Wannura

Koleksi Tumbuhan

BUNGA PERAK (Bauhinia acuminata L.) MELEGAKAN MATA LETIH Mei 9, 2010

Filed under: Landskap — zainura66 @ 5:49 pm
Tags: , , ,

Pengenalan

Pokok kecil setinggi 3m. Daun jenis ringkas tersusun berpilin, daun bercuping dua, berpisah di hujung daun seolah-olah dua helai daun kembar. Bunga di hujung ranting, ada 5 kelopak bunga berwarna putih, bunga yang kembang 7- 10 sm lebar. Buah jenis kekacang leper, panjang 10-15 sm dan 2-3 sm lebar, putik buah berwarna hijau, buah masak berwarna perang dan merekah dua bahagian serta mendedahkan satu baris biji leper berwarna perang. Pokok ini mudah ditanam.

Taburan

Taburan asli bunga perak adalah di Asia Tenggara. Ia tumbuh liar di Perak, Malaysia.

Kaedah penanaman

Bunga perak bolehlah ditanam dengan biji atau kaedah tut. Bijinya yang masak dikumpul daripada pokok induk lalu disemai samada di tapak-tapak semaian, di dalam plastik, pasu ataupun terus di atas tanah. Pokoknya perlukan cahaya matahari penuh atau hampir penuh untuk tumbuh dengan subur. Pokok biasanya ditanam atas tanah secara bersendirian, berbaris atau dalam kelompok. Cantasan perlulah dilakukan untuk membuang rerantingnya selepas ia berbunga bagi mendapatkan bentuk yang digemari. Pokoknya boleh juga dicantas bagi tujuan mendapatkan saiz yang digemari. Ia berbunga sepanjang tahun.

Kandungan Seluruh bahagian;   tanin, karbohidrat, serabut dan mineral.

Tanin yang masuk ke dalam perut boleh mengatasi bengkak atau radang di dalam perut dan mengurangkan kekerapan buang air besar. Sebagai ubat luaran, tanin boleh menghentikan pendarahan, mengurangkan bengkak dan menyembuhkan luka, lecur dan terbakar; serta melegakan mata yang terlalu letih.

Advertisements
 

3 Responses to “BUNGA PERAK (Bauhinia acuminata L.) MELEGAKAN MATA LETIH”

  1. nordin Says:

    salam sy nk tnye de sape2 tau tak kt mane nk dapatkan benih bauhinia ni…sebab saya nak beli

  2. zainura66 Says:

    Khasiat perubatan:
    Akar dihancurkan, direndam ke dalam air pada suhu bilik dan diminum untuk merawat batuk.
    Bunga pokok ini digunakan untuk merawat sakit kepala dan tekanan darah tinggi.

  3. zainura66 Says:

    Salam,

    saudara boleh tanya kawan-kawan yang tinggal di Perak kalau-kalau mereka ada nampak pokok ini kat persekitaran rumah mereka kerana pokok ini tumbuh liar dan tak perlu beli kot… tapi boleh juga tanya kepada pengusaha-pengusaha nurseri , manalah tahu mereka dah komersialkan pokok ini. Dunia sekarang ni begitulah….semua boleh jadi duit!

    Selamat mencuba dan semoga berjaya.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: