Wannura

Koleksi Tumbuhan

Kunyit (Yellow ginger) Januari 2, 2010

Filed under: Herba — Wannura @ 10:34 am
Tags: , , , , ,

 

4 Responses to “Kunyit (Yellow ginger)”

  1. terapimasayu Says:

    Kalau ketiak berbau hangit
    sapu dengan minyak kunyit

    • zainura66 Says:

      Boleh jugak, tapi hati-hatilah dikhuatiri pakaian akan menjadi kuning pula di bahagian ketiak nanti. Tapi orang India sangat suka berlulur menggunakan kunyit segar ini kerana mengikut pandangan mereka warna kuning ini akan menaikkan seri wajah mereka. Cubalah…

  2. zainura66 Says:

    Maklumat tambahan;

    Kunyit (Cucuma domestica val.) adalah sejenis tanaman umbisi dari keluarga Zingiberaceae. Tumbuhan ini dipercayai telah lama ditanam di India sejak zaman silam lagi dengan nama kunyit ini wujud dalam bahasa Sanskrit. India dan Indo-Malesia dianggap dari Cochin-China dengan terdapat rekod dari ekspedisi Marco Polo. Pada lingkungan tahun 1280, ia menyebut bahawa Koncha (berjiranan Fokien, China) terdapat sejenis sayuran yang bercirikan betul-betul ‘saffron’ (bahan pewarna dari stigma kuning Crocus sativus) tetapi bukan ‘saffron’ yang benar. Apa yang dimaksudkan oleh pelayar ini mungkin serbuk kunyit yang warnanya kuning seperti ‘saffron’ itu. Walau bagaimanapun, sekarang ini kunyit umumnya dijumpai di serata rantau tropika dan beberapa kawasan subtropika. Artikel ini ditulis untuk memberikn teknologi tanaman kunyit berdasarkan pengalaman dan pembacaan penulis yang bertugas sebagai pegawai pengembangan pertanian.

    Nama kunyit boleh didapati dalam berbagai bahasa di Asia. Dalam Sanskrit dipanggil Harida, Arab (Kukum), Tamil ( Manjal), Inggeris (Tumeric), China (Kiang-hoang) dan dalam bahasa Jawa (Kunyir). Daripada perkataan Arablah kita dapat sebutan Latin Curcuma. Tanaman kunyit di Malaysia ditanam seluas 154 ha (2006) menurun kepada 50 hektar (2009) dan dianggarkan seluas 70 hektar pada tahun 2010 dengan anggaran hasil sebanyak 610 metrik tan. Nilai pengeluaran hasil dianggarkan sebanyak RM 1.64 juta. Kunyit hanya banyak di tanam di Johor, Selangor , Negeri Sembilan dan Sabah. Hampir 40% tanaman kunyit adalah di Negeri Selangor.
    Kunyit merupakan tumbuhan herba saka tetapi ditanam sebagai tanaman tahunan. Tingginya boleh sampai 1 meter berbatang pendek dan daun-daunnya berjumbai. Pelepah-pelepah daunnya membentuk batang. Ubi utamanya dipanggil rizom, bulat panjang mempunyai tunas-tunas cabang berkembang membentuk anak-anak ubi sisi yang mempunyai gelang-gelang rapat. Bahagian rizom dan ubi sisi inilah yang digunakan sebagai rempah-rempahan. Ubi sisi ini bercabang-cabang lagi sehingga keseluruhannya membentuk suatu rumpun. Bekas-bekas akar nampak jelas pada ubi-ubi sisi ini yang berwarna jingga kecoklatan dari luar. Pada bahagian dalamnya berwarna jingga terang atau agak kuning. Rasa ubi ini agak pahit dan getir dengan bau yang khusus. Ia berbunga di hujung batang dan panjangnya 10 – 15 sm. Daun-daun pelindung bunganya berwarna putih atau putih bergaris-garis hijau atau merah jambu di hujungnya manakala yang terletak di bahagian bawah hijau muda. Bunganya putih atau kuning pucat dan mekar atau kembang bersama-sama.
    Kunyit sesuai ditanam di kebanyakan tempat di Malaysia yang mempunyai iklim panas dan lembab dengan suhu 15 darjah celsius – 35 darjah celsius. Ia boleh ditanam di dataran rendah dari paras laut hinggalah pada paras 1,220 meter atas paras laut. Curahan hujan yang berterusan terutamanya di kawasan tadahan hujan adalah baik untuk penanaman kunyit. Hujan tahunan yang optima untuk kunyit ialah di sekitar 100 sm hingga 200 sm. Hujan sederhana lebat diperlukan semasa menanam dan hujan lebat semasa peringkat awal vegetatif. Keadaan kering selama sebulan diperlukan sebelum penuaian dijalankan.
    Keadaan tanah sesuai bagi tanaman kunyit, biasanya bersaliran sempurna dan subur yang terdapat pada tanah jenis lom. Tanah rendah yang boleh bertakung air tidak sesuai kerana ianya peka terhadap keadaan terendam. Ketahanan pH tanah bagi tumbuhan ini ialah antara 4.3 dan 7.4. Pada tanah yang terlalu kering ketika musim yang agak panjang, bantuan pengairan diperlukan.
    Varieti yang khusus dari tempatan jarang ditemui melainkan dari India di mana pelbagai varieti dikeluarkan dan dibiakbaik untuk tanaman komersial. Varieti-varieti yang ditanam di India yang sama keperluan ekologi-fisiologinya dengan Malaysia. Terdapat 5 varieti yang diusahakan di Malaysia. Varieti Col-I matang dalam tempoh 285 hari dengan hasil sekitar 30 mt/ hektar. Varieti kedua Jenis Rangga matang dalam tempah 250 hari dengan potensi hasil 29 mt/ha. Varieti ketiga Jenis Rasmi matang dalam tempoh 24 hari dengan potensi hasil 31 hari sementara variety keempat Jenis Roma matang dalam masa 250 hari dangan potensi hasil 21 mt/ha. Varieti kelima Jenis Suguna matang dalam tempoh 190 hari dengan potensi hasil 29 mt/ha.
    Bahan tanaman kunyit adalah dari cebisan rizom dari bahan yang terpilih berat 20 kg tiap-tiap satu digunakan sebagai bahan tanaman pada kadar 2.0 tan/ha. Rizom perlu cukup tua, sihat dan mempunyai 1-2 mata tunas. Untuk mendapatkan cebisan bahan tanaman yang sihat, dinasihati memperolehinya terus dari ladang tanaman yang telah mengeluarkan hasil. Untuk memastikan cebisan rizom ini bebas dari penyakit, racun kulat digunakan. Bagi tujuan ini cebisan rizom direndam dalam larutan racun kulat selama 15-30 minit. Untuk mendapatkan pokok yang seragam, pra-cambahan selalunya diamalkan. Ini memastikan tiada berlaku kegagalan pertumbuhan pada sesuatu lubang tanaman itu.
    Kunyit ditanam dengan bermulanya musim hujan di atas batas berukuran 1-1.5 meter lebar dan tinggi 20 sm serta panjang yang bersesuaian. Ianya ditanam sedalam lebih kurang 6-8 sm. Jarak tanaman yang disyorkan 45-60 sm antara baris dan 25 sm antara pokok. Setelah ditanam cebisan pra-cambah, ianya diberikan lindungan sementara sehingga tanaman berumur kira-kira 3 bulan.
    Baja organik (tahi ayam) pada kadar 4-5 tan/ha/musim digaulkan ke dalam tanah 3-5 hari sebelum menanam. Baja in-organik dengan kadar 60:30:90 kg NPK/ha dibubuh 3 kali sepanjang penanaman. Kunyit banyak diproses dan dan dijual dalam bentuk kunyit serbuk banyak dijual dalam pasaran (Lihat foto). Penanaman kunyit perlu diteruskan untuk bekalan segar dalam Negara.
    http://animhosnan.blogspot.com/

  3. zainura66 Says:

    Kunyit boleh bantu kurangkan masalah kegemukan

    [img]http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0521/Kosmo/Dunia/du_03.1.jpg[/img]
    PERISA kunyit dalam makanan berkari mampu mengurangkan kegemukan. – Gambar Hiasan

    BOSTON – Satu kajian saintis mendapati perisa kunyit yang terdapat di dalam kebanyakan masakan India mampu menurunkan berat badan, lapor sebuah akhbar semalam.

    Kunyit yang menjadi bahan perisa di dalam kebanyakan makanan mempunyai sejenis ramuan aktif, curcumin yang boleh membantu melawan masalah kegemukan.

    Kajian yang dilakukan oleh Universiti Tufts Boston mendapati, bahan kimia curcumin di dalam kunyit mudah diserap oleh tubuh.

    Penemuan itu dilaporkan dalam Journal of Nutrition yang mendapati bahan kimia tersebut mampu menyekat pertumbuhan tisu-tisu lemak daripada membesar di dalam tikus dan sel pembiakan manusia.

    Kajian yang dilakukan itu membuktikan curcumin mampu menghalang pembentukan lemak baru di dalam saluran darah sekali gus membantu mencairkan tisu lemak yang menyebabkan kegemukan.

    Penyelidik kanan Mohsen Meydani berkata, kenaikan berat badan akibat pembesaran dan pertumbuhan tisu lemak tidak akan berlaku jika saluran darah baru terbentuk. Proses ini dikenali sebagai angiogenesis.

    “Daripada data yang diperolehi curcumin didapati mampu menyekat aktiviti itu di dalam tisu lemak tikus yang diberi makan diet lemak,” ujarnya. – Agensi


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: