Wannura

Koleksi Tumbuhan

Galak tua (Stemona) – Stemona Tuberosa Lour Januari 22, 2010

Filed under: Herba — Wannura @ 9:23 am
Tags: , , , , ,

 

5 Responses to “Galak tua (Stemona) – Stemona Tuberosa Lour”

  1. jalanakhirat Says:

    Pokok Galak Tua adalah sejenis pokok yang terdapat di hutan Malaysia. Ia juga dikenali sebagai Ubi Kemili, Pokok Seratus, Stemona, Pecah Kelambu.

    Pokok Galak Tua merupakan sejenis herba menjalar yang mepunyai ubi yang lembut. Daunnya seakan -akan daun ubi jaga bezanya daun galak tua lebih bulat dan daun ubi jaga lebih lonjong. Ubinya berwarna putih dan bersaiz lebih kurang sebesar pensil dengan panjangnya lebih kurang 1 meter. Ia boleh dikunyah seperti tebu dan mempunyai rasa manis dan pedas. Mengandungi alkaloid stemona.

    Pokok ini berasal dari Madagaskar atau Afrika tropika dan tersebar hingga ke Sri Lanka, Thailand, Malaysia dan Indonesia. Ia adalah sejenis herba saka berumpun, setinggi 60 hingga 90 sm dan ditanam sebagai tanaman semusim. Batangnya lembut, semi-sukulen, bersegi empat, pubesen, melentur atau menegak dan tumbuh pada buku ruas bahagian bawah pohon yang ditumbuhi akar.

    Daunnya ovat hingga sub-orbikular, bes kuneat, tepi daun bergerigi kasar, berukuran 2 hingga 6 sm panjang, 1.5 hingga 4 sm lebar dan berwarna hijau muda. Daun ini beraroma apabila diramas. Infloresen terminal, berjambak tegak, berbunga banyak, kecil dan berwarna keunguan.

    Herba ini berubi dan rupanya seakan-akan ubi kentang. Ubi ini berukuran 2 hingga 4 sm panjang, 0.5 hingga 2 sm lebar, berwarna hitam keperangan dan isinya berwarna putih susu.

    Ubi kemili mengandungi khasiat makanan yang agak sederhana. Dalam setiap 100 g, bahagian yang boleh dimakan ubinya mengandungi: Air 75 g, protein 1.6g, lemak 0.1 g, karbohidrat 21.7 g, serat 0.7 g, kalsium 51 mg, fosforus 27 mg, ferum 1.1 mg, natrium 7 mg, kalium 338 mg, vitamin 0, vitamin B1 0.16 mg, vitamin B2 0.07 mg, niasin 2.0 mg vitamin C 8.1 mg.

    Pautan luar

    * http://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=149&cat=HERBA
    * http://data.gbif.org/species/browse/resource/40/taxon/11158879/

  2. zainura66 Says:

    Terima kasih sudi berkongsi maklumat.

  3. ninda Says:

    mu tanya daun hijau itu apa y?

  4. Mawardi Says:

    Saya ada buat kajian pokok ini lebih kerang 20 tahun lepas diambil dari kawasan batu kapor, Ipoh. Dimana lagi boleh saya dapatkan pokok ini dalam kuantiti banyak (2-3 kg bila kering)? TQ

    • zainura66 Says:

      Kebanyakan kawasan batu kapor di Ipoh ni dah jadi kapor ! Namun, bila suatu penemuan melalui sebarang kajian telah dijalankan, ia akan menjadi satu barang bernilai dan dikomersialkan seperti tongkat ali dan ubi jaga. Agak sukar juga untuk mendapatkan sebanyak yang tuan inginkan itu. Tuan boleh cuba bertanyakan jabatan pertanian negeri Perak.

      Salam ceria selalu.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: