Wannura

Koleksi Tumbuhan

TENGGEK BURUNG (Euodia lunu-ankenda) ULAM YANG LAZAT April 16, 2010

Filed under: Pokok liar — Wannura @ 1:07 am
Tags: , ,

PUCUK tenggek burung adalah sayuran ulam yang sangat digemari apatah lagi jika dicolek dengan sambal belacan atau sambal udang kering dan dimakannya bersama nasi. Rasa dan aromanya dapat merangsang selera dan nasi biasanya dimakan lebih berselera dari biasa. Selain itu, pucuknya juga dijadikan ramuan dalam nasi ulam, kerabu atau menjadi ramuan masakan ikan atau resipi tradisional.
Pokok tenggek burung berasal dari Indo-Malaysia, bersaiz kecil setinggi 5 hingga 7 meter, bercabang banyak dan rimbun. Daunnya trifoliat dengan anak daunnya berbentuk oblong dan akuminat ke hujung, 6 hingga 15 sentimeter (sm) panjang dan 3 hingga 8 sm lebar.
Anak daun terminal lebih besar sedikit daripada anak daun sisi. Petiol 5 hingga 6 cm panjang. Daun ini beraroma sedap bila diramas. Infloresen sima, berpedunkel sepanjang 5 hingga 8 cm. Bunga kecil, berwarna putih kehijauan dan berbau wangi sedikit. Buahnya kapsul, 12 mm lebar dan berbiji halus.
Tidak banyak diketahui mengenai khasiat ulam ini. Dalam 100 g bahagian yang boleh dimakan mengandungi: air 83 g, protein 4.4 g, karbohidrat 9.9 g, lemak 0.3 g, serat 1.5 g fosforus 51 mg, kalsium 41 mg, kalium 330 mg, vitamin C 9.3 mg.
Pokok tenggek burung jarang ditanam dan tumbuh meliar di tepi belukar. Burung adalah penyebar utama pokok ini. Bagaimanapun, pokok ini mudah dibiakkan dengan cara keratan batang. Anak-anak yang tumbuh di pangkal pokok boleh juga digali dan ditanam semula. Pokok ini mudah hidupnya dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi.

 

3 Responses to “TENGGEK BURUNG (Euodia lunu-ankenda) ULAM YANG LAZAT”

  1. Nurshahira Says:

    salam.. tmpg tny… dri mane en dapat maklumat kandungan cth protein, calcium and etc dalam tenggek burung ye??.. saye da jenuh cari tapi x jumpe….

    • zainura66 Says:

      Waalaikumsalam Nurshahira,

      jika tanya saya di mana saya dapat info ni, susah juga saya nak jawab sebab info-info dalam weblog ini saya perolehi dari berbagai sumber seperti majalah, buku herba, suratkhabar, televisyen, internet, dari pengalaman kawan-kawan dan lain-lain lagi. Jadi di sini saya kumpulkan semua maklumat yang ada sebab jika saya menyimpannya di dalam buku atau fail, ia akan di ganggu oleh anai-anai.

      Terima kasih dan wassalam.

      • Nurshahira Says:

        owh… :)… okay.. boley saye dapatkan name penuh encik?… at least saye dapatkan citation utk artikel yg ade author n tahun.. tapi yg content calcium n sume tu specifically, encik dapat dri mane ye?..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: