Wannura

Koleksi Tumbuhan

BAKAU PUTIH (Bruguiera cylindrica.) Mac 3, 2010

Filed under: Paya bakau — Wannura @ 11:26 am
Tags:

 

9 Responses to “BAKAU PUTIH (Bruguiera cylindrica.)”

  1. sangilapi Says:

    semasa aktif keluar masuk hutan dulu,pernah jugak mengiringi ahli-ahli botani dari luar negara mengkaji tumbuhan herba di taman negeri perlis(dah lupe nama sebenar tempat ni)…iaitu di wang kelian.

  2. zainura66 Says:

    Assalamualaikum,

    terima kasih kerana sudi mengunjungi ke weblog saya. Dari penerangan tuan, saya pasti banyak yang tuan tahu dan mengenali pokok-pokok paya bakau atau pun pokok-pokok hutan. Pada satu ketika dahulu, saya dan suami pernah ke Kubor Panjang dan bertemu dengan seorang guru yang bernama Shah Jehan. Beliau akan masuk ke hutan membantu ibu mertuanya mencari akar-akar kayu untuk dijadikan ubatan tradisional dan dijualkan di Pekan Rabu. Beliau ada pelawa kami berdua untuk masuk ke hutan ketika itu tetapi oleh kerana kesuntukan masa kami tidak dapat mengikut beliau ke sana. Saya berharap tuan dapat membantu menambahkan koleksi saya lagi nanti, ye!

    Terima kasih dan salam hormat.

  3. sangilapi Says:

    saya cuma seorang juru pandu arah dan porter untuk ahli botani tu…ketika itu tumbuhan tongkat ali sedang mendapat perhatian dari dunia luar….memang khazanah ilmu perubatan melayu bersumberkan tumbuhan herba jarang dibukukan atau dicatitkan(setidak-tidaknya)….ini satu kerugian pada warisan bangsa walhal ahli botani dari luar amat kagum dengan ilmu perubatan herba kita.

  4. zainura66 Says:

    Assalamualaikum,

    inilah salah satu sebab saya ujudkan laman koleksi tumbuhan ini kerana banyak pokok-pokok hampir pupus dan musnah akibat perbuatan manusia itu sendiri. Saya berharap, weblog ini dapat membantu serba sedikit kepada orang yang ingin mengenali atau dijadikan rujukan untuk menambah ilmu pengetahuan.

    Salam ceria selalu.

  5. As salamu alaikum Puan,

    Saya amat tertarik atas usaha puan serta suami puan untuk mengabadikan tumbuhan-tumbuhan warisan kita. Saya bersama isteri juga sedang mengusahakan seperti puan. Pengalaman dan ilmu yang puan telah perolehi amat berharga dan kami harap satu hari kita boleh bertemu untuk berkongsi pengalaman dan ilmu.

    ghani

  6. zainura66 Says:

    Wa’alaikumsalam,

    Terima kasih atas kunjungan tuan ke weblog kami dan sokongan tuan dan isteri mengenai koleksi tumbuhan ini. Sebenarnya ini adalah sebahagian daripada minat kami tentang kehidupan di alam semesta ini selain dari mengenali manusia dan juga haiwan ciptaanNya. Sebenarnya kami mengadakan weblog ini supaya dapat dirujuk oleh sesiapa sahaja oleh sebab kebanyakan tumbuh-tumbuhan hampir pupus akibat kerakusan manusia itu sendiri seperti pokok bakau, herba yang dijadikan ubatan tradisional, ulaman dan lain-lain selain dari faktor-faktor yang lain seperti cuaca dan sebagainya. Insyaallah, sekiranya tuan dan isteri bertemu kami nanti kita boleh berkongsi pengalaman dan ilmu.

    Terima kasih, salam hormat.

  7. Najwa Says:

    tetapi knp tiada maklumat tentang punya hampir pupus?

  8. Irfan Says:

    assalamualaikum,saya hendak bertanya knp manusia menebang semua pokok2 walhal ia mempunyai kehidupan????

    • zainura66 Says:

      Waalaikumsalam Saudara Irfan,ada banyak sebab kenapa manusia suka menebang pokok-pokok . Di antaranya ialah kerakusan manusia itu sendiri dalam mengaut keuntungan dan bersifat tamak haloba. Mereka tidak mempedulikan hal ehwal persekitaran kehidupan semulajadi. Selain dari itu mereka yang berbuat demikian kerana kurangnya ilmu pengetahuan tentang kesihatan kehidupan manusia yang semulajadi. Lihat sahaja kepada faktor iklim yang melanda di seluruh dunia.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: