Wannura

Koleksi Tumbuhan

POHON MERAH (Euphorbia pulcherrima) MELANCARKAN HAID Mac 31, 2010

Filed under: Landskap — Wannura @ 7:59 pm
Tags: , ,

Pohon merah mempunyai rasa pahit, bersifat sejuk dan sedikit beracun. Beberapa bahan kimia yang terkandung dalam daun pohon merah di antaranya alkaloid, saponin, lemak dan amylodextrin. Sementara batangnya mengandungi saponin, sulfur, lemak, amylodextrin, asam formiat dan kanji.
Kesan perubatan (farmakologis) pohon merah di antaranya perangsang muntah, melancarkan pengeluaran susu ibu, bengkak kerana terhantuk, infeksi kulit, luka luar dan melancarkan haid.
Pembiakan pohon merah dengan menggunakan biji atau batang. Tumbuhan ini memerlukan tempat terbuka dan sinar matahari langsung.
Bahagian tumbuhan yang digunakan pemanafaatannya ialah daun, bunga dan seluruh tumbuhan pohon merah dapat digunakan untuk mengubati beberapa penyakit berikut :

Infeksi atau radang kulit dan erysipelas
: Cuci bersih daun pohon merah secukupnya , lalu tumbuk sampai halus. Tempekkan hasil tumbukan daun tadi pada bahagian tubuh yang sakit sebanyak 3 kali.

Luka luar : Cuci bersih daun pohon merah secukupnya lalu tumbuk sampai halus dan tempelkan pada luka 3 kali sehari.

Melancarkan haid, pengeluaran susu badan (ibu) , patah tulang dan bengkak akibat terhantuk : Rebus 13 gm daun pohon merah atau seluruh bahagian tumbuhan dengan 3 gelas air sampai berbaki 1 gelas. Minum air rebusan ini setelah suam ½ gelas 2 kali sehari.

Peringatan : Dilarang meminum air rebusan ini atau digunakan secara oral ketika badan dalam keadaan lemah.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: