Wannura

Koleksi Tumbuhan

Pokok Letup @ Ciplukan (Wild capegooseberry) – Physalis minima Februari 1, 2010

Filed under: Landskap — Wannura @ 8:54 pm
Tags: , , , , ,

BUAH LETUP atau CIPLUKAN (Physalis angulata) adalah tumbuhan daripada keluarga Solanaceae iaitu sama dengan pokok terung dan tomato. Nama Ciplukan sebenarnya dalam bahasa Jawa yang saya tahu semenjak kecil dahulu dan buah ini sama dipanggil ”Ciplukan” di Indonesia juga. Bagi penulis blog dahulu sering jumpa pokok letup ini dikawasan belukar dengan banyak terutama selapas kebun getah ditebang dan dibakar. Ia tumbuh meliar sama ada sepokok atau dalam kumpulan dan berbunga serta berbuah. Buah ini mungkin sangat asing di kalangan masyarakat di Malaysia terutama generasi 2Y yang tinggal dibandar-bandar. Penulis blog sendiri sudah beberapa kali menemui tumbuhan ini dan juga kadang kala terkeliru dengan sebutan bagi pokok buah letup-letup (Passiflora foetida)BUAH LETUP-LETUP (Passiflora foetida) adalah sejenis tumbuhan nadir dari keluarga Passiflorceae yang tumbuh di negara kita Malaysia secara liar dikawasan kebun dan belukar. Tumbuhan ini diberi nama ‘Letup-letup’ mungkin kerana buahnya yang berbunyai ‘pop’ apabila di himpit dengan kedua belah tapak tangan (atau di tepuk) atau juga mungkin apabila buah cukup matang buahnya meletup untuk mengeluarkan bijinya. Nama lain bagi tumbuhan ini dalam bahasa Inggeris ialah Wild Water Lemon, Stinking Passion Flower, Wild passion fruit, Love-in-a-mist (English), Buah Tikus (Malaysia), Timun Padang (Indonesia) dan Kha Tok Rok (Thailand). Perbezaan nyata adalah pokok letup tumbuh mnegak sedangan pokok letup-letup tumbuh menjadar. Buah letup dalam sarung berbentuk kuncup sedangkan buah letup-letup didalam struktur berjaring walau pun warna buahnya apabila masak mungkin serupa. Kedua jenis buah ini disebabkan buahnya yang boleh meletup apabila dipicit, sama seperti pokok letup-letup.Di Indonesia pula pokok ciplukan yang banyak tumbuh liar ini sebenarnya sudah mula diberi tumpuan kerana diketahui mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Banyak kajian yang telah dijalankan di Fakulti Teknologi Pertanian di Indonesia sehingga terhasil beberapa produk dari tumbuhan ini untuk pasaran tetapi belum ad di negara kita. Artikel subuh ini dalam ”Anim Agro Technology” saya menulis mengenai buah letup untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Buah letup atau physalis merupakan secara marfolologinya sebagai sejenis tumbuhan berbunga iaitu dalam genus dalam famili nightshade (Solanaceae). Genus ini dikenali dengan ciri buah berwarna hijau  semasa muda dan memudian menjadi jingga apabila masak (Sila lihat foto disebelah). 

Buahnya bersaiz kecil sama seperti buah tomato mini dimana buahnya terlindung atau separa terlindung dalam kulit nipis seakan kertas lembut yang berasal daripada kaliks. Diseluruh dunia ada banyak spesies Physalis yang juga ia dipanggil groundcherryPokok ini merupakan tumbuhan herba yang tumbuh 0.4 – 3.0 meter tinggi iaitu serupa dengan tomato biasa namun lazimnya dengan batang yang lebih tegar dan tegak serta banyak cabang. Dalam keadaan tertentu ia boleh jadi pokok tahunan atau saka yang tumbuh secara individu atau berkumpulan. Kebanyakan tumbuhan ini memerlukan matahari penuh dan suhu panas.  Pembiakan melalui bijinya yang mudah bercambah apabila cukup matang. Dari kajian saintis permakanan, setiap 100 gram buah letup mengandungi kalori sebanyak 53 kcal, Lemak (0.7g), Tiada kolesterol, Karbohiderat (11 gram atau 3%), Protin (1.9 gram), Vitamin A (14%), Vitamin C (18%), Bahan mineral Zat Besi (5%) dan Vitamin B-12 (1%). Bagaimana pun telah banyak produk berasaskan buah daun letup ini diusahakan sebagai suplemen untuk kesihatan.

Berbalik kepada buah letup, dipercayai dimana antara khasiatnya adalah kerana ia boleh merawat penyakit  seperti kencing manis, darah tinggi dan menurunkan kadar gula darah pada pesakit diabetes. Produk ini banyak dihasilkan di Indonesia dalam bentuk teh, kapsul dan juga cecair (Sila lihat foto disebelah). Kandungan antioksidan dalam buah letup didakwa amat baik untuk digunakan terutama produk teh ciplukan yang mudah didapati daripada pengedarnya. Saya belum lagi mencuba produk berasaskan buah dan tumbuhan ltup-letup ini yang sudah popular dinegara jiran. Terdapat dakwaan dimana ekstrak buah letup yang masak memang mengandungi bahan asas yang membunuh sel kanser payudara. Di Indonesia sendiri sebetulnya sudah ada penelitian yang dilakukan terkait khasiat buah ini. Salah satu penelitiannya datang dari Cancer Chemoprevention Research Center, Farmasi Universitas Gadjah Mada (UGM) mengenai khasiatnya terhadap kanser payudara. Bahagian Akar, Daun hingga Buahnya didakwa mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan. Bahagian Daun yang diproses (terutama untuh dijadikan teh) didakwa merawat masaalah patah tulang, busung air, bisul, penguat jantung, terkehel, pedih perut dan kencing nanah. Sementara itu dari bahagian buah merawat masaalah epilepsi, susah kencing dan juga masaalah jantung. Buah Letup atau Ciplukan juga sesuai untuk dijadikan jus untuk digunakan sebagai ubat penenang, pembersih darah, antirematik sehingga meredakan sakit telinga oleh masyarakat di lembah Amazon. Dalam kes lain di Taiwan, buah ini digunakan sebagai ubat tradisional untuk menyembuhkan penyakit diabetes, hepatitis, asthma dan malaria. Perkara ini serupa juga dilakukan oleh penduduk Peru yang menggunakan daun clipukan ini untuk penyakit hati. Bahkan di Afrika Barat buah ini dipercaya dapat menyembuhkan kanser.

Penanaman pokok letup atau ciplukan pada penulis blog memang mudah dilakukan. Ini kerana asasnya pokok letup ini adalah jenis liar yang tumbuh sendiri sama ada benihnya dibawa oleh burung, air atau pun dari letupan buah masaknya. Saya membuat penelitian bagaimana untuk menanam buah letup ini bermula dengan mengutip semua buah letup yang telah matang (cukup tua dan ranum) dan kemudian dipicit buahnya sehingga biji didalamnya terkeluar. Kemudian dipisahkan bijinya dengan bahagian lendir atau isinya dimana kerje sebegini memerlukan kesabaran dan teliti. Kemudian bijinya diletakkan diatas bekas dan dijemur selama 1 jam. Sediakan tapak semaian dengan menggunakan tanah campuran atau peatmoss atau cocopeat dan dibubuh baja asas bersama baja organik. Taburkan benih atau biji letup tadi diatas semaian dan disiram 2 kali sehari pada waktu petang. Dalam beberapa minggu maka benih aakan tumbuh dan apabila anakbenih berukuran 10 – 15 cm ia boleh dicabut dan ditanam dikebun. Kawasan penanaman perlu dibajak tanahnya, dibubuh baja organik dan dibuat batas jika kawasan tanah rendah. Sebaiknya cabut anakbenih bersama tanahnya untuk mengelakkan akar pokok tercedera. Jarak tanaman disyorkan adalah 40 cm x 40 cm dan perlu disiram pada peingkat awal penanaman. Pembajaan dengan baja NPK 15:15:15 dan baja organik diberikan 2 minggu selepas tanam. Bersihkan rumput yang tumbuh disekitar pokok dimana ini menganggu pertumbuhan pokok ciplukan. Pokok akan matang dalam masa 4-7 minggu dan mula berbunga dan berbuah. Penuaian hasil dilakukan dengan memetik buah letup matang apabila warna buah berganti dari hijau kekuningan dimana kelopak buah dilihat mulai menguning serta mengering.

Kalau Buah Letup-letup tumbuh menjalar, pokok letup pula tumbuh menegak. Pokok 
Letup-letup adalah tumbuhan menjalar yang unik dan dianggap sebagai RUMPAI di negara kita (Sila anda lihat foto disebelah). Tumbuhan ini adalah natif di Asia Tenggara, Amerika Tengah, Afrika Tengah dan Kawasan Asia Pasifik yang beriklim tropika. Batangnya berbulu serta berbentuk selinder dengan panjang antara 1.5 – 6.0 meter. Anda boleh baca artikel saya berkaitan buah letup-letup dengan pautan disini(Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Batangnya berwarna hijau ketika muda dan akan bertukar kepada coklat gelap serta keras apabila dewasa. Terdapat ‘sulur paut’ bergulong (tendrils) yang keluar dari batabg dan akan mengikat tumbuhan ini dengan pokok lain atau pagar atau dahan. Sulur paut ini sangat kuat untuk mempastikan tumbuhan ini sentiasa berada dibahagian atas untuk mendapatkan cahaya matahari. Daun letup-letup berbentuk hati dengan 3 lekuk serta berwarna hijau muda, tebal dan agak licin dipermukaan atas dan kasar di permukaan bawah daun. Saiz daun adalah 3-5 cm panjang dan 2-3 cm lebar bergantung kepada sepsis dan kesuburan pokok. Susunan daun bersilang (alternate) dan mempunyai tangkai daun panjang serta berbau busuk apabila dilumatkan. Orang Jawa Muar kata baunya adalah ‘LANGU’. Kegunaan tumbuhan letup-letup di Malaysia belum lagi dimanafaatkan secara saintifik. Kajian oleh saintis dibeberapa negara seperti di Indonesia, Filipina dan Hawai mendapati tumbuhan ini yang mengandungi alkaloids seperti ERMANIN yang mana bahan ini berfungsi dalam menghalang pembiakan larva kupu-kupu perosak tanaman. Selain daripada buah masak yang boleh di makan (edible) kegunaan lain ialah untuk dijadikan rumpai penutup bumi dan pokok hiasan pagar. Tumbuhan ini lebih dianggap rumpai daripada untuk kegunaan penanaman makanan bagi penghasilan buah. Di beberapa Negara seperti di Papua New Guinea, Jawa dan Surinam bahagian pucuk daun muda digunakan sebagai sayuran. Terdapat beberapa jenis serangga yang suka akan pokok ini seperti rama-rama dan semut yang makan buah yang masak. Kepada mereka yang ingin menanam pokok letup atau ciplukan ini mudah sahaja.

Kepada anda yang berminat menanam pokok letup dirumah ia amat mudah ditanam didalam pasu (Sila lihat foto disebelah). Gunakan saiz pasu yang sederhana sama ada pasu plastik (made in China RM2.00 satu) atau bekas terpakai yang sesuai (Bekas minyak masak 5 kg) atau pasu betul. Isikan pasu  dengan tanah campuran 3:2:1 atau cocopeat dan dicampur dengan baja organik. Bergantung kepada ruang dikawasan keliling rumah yang ada pokok letup ini juga sesuai dijadikan tanaman hiasan atau tanaman ornamental yang menarik jika pandai menyusunnya. Kawasan menusun pasu sebaiknya mendapat cahaya matahari 100% untuk mempastikan pertumbuhan pokok yang baik. Anakbenih yang disemai boleh dimasukkan tersua diatas pasu (tanpa perlu menyemai dahulu). Benih diambil daripada buah letup yang matang dan diletakkan terus diatas permukaan tanah dalam pasu. Buat menyiraman mengikut jadual diperingkat awal penanaman. Buang pokok yang berlebihan tumbuh diatas pasu dan ditinggalkan 1 – 2 pokok sahaja. Berikan pembajaan dan buang rumput yang tumbuh didalam pasu. Pokok letup yang matang akan berbinga dan berbuah. Ktip buah yang masak untuk diproses. Anda juga boleh memetik daunnya untuk dikeringkan dan dijadikan teh untuk diminum kelak. Semuga artikal kali ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..

BUAH CIPLUKAN… BUAU LETUP SAMA…
KELUARGA SOLANACEAE…RUPANYA…
HIDUP LIAR… DITANAM BOLEH JUGA…
DIJADIKAN PRODUK… KENA MENCUBA..
By,
M Anem,
Senior Agronomist,

Bandar Baru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(2 Muharram 1440H).

Sumber : http://animhosnan.blogspot.com/2018/09/buah-letup-ciplukan.html?m=1

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: