Wannura

Koleksi Tumbuhan

AKAR TIKUS (Rauvolfia serpentina) UBAT PENENANG Mac 31, 2010

Filed under: Herba — Wannura @ 9:13 pm
Tags: , ,

Akar tikus mempunyai rasa pahit, bersifat sejuk dan sedikit beracun. Beberapa bahan kimia yang terkandung dalamnya iaitu alkaloid terdiri daripada 3 kumpulan ; alkalin kuat, quarterary ammonium compund serpentine, serpentine, sarpagine dan samantine. Penyerapan bahan kimia tidak baik digunakan secara oral. Kumpulan 2 terdiri daripada tertiary amine derivate yohimbine, ajmaline, ajmalicine, tetraphylline dan tetraphyllicine. Kumpulan 3 terdiri dari alkalin lemah secondary amines reserpine, rescinnamine, deserpidine, raunesine dan canescine.

Kesan perubatan akar tikus di antaranya sebagai penenang, menurunkan tekanan darah, melancarkan sirkulasi, menghilangkan sakit, menurunkan panas dalam , antiradang, meransang hipotalamus dan saraf simpatik perifer. Batang dan daun dipercayai menolak angin, menurunkan tekanan darah dan melancarkan darah beku.

Pembiakannya melalui biji dan tumbuhan ini hidup di tempat terbuka. Akar, batang dan daun akar tikus boleh merawat beberapa penyakit seperti :

Luka berdarah : Tumbuk halus daunnya yang muda secukupnya dan tempelkan pada bahagian luka.
Luka terpukul dan digigit ular : Tumbuk halus daun segar secukupnya dan tempelkan pada bahagian yang sakit.
Sakit kerongkong : Hiris halus akar tikus secukupnya lalu hisap seperti menghisap rokok.
Sakit pinggang : Cuci bersih 50 gm akar tikus lalu rendam dalam 1 cangkir arak selama 1 malam. Minum air rendamannya sekali gus satu kali sehari.
Tekanan darah tinggi dan demam kerana influenza : Rebus 50 gm akar, batang atau daun akar tikus dengan 3 gelas air sampai tersisa 1 gelas. Setelah suam, minum air rebusannya dua kali sehari sebanyak ½ gelas sekali minum.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: