuk BLOG TEMAN. Pemindahan orkid ke weblog baru adalah untuk memudahkan rujukan anda di masa hadapan. Sekian terima kasih.
1. Koleksi Herba
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia
(MARDI)
2. Herbs of Malaysia
An introduction to the medicinal, culinary, aromatic
and cosmetic use of hebs.
3. Ensiklopedia Herba-herba sekeliling kita
oleh Abdullah al-Qari B. Hj. Salleh
4. A to Z of South East Asian Orchid Species.
5. Media-media massa
6. Teman-teman
7. Pengalaman sendiri
Apa kata teman hari ni ?