Wannura

Koleksi Tumbuhan

PULASAN (Nephelium mutabile) BUAHAN TEMPATAN Mei 2, 2010

Filed under: Buahan — zainura66 @ 12:59 am
Tags: , ,

Buah Pulasan atau nama sainsnya Nephelium mutabile adalah sejenis buah yang menyerupai bentuk dan rasa seperti buah rambutan. Tetapi biji buah pulasan adalah lebih keras, dan isinya agak kering dan kasar berbanding buah rambutan. Namanya yang datang dari perkataan Bahasa Melayu “pulas” (twist) kerana untuk mendapatkan isinya untuk dimakan, buahnya haruslah dipulaskan dahulu dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Maka dengan itulah ia dipanggil buah pulasan.

Ciri-ciri

Buah pulasan diselitupi bulu yang lebih keras berbanding rambutan. Di Filipina ia dikenali sebagai bulala. Buah Pulasan dimakan begitu sahaja, ia sesedap rambutan dan laici, tetapi amat jarang dijumpai diluar Asia Tenggara.

Pokok Pulasan

Pokok Pulasan agak menarik dan sering ditanam sebagai pokok hiasan. Ia mencapai ketinggian 10-15 m; mempunyai batang yang halus 30-40 cm; dan dahan yang berbulu keperangan semasa muda. Mempunyai daun berselang, pinnate atau pinnate-ganjil, dengan sepanjang 17-45 cm, mempunyai 2 hingga 5 pasang daun kecil bersetentangan atau hampir bersetentangan, bujur atau menirus (oblong-or elliptic-lanceolate), sepanjang 6.25-17.5 cm dan sehingga 5 cm lebar; agak beralun, hijau gelap dan hampir tidak berkilat pada permukaan atas; pucat, agak kebiruan, dengan bulu halus pendek jarang di bahagian bawah. Mempunyai bunga yang agak kecil, tanpa kelopak dengan 4-5 sepal berambut, secara tunggal atau bergugus pada hujung dahan utama atau dahan kecil, dipenuhi bulu halus kuning atau keperangan. (Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Pulasan)

PETUA TRADISIONAL

Penawar Sakit Kuning

Bayi yang baru lahir kerap mengalami masalah sakit kuning. Ubatinya dengan cara memandikan bayi dengan air rebusan kulit batang pokok pulasan. Ambil kulit batang pokok pulasan dan rebus hingga mendidih. Biarkan suam baru mandikan bayi. Lakukan 3 hari berturut-turut. InsyaAllah sembuh. (Sumber : http://petua-panduan.blogspot.com/)

 

One Response to “PULASAN (Nephelium mutabile) BUAHAN TEMPATAN”

  1. aisyah Says:

    bagus awak adakan info mcm ni…senang saye nk cari maklumat yg ringkas..syabas teruskan usaha..hehehe


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: