Wannura

Koleksi Tumbuhan

EKSPEDISI HUTAN 2 : Pencarian Dendrobium indragiriense Mei 5, 2010

Filed under: Koleksi Foto — Wannura @ 12:34 pm
Tags: , , ,

Foto 1 : Inilah habitat orkid hutan/ spesis Dendrobium indragiriense di mana ia adalah jenis epifit dan pokok besar ini hanyalah di tepi sungai air terjun.

Foto 2 : Pakcikli sedang memanjat pokok untuk mengambil orkid hutan/ spesis Dendrobium indragiriense

Foto 3 : Pakcikli sedang memotong dahan pokok itu untuk mendapatkan orkid tersebut.

Foto 4 : Inilah rupa pokok dan bunga orkid hutan Dendrobium indragiriense

 

One Response to “EKSPEDISI HUTAN 2 : Pencarian Dendrobium indragiriense”

  1. jalanakhirat Says:

    Salinan komentar pakcikli diweblog http://karimon.wordpress.com/
    Asalamualaikum

    Sebelum Waliqudus bercerita pasal Raja Kayu Putih dan merah, biarlah saya bercerita tentang soal panjat memanjat pokok balak di dalam hutan. Saya sering juga memanjat pokok didalam hutan untuk mengambil benih pokok balak dan orked. Tapi menurut pengalaman saya mengambil benih orked yang biasanya hanya terdapat di hujung julai pokok adalah lebih mencabar kerana orkid tersebut sering ada penunggunya dan biasanya adalah jenis ular yang jarang kita ketemui.

    walaupun memanjat pokok menggunakan teknik tali dan kasut memerlukan kos tinggi bagi membeli kelengkapan, ia dianggap lebih selamat berbanding cara tradisional. Kos satu set peralatan memanjat antaranya seperti tali (statik dan dinamik), pelana (Harness), karabiner, sarung tangan, topi keselamatan, lanyard, dynamic rope dan lastik ialah antara RM15,000 hingga RM30,000 bergantung kepada jenama. Semua peralatan berkenaan mampu bertahan dalam tempoh tertentu bergantung kepada jumlah digunakan selain penjagaan dan jenama.

    Memanjat pokok menggunakan teknik tali dan kasut memerlukan kemahiran tinggi, terutama membabitkan ikatan dan penggunaan peralatan. Ini bagi memastikan setiap panjatan dilakukan berjalan lancar. Kekuatan fizikal seseorang pemanjat turut mempengaruhi kemampuan mereka memanjat pokok, seterusnya keupayaan melakukan tugas mengambil biji benih dan pemangkasan.

    Kelengkapan memanjat yang lengkap akan melancarkan lagi tugas memanjat, terutama membabitkan beberapa spesies pokok balak seperti cengal, meranti, kapur, berangan, sentul, keruin dan ramin yang mempunyai ketinggian melebihi 10 meter selain batang besar.

    Kemampuan melakukan tugas mengambil biji benih juga bergantung kepada kecergasan seseorang, ada yang hanya bertahan antara tiga hingga lima jam dan ada yang lebih lama. Keadaan cuaca turut mempengaruhi tugas mengambil biji benih. Jika angin kuat, pemanjat tidak digalakkan ada terlalu lama di atas pokok bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

    Bagi mengelak kejadian tidak diingini, memanjat perlu sentiasa mematuhi peraturan dan langkah keselamatan sebelum memanjat dan ketika di atas pokok, Tali keselamatan perlu sentiasa diikat pada dahan yang kuat serta memastikan serangga berbisa tiada di atas pokok yang ingin dipanjat. Untuk itu teropong digunakan untuk melihat kewujudan serangga berbisa seperti penyengat, lebah dan sebagainya terlebih dahulu.

    Ekpidisi hutan diweblog wannura cuba merakamkan pengalaman dan aktiviti kami dihutan untuk mendekati tumbuh tumbuhan. Untuk melihat bagaimana aksi saya memanjat pokok didalam hutan sila klik pautan di bawah ini:

    https://wannura.wordpress.com/2010/05/05/ekspedisi-hutan-2-pencarian-dendrobium-indragiriense/

    Wasalam.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: