Wannura

Koleksi Tumbuhan

BONSAI DAN SEJARAHNYA Mac 18, 2010

Filed under: Artikel — zainura66 @ 1:10 am

PENDAHULUAN

Tidak dinafikan, dimuka bumi ini dipenuhi dengan pelbagai flora. Sama ada flora tersebut berguna kepada kehidupan manusia atau tidak namun jika kita amati sebenarnya tumbuhan-tumbuhan ini adalah sesuatu yang unik dan menarik. Tidak ramai antara kita yang terfikir kemungkinan yang akan terjadi kepada kehidupan manusia sekiranya kehidupan ini tanpa alam tumbuhan. Mungkin ada yang berpendapat manusia tidak boleh hidup tanpa tumbuhan kerana sumber makanan manusia secara langsung atau tidak disumbangkan oleh tumbuhan. Disamping itu juga kegunaannya yang pelbagai seperti di dalam adat istiadat masyarakat, perubatan dan sebagainya namun kita juga perlu menyedari pokok-pokok juga boleh dijadikan sebagai tanaman hiasan taman atau di dalam rumah. Teknik pokok hiasan ini berupaya untuk menyerikan sesuatu kediaman atau sesebuah bangunan itu. Di Malaysia contohnya, kita boleh dapati setiap rumah mempunyai pokok hiasan walaupun hanya terdiri dari sejenis tumbuhan sahaja. Kepentingan dan keperluan kepada tanaman hiasan dewasa ini telah menyebabkan ramai pengusaha telah mencuba untuk mengkormesialkan tumbuhan hiasan ini. Untuk terus menikmati dan menghargai kehidupan, manusia memerlukan santapan rohani contohnya keindahan, kedamaian, ketenangan untuk mendorong manusia terus ceria, produktif dan ceria. Itulah jawapan mengapa pokok-pokok diperlukan untuk menghiasi halaman rumah, pinggir jalan, kawasan awam, kompleks membeli belah, ruang legar hotel dan pejabat, taman rekreasi serta perkarangan bangunan. Warna hijau pokok-pokok yang ditanam untuk menghiasi laman dan dalaman rumah, bangunan komersial dan kawasan awam dapat melahirkan suasana kedamaian. Pokok hiasan juga memainkan peranan penting sebagai penyaman udara di kawasan terbuka kerana pokok-pokok berfungsi sebagai penyerap debu atau jerebu dan menukar udara yang mengandungi karbon dioksida kepada oksigen. Ada juga beberapa jenis pokok tertentu yang dikatakan berupaya menyerap udara toksid. Seni hiasan taman ini termasuklah pokok bonsai yang dewasa ini telah diterima oleh masyarakat kita. Walaupun tidak semua orang mampu memiliki bonsai disebabkan harga yang tinggi namun nilai seninya mengatasi segalanya. Ia terus diminati kerana seni yang terdapat pada tumbuhan tersebut. Oleh yang demikian, maka disini akan dibincangkan mengenai pokok hiasan.

Sejarah Kewujudan Bonsai

Bonsai merupakan satu perkataan yang menggambarkan kepada pelbagai situasi :- minat,tumpuan kepada seni dengan cara yang berbeza. Kemahiran pengetahuan terhadap bonsai ini memerlukan masa yang panjang, sehingga kadangkala peminatnya perlu menjelajah hampir keseluruh pelosok dunia semata-mata untuk mempelajari teknik-teknik membentuk dan hal-hal yang berkaitan dengan tumbuhan ini. Sehingga boleh dikatakan ia boleh menjadi sebahagian daripada kehidupan para peminatnya.
Baca selengkapnya….

Daripada tumbuhan yang kecil dan renek, ia dibentuk dengan penuh seni untuk mendapat bonsai yang memuaskan. China merupakan tempat di mana seni bonsai ini berasal, sementara di Jepunlah bonsai ini dibentuk sehingga diterima kepelosok dunia. Di sinilah bermulanya seni menghias, wujudnya falsafah-falsafah mengenai bonsai serta sejarah mengenai tumbuhan ini dicatatkan.

Keunikan serta kesenian yang tergambar oleh pokok-pokok bonsai ini telah menarik minat dikalangan manusia untuk lebih menghargai seni hiasan. Keunikan tersebut telah membuatkan ia sesuai dijadikan sebagai pohon hiasan walaupun kadangkala harganya begitu tinggi. Namun harga yang tinggi tersebut adalah untuk menghargai nilai seni yang terdapat dalam tumbuhan tersebut.

Apakah sebenarnya bonsai?

Menurut masyarakat Jepun, bonsai mempunyai hubungan di antara alam, manusia dan Tuhan. Pendapat ini timbul daripada falsafah Zen-Buddhist, yang menekankan bahawa keadaan kerohanian hanya boleh digambarkan menerusi makna yang terhad, tetapi ia sebenarnya boleh bertindak lebih dari itu.

Terdapat sesetengah pendapat yang menyatakan bahawa, cara terbaik untuk memahami falsafah mengenai apa yang tersirat di sebalik makna falsafah itu adalah perkataan bonsai itu sendiri. Bonsai diterjemahkan sebagai “tumbuhan di dalam bekas yang leper” atau “tumbuhan pasu yang renek”, namun terpulanglah kepada para peminatnya untuk memberi maksud sebenar perkataan bonsai itu. Apa yang penting adalah bonsai merupakan satu seni kehidupan. Bonsai tidak boleh disamakan dengan seni yang dilakarkan dikanvas, marbel atau sebagainya, kerana bonsai merupakan seni tumbuhan yang dicipta begitu unik.

Telah dicatatkan bahawa, bonsai yang turut dikenali sebagai ‘pen-jing’ atau ‘pun-sai’ di China tidak dinyatakan dengan jelas bilakah sebenarnya seni mengenai bonsai ini bermula serta bagaimana nama ‘bonsai’ ini ditemui. Apa yang pasti ia berkembang dan terkenal rentetan dari hasil seni yang terpancar dari bonsai itu sendiri.

“Tumbuhan di dalam bekas yang leper” atau “tumbuhan pasu yang renek” mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Bukti yang ditemui, selepas penelitian yang teliti, didapati bahawa ia muncul semenjak kedatangan Kristian lagi. Contohnya, menurut lagenda China, ia adalah dari Dinasti Hang (266 s.m-220H) menyatakan bahawa kuasa untuk membentuk dan melakarkan hiasan taman, termasuklah hiasan pokok-pokok adalah merujuk kepada Fei Jiang Feng. Penulis mencatatkan ia bermula dari kurun ke-3 dan kurun ke-4. Ini kerana ketika zaman Dinasti T’iang (618-906 A.D) , pokok-pokok buluh, pokok pine dan pokok-pokok hiasan lain tumbuh dengan banyak dan suburnya.

Yang menariknya, kepentingan dan kegunaan tumbuhan ini telah dicatatkan dan telah diketengahkan penggunaannya dengan meluas. Hubungan di antara alam semula jadi, kebudayaan serta kehidupan manusai adalah saling berkait rapat dan ia muncul dari budaya-dudaya yang pelbagai di muka bumi ini, ini termasuklah budaya masyarakat Egypt, Greek dan Roman, Persians dan Hindu.

Tidaklah terlalu sukar untuk memahami mengenai tumbuhan tersebut, kerana manusia sering bercucuk tanam, sehingga keadaan ini membolehkan manusia mempelajari mengenai struktur bagi tumbuhan. Akibatnya mereka berupaya untuk mencantumkan antara satu jenis tumbuhan dengan jenis yang lain dan mendapat hasil yang unik dan menarik. Rentetan dari itulah timbul idea untuk menjadikannya sebagai pokok hiasan.

Bagi masyarakat Egypt, mereka menanam pokok didalam pasu, mengukir serta melukis gambar-gambar hiasan yang mana boleh ditemui di kuil-kuil seperti yang terletak berhampiran Thebes yang dibina 4000 tahun lalu. Mereka mendapati seni yang terlihat pada pokok-pokok yang ditanam di dalam pasu telah memberikan sesuatu yang menarik dan mengkagumkan dan ianya telah menjadi hiasan utama di Taman Queen Hatshepsut. Sementara Pharaoh Ramseses III telah mengembangkannya lagi dengan menanam pelbagai jenis tumbuhan termasuklah pokok zaitun, pohon kurma, rumput rumpai dan kemudiannya digubah dan dijadikan sebagai tanaman hiasan taman.

Bagi masayarakat Hindu pula, mereka mengubah pokok-pokok berdasarkan kepada perubatan Ayurveda. Teknik-teknik perubatan ini telah diamalkan sejak zaman dahulu dan masih lagi diamalkan sehingga sekarang.

Sehingga kini, kesedaran mengenai hiasan taman telah dipermodenkandengan menghasilkan beberapa bentuk rekaan bonsai yang unik dan menarik. Untuk mendapatkan satu-satu tumbuhan bonsai yang betul-betul menarik perlu memakan masa yang agak lama untuk mengubahnya. Oleh itu bahan asas kepada tumbuhan seperti matahari, tanah atau pasir dan air memainkan peranan yang penting untuk menjamin pokok hiasan kita segar dan kita memperolehi hasil seni yang memuaskan.

Namun apa yang pasti, sejarah mengenai bonsai lebih melibatkan negara Jepun dan China. Dikatakan dikedua-dua negara inilah lahirnya seni bonsai sehinggalah seni ini tersebar keseluruh pelosok dunia. Sehingga kini kita dapati bahawa seni bonsai masih diusahakan secara meluas di kedua-dua negara tersebut. Penerimaan bonsai sebagai tumbuhan hiasan tidak dapat dinafikan lagi dewasa ini. Keunikan seninya menjadikan taman yang dihiasi oleh pohon bonsai memancarkan suasana yang aman, damai menarik serta tenang. Seharusnya peminat-peminat bonsai pokok hiasan harus berterima kasih kepada pihak-pihak yang menemui seni ini. Bagi bonsai, nilainya lebih tinggi apabila umurnya lebih lama.
Jenis-jenis bonsai

Para peminat bonsai sanggup menghabiskan wang ringgit mereka semata-mata untuk mendapatkan bonsai. Pada mereka, apa yang penting bukanlah nilai harganya. Disebabkan seninya yang terpancar dari bonsai menjadikan para peminat mengumpulnya sebagai koleksi. Sebenarnya bonsai adalah berbeza-beza walaupun dari jenis pokok yang serupa. Apa yang membezakan antara satu bonsai dengan bonsai yang lain adalah rekabentuk tumbuhan ini. Selalunya untuk membentuk sesuatu pokok agar menjadi bonsai memerlukan masa yang lama dan memakan beberapa tahun untuk membentuknya. Beberapa jenis tumbuhan dapat dibentuk untuk menjadi bonsai, antaranya ialah:-

  1. Pine putih Jepun (Pinus plaviflora)
  2. Bunga ceri Higan (Prunus subhirtella)
  3. Limau oren (Citrus aurantium)
  4. Melati (Wrightia religiosa)
  5. Puding (Codieum variegatum)
  6. Lemon Balm Leaf (Otacanthus caerulans)

KESIMPULAN

Naluri manusia yang sukakan keindahan menjadikan mereka golongan yang menghargai setiap apa yang indah, berseni dan menarik.  Bonsai yang mempunyai seribu macam makna tersirat telah menjadikan satu pohon yang paling unik ketika ini.  Apa yang penting kita harus menghargai tumbuhan sekeliling kita.  Ini adalah kerana kemungkinan penghargaan kita itu akan dibalas dengan keindahan ciptaan seninya.

Advertisements
 

5 Responses to “BONSAI DAN SEJARAHNYA”

  1. syed iskandar Says:

    bagus sgt pkongsian tentang bonsai ni. trmksh byk. blh tkpihak tuan bgtau tmpt di johor atau dmana je yg mjual cucur atap. sy nk beli dan kalau jauh, boleh pos kpd sy. trmksh byk.

  2. arif danial Says:

    salam awak ade cara nk buat bogger


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: