Wannura

Koleksi Tumbuhan

GADIS MENARI ANGGERIK LIAR (Oncidium altissimum) DAN SEJARAHNYA April 27, 2010

Filed under: Orkid — Wannura @ 11:56 pm
Tags: , ,

Pengenalan Anggerik Gadis Menari (Oncidiums)

Kumpulan orkid ini digelar sebagai “dancing ladies” (gadis menari) kerana kebanyakan daripada bunganya kelihatan mempunyai bibir (lips) seakan-akan baju gaun kembang dan bahagian atasnya pula seolah-olah seperti tangan dan kepala seseorang !

Oncidiums mempunyai sejambak bunga orkid yang ceria; sentiasa memperlihatkan bunganya yang berwarna dari kuning cerah hingga kepada jingga (oren) dan perang / coklat (brown) , meski pun sesetengahnya pula mempunyai warna bayangan (latar belakang) merah jambu, merah dan juga hijau yang berjuntaian di udara. Orkid ini menjadi popular setelah mula diperkenalkan pada lewat tahun 1700 di England dari Amerika Selatan.
Oncidium, singkatan diberikan dalam urusniaga tanaman (horticultural trade) sebagai Onc. itu mengandungi sebanyak kira-kira 330 spesis dari puak (subtribe) Oncidiinae dari keluarga Orchidaceae. Ini adalah genus yang kompleks serta sukar, dengan mempunyai banyak spesis yang telah di klasifikasikan. ‘Gelaran’ diberikan kepada setiap genus kepada genera yang berlainan.

Ringkasan

Genus yang pertama dikenalkan oleh Olof Swartz pada tahun 1800 ialah Oncidium altissimum, di mana telah menjadi sejenis spesis. Namanya diperolehi dari bahasa Latin (Greek) iaitu “onkos”, bermaksud “bengkak” (swelling). Ini merujuk kepada ‘kallus’nya yang berada di bibir bawah. Kebanyakan spesis daripada genus Oncidium adalah epifit, walaupun ada di antaranya adalah litofit (lithophytes) atau pun tumbuh di tanah (terrestrials).

Taburannya adalah dari Mexico Utara, Pulau Caribbean dan sebahagian dari Florida Selatan hingga ke Amerika Selatan. Biasanya ia tumbuh pada kawasan yang bermusim panas (kering).

Orkid ini boleh di bahagikan kepada tiga kategori bergantung kepada tabiat pertumbuhannya iaitu :

1. Sesetengahnya mempunyai umbi semu (pseudobulbs) hijau dan rasem (racemes) yang panjang dengan bunganya bersaiz kecil serta bibirnya yang dominan. Kebanyakan daripadanya berwarna kuning keemasan dengan atau tanpa perang-kemerahan, tetapi setengahnya pula adalah perang atau perang-kekuningan di sekitarnya. Spesis Oncidium yang lain pula mempunyai bunga putih dan merah jambu, sementara sesetengahnya pula berwarna merah cerah.
2. Kumpulan yang mempunyai umbi semu (pseudobulbs) yang sangat kecil dan berdaun keras/kaku, tegak, bersendiri. Daunnya yang berbentu selinder bertindak sebagai penyimpan air. Ia mempunyai rasem panjang dengan bunganya yang berwarna kuning yang berjuntaian dari atas.Saiz orkid ini berbeza; dari beberapa sentimeter hingga ke 30 sm panjang daunnya dan panjang rasemnya lebih daripada 1 meter. Spesis ini dikenali sebagai Mule-Ears, kini diklasifikasikan sebagai Psychopsis.
3. Dahulu, kategori ketiga dinamakan Oncidium Variegata atau equitant. Ia tidak mempunyai pseudobulb, Pucuknya berbentuk kipas kurang dari 15 sm, dan daun membentuk bahagian segitiga . Daunnya berbentuk oval, lebar dan agak lembut itu bertindak sebagai alat penyimpan air. Bunganya adalah agak lebih rumit dengan warna yang menarik. Sepalnya lebih segar (fleshy) manakala petal dan bibirnya mempunyai selaput membran. Orkid ini kini diklasifikasikan sebagai Tolumnia. Cyrtochilum adalah genus yang lain di mana kebanyakan daripadanya diklasifikasikan kepada spesis Cyrtochilum; yang mempunyai tangkai pembungaan yang sangat panjang, berputar; kadangkala mencapai 20” atau lebih, petalnya bergulung (seperti renda) dan tabiat pertumbuhan yang unik di mana umbi semu baru muncul di atas umbi semu yang lama.

Sumber : Orchids for dummies (The National Gardening Association) & http://en.wikipedia.org/wiki/Oncidium

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: