Wannura

Koleksi Tumbuhan

KELUAT April 27, 2010

Filed under: Artikel — zainura66 @ 10:34 pm

Keluat adalah pokok yang mempunyai daging kayu yang lembut yang sukar ditemui biasanya ia diperolehi dihutan Negeri Pahang. Keluat yang biasa ditemui ialah Keluat Nasi berwarna hitam dan Keluat Darah berwarna merah (macam darah).

Teras Keluat biasanya disusuk pada ayam sabung yang juga didakwa sama fungsinya dengan susuk yang ditanam pada badan manusia. Teras Kayu Keluat akan diasah sehingga tajam seperti jarum serta dipuja menggunakan jampi tertentu sebelum ditanam pada bahagian badan ayam sabung tersebut.

Dalam perubatan tradisional, teras keluat diguna untuk membangkitkan tenaga dalaman individu yang sakit tetapi caranya tidak sama digunakan kaki ayam terbabit. khasiat yang selalu diperkatakan tentang teras keluat ini adalah untuk ketahanan kulit sehingga kebanyakan peninju tomoi akan mengamalkan minuman air teras akar keluat disamping menjadikannya sebagai cincin atau gelang.

Selain itu Keluat boleh digunakan khasiatnya seperti Berikut:

Kebal dan tahan urat : terasnya direndam dalam air suam untuk diminum.

Mencuci perut (julap): akarnya dikeringkan dan direbus untuk diminum.

Ubat sakit gigi berlubang : akarnya diasah pekat,masukkan kedalam lubang gigi. Insyaallah 3 minit kesakitannya beransur lega.

Selusuh (mudah) bersalin : rendam akar dalam minyak masak sekadar setenggah cawan dan diminum.

Tahan lama jimak: Sapu air asahan akarnya pada kemaluan 5 minit sebelum bertarung. Kemaluan hanya boleh kendur setelah dibasuh dengan air. Kalau tidak sampai ke subuhlah berkayuh tak berhenti.
Teras ini juga dikatakan boleh digunakan memasung makhluk halus oleh pengamal perubatan tradisional yang mahir.

Gambar akar dan teras Keluat ini akan saya minta wannura paparkan di intri weblognya nanti Insyaalah.

Wasalam.

Advertisements
 

One Response to “KELUAT”

  1. amurshid Says:

    Assalamualaikum, tumpang tanya pakcikli

    teras keluat yang direndam dalam air suam untuk diminum tu amal macam mana?

    Sehari sekali atau seminggu sekali?

    Terima kasih.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: